Friday, August 27, 2010

Pulang Dari Masjid

Antara Teo Nie Ching Dan Khalid Samad Siapa Lebih Afdal?

WALAUPUN perbuatan mereka berbentuk amal tetapi saya tetap yakin ianya bermotifkan politik. Amal itu disertakan dengan harapan dan kehendak politik. Jika bukan kerana ada kepentingan politik bukan mudah atau mereka terliur untuk berbuat demikian. Kerana ia dikira songsang.

Begitulah apa yang boleh ditafsirkan terhadap lawatan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ke kilang carlsberg baru-baru ini dan 'lawatan' Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke surau Al Huda Kajang Centre, Kajang Selangor semalam.

Khalid memberi tahu nawaitu dia mengujungi ke kilang arak itu ialah untuk melihat dari dekat operasi kilang berkenaan dan berbincang dengan pengurusnya. Katanya ia memberi manfaat dengan kujungan itu di mana Khalid dapat melihat sendiri masalah pekerja Islam di situ dan memberi beberapa cadangan mengatasinya. Di kilang itu terdapat 300 orang Islam berkerja di situ. (Bagus juga kalau Khalid tak peegi tidak tahu yang ada orang Islam mencari rezeki di situ!)

Beliau juga dilaporkan, mencadangkan agar kilang itu dipindah ke kawasan lain kerana kedudukannya sekarang ridak sesuai. Soal cadangan ini sikit tidak wajar kerana sebagai orang Islam yang menentang arak perlu mencadangkan agar ianya dihapuskan dan aktiviti kilang itu boleh bertukar kepada penanaman knaf.

Manakala kunjungan Nie Ching ke surau Al Huda semalam ialah untuk menyampaikan batuan kepada surau berkenaan bagi membaiki pagarnya. Nie Ching bukan memberi 'tazkirah' seperti mana dilaporkan, tetapi beliau masuk kerana dijemput. Sudah pasti penggunaan 'tazkirah' oleh media yang melaporkan itu merupakan fitnah besar, sebab maksud tazkirah itu lebih signifiken kepada memberi kesedaran mengenai agama bukannya kebendaan.

Sedangkan kunjungan Nie Ching itu untuk menyampaikan batu kepada surau berkenaan bagi memperbaiki paharnya. Kerja dilakukan Nie Ching itu termasuk dalam malan yang baik. Ia tidak menjadi masalah. Islam menerima bantuan (tenaga) orang bukan Islam untuk membina masjid dan surau. Tidak ada masalah.

Saya percaya ahli parlimen itu tidak akan masuk ke surau berkenaan sekiranya tidak dijemput, begitu juga Khalid Samad tidak akan ke kilang arak itu berseorangan.

Persoalannya apakah kalau mereka bukan ahli parti mana-mana parti mereka akan berkunjung ke tempat itu? Sebab sebagai seorang Islam begitu tidak kena kalau memasuki kilang arak. Begitu juga begitu tidak kena kalau orang bukan Islam memasuki ke surau. Tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Memasuki kilang arak samalah menarik babi, ia tidak haram... tetapi perbuatan itu sonsang. Orang Melayu biasanya menarik lembu atau kambing.

Saya tidak mahu menjatuhkan hukuman atas kunjungan mereka berdua. Tetapi sebagai orang Islam pada saya kunjungan kedua mereka itu sangat sensitif. Tengoklah ianya sudah dipolitikkan. Makanya lain kali baik Khalid atau Nie Ching hendaklah berhati-hati. Kalaupun hendak menyampaikan mesej politik berserta kebajikan tetapi berbuatlah yang padan patut. Perbuatan mereka itu melampau samalah perbuatan pengundi Melayu tua di Sungai Buaya mencium tangan Kamalanathan semasa pilihan raya kecil tempoh hari. Mengaibkan sebab perbuatan mencium tangan itu hanya biasa dilakukan terhadap orang-orang yang mulia seperti tok guru dan pemimpin-pemimpin agung negara.

Apakah tindakan Nie Ching itu ataupun kesediaan jawatankuasa surau berkenaan menjemput wakil rakyat itu kerana mendapat ilham dari khutbah khatib Pa Ya Mat? Maksudnya selepas ada ktabib yang mendoakan kesejehtraan kerajaan DAP Pulau Pinang, maka surat Al Huda itupun berpendapat tidak ada masalah mengundang Nie Ching masuk ke dalam surau.

Hendak diingatkan betapa niat mereka ikhlas sekalipun tetapi keikhlasan itu tetap akan dipolitikkan seperti mana juga niat ikhlas kerajaan UBN kepada rakyat tetapi ia tetap dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat. Dan kalau pun masing-masing hendak meraih sokongan politik biarlah berpadan patut jangan sampai merosak tradisi yang menjadi amalan sebelum ini. Cara itu pada saya bukan cara 1 Malaysia. Tidak begitu Mat, Mat mana, Mat Maslan lah Mat mana lagi? [wm.kl. 3:10 pm 27/08/10]

2 comments:

ANAFAKIR said...

Saya amat2 setuju dgn apa yg Tuan MSO ulaskan itu.Entahlah,gamaknya AJK surau dan Khalid Samad tidak mahir lagi dlm berpolitik.Kut ye pun jgn la mencemarkan nilai murni Islam yg ada.AJK Surau tu,kalau nak jemput berucap,biar la di beranda surau ker,atau pun pasang khemah di perkarangan ker..sampai masuk ke dalam surau,tak bertutup aurat pulak.Mmg la jadi isu dan fitnah.Media masa arus perdana mereka tidak fikir risiko dari laporan itu yg penting mereka dpt mencari keuntungan politik utk tuan mereka....

Hishamuddin said...

Salam Pok Mso..

Pada Pandangan ambe, takde salahnya si Khalid dan Teo buat tu. Sebab benda yg dia buat ni jarang di buat org, sebab tu ianya sedikit kecoh. Sebagai contoh, di awal tahun 90an, amat jarang sekali kes zina dan buang anak. Heboh 1 malaya bila kes macam tu berlaku. Tapi zaman skrg ni org dah tak hairan dah sbb dah terlalu byk kes sebegini.

Cuma sedikit kekesalan bilamana melihat Teo berada di dalam surau dalam keadaan tidak menutup aurat. Kelemahan dan kejahilan ahli2 jemaah surau menasihati Teo memakai tudung amat2 di kesali.

Minta kerjasama ahli2 surau menjaga kesucian surau kita dr sebarang aktiviti yg di campurkan adukkan pahala dan dosa.