Monday, August 23, 2010

Berita Dalam Siasatan

Umno Kelantan Bakal Terkejut
Seorang Ketua Bahagian Terima Rasuah Sex?


[kemaskini] KALAU berjalan lancar, Umno Kelantan bakal dikejutkan satu berita besar yang memalukan seluruh parti Melayu berkenaan dan sekaligus mengaibkan juga Tok Empat Umno Kelantan, (ketua Umno Kelantan) Mustapa Mohamed. Ceritanya ialah mengenai tindakan seorang ketua Umno bahagian yang dikatakan telah menerima rasuah sex dari seorang ahli wanita juga dari parti berkenaan.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum puasa lalu.

Buat masa ini pihak yang sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian itu sudah memperolehi lebih 90% bahan-bahan bukti untuk dibawa ke tengah termasuk kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Antara bahan bukti ialah perbualan (SMS) di antara ketua bahagian berkenaan dengan wanita tersebut ketika melalukan rundingan rasuah berkenaan.

Maklumat lanjut sedang dikumpul. Wanita berkenaan juga dimaklumkan bersedia untuk diambil keterangan dan membuat pendedahan. Jika tidak ada aral melintang percakapan 'beramaran' dengan beliau akan dapat diikuti dan akan disiarkan dalam blog ini. Nama wanita itu sudah diperolehi tetapi bagi mengelakkan dia ditekan dirahsikan dulu.

Dari sumber yang dipercayai, wanita berkenaan telah pun menyerahkan dirinya kepada ketua bahagian berkenaan di sebuah hotel. Gambar ketua bahagian berkenaan semasa di hotel juga sempat dirakam oleh wanita berkenaan.

Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 dibawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.

Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.

Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu termasuk sedia untuk memberikan khidmat sex dengannya. Kerana yakin dan terpadaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan. Mereka berjumpa di sebuah hotel.

Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari tertedah ketua bahagian berkenaan dikatakan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan yang dimasukkan ke dalam akaun. Bayaran itu sebagai menutup supaya kisah itu tidak di dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.

Semua rakaman bercakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menawar' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemakluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS dan akan didedahkan wanita berkenaan.

Terbaru, sikap tidak senonoh ketua bahagian berkenaan katanya akan dibawa ke pengetahuan ketua Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dan presiden pareti dalam tempoh terdekat.

Tunggu perkembangan lanjut. [wm.kl. 7:00 am 23/08/10]

3 comments:

ANAFAKIR said...

Sekiranya benar kes itu wujud dan mmg benar apa yg didakwa tu terjadi,ada bukti2 yg kukuh makanya UMNO Kelantan akan terus bercelaru dan kucar kacir..Imej UMNO di mata rakyat akan terus tercalar dan memalukan.

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Sebagai rekod, UMNO Kelantan mempunyai 14 Bahagian terdiri daripada Kota Bharu, Kubang Kerian, Bachok, Tumpat, Pengkalan Chepa, Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Ketereh, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Oleh kerana sebab seorang Ketua Bahagian yang tidak bermoral, terpalit kesan mendalam ke atas semua warga UMNO Kelantan dan inilah kesan yang jelas akan menghantui dan mempengaruhi kepercayaan rakyat Kelantan terhadap parti bernama UMNO.

Wasalam.

Syeikh YB said...

kalau kes sebegini melibatkan UMNO saya tidak terkejut sebab "dah biasa"