Monday, January 28, 2013

Pengguguran TP PAS Perkara Biasa

MENYELAK DIRI                                                                                                           

Pengguguran bekas timbalan presiden PAS, dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama tidak perlu diberi ulasan panjang. Pemecatan itu adalah perkara biasa. Seperti mana kata Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat suami isteri pun bercerai jadi pengguran itu adalah perkara biasa.

Orang PAS tidak perlu menangis dan bersedih, apa lagi tercabut kain, terimalah semua itu sebagai takdir. Cuma ingat satu sahaja, PAS adalah sebuah jemaah dan bukan milik individu. PAS lebih besar dari sesiapa hatta Nik Aziz. Siapa pun dia namun jemaah mengatasi segala-galanya.

Seorang pergi meninggalkan PAS ribuan yang memasukinya. Selagi PAS tetap atas perjuangan asal ia tetap menjadi pilihan. Jangan ambil kira yang melarikan diri kerana mereka mengejar sesuatu yang PAS tidak dapat berikan kepada mereka. Ini sudah terbukti sejak penubuhannya tahun 1952 PAS terus membesar dan disokong hingga apa yang wujud hari ini.

Justeru isu bekas timbalan presiden itu hanya sebesar tahi cicak terpotong dua saja.

Sebelum ini pun ramai yang diambil tindakan dan kerana itu mereka terus berjauhan dengan PAS malah ada yang menghentam dan memaki hamu PAS dari belakang. Itu biasa. Dan PAS tidak pun terjejas apa-apa. Sebab apa, yang diperkirakan orang ialah PAS bukan orangnya.

Dalam kes bekas timbalan presiden itu, ianya jelas. PAS telah memberi beberapa kali peringatan tetapi dia terus dengan keputusan dan kepercayaannya. Siapa yang boleh memujuk atau menahan dia? Dia bukan seorang budak yang perlu diberi tunjuk ajar. Dia menjadi ahli Parlimen PAS dua kali. Dia juga pernah menjadi timbalan presiden dua penggal, jadi dia berada di tempat paling tinggi. Tidak bererti bila sudah sampai ke tempat itu dia berada di pihak benar, tidak.

Sesuatu yang mungkin dia tidak sedar bahawa kemenangan dia untuk jawatan timbalan presiden PAS dulu bukan atas kredibilitinya. Kemenangan itu adalah kerana strategi politik. Inilah yang salah ditafsirkan oleh beliau sehingga beliau merasakan dia lebih berhak untuk menjadi timbalan presiden kemudian dia merasakan berpengaruh.

Saya akan menceritakan detik-detik awal bagaimana dia dicalonkan untuk mencabar Allahyarham Hassan Shukeri untuk merebut jawatan timbalan presiden yang ditinggalkan oleh Abdul Hadi Awang selepas ketiadaan Allahyarham Fadhil Mohd Noor. Ramai mungkin yang tidak tahu cerita di sebalik ini. Dan dia juga tidak insaf apa yang berlaku di sekitar dirinya.

Orang PAS perlu mengucap selamat berjuang dalam wadah baru kepada beliau. Kalau dia memilih Umno itu adalah pilihan yang tepat baginya bila dilihat kepada karektor dan juga pembawaannya. Angkatlah tangan dan berdoalah semoga dia berjaya dengan caranya sendiri. Mereka yang kekal dalam PAS hendaklah istiqamahkan perjuangan. [wm.kl.8:47 pm 28/01/13]

8 comments:

Bang Aji said...

Rasanya rata-rata ahli PAS tak terasa pun kehilangan kelibat @ peranan yg dimainkan oleh bekas TP PAS.....

Delima said...

Salam Saudara Nash... saya tidak berminat membicarakan hal saudara... seperti kata MSO... biarkan dia pergi. Cuma sebelum saudara pergi fikirkan bersama-sama bahawa: (1) saudara menjawat Timbalan Presiden kerana sokongan akar umbi. (2) saudara menjadi YB Parlimen juga kerana sokongan akar umbi.

... maka perlukah pada ketika ini saudara meninggalkan akar umbi. Fikirlah...

amirul aman said...

bila biduk berlalu nescaya kiambang akan bertaut-selamat tinggal TP

Khabar Haji 1431H said...

Kami generasi terkemudian ingin tahu kisah itu Pak Sayuti. Ceritalah untuk kebaikan.

abu muaz said...

sorang lagi akan dibawa duduk atas kerusi letrik,

selamat jalan.

NYAMUK MENGGIGIT said...

Adalah PELIK bilamana PAS membenarkan seseorang yang bergelumang dgn PASUKAN lawan tetapi mengekalkannya di peringkat awal!
Dalam mana-mana hal pun jika seseorang TELAh menyokong polisi pihak lawan ianya adalah menyalahi etika perlawanan bilamana mengekalkannya. Pas dan Umno adalah pihak yang berlawan dalam memperjuangkan IDEOLOGI politik masing-masing. Org seperti tidak wajar sama sekali diberi simpati walau apa jua alasan pun kerana telah mengkhianati jemaah. Malah yang sepatutnya DIA dikutuk dan dihina namun alhamdulillah atas sebab persaudaraan SABAR tu masih ada!Hanya orang BODOH sahaja yang akan menyimpan DURI DIDALAM DAGINGNYA ATAS ALASAN KESIANKAN DURI!

M Rajoli Al-Qlantani said...

takkan lah pemain yang selalu sangat sumbat gol sendiri hendak dikekalkan dalam pasukan.. pemain mcm ni perlulah direhatkan atau digantikan dgn org lain..

kaka said...

semakin menuju kemenangan Allah akan mengugurkan sesiapa yg tidak layak memimpin kemenangan itu, sama ada dia di gugurkan atau pun mereka sendiri menjauhi diri