Friday, June 17, 2016

Ke mana RM12 juta milik keluarga mangsa culik dilarikan?

ENEKDOT JUMAAT

Mungkinkah saya yang "bingung" atau kerajaan khasnya Zahid Hamidi yang bingung mengenai kenyataanya konon wang berjumlah RM12 juta yang diusahakan oleh keluarga empat mangsa culik di Sarawak tidak diserahkan kepada penculik tetapi disalurkan kepada badan di Filipina untuk melaksanakan aktiviti Islam secara sah.

Pekara-perkara yang membingungkan;
1. Empat tebusan itu yang ditahan selama 69 hari (semua Cina) telah dibebaskan. Persoalannya kenapa mereka dibebaskan. Kalau mereka ditahan kerana menuntut bayaran, ini bermakna mereka dibebaskan setelah wang tebusan sudah dilunasi. Masakan si penculik baghral sangat saja-saja main-main culik. Penculikan itu bukan suatu demostrasi atau stimulasi rasanya.
2. Pihak keluarga menjelaskan mereka mengumpul wang sebanyak RM12 juta hasil derma orang ramai dan termasuk menggadaikan aset mereka. Wang itu diserahkan kepada polis. Apabila IGP bernama Kahlid Abu Bakar mengatakan tiada wang diserahkan kepada penculik, pihak keluarga mempertikaikan ke mana wang itu diserahkan. Mereka musykil sungguh.

3. Setelah keluarga mempertikaikannya, maka Zahid membuat kenyataan (mengeliru dan membingungkan) itu, kononnya wang itu diserahkan kepada badan tertentu di Filipina. Apakah Zahid berbohong dan tidak mahu mengakui yang wang itu telah diserahkan kepada penculik kerana hendak jaga maruah kerajaan (polis) yang sebelum ini sama sekali tidak akan melayani tuntutan wang oleh pemnculik itu?

Zahid wajar menyebut nama badan khas itu, jangan buat seperti kenyataan membela Najib dalam isu dana RM2.6 juta yang diderma oleh raja Arab yang tidak berrnama? Sebelum ini sudah kerap Naib Presiden ini membuat kenyataan yang tidak konsisten dan lelucu.

4. Cara penjelasan Zahid itu boleh menyebabkan badan khas di Filipina yang diserahkan wang itu akan dianggap sebagai agen penculikan berlesen yang diikhtiraf oleh kerajaan. Apakah kerajaan Filipina mengeluarkan lesen sah untuk melakukan penculikan. Kerana sebagai badan sah pasti pihak berkuasa Filipina mengetahui akan badan berkenaan. Pelik.

4. Lebih dahsyat lagi "kluk klik" macam ikan keli dalam besen dan kekeliruan itu juga menyebabkan orang boleh beranggapan mungkin pihak polis yang makan wang RM12 juta itu? Ini sangkaan yang sangat teruk.

5. Desakan sebuah NGO agar kementerian dalam negeri khasnya Zahid Hamidi menjelaskan kedudukan wang itu adalah wajar ditunaikan untuk pengetahuan orang ramai. Atau pun wang RM12 juta itu dilempar ke laut Cina Selatan untuk makanan jerung bagi si ikan besar itu mengadakan majlis berbuka puasa dan menyambut hari raya. Ikan puasa juga ke?

6. Apa yang dilakukan Zahid berhubung isu ini, benar seperti kata NGO itu menunjukkan kelemahan beliau sebagai menteri KDN dan Timnbalan Perdana Menteri. Ia juga memberi gambaran soal keselamatamn dan nyawa seperti dipermain-mainkan dan  Zahid tidak boleh diharap untuk menjaga negara dan rakyat. [wm.kl.1:15 t/hari 17/06/16]

9 comments:

Unknown said...

Seingat saya IGP pernah dengan bangga nya menyatakan bahawa tiada wang tebusan yang terlibat hanya dengan "KERJA KERAS" pehak polis maka kesemua tebusan dapat di bebas kan. Tetapi setelah pehak NGO menyatakan sebalik nya maka TPM yang selama ini diam membisu pun bersuara bahawa wang tebusan itu telah di serah kan kepada sebuah badan amal di Filipina. RM12 juta yang di kumpul hasil kerengit mereka yang prihatin bukan nya sedikit. Mengapa tiada sifat pertanggung jawaban di pehak polis dan kerajaan Malaysia? Ini jelas menunjuk kan bahawa "MEREKA YANG DI ATAS" ke semua nya tidak boleh di percayai. Ingat apa yang di surah kan oleh seorang Jawa dari Pontian? "GST tidak akan menaikk kan harga barang barang keperluan harian" betul kah begitu?
Selagi mereka "YANG TAK BERGUNA" masih berlengang di anjung kuasa percaya lah bahawa rakyaat Malaysia akan terus menderita. Kepada Rakyaat Malaysia yang prihatin, laku kan lah perubahan, cukup cukup lah kita semua di tipu.

Unknown said...

bangsat!ditipunya kita semua.

Miak Bujat said...

Takkan la nak kata kerajaan bayar kat penculik. Itu dah bagi signal salah kpd semua org bahawa kalau culik rakyat Malaysia, kerajaan akan byr untuk pembebasan mereka. Bayangkan berapa ratus ribu rakyat Malaysia di luar negara. Jgn sebab benda2 mcm nie rakyat Malaysia di luar negara akan jadi sasaran penculikan.

usin said...

mso, mohon cari artikel lain yang lebih menarik untuk dipaparkan kepada rakyat. apa maknanya mempertikai wang rm12 juta itu untuk disebarkan kepada dunia. agar selepas ini lebih ramai rakyat malaysia diculik dan dituntut jumlah pampasan yang besar? ini isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat beb. jangan bermain dengan api dan keselamatan orang awam dalam mencari isu. fikir dan fahami dengan jiwa bersih, bukan semata-mata emosi dan tidka puas hati.

Unknown said...

Disini lah, ketelusan sangat penting diamalkan oleh pihak berkuasa.Rakyat perlukan keadilan.

mohd sayuti omar said...

Saya nak reak kpd pandangan dan gesaan Usin, kerajaan atau polis kena bijak dan cerdik. Keselamatan penting, tetapi ia perlu ditangani dengan penuh integriti. Patut IGP diamkan sahaja, jangan bercakap langsung. Itu baharu cerdik. Bila dia nafi, keluarga mangsa bercakap, maka terheret kepada menteri. Rakyat sekarang ini bukan bodoh belaka. Kalau tidak mahu berbau jangan peram ubi jadi tapai.

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Duit tu bapak Zahid punya agaknya, jadi suka hati dialah nak derma kepada sape pun. Tapi dia dah lupa nama individu atau pertubuhan yang dia berikan duit tu. Zahid dah hilang ingatan...akal...maruah...

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Betul tu MSO. Usin tu sudah runsing. Jaga diri elok2 Usin jangan sampai kena culik kena bayar wang tebusan berjuta2 mana nak cari?

Unknown said...

Yang saya tak puas hati katanya duit itu diberi kepada ngo islam disana..apa buruk sngat ka ngo islam ni ambik duit orang yg bergolok begadai..carilaa alasan lain..jangan sabitkan islam...tercemar nama islam..tercemar dek abu sayaf..tercemar pulak sebab ngo islam...