SUSUPAN PETANG
Bila PKR tidak serit dan seakan mengalpakan apa yang berlaku dan terus memujuk Pas untuk bersama dalam satu ketumbukan bagi menentang BN, orang yang masak politik bersetuju dengan usaha berkenaan. Itulah politik matang, dan mengesahkan bahawa politik adalah sebuah games.
Sebab itu, bila ada orang menolak Dr Mahathir Mohamad untuk bersama Pakatan Rakyat (kini Harapan) saya merasakan tindakan itu kurang cerdik dan mereka bukan berada dalam sebuah games politik. Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar pada mulanya juga menolak huluran tangan Dr Mahathir.
Tetapi setelah diberi pencerahan dan jaminan Dr Wan Azizah akur dengan huluran salam Dr Mahathir. Tetapi sebahagian kumpulan Orai masih marah dan tidak mahu memaafkan Dr Mahathir atas kesalahan lampau. Tidak mengapa kerana mereka bukan berada dalam games, tetapi di luar pentas politik yang menuntut kebijaksanaan. Orang yang berada di luar politik memang begitu.
Dalam politik kalau ada dendam ia tidak akan membawa kemenangan. Menghitung hal masa lampau menyebabkan gelap masa depan.
Kita faham kenapa itu berlaku kerana emosi mengatasi rasional politik. Dalam politik rasional lebih baik dari emosi kalau mahu menang dan berjaya.
Bagaimana pun senario itu berlainan dengan usaha Azmin Ali yang beriya-iya untuk mengajak Pas untuk bersama PKR - Harapan. Perlu disedari keadaan Pas berbeza jauh dengan keadaan Dr Mahathir. Ini perkara yang perlu di dignosiskan.
Dr Mahathir tidak bersalah kepada PKR, tetapi dia bersalah dengan sebilangan orang dalam PKR seperti Dr Wan Azizah Nurul Izzah dan sanak saudaranya yang kecewa dan sedih dengan perilaku sadis politiknya terhadap Anwar sebelum ini. Sebaliknya Dr Mahathir tidak bersalah dengan Pakatan Rakyat, DAP, Amanah.
Sepatutnya kesilapan dilakukan Dr Mahathir itu termaaf dengan apa yang dilakukan Najib Razak selepas itu. Bukankah episod pemenjaraan Anwar yang pertama sudah selesai dan pemenjaraan kedua beliau kini adalah episod kedua yang tidak ada kena mengena lagi dengan Dr Mahathir? Di bawah Dr Mahathir, Anwar terhukum kerana penyalahgunaan kuasa, di bawah Najib kerana liwat.
Dr Mahathir juga tidak mengambil stand politik sekeras stand Pas dengan PKR dan Amanah dan DAP. Kenyataan Pas sebelum ini secara menyeluruh mengkritik kepada parti-parti itu bukan individu semata. Apabila Pas membuat stand berkenaan maka ia menjadi sulit untuk dibawa Pas bersama PKR, dan ke dalam dalam Pakatan Harapan kerana ia berkait dengan maruah parti.
Pas ada prinsip walaupun prinsip presidennya longgar dan berubah. Tidak mungkin ia sedia berubah. Pas sudah "memakumatikan" pendiriannya. Bagi Pas tindakan itu adalah keyakinan kepada strategi dan keimanannya. Pas bukan tidak menyedari peluang dan harapan yang terbuka di depan sekira ia mengekalkan berada bersama pembangkang, tetapi parti itu sudah mengembara jauh, menganyam mimpi indah bersama yang lain.
Pas sebenarnya sudah ditambat dengan tali besar dan gagah oleh suatu kuasa tetapi tali itu tidak kelihatan pada mata zahir. Macam mana Azmin situkang sihir itu mampu untuk melucutkan tambahan itu? Amat-amat mustahil.
PKR atau Azmin perlu melihat kepada apa diusahakan oleh Muhyididin Yassin sebelum ini. Kenapa PBBM lambat untuk bersama Pakatan Harapan ialah kerana Muhyiddin sedang menjalani proses, "mengangguk dan mengembang sayap" dengan Pas. Macnam lagak ayam jantan hendak membodek pongek ayam betina. Tetapi akhirnya Pas enggan menudukkan belakangnya, dan PBBM gagal merukah Pas.
Akhirnya Muhyiddin surender sampai meluahkan kata-kata Pas bohong dan suatu parti yang tidak boleh diajak berunding. Apakah Azmin melupai itu dan ia yakin mampu menawan hati Pas? Apakah kelebihan yang ada kepada Azmin?
Azmin tidak boleh berpandukan kepada kejayaan memerangkap Abdul Hadi untuk hijek jawatan MB Selangor daripada Dr Wan Azizah dulu. Itu situasi yang berbeza. Hadi atau Pas menyokongnya kerana ia ada manfaat untuknya. Jangan anggap Pas tidak bijak.
Situasi ketika itu win-win, jangan berasakan Hadi terperangkap dengannya. Kerana keadaan win-win itulah menyebabkan Pas jadi seperti hari ini. Azmin tidak boleh menafikan Pas kerana itu beliau tetap menerima wakil Pas dalam kerajaan Selangor dan mengikhtirafkan Pakatan Rakyat masih wujud walaupun dari segi moral politik sepatutnya wakil Pas sudah dibuang.
Di sini jika ditinjau dari sudut lain, Azmin yang terjerut dalam jerat Pas. Beliau tidak dapat keluar begitu sahaja, sebalik kena akur walaupun ia mengecewakan orang lain. Walaupun Amanah mengakui kerana peranan dua Adun mereka, Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin memungkin Azmin boleh jadi MB, tetapi sumbangan besar Pas tidak boleh diketepikan. Inilah antara tali digunakan Pas untuk memberkas Azmin. Hanya Azmin yang tahu jenis tali digunakan Pas untuk mengikatnya.
Dengan mengambil kira politik itu games, ia menyaksikan berbagai aksi dan perundingan. Politik itu sendiri perundingan, perbincangan dan dalam perundingan itu ada jerat. Saya ingin katakan selagi Pas dikuasai Abdul Hadi Awang, tidak mungkin Pas akan berundur ke belakang untuk bersama Harapan dan PKR. Keccualilah Azmin dapat mempengaruhi Dr Mahathir, Mohamad Sabu dan Guan Eng untuk membuat konsensus kalau PH menang Hadi akan dilantik jadi perdana menteri.
Bolehkah?
Usaha sendirian berhad Azmin itu merugikan PH. Sementara perundingan berjalan telah timbul berbagai persepsi kepada Harapan. Mereka di bawah yang melihat politik selurus-lurusnya secara harfiah atau literal, sudah penat dengan apa yang berlaku. Situasi ini memberi kesan, menjadikan mereka akan muak, dan jemu akhirnya mengambil sikap tidak mahu peduli kepada politik. Kalau ini berlaku yang ruginya ialah Harapan juga.
Sementara UBN suka sikap begini di kalangan rakyat. Sebahagian taktik dan strategi UBN juga ialah untuk menjadikan politik Malaysia boring dan orang penat. UBN mahu memenatkan minda lawan. Selepas semuanya keletihan dikala itu ia akan memanggil pilihan raya.
Jadi usaha untuk membawa Pas ke dalam PH itu sebahagian usaha memenatkan minda rakyat.
Lupakan Pas dan hormatilah akan sikap istiqamahnya, kerana itu adalah masih berada dalam rukun-rukun halal politik. Pas mungkin boleh diajak untuk berunding setelah ia menerima padah dalam pilhan raya akan datang, dan sesudah ia tidak lagi dipimpin oleh Abdul Hadi Awang. [wm.kl.9:01 am 20/08/17]
10 comments:
Kajian dari DAP, berasaskan undian GE14, dengan tiga penjuru, PH perlu mengusahakan tambahan 10% undi Melayu dan tambahan 5% undi bukan Melayu untuk tawan 115 kerusi, bakinya 50 BN dan 2 PAS di semenanjung.
Perkiraan itu menjadikan PAS sebuah parti otai, kuat dan gerun menjadi parti nyamuk kerana tamaknya untuk bersendirian.
Adalah lebih baik semua tenaga dan masa difokuskan kepada memberi kesedaran kepada rakyat khususnya penyokong yang masih setia kepada PAS bahawa kepimpinan tertinggi mereka sedang bercurang dengan umno walaupun "tiada kerjasama dengan umno" sentiasa berbueh di mulut pemimpin mereka.
Apa ada lagi maruah perjuangan PAS kalau rata rata sedar pertandingan tiga penjuru lebih bertujuan untuk memenangkan calon BN.
Mustahil tiga penjuru membolehkan PAS tawan Puterajaya, sifir mana yang membolehkannya..
Pada 17 Ogos, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) UNISEL, Prof Dr Mohd Nor Nawawi, mendedahkan bahawa AMANAH hanya mempunyai kira-kira 1% sokongan.
Kata Prof Dr Mohd Nor, orang-orang Melayu masih belum tertarik kepada AMANAH dan dapatan-dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan pemikir di bawah Kerajaan Negeri Selangor, mengenainya adalah konsisten.
Mungkin ini juga lah yang menjadi punca kenapa YB Azmin ingin berbaik semula dengan PAS, AMANAH tak dapat membantu.
Setuju dgn Tuan MSO. Usaha Azmin membawa persepsi "ada gunting sdg giat bekerja dalam lipatan". Seolah-olah rumah PH belum siap dibina.
Bijak dan bernas...
Merujuk kepada komen sdr Aminsihat yang memetik kenyataan oleh seorang Prof mengenai Amanah yang hanya mempunyai 1% sokongan dari kalangan Melayu. Kajian itu amat tidak munasabah dan tidak berpegang kepada hujah dan penilaian yang konkrit. Kalau dilihat kepada pencapaian Amanah di dua pilihan raya kecil Sg Besar dan K Kangsar sahaja, ia mengatasi angka ditujukkan oleh prof berkenaan. Mungkin kajian itu dilakukan untuk damge dan memberi gambaran yang Amanah tidak mampu untuk mendokong pembangkang bagu tumbangkan UBN. Ia juga mungkin disengajakan untuk menampakkan relevannya PKR khasnya Azmin mengajak Pas.
Bukan semua kajian dikeluarkan oleh cendekiawan boleh dipercayai hanya berdasarkan title yang disangkut pada namanya. Banyak kajian atau pendapat prof yang tidak tepat dan jauh meleset. Ada tesis Phd yang dikendealikan oleh prof terkenal juga melencung fakta, tetapi diterima sebagai tesis Phd. Alangkah sedihnya kalau golongan akademik yang diharap menjadi golong pencerahan tetapi ikut sama menggelapkan orang ramai dengan darjat yang ada kepadanya dengan maklumat2 yang boleh dipertikaikan oleh budak Tadika dan Pasti.. Terima kasih.
Masih tidak serik dengan perangai hj hadi
Hj. Hadi termakan sumpah keramat (amanat HjHadi).skrang Hj Hadi sdg jilat ludah dan kahak hijau. Politik matang (masyukkk).
umno nk join pas.. pkr pun nk join pas... klu ini yg pemimpin hendak... utk kepentingan pemimpin.. bukan kepentingan rakyat.. oleh itu kita rakyat pakat2 kalih jangan undi pkr/umno/pas... atau protes x undi.. rakyat asyik kna tipu..
Saya orang akademik, manipulasi data untuk.memenuhi tujuan kajian itu biasa. Apatah lagi jika untuk memuaskan hati pemberi dana. Lebih2 lagi jika penyuap dedak datang dr orang politik. Maka data akan di manipulasi sesuka hati.
Lebih baik AZMIN ALI yang ala PAS MASUK dan meyertai PAS-UMNO sahaja. Saya ahli PKR sejak 1999 muak dengan cara AZMIN ALI berpolitik, hanya nak kukuhkan jawatan MB sahaja, Voter in GOMBAK buang sahaja politikus ini. SUDAH penat dengan politik Malaysia.
Post a Comment