NOTA PAGI
Di hujung pembentangan Bajet 2018 semalam Najib Razak mengalungkan karangan manik kepujian buat Zahid Hamidi. Katanya dia bertuah mempunyai Zahid dalam pasukannya, Zahid bukan sahaja seorang timbalan tetapi seorang sahabat.
Pujian itu tentu mengejutkan Zahid kerana itu beliau menyifatkan ia lebih baik daripada bajet. Zahid menerima ia adalah satu bonus bejat buatnya yang sama sekali tidak terfikir kerana kalau untuk meletakkan Zahid sebagai pemancu utama menyegarkan ekonomi negara bukan Zahid, tetapi orang lain. Misalnya Mustapa Mohamed salah seorang yang patut diangkat pujian oleh Najib.
Orang dengar Zahid menyatakan kegembiraaan, tetapi hakikatnya tidak begitu. Pujian itu menakut dan membimbangkan Zahid. Dengan memahami pujian dalam dunia politik adalah isyarat pembunuhan ia menakutkan Zahid. Pujian itu adalah untuk melenakan Zahid sebelum dihulur pisau pembunuhan oleh Najib.
Najib tidak akan membuat pujian sebegitu kalau bukan ada maksudnya. Demikian tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Kucing juga tidak akan menjadi mangsa dengan kita, kalau kita tidak ada ikan tawar? Bajet untuk kementerian dipegang Zahid ternyata lebih rendah daripada bajet untuk seorang lagi Naib Presiden.
Untuk Zahid jangan terpesona dengan pujian itu kerana ia adalah isyarat yang berwarna hitam. [wm.kl.9:22 am 28/10/17]
4 comments:
Dari sudut jenayah tentulah si pemuji bukan suspek utama apabila berlaku suatu tragedi kepada mangsa.
Tentulah tangisan akan mengiringi pemergian seorang sahabat yang setia.
Kalau ini drama melayu, ia tamat begitu sahaja.
Kalau ini filem mat salleh, ia baru satu permulaan missi bond.
Sebagai TPM, Zahid tentu terlebih info...itu tidak bagus untuk kesihatan.
TPM pon dah terlepas cakap... Bajet 2018 Najib adalah bajet PRU14... camane pulak tu... bersangka baik.
Ha! Biaq pi lah kat depa? Bunuh membunuh memang budaya depa. Apa nak hairan. Cuma pembunuh ni selalu terleps. Tunggu dan lihat.
SALAM
Budget Jabatan perdana Menteri Shj,rm12Billion.Banyaknya!!!,beapa ramai kakitangan Jabatan Prdana Menteri?Adakah kakitangan rosmah sekali, termasuk jet peribadi?shopping luar negeri? kenduri anak?perkahwinan anak sekali.?
Bila tpm tersilap cakap,budget 2018 ,budget PR14,SAYA RASA nAJIB MESTI BENGANG. SAYA AGAK Zahid ni,kadang2 dia membuat statement "inpromto" selalu terlepas cakap,dah banyak kali dia tarik balik.
Bila orang tanya dia,bila logo PH NAK Selesai,dia jawab ini urusan "ROS",SAYA BERHARAP pehak PH,ambil kesempatan ini dapatkan jawapan bertulis dari zahid,dan TERUS berjumpa dgn pegawai atasan "ROS"
Post a Comment