Tanggal 17 April lalu genap 10 tahun blog Merah Tinta ini dibangunkan dan menemui anda penjengok sekalian. Dalam tempoh itu saya telah membuat 5,502 posting atau catatan dalam berbagai topik sosial, budaya dan politik berserta dengan ribuan keping gambar. Paling ketara ialah mengenai topik hal ehwal politik negara.
Sebenarnya blog ini bukan sahaja berkisar kepada catatan sInggungan isu-isu politik, tetapi ia mencakupi sosial, budaya, perjalanan - advanture ke setiap pelusuk dunia, peristiwa dan sebagainya. Selebihnya juga merupakan catatan peribadi kehidupan sosial saya sendiri.
Serah chek untuk bina lebuh raya kepada Nik Aziz. |
Bagaimana sibuk atau kadang kala keletihan dikekang masa sebagai penulis buku, saya tetap juga mencuri ruang untuk mengisi blog ini hampir setiap hari. Di samping berblog saya menulis buku. Saya berusaha sedaya mungkin untuk tidak menghampakan penjengok. Kalau sehari saya tidak membuat pengeposan berasa berdosa pula diri ini kerana ia mengecewakan penjengok.
Semuanya dilakukan dengan penuh sukarela tanpa "pamrih" apa-apa. Dan kepuasan jiwa rasa terbayar dan kerja bloging menjadi bererti apabila bertemu penjengok atau menerima sapaan mereka yang memberi tahu mereka adalah penjengok blog saya, dan ada juga yang menghantar mesej seakan marah-marah kalau tidak ada posting baharu. Telatah itulah yang saya anggap sebagai imbuhan dan penghibur saya sepanjang menulis blog.
Berbagai rakan penjengok.
Dalam tempoh itu juga bermacam-macam jenis rakan penjengok yang hadir menjadi rakan pencambah minda, penegur saya sebagai penulis. Sekecil-kecil teguran ialah memberi tahu ejaan (typo) saya salah. Sebagai halimunan mereka berani, sudi dan tergamak menegur saya, ini saya terima dengan gembira kerana ia menandakan saya dipeduli.
Mereka ini datang dan pergi silih berganti. Yang dapat menerima atau sesuai dengan fikrah saya, akan kekal dari mula sehingga ke hari ini menjadi penambah pageview blog saya yang kini sudah mencecah lebih 20.5 juta. Mereka adalah sumber inspirasi kepada saya. Manakala yang tidak dapat menerima akan berlalu secara senyap, atau ada juga yang meninggalkan dengan serangkai kata-kata maki hamun dan sumpah kononnya mengaku tidak lagi mengikuti blog saya apabila kesukaan-kesukaan mereka saya kritik.
Korban di perkampungan Islam di Bangkok tahun lepas. |
Saya juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, namun Alhamdulillah setakat ini tidak ada tindakan sehingga menyebabkan dikenakan apa-apa hukuman dan tindakan. Disebabkan halangan dan hambatan itulah kemeriahan alam blog suatu masa dulu sudah agak berkurangan, kebetulan pula dengan munculnya medium baharu Facebook dan lain-lain menjadi pesaing tersendiri kepada blog.
Dua perkara merujakan.
Apabila berbicara fasal blog ini ada dua perkara yang meruja dan menggembirakan saya. Pertamanya ialah sokongan fizikal para penjengok kepada saya. Seperti mana umum tahu fungsi blog ini bukan sahaja bersifat informatif -- memberi maklumat, sebaliknya menjadi medan untuk berpolemik, berargumentasi serta membuat provokatif. Dalam masa sama ia juga menjadi wadah kecil perjuangan saya dalam berkebajikan dan berbakti, ini yang paling istimewa dan bermakna.
Boleh dikatakan setiap tahun sejak sedekad lalu, ada-ada sahaja misi kemanusiaan dan kebajikan yang digerakan dengan blog ini. Kejayaan misi kemanusiaan dan kebajikan ini ia menunjukkan hubungan silaturahim dan kemanusiaan saya dengan penjengok terjalin menerusi wadah -- blog ini. Misi kemanusiaan dan kebajikan tidak terlaksana tanpa bantuan dan sokongan penjengok sekalian.
Kebahagiaan saya ialah apabila para pejengok mempercayai dan tidak pernah letih menyokong saya.
Merai anak-anak yatim yang menjadi pelarian Syria. |
Menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak di Aceh. |
Selain itu blog ini juga pernah mengumpul dana mengisi tabung untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat di Kelantan di era Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jumlah yang dapat dipunggut menerusi blog ini adalah dikira terbesar dalam siri-siri pengumpulan dana, berjumlah hampir RM30,000. Selain itu dari masa kesemasa blog ini juga memberi sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan bantuan termasuk artis, pelajar sekolah dan masyarakat terbiar. Antara artis yang pernah dibantu ialah pelawak Yahya Sulung, pelajar Nik Nurmadihah dan lain-lain.
Semasa banjir emas melanda Kelantan akhir tahun 2014, para penjengok blog ini telah membantu menyediakan berbagai keperluan untuk mangsa banjir di Gua Musang. Dua buah treler makanan berupa beras, maggi, sardin, pakaian dan lain-lain dihantar ke kawasan bencana banjir khususnya di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.
Berbicara mengenai blog dan penjengok ini, turut merujakan saya juga ialah keprihatinan anda sekalian terhadap saya ketika saya sakit setengah tahun lepas. Ketika terbelenggu di katil hospital adalah hari-hari menyedihkan dan rindu saya kerana tidak dapat mengupdatekan blog seperti biasa. Betapa ketika itu saya amat berasa sunyi dan sepi sekali. Mungkin kesunyian itu dapat saya mengatasinya tetapi keperihatian budi baik dan doa kalian untuk saya tidak akan saya lupa dan ia tetap jadi hutang buat saya.
Ketika mengunjungi Baitumaqdis, Israel. |
Menyampikan telekong kepada penduduk di Shakirin. |
Atas ketahanan blog ini saya berterima kasih kepada semua khasnya kepada individu yang memberi perhatian dan sumbangan sebagai mendokong blog ini meneruskan misi kemanusiaan dan kebajikannya. Terima kasih juga kepada blog atau capaian lain (link) blog saya baik langsung atau tidak. Walaupun dari segi kod etikanya salah, tetapi itu saya anggap sebagai kebebasan dunia siber yang kita harus memahami kerenah dunianya. Namun alangkah baiknya kalau petikan itu dikreditkan sebagai "royalti" buat saya.
Saya bercadang untuk menukar mashead (kepala blog) sempena usianya sedekad ini. Saya ingin mewajahanya dengan wajah baharu lebih dinamik dan kotemporari berimejkan perpaduan. Saya sangat berharap kepada sesiapa (designer) yang ingin membantu untuk menyiapkan kepala mashead blog untuk ditukar dalam masa terdekat. Bantuan dan sumbangan anda dialu-alukan. Rekaan terbaik akan saya pakai sebagai mashead baharu.
Yang berminat dan sudi membantu dengan segala hormat dipersilakan mungkin saya akan bagi sedikit honorarium. Wassalam. [wm.kl.10:21 pm 05/05/17]
16 comments:
Alhamdulillah & Tahniah tuan MSO.
Banyak pelajaran dan pengalaman yg dapat dikutip dari blog tuan.
Salam Perjuangan!
Tahniah tuan mso...seorang penulis yg konsisten dari dulu hingga sekarang
saya merupakan salah seorang pengikut tegar blog tuan. pemikiran politik saya banyak dipengaruhi dengan tulisan tuan sepanjang sedekad ini.
Tahniah!!! Tuan MSO.
Didoakan tuan mso sentiasa sihat dan terus berblog. Karisma, idea dan sumbangan tuan sebagai penulis saya amat kagumi
#followersetiasince2008
Tahniah.... tn mso. Teruskan usaha tn mencurahkan pandangan fikiran dan cadangan dalam menangani maslahah umat.
Tahniah Tuan MSO, Barakallahu fiik
Tahniah Tuan MSO.penulisan yg amat berguna pd penjengok,mudah memahami serta memaju minda para pembaca..Semoga dipenuhi Kemanisan Iman serta Kerahmatan sekeluarga.
Tahniah Tn. MSO...Perjuangan perlu diteruskan...
Tahniah Tuan MSO,
Moga terus menulis dan merakamkan isu masyarakat seluruh dunia.
Terima kasih.
tahniah, saya sentiasa mengikuti blog ini sejak 8 tahun lepas....
Alhamdulillah & Tahniah tuan MSO.
Banyak pelajaran dan pengalaman yg dapat dikutip dari blog tuan.
Tahniah mso di atas tulisan anda moga bermanafaat... Meruntuh kezaliman dengan tinta yang tajam lebih tajam dari pedang... Sepenting penulis wahyu di sisi Rasulullah SAW
semogat Abg Ti dimudah kan urusan duniawi ukhrawi... terus kan perjuangan memberi pencerahan tuntas atas segala kebejatan Ajib dsb...
Tahniah kepada Abg. Mohd Sayuti Omar (MSO) yang sentiasa menulis isu-isu semasa dengan penuh ikhlas
tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Walaupun usia terus mendaki tapi garapan penanys masih terbaik, sekali sekala mengguna lorat Kelantan yang mudah difahami.
Doa saya sebagai pembaca tegar blog ini agar tuan diberikan kesihatan dan kelapangan masa yang baik dariNya.
Selamat Maju Jaya...semoga kedahagaan info dari kami bisa terhilang jua
Tahniah tuan mso..semoga sentiasa sihat dan konsisten insyaallah.. tolong la update selalu blog ni saya x ada facebook ;).....tahniah tuan
Tahniah Tuan MSO..semoga diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Kami sentiasa merindui tulisan tuan.
Post a Comment