Sunday, July 10, 2011

Sebelum Jam 3:00 Petang

Balas Si Otak Kemetot

LAMA saya tidak bermain dan bercanda dengan pengomen blog saya yang otak kemetot. Sesekali perlu juga untuk menenangkan keadaan atau melepas angin. Di bawah ini saya turunkan komen beliau terhadap posting terbaru "Ulasan Kedua Bersih".

***
Mustaqim has left a new comment on your post "Ulasan Kedua Bersih":

Sdr ini amatlah bodoh kerana sudah lama duduk dalam temperung sejak dari sekolah lagi.

Mana ada Rakyat Malaysia yg majority menyokong BERSHIT 2.0 ini? Mengikut CNN pun baru 10,000 org?

Mana dia 300,000 yg nak dikumpulkan itu?

***

Saya boleh mengakui kalau saya bodoh dari sejak sekolah lagi. Tidak akan boleh lawan orang bernama Mustaqim yang berani dari sekolah Tadika Umno hingga ke Universiti Umno. Tenguklah blognya hebat mendapat sambutan hampir 1 juta pageview sehari. Idea yang dilontarkan juta hebat.

Dia mempertikaikan angka himpunan semalam katanya menurut CNN tidak pun sampai 10,000. Kalau hendak ambil sanad dan perwai media pun janganlah yang bias ataupun yang laporannya tidak meluas. Saya rasa bukan saja puak Bersih puak Umno sendiri tidak bersetuju dengan angka berkenaan.

Sdr kita yang otak kemetot ini sebenarnya tidak pernah keluar dari ketiak ibunya. Jauh sekali untuk berada di jalan raya menyaksi sendiri. Apa lagi hendak berlari berungga, mengambil gambar. Dia juga fikir lokasi himpunan hanya satu saja di depan rumah dia.

Dia tidak tahu berapa tempat himpunan semalam. Berapa ramai jumlah polis. Berapa das tembakan dan berapa yang kena tangkap. Kalau orang bijak sifir dan mencongak ilmu hisab (bukan hisab dadah) dapat mengira berapa ramai yang hadir. Kalau polis membuat tangkapan seramai hampi 1,500 hitunglah sendiri jumlahnya.

Saya nak khabar sekali lagi mengenai jumlah kehadiran kepada si otak kemetot ini kalau dia tidak baca kronolo yang saya tulis semalam. Himpunan bukan saja di masjid Kampung Baru. di situ sahaja 10,000 orang. Masih banyak lagi tempat, di Sogo, Pasar Seni, di luar stadium Merdeka, KLCC, KL Central, Pasar Seni, Jalan Petaling, Bukit Bintang... ini tidak termasukan himpunan di masjid Jamik, Brickfields dan lain-lain.

Apakah sempat dan termungkin oleh wartawan CNN untuk melihat semua sekali. Janganlah tersilap dan keluarlah dari kampus universiti Umno, bahawa wartawan jurukamera CNN tidak akan sempat untuk memantau sekali dan ia hanya boleh tunjukkan di satu venue sahaja. Dan mungkin si otat kemetot dan suki bulat ini hanya tenguk di satu venue yang dilaporkan oleh CNN sahaja... I am sorry.

8 comments:

MK Nizam said...

Tuan :)

Dia tak tau, bukan setakat di KL sahaja Gelombang Kuning ini.

London, Taiwan, Kanada, Mesir, Australia dan lain2 tempat semua ada!

Ahmad said...

Tuan,

Usah dilayan org2 sewel macam Mustaqim...Org yg mengikut perjalanan bersih 2.0 terutama ada siaran langsung dr TV Selangor semalam.... bule tau berapa ramai yg hadir..

admin said...

Yer betul.....membuat ulasan dari jauh sahaja mmg berita org mcm ni tak perlu di dengari dan tidak perlu di layan sama sekali, saya amat mengkagumi saudara MSO, berita MSO sahaja yg saya percaya. Tahniah MSO.

baduk said...

ala,budak2..bila dia melabelkan orang lain bodoh sudah boleh diduga tahap kewarasan akalnya..jangan marah ye mustaqim..hahaha

manns'gor said...

Salam Tuan,

Saya amat meminati segala tulisan tuan, yang pada hemat saya betul dan tepat. Tulisan selalunya menjadi rujukan saya.Terima kasih dan taniah.

msmuri said...

salam... biasalah bila dia rasa dia pandai... dia akan melabelkan org. lain bodoh... sedangkan dia lupa kekadang kata-katanya itu lebih bodoh dari orang tak sekolah... teruskan perjuanagan pak MSO bagi membongkar kecurangan dan kebobrokan pemimpin UBN... kami akan tetap menyokong perjuangan pak MSO...

Juraimi Zainal said...

Bravo Pak MSO.. jgn layan puak2 tu.. saya juga ada kat situ smlm.. Sambil berjalan sempat ambil gambar & hantar MMS kpd kawan2 sy... Pertama kali sertai demonstrasi ni & juga pertama kali terkene gas pemedih mata..(kat Daya bumi).. Mak ooi macam nak pitam & tumbang rasanya.. Baru sy tau perjuangan yg sbnr menuntut keadilan... Tapi semangat sy lebih berkobar2 skrg... Itu nilai yg perlu dibayar..

Mmg pelik betul la entah dari mana segenap manusia dtg dari celah2 bangunan tu.. Bertali arus dtg.. Pelbagai lapisan masyarakat pulak tu..

Sy & kawan sempat mengelak dari trajedi di KL Sentral, tapi kawan sy sorang lg dtg lambat & mmg dpt lihat bodyguard Anwar kene belasah..

Elok buat BERSIH tu, kalau tidak semua penambah baikan akan dibakul sampah oleh SPR... Macam2 alasan.. Next BERSIH 3.0 pasti sy akan bawa kawan sy ramai lagi... Video & gambar dah diupload dlm FB.. Tak yah nak klentong la diorang...

fyrafauzi said...

Maaf SY bukan nya nk komen pasal budak Mustakim tu,..sdr mso sy sudah lama membaca tulisan2 sdr, dn sy amat menyukai gaya bahasa sdr apatah lagi bila sdr selitkan istilah2 (loghat) kel anak2 sy juga gemar membaca artikai2 sdr. sebenar nya sy mengenali sdr sejak di tingkatan 5 lagi dan ada dikalangan teman2 sekolah sdr adalah juga merupakan teman2 sy.... teringat sy masa kita sama2 naik keretapi dr R.panjang.....ke...