Tolak MEB
MPM Telah Menyusahkan Najib
PENOLAKAN Model Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Najib Razak oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) merupakan satu pukulan teruk kepada wawasan ekonomi Najib. Penolakan ini adalah satu permulaan bagaimana Najib selepas ini akan dikecam dan diserang oleh kalangan Melayu sendiri kerana pendekatan dan polisi pentadbiran (iktisad) nya dikatakan kurang pedulikan Melayu.
Penolakan itu sebagai lorong awal untuk menggodak dan menyusahkan Najib.
Najib bercadang untuk mengemukakan satu model baru ekonomi negara (MEB) sebagai mengganti DEB yang dilaksanakan sebelum ini. Model baru ini dilihat salah satu mekanisme politik Najib untuk mengambil hati orang bukan Melayu yang kini semakin menjauhi Umno dan BN. Ia dicadangkan akan dibentang pada persidangan Parlimen Jun depan.
Atas kesedaran itu Najib menggubal DEB yang akan memberi semangat, pendekatan dan rupa Melayu agar orang Melayu tidak melupai Umno dan membuang jauh persepsi amalan kronisme dan nepotisme ekonomi yang diamalkan dalam Umno selama ini.
Penggubalan MEB itu juga dilihat selari dengan konsep 1 Malaysia yangh menjadi ikon pentadbiran Najib. Walaupun sebelum ini sudah ada protes dan penolakan terhadap MEB tetapi ia tidak lantang dan sehebat apa yang dilakukan MPM. Penolakan itu diambil dalam satu kongres khas yang diadakan Sabtu lalu. Para perserta kongres berkenaan terdiri kalangan bekas pemimpin Umno, veteran Umno dan ahli ekonomi yang bersara. Boleh dikatakan penolakan DEB itu dari Umno sendiri.
Antara alasan penolakan itu, ialah MEB yang digubal Najib itu dikatakan tidak berteraskan kepada semangat Perkara 153 Perlembagaan Negara dan ia juga tidak menjadikan perkara itu sebagai teras dalam penggubalannya. Dalam kata lain pada kanta mata MPM, modal baru ekonomi itu tidak memberi keuntungan kepada orang Melayu.
Penolakan MPM itu boleh disifatkan penentangan orang Melayu kepada Najib. Cuma apakah keanggotaan MPM itu jumlahnya seramai yang diuar-urakan? Ataupun ianya hanya suara segelintir manusia saja yang menjadi alat kepada pihak tertentu dalam Umno yang kini mulai curiga dan sangsi kepada semangat nasionalisme Tun Razak yang cuba disambungkan Najib?
Jemputan Najib ke majlis itu untuk menutup dianggap sebagai kerja secara rasmi memalukan Najib apabila penyerahan resolusi mengandungi 31 perkara menolak gagasannya. Walaupun alasan tindakan itu bagi menggambarkan keikhlasan mereka kepada Najib tetapi cara itu tetap menghina dan memalukan Najib.
Sekekalipun MPM menolak MEB, ia boleh disampaikan kepada Najib secara tertutup dan senyap dan bukannya secara terbuka. Kehadiran Najib itu bukan menjelaskan gantleman Najib tetapi kepandiran para pegawainya kerana tidak membuat pemeriksaaan terlebih dahulu. Dalam masa Najib baru menjadi PM, hal-hal seperti itu tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka. Seharusnya wibawa dan aura Najib sebagai PM perlu dijaga sebaik mungkin.
Justeru bagi saya apa yang berlaku itu satu usaha mengaibkan Najib secara simbolik.
Masyarakat luar yang ingin disunting Najib untuk mendapat sokongan dalamn pilihan raya akan teruja dengan cara MPM lakukan kepada Najib itu. Mereka akan mula membuat perkiraan apakah Najib mampu dan berdaya untuk melakukan perubahan. Kalau awal-awal lagi Najib sudah ditentang dan dicincang bagaimana untuk Najib melakukan perubahan lebih global.
Apakah Najib tersilap menghadiri kongres berkenaan, ataupun memang beliau diperangkap? Sekiranya apa yang berlaku itu merupakan perangkap ke atas Najib, maka selepas ini Najib perlu bersiap sedia untuk menghadapi tentangan dari dalam. Penolakan terhadap dasar Najib itu akan berakhir di situ saja. Mereka yang bersikap ultra Melayu dalam MPM akan terus mendesak Najib sehingga apa yang cuba dibawa menerusi 1 Malaysia akan dimansuhkan.
Sebelum ini pun sudah ada desas desus mengatakan ada usaha kalangan veteran Umno yang melahirkan rasa kurang percaya kepada Najib. Slogan 1 Malaysia amat mengelirukan mereka.
Harapan kepada mereka suapaya Najib memperkukuhkan kedudukan orang Melayu termasuk dalam aspek ekonomi dan politik meleset bila mana beliau merombak beberapa ikatan dibuat Umno sebelum ini menerusi slogan 1 Malaysia. Pertemuan yang dihadiri veteran Umno dan penubuhan apa yang dinamakan PAKKU - Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno, adalah antara badan yang tidak senang dengan pendekatan liberal politik dan ekonomi Najib. Dr Mahathir sendiri tidak pernah mengulas dan menyebut perkataan 1 Malaysia.
Lebih ironis lagi jika dilihat kepada gelagat Mahathir. Dalam keadaan masih panas dan berwap pujian sesetengah pemimpin kepada Najib ekoran penyerahan tanah milik KTM kepada Singapura di Tajung Pagar, Mahathir telah bermadah bahawa masalah Malaysia dengan Singapura masih belum selesai semuanya. Katanya masih ada yang belum beres.
Ulasan segera Mahathir itu menunjukkan beliau tidak gembira cara penyelesaian dibuat Najib dengan Singapura.
Sebab itu kalau diperhatikan ada kalangan pemimpin Umno tidak bersungguh melaungkan slogan 1 Malaysia dan mereka bersikap ala kadar saja. Misalnya Muhyiddin Yassin tidak pernah menyangkut lencana 1 Malaysia kebanggaan Najib di kolar bajunya. Kenapa? Kenapa, ada apa-apa ke?
Apakah Muhyiddin menjadi dalang di sebalik kongres anjuran MPM Sabtu lalu bersama Mahathir? Orang-orang Najib harus menyiasatnya sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Penerimaan Najib terhadap bantahan MPM itu menandakan Najib mula kehilangan senget sebagai Perdana Menteri yang ingin memilik wawasan dan trade mark sendiri.
Kalaulah Najib tidak berwaspada dengan fenomena ini tidak mustahil beliau akan berdepan dengan masalah sebelum genap satu penggal menjadi Perdana Menteri. [wm.kl. 11:40 am 31/05/10]
3 comments:
Tuan MSO,
1. MPM adalah sebahagian dari perkakas politik NTR. Dia memerlukan MPM dan Perkakas untuk melaksanakan agenda politik bag pihaknya.
2. Dia serah tugas untuk menipu orang melayu kepada berahing sementara dia cuba ambil hati dengan bukan melayu.
bat8
Masalah dalam "KAIN UMNO" sebenarnya umpama retak menanti belah.Bila2 masa boleh meletup cuma dek kerana media arus perdana dikongkong dan dicengkam sekuat mungkin maka segala titik bengit dlm UMNO terkunci rapat.Namun lelehan keretakan antara pemuka UMNO tidak dpt disembunyikan lagi.Riak perpecahan tidak dpt di kelabukan kerana rakyat dapat meneka apa yg sedang berlaku dlm UMNO.Secara zahirnya 'permukaan UMNO' nampak mcm tenang namun di pertengahan dan dasarnya bergolak, melampaui apa yg dialami oleh Samy Vellu pada ketika ini.Protes senyap mmg berlaku secara aktif.Andai apa yg menimpa UMNO ini berlaku kepada PAKATAN,sudah lama media arus perdana akan mensensasikan isu ini utk memecahbelahkan ikatan dalam PAKATAN...Apapun penolakan MPM terhadap MEB yg dicadangkan DS Najib telah mengiyakan apa yg mmg dilakukan pihak tertentu utk menolak Najib dari kerusi Presiden UMNO dan PM itu sendiri.Jika tidak berhati2..maka mungkin apa yg terjadi kepada Tun Abdullah akan menimpa Najib;dinasihati berundur awal.Mungkin telahan Tn MSO bakal menjadi kenyataan..
salam MSO, jumlah sebenar resolusi MPM 33 bukan 13.disamping itu, NGO Melayu lain masing-masing menyerahkan memorandum kepada Najib..
Post a Comment