Gelombang Tsunami Sudah Berkocak
[Ulasan yang terlewat diposkan] PAGI ini ruang udara Kuala Lumpur sudah kembali aman. Tidak ada deruan halekopter seperti hari semalam, berdaung dan berdegung di segenap ruang angkasa Kuala Lumpur. Jalan raya juga di buka sepenuhnya. Perniaga juga sudah membuka semula gedung-gedung peniagaan mereka. Begitu dengan peniaga kecil Melayu turut membuka semula gerai niaga mereka di celah-celah bangunan tinggi atau tercorot di belakang plaza.
Semalam semua gedung tutup, gerai juga tutup. Gambaran media massa penjilat buntut kerajaan peniaga sendiri yang mengambil keputusan itu kononya bimbang dengan himpunan Bersih yang menganggu kedai mereka. Walhal apa yang diketahui arahan tutup itu dibuat oleh polis. Apakah arahan itu untuk langkah keselamatan atau sengaja untuk menimbulkan kemarahan pekadai? Jadi kalau peniaga rasa rugi dengan peristiwa semalam kerana tindakan tutup kedai tuntutlah insuren kerugiannya dengan polis.
Mana-mana pekedai yang berani membuka kedai mereka semalam untung besar. Sebuah kedai runcit di Jalan Pudu kehabisan stok makanan ringan dan juga air mineral. Bayangkan berapa banyak untungnya kedai berkenaan kerana kegeligaan tuan punyanya.
Begitu juga dengan sebuah restoran Cina berhampiran Mybank juga kehabisan stok. Roti canai, magie dan minuman tin juga habis. Gula, milo, coklet dan gula-gula dan segala macam jenis minuman habis licin. Tisu juga habis keran dibeli untuk tutup muka dan sapu peluh yang membepali dari leher hingga ke labu betis. Manusia berdyun masuk ke kedai untuk menghilangkan penat selepas lari dari serangan polis.
Jadi dakwaan mengatakan himpunan Bersih merugikan pekedai tidak betul. Yang rugi ialah mereka yang percaya kepada provokasi polis dan UBN. Yang percaya kepada momokan Khalid Bakar. Kalau mereka memahami tuntutan dan tujuan himpuann mereka akan tidak akan merasa gentar. Tidak ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku semalam.
Tidak ada laporan mengatakan kedai dipecah. Atau pun harta awam dirosakkan. Usahkan kereta dibakar, ting sampah pun tidak ditendang. Semuanya baik dan teratur. Hakikat ini kena diakui oleh DBKL dan polis. Himpunan Bersih dengar kepada perintah dan peraturan. Mereka orang yang rasional. Macam mana rasional dan profesionalnya Ambiga begitulah mereka.
Sesudah selesai himpunan ada sekumpulan perempuan Cina membawa beg plastik berwarna sambil melaungkan sambil melaungkan masukan sampah ke sini. Kumpulan ini berjalan sambil membawa plastik dan mengambil apa-apa sampah yang ada. Inilah contoh dan gambaran yang ada dan dapat dilihat sendiri. Samje?
Apa yang didedahkan oleh media penjilat butut adalah satu pengkhinatan. Satu perogolan ke atas etika press sendiri. Mereka mahu memberi gambaran himpunan itu jahat, menyusah dan menganggu orang ramai. Sebab itu ada penulis atau wartawan cabuk melebelkan para himpunan itu sebagai perusuh. Siapa yang merusuh? Orang ini tidak dapat hendak bezanya diantara perusuh, perompak dan penutut hak diri sendiri.
Begitu juga kerajaan sengaja melebelkan sebagai himpunan haram? Apa haramnya. Untuk menuntut hak rakyat yang dijamin oleh demorkasi dan perlembagaan haram. Kalau benar-benar haram kenapa semalam tentera dan polis tidak bom dan bunuh semua himpunan? Bukankan sesuatu yang haram itu sangat buruk konotasinya. Bom sahaja biar ratusan ribu mati dan saya jamin selepas ini Najib dan Rosmah dapat bersela makan dengan tenang dan Najib boleh minta Agong istyharkan parlimen dibubarkan.
Kenapa tidak bom?
Sebenarnya kerajaan UBN menafikan hak asasi rakyat. Mereka tidak pandai dan memahami pelembagaaan yang mereka baca. Mereka juga tidak faham dan menghormati apa yang cuba diajarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila Tuanku Mizan sedia berjumpa dengan rombongan Bersih itu bermakna tindak bersih menuntut lapan perkara itu sebagai sah atau perkara yang boleh dipertimbangkan dan bukannya ditolak mentah-mentah.
Kenapa UBN termasuk Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Bakar begitu biul untuk memahami perkara ini. Pada saya himpunan semalam tidak akan berlaku dan UBN tidak akan merasa resah dicemuhi rakyat kalau Aziz bijak melayani tuntutan Bersih. Tetapi kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka terjadilah apa yang telah berlaku.
Begitu juga kalau polis dapat memahami dan bijak menguruskan kesanggupan yang Najib berikan, membenarkan himpunan diadakan di stadium, ia tidak akan jadi seperti semalam. Himpunan akan berlaku aman dan tidak menganggu orang awam. Rakyat kita yang kita kasihi tidak akan luka, pecah kepala dan ada yang meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan bom asap polis? Jadi sekarang siapa hendak bertanggungjawab.
Ingat sebagai orang Islam saya percaya kepada ketua polis negara Ismail Omar dia orang Islam. Besok dia akan ditanya diakhirat atas kematian orang bernama Baharudin Ali. Baharudin mati kerana mempertahkan haknya disuruh oleh Allah. Apabila dia mati dalam peperangan mempertahankan hak yang dia yakin dia syahid.
Pasukan Islam yang menyebabkan Baharudin mati akan disoal atas status dia sebagai orang Islam yang mempercayai ada hari pembalasan. Lainlah kalau Ismail dan pasukannya tidak yakin kepada hari pembalasan dan dunia akan hancur.
Sebenarnya kerana kurang bijaksana polilah terjadi pembunuhan dan boleh menyebabkan berlaku kematian ramai-ramai. Sekiranya polis melapangkan dada sedikit dan tidak cuba menjadi pak sanggup atau kaki bodek untuk kepentingan diri kerana kedudukan dan kenaikan pangkat, mereka sedia buka stadium merdeka. Tetapi sayang tidak begitu pengkat dan kedudukan serta kuasa yang boleh diguna untuk menyamun menjadikan mereka terlupa kepada sumpah dan ikrar.
Kalau stadium Merdeka dibenarkan dijadikan tempat himpunan keadaan akan aman dan tidak perlu semua jalan ditutup dan membuat provokasi menakutkan rakyat. Al hasilnya tindakan polis yang dibuat dengan tanpa memikir kesan kepada UBN terjadi sebaliknya. Niat polis hendak mengukuhkan bos-bos mereka terjadi tragedi itu.
Apa yang boleh disimpul dan disifatkan himpunan semalam berjaya mencapai sasarannya. Ia telah memberi impak dan menghitamkan bayangan ketakutan kepada UBN menghadapi pilihan raya ke-13 kelak. Kalau himpunan Bersih 2007 lalu yang semangat, komitmen dan sokongan tidak seperti hari semalam pun UBN kehilangan majoriti, maka ada harapan dan peluang dalam pilihan raya akan datang UBN akan tumbang terus.
Kesimpulan lain dari tragedi semalam mereka yang keluar itu terdiri dari anak-anak muda yang sudah tahu bertindak membela hak mereka sebagai warganegara. Generasi Y yang mahir dalam maklumat dan tidak mudah ditipu sudah memanfaatkan kecanggihan IT. Dalam perkiraan saya lebih 80 peratus adalah anak-anak muda di bawah 40 tahun.
Perkara lain yang nampak jelas ialah kaum Cina yang begitu ramai hampir menyamai orang Melayu. Perkembangan ini menunjukkan semua kawasan bandar dan di mana sahaja kawasan campuran 30:30:30 akan dimemangi oleh Pakatan Rakyat. Kawasan majoriti Cina lebih 60 peratus usah bercerita lagi.
Apabila puak Patriot keluar tidak sampai 500 orang ini menunjukkan bahawa orang Melayu yang suka memakai lilit merah, hunus pedang atau mencabar dan memaki hamun orang hanya akan menang atas kertas sahaja. Jelas bila diajak turun ke lapangan dan medan juang mereka takut.
Sepatutnya semalam Pemuda Umno harus bergabung dengan Perkasa(m) tunjuk kekuatan mereka. Panggil ahli silat yang kononya ada ratusan ribu tunjuk belang dan kekuatan mereka. Jangan cakap depan kamera dan tv saja. Tetapi bila mereka tidak keluar atas alasan kerana menghormati polis ia menjelaskan bahawa pengakuan dan sumpah itu hanya tong kosong sahaja.
Sesungguhnya kejayaan himpunan Bersih semalam memberi impak yang besar. Ia menjadi bayangan yang menganggu tidur Najib dan para kabinetnya. Pengakuan kononnya himpunan itu gagal ianya boleh diibaat Najib sebagai memasukkan bom jangka ke dalam poket seluarnya sendiri.
Hari ini ekoran kejadian semalam mungkin sudah ada menteri yang mengemaskan fail atau menghapuskan apa-apa dokumen yang boleh disabitkan di bawah rasuah dan penyalahguaan kuasa. Mereka bimbang takut sesudah tidak jadi menteri dan parti kalah nanti mereka akan ditangkap dan didakwa atas pelbagai rasuah.
Hari ini polis akan membuat postmortem, jabatan dan kementerian terbabit juga akan membuat bedah siasat terhadap himpunan semalam. Sekali lagi adalah malang kalau posmortem dibuat itu hanya untuk menyedapkan hati tetapi tidak berdasarkan hakikat sebenarnya. Postmertem demikian tidak lebih dari usaha untuk mempercepatkan Najib menutup dapur politiknya.
Dan sekiranya UBN tidak dapat mempertahankan kuasa dalam pilihan raya akan datang sebabnya ialah kerana tuntutan Bersih. Bersih menjadi arus dan gelombang untuk mengalunkan sebuah ombak besar dinamakan Tsunami kedua. Manakala orang yang kena bertanggungjawab ialah SPR serta polis. Sebab itu saya kata, atas kejayaan Bersih semalam pihak yang perlu diucapkan terima kasih ialah kepada polis dan SPR. Kerana tanpa mereka sedar atas tindak dan keputusan mereka buat ia telah mencalarkan arang hitam yang panjang ke muka kerajaan.
Sesungguhnya arus yang beralun semalam tidak akan berhenti di situ saja. Ia akan bergerak dan bergelombang... akan melabungkan bueh dan membedal pantai. Ia akan menjadi kuat dan deras pabila sesudah parlimen dibubarkan. Arus tsunami akan dapat disaksikan sekiranya Najib tergamak untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini! [wm.kl.9:20 am 10/07/11]
6 comments:
Sdr ini amatlah bodoh kerana sudah lama duduk dalam temperung sejak dari sekolah lagi.
Mana ada Rakyat Malaysia yg majority menyokong BERSHIT 2.0 ini? Mengikut CNN pun baru 10,000 org?
Mana dia 300,000 yg nak dikumpulkan itu?
Yelah, orang-orang yang pandai macam ko ni mustaqim, memang laaa pandai kira. Tgk jelah nanti masa PRU13, orang yang ko kata bodoh ni yang betul atau ko yang amat pandai serta genius dalam matematik ni yang betul. TUNGGU PRU13! ALLAHUAKBAR!HIDUP MALAYSIA!HIDUP RAKYAT!HIDUP KEADILAN!HANCUR KEZALIMAN!REFORMASI!DEMOKRASI!
Assalamu alaikum tuan. Biarlah Mustakim tu sebab bukankah dia sentiasa lurus.
Ketika BERSIH berada di kemuncaknya, Najib kata "dengan sejuta Ahli UMNO dia boleh menawan Kuala Lumpur". Anti klimax sungguhlah Najib ni. Nak himpun sejuta belia dengan seribu keseronokan dan kemeriahan pun gagal.
Semalam selepas selesai di stadium saya pun bergerak ke Brickfields, cari kedai makan, Restoran Puteri tutup, ada kedai makan mamak dekat stesen monorail penuh sangat, masuk KL Central pun sama juga. Akhirnya saya dan anak makan roti kosong dengan bersila atasl lantai di KL Central sebab tak dapat cari kedai makan yang kosong. Rasanya inilah makna rugi bagi UMNO. Pasal tulah ekonomi negara melonjak.
Mustaqim tu wat kelakar la.hahahahahaha.punya ramai mcm tu dia kata sikit.kononnya berita semlm kata 30 bas kat titiwangsa.tapi bila aku kat sana takde lak bas tu.kelakar la diorg ni.dulu boleh la tgk tv je.skrg mcm2 ada.hahahaha.tu bnyk tgk tv la tu.ape pn wat penulis syabas.kita tggu pru nanti
salam pak MSO...
saudara mustaqim tu masih dibuai mimpi...
apapun teruskan penulisan pak MSO untuk membongkar kebobrokan para pemimpin yg. melakukan pengkhianatan ke atas amanh rakyat... walaupun saya tidak dapat menghadiri perhimpunan tersebut, saya tetap menyokong perjuangan memBERSIHkan segala kekotoran yang dilakukan oleh Suruhanjaya Penipu Rakyat @ SPR... apapun al-fatihah buar Allahyarham Pak Baharuddin... semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...
kelakar kentut si mustaqim tu... sy sempat makan tengahari & minum ptg smlm .. sempat tanya peniaga tu, kata nya tak sempat breakfirst pun lagi ni...
nak bg satu cerita sikit: kawan saya kat kl sentral, ada polis kat kedai coklat tu suruh dia tutup kedai sbb nanti ada huru hara.. kawan sy tu pura2 membelek coklat, lps polis tu blah, kawan sy ckp kat budak kedai tu, baik ko jgn tutup, aku dah 15 tahun join demonstrasi ni tak pernah pun orang nak bakar kedai, kalau ko tutup ko yg rugi... Sampai skrg sy masih tergelak lg teringat cerita dia...
Post a Comment