Saturday, July 23, 2011

Menanti Solat Duhha

Polis Malaysia Ada Iras-Iras Mahathir Mohamad

MAKIN dijelaskan nampaknya makin celaru dan makin orang menjadi 'rohok' untuk mempercayai setiap apa yang diuberi tahu. Itulah apa yang berlaku kepada Polis Diraja Malayisa (PDRM) hari ini dalam kes Bersih. Nampaknya polis sudah kehabisan modal dan kata-kata untuk menyakinkan rakyat yang mereka bertindak mersa dan melayan himpunan Bersih dengan aman.

Kebodohan juga semakin hari semakin luas 'terbahar'.

Video yang merakam aksi himpunan berkenaan bagi menunjukkan perangai polis baik juga gagal memberi kepuasan kepada orang ramai. Penyiaran video sekerat-sekerat dan tidak sepenuhnya menyebabkan orang sangsi dengan tindakan polis.

Beigtu juga teknik atau cara mencari kambing hitam untuk menunjukkan polis baik juga tidak berhasil. Dari sudut mana sekali pun orang ramai tetap menganggao polis yang bersalah. Kalau ada orang mengangguk mengatakan polis baik itu hanya di depan saja, tetapi di belakang orang akan menyumpah polis.

Baik polis mengaku saja mana-mana kekasaran yang dibuatnya pada peserta Bersih tempoh hari. Pengakuan atau mengalu kesilapan lebih menyerlahkan integriti pasukan itu. Tidak dinafikan ada juga polis yang berhati malaikat dan berperangai baik dalam melayani peserta himpunan. Tetapi polis yang baik ini ditenggelami oleh tindakan polis yang kasar dan jahat.

Saya tidak fikir semua gambar dalam protal berita dan blog adalah palsu rekaan atau tokok tambah. Setengah gambar itu dirakam oleh orang ramai yang berada di hadapan lokasi atau kejadian polis menyerang dan menembak. Mereka tidak mempunyai motif apa-apa melainkan merakam reakiti yang mereka saksi. Polis juga kena akui bahawa dalam pasukan itu ada serigala yang lapar, yang meleleh air liur melihat anak-anak muda yang bersorak.

Bukankah anggota FRU atau unit tindakan khas (UTK) diajar supaya menjadi berang dan bengkeng untuk menghadapi orang ramai. Mereka dilantih macam anjing pemburu untuk mengesan dada. Pantang mereka terlepas mereka akan mengamuk. Yang patut dikutuk siang malam inilah ketua mereka yang menerima pendekataan begitu. Anjing tidak salah tetapi tuan anjing.

Selain menunjukkan sikap beberapa perserta himpunan yang provok polis, patut polis tunjuk juga bagaimana para peserta yang membantu anggotanya yang terkena gas pemedih mata. Di depan mata saya saya nampak ada polis yang terjatuh longkang kerana melarikan diri bila di baling klister gas pemedih mata.

Saya sendiri melihat bagaimana anak-anak muda membantu memberi air kepada polis yang terkena gas pemedih yang dibaling oleh para peserta apabila mereka menyambut atau mnangkap kelosong gas yang melucur ke arah mereka.

Bersikap adil dalam semua keadaan kerana keadilan itulah yang akan mengukur kejujur dan kebenaran kita.

Kenapa polis terus buat provokasi dan membela diri secara melulu. Misalnya tuduhan Mat Sabu bohong berlaku adalah melampau. Kata polis naib presiden Pas itu berlaku untuk menangih simpati. Walaupun kalau benar Mat Sabu berbuat begitu tetapi tidak bijak polis yang menuduh demikian kerana sudah pasti penyokong Bersih akan marah. Di sinilah dangkalnya politik polis.

Orang yang tidak tergamak menipu atau pun berfikir betul tidak akan menerima dakwaan polis Mat Sabu berlakon. Takkan Mat Sabu berlaku sampai lututnya kena bedah. Kata polis Mat Sabu tercedera kerana motorsikap yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan. Polis tidak cerita kenapa penunggang itu mlanggar pembahagi jalan. Takkan driver yang bawa Mat Sabu itu babuk sengaja langgar pembahagi jalan.

Bijak Mat Sabu tidak membalas tembak dengan polis atas dakwaan itu. Mah Sabu arahkan peguamnya supaya menyaman polis atas kejadian itu. Biarlah mahkamah membuat keputusan apakah Naib Presiden Pas itu berlakon atau sebaliknya.

Kenyataan-kenyataan dan kesimpulan bodoh terus dikeluarkan oleh polis. Terbaru menurut Pengarah Ketenteraman Awam, (nama lupa sebab tak popular), tiga tulang rusuk Baharuddin Ahmad patah bukan disebabkan angkara polis. Tetapi ia patah kerana pertolongan CPR - tekan dada di lakukan oleh ke atasnya untuk menyelamatkan arwah. Logikah kalau bantuan untuk menyelamatkan (CPR) dilakukan sampai patah tulang rusuk?

Msasakan begitu bengong sekali mereka yang memabntu menekan dada Baharuddin memberi CPR kepadanya tekan sampai patah tulang rusuk? Logikah? Apakah tidak ada kejadian lain di sebalik itu yang tidak terjumpa oleh oleh polis. Misalnya berlaku pergelutan dan menyebabkan dadanya di tendang atau dipukul dengan kuat?

Polis boleh melepaskan diri untuk tidak disabitkan dengan kematiannya. Tetapi alasan yang diberikan biarlah logik dan munasabah. Belum pernah terdengar dalam sepanjang hayat saya orang yang diberi bantuan CPR patah tiga tulang rusuknya. Kenapa tidak direka cerita tulang rusuk Baharuddin patah keran aia terjatuh atas pili bomba semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh polis?

Alasan yang diberikan polis ini tak ubah alasan yang pernah diberikan Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim apabila mata bekas TPM itu lebam kerrana ditumbuk Rahim Nor. Mahathir kata, mata Anwar lebam kerana Anwar sengaja menghantukkan mukanya ke lutut untuk mendapat simpati.

Selepas didedahkan oleh suruhanjaya di raja baru diketahui kenapa mata Anwar lebam kerana ditumbuk oleh Rahim Nor, bekas ketua polis negara. Kalau bekas KPN boleh tumbuk mata tahanan yang digari dan ditutup muka, apalah nak hairankan dengan tindakan anak cucu cicitnya ke atas himpunan Bersih itu. Biarlah kalau bapak jahat anak akan khianat!

Sekali lagi dinyatakan polis alasan direka-reka tidak akan menyelesaikan masalah. Buatlah penjelasan sepanjang mana kalau ia tidak ikhlas ia akan dipertikaikan. Makin dijelas makin marah dan benci orang kepada polis. Kalau benar polis ingin menyelesaikan perkara ini membuang persepsi buruk ke atasnya mengakulah dengan jujur dan ikhlas, bahawa ada tempat-tempat mereka tersilap atau terlebih. Rakyat boleh mengampuninya kerana bumi manalah yang tidak ditimpa hujan.

Benang yang basah tidak akan boleh ditegakkan, tanduk kerbau dewasa yang bengkoknya hampir menjadi bulatan tidak senang untuk diperbetulkan. Apa yang polis lakukan dalam kes Bersih ini tak ubah seperti tikus yang hendak membaiki labu, makin lama bukan makin baik tetapi makin luas lubang kebusukannya. [wm.kl.8:00 am 23/07/11]

12 comments:

Anok Klate Bersuara said...

mat sabu (timb.presiden PAS)

Unknown said...

CPR adalah kaedah bantuan pernafasan yang memerlukan kita menekan bahagian ulu hati dan dada mangsa serta melakukan hembusan nafas dari mulut ke mulut.

Jika sudah tahap menekan tulang rusuk, mungkin itu CPR cara PDRM...

kalau kita bodoh, jgn perlihatkan kebodohan itu. simpanlah baik2 dlm poket seluar, buat bekal pencen.

1Crony said...

Kalau PR dapat menawan Putrajaya nanti, jangan pula seperti PM terdahulu dan sekarang yang asyik nak naikkan gaji dan menjaga hak-hak istimewa pasukan keselamatan sahaja, kakitangan awam yang lain telah dianggap seperti "melukut di tepi gantang" pula layaknya. Sedangkan mereka inilah yang sebenarnya menjadi penghalang kepada wujudnya demokrasi dan selalu bertindak di luar perlembagaan negara. Cubalah melantik pegawai atasan mereka ini dari kalangan orang yang baik budi dan tahu beragama serta mempunyai rekod kelayakan berkhidmat sebenar bukannya dilantik atas dasar kroni, berjasa melindungi jenayah ahli politik yang korupsi, suka bertindak ganas kepada rakyat yang lemah dan tidak bersenjata dan terlalu banyak berhelah serta rasuah. Lebih baik lagi dikalangan orang yang beriman dan ianya menyedari akan setiap kezaliman pasti ada pembalasannya dari pencipta (Allah SWT), samada kepada beliau sendiri atau kepada anak serta kaum keluarga.

firdaus said...

orang yang bertanggungjawab melakukan CPR hingga patah tulang rusuk pastinya seorang yang bertulang besi dan berurat dawai seperti kata labu dalam filem p.ramlee
mungkin plois cuba bercakap benar tapi persepsi orang yang semakin membenci kerajaan makin lama makin meningkat
tidak boleh disalahkan kepada rakyat kerana polis membuat kenyataan seperti rakyat ini sekumpulan budak tadika...
kalau Najib masih lagi tidur lena dia memang seorang yang takda perasaan.. harap-harap hantu ayahnya menghantui mimpinya...

redmrbs said...

dh ramai pesakit saya patah tulang rusuk sebab CPR, benda ni biasa berlaku. biar patah xpe, demi untuk selamatkan pesakit. saya pun penyokong PR jgk, tapi kalau nak post sesuatu tu, tanya la orang yg arif dulu wahai sahabatku yang mulia saudara MSO...

mohd sayuti omar said...

Saya boleh setuju dengan remrbs untuk selamatkan nyawa tak pa patah, saya jahil dalam bidang kedoktoran, tak tahu kalau ada orang menerima cpr terpaksa kena patah tukang dada. Ya tak ya, atah bolehdimasukkan skru macam lutut mat sabu, kalau nyawa tak boleh disambung.

Tapi saya rasa polis sedikt tak bijak kerana cuba menonjolkan aspek keterpaksaan meatahkan tukang rusuk mangsa, sepatutnya ia tonjolkan aspek kain yg tak boleh orang anggap polis jahat. Dan tak siapa pun kata tulang rusuk mangsa atah kerana polis, tapi bila polis bagi aasan tak logik - seperti saya rasakan maka mudah orang menyalahkan polis.

Terima kasih kepada redmbs kerana memberi tahu kaedaah penyelamatan manusia, saya ula tak sempat nak rujuk kepada doktor untuk menetahui hal hal itu. Terima kasih.

Unknown said...

orang akan semakin kalut kalau semua kenyataan tidak boleh dipakai. apa pun kenyataan daripada pihak baju hitam sudah tidak dipercayai rakyat. salah siapa? salah mereka sendiri, sebab sejak zaman silam (Dr.M) lagi yang pakai baju hitam ni dah buat tak elok di mata rakyat. sampai bila pun parutnya ada, orang tak akan lupa, cakap Dr M melayu mudah lupa tu, hanya orang umno je, melayu di luar umno tetap ingat, sampai bila-bila dan tak akan maafkan orang-orang durjana ini yang telah melakar kepalsuan sejarah malaysia moden.

finalyear said...

memang teknik cpr mmg boleh mengakibatkan tulang rusuk patah.sesiapa yang ambil kursus basic life support pun tahu perkara ini.politik pr mempolitikkan ape saje bende dibawah matahari.dangkal.

redmrbs said...

tapi di zaman internet ni, semua sudah terdedah, kezaliman polis memang tak dapat disangkal lg.teruskan berjuang melalui pena saudara MSO. kami penjawat awam bukan pekerja upahan umno. HIDUP RAKYAT!!!

hisyam said...

wahai MSO, CPR apabila dialkukan boleh juga menyebabkan tulang rusuk patah. isteri sy seorang doktor dan dia juga mengakui hal ini.kita kalau nk salahkan org, satu jari menuding dan empat jari lagi kena pada kita sendiri.

PAKLAH MAN said...

saya pun pernah buat CPR jgk tp xlah sampai patah. secara logik akal xkan polis yang begitu hebat dan tinggi keprofesionalannya x bljr bt CPR dgn betul..

ANAFAKIR said...

kot yer pun buat CPR..takkan la sampai patah teruk tulang rusuk?Tendang ke tekan guna tapak tangan tu?...bukan mudah tulang urusk ni bak patah kalau tanpa tekanan yang amat2 kuat..Kalau tekan dgn geram dan penuh kemarahan pasti patah tulang rusuk manusia..kalau sekadar buat CPR secara biasa mustahil boleh mematahkan tulang rusuk,kalau mangsa tu kanak2 mmg ya sbb tulang kanak2 ni lembut.tai kanak2 tekan guna jari sahaja..