Tuesday, November 14, 2017

Wisma Tokguru, dendam Pas yang menguntungkan Amanah

DALAM "BEREKAN" HUJAN

Husam menasihat orang Amanah bertenang hadapi
kerenah Pas.
Tanggal 16 November, lusa adalah tarikh akhir yang ditetapkan oleh Pas Kelantan untuk memasuki Wisma Tokguru di Salor itu sebagai menandakan parti itu memiliki premis itu secara rasmi. Pada hari itu juga Pas akan mengadakan solat hajat dan syukur; dikerahkan para penyokongnya beramai-ramai. Khabarnya untuk menjayakan majlis itu dan bagi menarikan kehadiran disediakan makanan (upah) untuk 5,000 orang.

Ertinya Pas mensasarkan majlis itu nanti dihadiri 5,000 orang. 5,000 orang kalau mengikut kapasiti batalion dalam askar sebanyak lima batalion.

Dan malam tadi pihak Amanah telah berhimpun di premis itu untuk mengadakan majlis munajak dan memohon kepada Allah agar premis itu selamat terus menjadi hak mereka. Majlis malam tadi diketuai sendiri oleh "pemilik" premis itu Husam Musa yang juga merupakan penasihat Amanah Kelantan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan.

Yang hadir malam tadi bukan sahaja di kalangan orang Amanah tetapi turut sama dihadiri oleh anggota komponen Pakatan Harapan (PH) daripada PPBM dan juga PKR serta mereka tidak berparti yang bersimpati dengan nasib diterima Amanah dan dialami Husam. Majlis munajak malam tadi menampakan wujud solidariti di kalangan komponen PH menyerlahkan semangat juang yang gigih dan tidak mudah mengaku kalah.

Itulah mungkin rahmat di sebalik onar brutal yang dibuat oleh Pas, membeli tanah bangunan Wisma Tokguru itu secara senyap, akhirnya perbuatan itu menyuntik semangat juang dan mendapat simpati di kalangan penyokong dan ahli Amanah dan komponen PH di Kelantan.

Selepas bermunajak semalam, Husam membuat sedikit penjelasan berkaitan dengan status Wisma Tokguru berkenaan. Ramai orang tidak menyedari bahawa Wisma itu adalah pusat khidmat Adun Salor yang mana beliau adalah Adunya. Dari penjelasan itu menunjukkan Wisma itu adalah menjadi haknya dan ini dikukuhkan dengan pengakuan oleh pihak Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) yang menamakan bagunan itu sebagai Pusat Khidmat Adun Salor, di mana dalam penamaannya tidak ada pun perkataan PAS.

Menyentuh mengenai bangunan itu, Husam memperakui tanah tempat berdirinya bangunan itu adalah milik isteri Allahyarham Rusli Ibrahim yang mana telah diberikan kebenaran kepadanya mengguna bangunan itu dan membina bangunan tambahan. Surat keizinan itu ada kepadanya. Yang menghairankan dan timbul persoalan kenapa penjualan tanah itu oleh isteri Rusli tidak diberitakan kepada Husam dan dilakukan secara senyap.

Apakah isteri Rusli ada masalah dengan Husam atau beliau dihasut? Kerana kalau beliau tidak ada masalah sepatutnya sebelum menjualkan tanah itu beliau seharusnya bertanyakan Husam terlebih dahulu yang sedang menduduki tanah berkenaan yang mana sepatutnya Husam dahulu yang ditawarkan.

Di sinilah timbul anggapan penjualan dan pembelian tanah itu ada konspirasi. Ia sengaja diaturkan demikian rupa dengan motif tertentu. Apa lagi proses pembelian itu, menanda tangani borang 14A (penjualan) dilakukan di rumah bukan di pejabat seperti lazimnya.

Memahami apa dijelaskan Husam semalam bahawa kerja-kerja membina dan membesarkan bangunan yang dinamakan Wisma Tokguru itu dibuat dengan kebenaran dan menggunakan wang beliau bukannya ia diambil dari wang derma orang ramai khasnya PAS. Tidak ada mana-mana institusi atau pun taukeh pasir dan balak membantunya.

Semalam Husam sekali lagi mencabar mana-mana orang Pas dikatakan menghulurkan derma untuk pembinaan itu memberi tahunya agar pembayaran balik boleh dibuat. Beliau juga bertanya sebanyak manakah Ahmad Yakob selaku Pesuruhjaya Pas dan MB menderma untuk membina Wisma berkenaan.

"Berapa banyak Ustaz Mat derma tolong bagi tahu?" tanyanya.  Menurutnya tidak ada satu sen pun begitu juga dengan Nik Amar, katanya Nik Amar usahkan satu sen, setengah sen pun tidak ada.
"Apa yang Nik Amar buat ialah dengan membeli 10 buah kereta, itu saja," tengkis dan sindir Husam.

Mengenai notis yang dihantarkan kepadanya agar keluar dari bangunan itu Husam menegaskan ia sesekali tidak akan berbuat demikian kerana bangunan itu adalah haknya. "Notis bukan perintah mahkamah," katanya membayangkan beliau tidak akan berganjak dari bangunan itu sehingga ada perintah mahkamah.

Dia yakin berhak ke atas bangunan itu. Sambil mengakui tanah itu hak orang lain, tetapi sebahagian daripada bangunan itu dibina hasil titik peluh dan wang ringgitnya, derma Allahyarham Rusli serta bersama sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk. Apa yang berlaku terhadap Wisma Tokguru itu ialah tuntutan bertindih di antara tuan tanah (Yassin) dengannya yang memilik bangunan itu. Jelas dari segi keadilan ia perlu diselesaikan menurut lunas undang-undang agar tidak ada yang teraniaya dan dianiaya.

Atas hujah itu Adun Salor itu mempertahankan bangunan itu dan beliau tidak akan keluar hanya sekadar dengan menerima notis daripada orang bernama Yassin yang bertindak bagi pihak Pas. "Notis bukan perintah mahkamah, notis hanya pemberitahuan," tegasnya sekali lagi. Justeru katanya dia meminta anak-anak muda Amanah terus menjaga dan mempertahankan bangunan itu sehingga ada perintah mahkamah.

Dalam pada itu juga berhadapan dengan isu itu Husam menasihati orang-orang Amanah bertindak secara waras, patuh kepada undang-undang , banyak berdoa dan menyerah kepada Allah.

Sesuatu yang pelik juga mengenai notis yang diterima Husam itu ia berakhir 16 November tetapi sebelum tamat tempoh beliau sudah dihalau keluar. Ini menggambarkan niat busuk dipihak Pas serta kejahilan mereka dalam membaca maksud notis itu sendiri.

Husam turut membaca perenggan akhir notis yang diterimanya, yang menyebut sekiranya beliau enggan keluar atau tidak patuh pihak penghantar notis itu akan membawa ke mahkamah. Jelas apa disebut notis itu, tarikh yang diberikan belum matang dan usaha membawa ke mahkamah juga belum dilakukan. Ertinya mahkamah belum berbuat apa-apa keputusan dan perintah. Anihnya pihak Pas sudah ghairah untuk memasukinya.

Sikap ini menyebabkan Husam menyifatkan Pas menerusi Setiausahanya Che Abdullah Nawi tidak memahami maksud dan makna notis itu.

"Takkan sampai begitu sekali (bodohnya) takkan Che Abdullah sendiri tidak memahami notis yang dihantar," tempelak Husam.

Untuk lebih harmonis Husam mencadangkan kedua-dua pihak, pihaknya dan pihak Pas sabar menunggu keputusan mahkamah dan tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana kes itu sudah dibawa ke mahkamah. Mahkamah sedang dan akan memperimbangkan.

Beliau sendiri telah memfailkan injuksi bagi menghalang Pas memasuki ke premis itu. Beliau berharap mahkamah akan mendengar injuksi itu dan membuat keputusan sebelum 16 November. Manakala perbicaraan mengenai perebutan itu akan diadakan pada 4 Disember nanti. "Dah tak lama takkan tidak boleh tunggu," katanya.

Katanya dia dan Amanah bersedia menerima apa sahaja keputusan nanti. Kalau mahkamah berpihak kepadanya, alhamdulilah, tetapi kalau sebaliknya semua pihak kena terima.

Memerhati kemelut mengenai Wisma Tokguru ini saya teringat kepada pertanyaan seorang yang hadir dalam ceramah berkelompok di Panji dimana Mohd Amar Nik Abdullah sebagai penceramah utamanya. Orang itu menanyakan Mohd Amar sejauh manakah Pas mendapat keuntungan dengan membeli Wisma Tokguru itu.

Nik Amar tidak menjawab secara spesifik pertanyaan itu hanya mengatakan, pembelian itu untuk menjaga maruah Pas. Katanya maruah penting mengikut maqasid syariah.

Maruah apa? Maqasid apa? Bagi saya Pas akan menjadi lebih bermaruah kalau tidak menganggu Amanah, melakukan kerja-kerja pembelian tanah itu secara senyap apa lagi menggunakan wang hasil meluluskan tanah hutan di Kuala Krai seperti mana dakwa Husam itu.

Sebaliknya Pas akan dilihat sebagai parti yang cerdik dan matang apabila tidak merebut secomping tanah dan sesandang rumah yang cuba dimiliki Amanah untuk dijadikan tempat berteduhnya itu. Bukakah kita juga mengatakan Amanah anak yang dilahir cacat sejak dalam telor tetapi kenapa harus takutkannya bagaikan takut harimau serkas yang terlepas?

Apabila Pas telah melakukan pembelian itu dengan niat mahu menyusahkan Amanah, menyusahkan Husam dan menyakiti hati seluruh orang Amanah dan PH selamanya Pas akan dikenang sebagai parti jahat dalam kasus itu. Parti yang tidak cekap dan bodoh sombong berpolitik.

Percayalah dan yakinlah Amanah tidak akan lebur walaupun Pas dapat membela maruahnya dengan memiliki premis itu. Husam tidak akan mudah mengaku kalah dan berundur kalaupun Pas menganggu kloninya. Kalau beliau takut tentu tidak dimula sejak awal. Sebaliknya benar seperti kata Husam semalam, Amanah mungkin akan kehilangan Wisma Tokguru, tetapi Amanah akan mendapat sokongan dan simpati rakyat. Sesungguhnya Wisma Tokguru memberi simbol dan makna besar kepada Amanah dan Husam. [wm.kl.11:02 am 14/11/17]

14 comments:

AL GAZEL AVERROES said...

Apa kah jenis kepimpinan PAS ini, penuh dendam kesumat. Bukankah kes ini telah di bawa ke mahkamah jadi apa masalahnya menunggu shj mahkamah membuat keputusan. Itu lah yg paling adil di sisi agama. Wahai pemimpin dan pengikut pas jgnlah melampaui batas sesungguh Tuhan kita itu Allah amat membenci org2 yg melampaui batas.

Quantum Metal Consultant said...

PAS cukup gerun dan sakit dengan pelbagai tuduhan dan ucapan Husam ke atas PAS Kelantan disepanjang perjumpaan Husam dengan rakyat ke seluruh Kelantan.

Kemenangan awal perlu ducari ke atas AMANAH dan salah satunya merampas Wisma Tok Guru, andai wisma itu namanya Wisma ABC mungkin rampasan tidak berlaku secepat itu.

Benar kata Nik Amar, demi maruah PAS, sekadar maruah di dunia... Dunia yang dikejarnya, seumpama memiliki 10 biji kereta, yang mampu dibawa pada satu masa hanya sebiji sahaja.

md zaimi said...

Di teregganu sama kejadiannya pada tahun 1999..apabila PAS mengambil alih tapuk pemerintahannya dari tangan Umno. Kunci kemas di rampas nya, anak anak kecil yang belajar di kemas di halau keluar.( Pemerintahan Islam cara bawakan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.Inilah Islam yang PAS bawa dan patut mendapat pujian di peringkat Dunia

Unknown said...

Pas makin hilang maruah & sifat islam..apa guna tahu ayat2 Quran tp sifat jauh dr Quran..bongkak & takabur Pas skang

Unknown said...

Ustaz azhar idrus penah sebut kalo mu beli baru beli tanah,tp dalam tanah tu orang kampung buat jalan/laluan,haram mu pi pagar tanah tu smpi org kampung tak bleh lalu... tu keadilan dalam islam... sabar la sat.... biar mahkamah putuskan...bkn halau bodo lagu tu....

aminsihat said...

MSO jangan buat-buat tak tau atau cuba sembunyi kebenaran, bangunan tersebut bukan milik Dato' Husam, juga bukan milik AMANAH tetapi milik PAS Salor.

Selepasa Dato' Rosli menyertai PAS dan atas persetujuan isterinya selaku ampunya milik, tanah tersebut telah diwakafkan kepada PAS Salor walaupun nama pada geran belum diubah. Pada masa inilah Dato Husam memainkan peranan atas nama Parti PAS dan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Exco Kanan, memungut dana bagi membina bangunan yang nilainya tidak kurang dari RM1 juta.

Kontraktor, peniaga dan rakyat marhain berlumba-lumba menyumbangkan derma pada masa itu, termasuklah Dato' Husam sendiri yang menyumbang sebanyak RM45,000.00 Mereka memberi sumbangan atas nama PAS DUN Salor. Bukannya menyumbang untuk Dato' Husam apatah lagi AMANAH yang belum lagi wujud pada waktu itu. Kebanyakan mereka menyumbang dengan ikhlas untuk melihat bangunan PAS berdiri megah di Salor, walaupun ada sebahagiannya yang ampak macam tidak ikhlas, ini kerana ada yang minta projek dari kerajaan negeri selepas bagi sumbangan untuk PAS.

Tindakan PAS Kelantan membeli tanah tersebut adalah untuk menjaga tujuan asal penderma. Saya cukup yakin MSO selaku anak Kelantan dan selalu balik ke Kelantan sedar akan keadaan ini.

Ada sebahagian orang terpaksa menutup kebenaran kerana pasu usang ditepi tangga diisi dedaknya setiap pagi oleh musuh-musuh PAS?”

Dr said...

Allah swt telah memperlihatkan kepada kita semua PAS sekarang ini punyai PEMIMPIN yg langsung tidak mempunyai AKHLAK dan KEPERIBADIAN sebagai seorang MUSLIM yg BERTAKWA DAN ZUHUD.Rakyat kelantan ramai semakin susah dengan ekonomi yg makin merosot...tetapi PEMIMPIN 2PAS kebanyakannya kaya raya.Dah lupa ye...AKHIRAT yg kekal nanti akan di tanya darimana harta tersebut di perolehi dan kemana di gunakan.Tak sabar nak balik mengundi...yg pastinya PAS bukan lagi pilihan ku.

Dr said...

Tak sabar nak balik mengundi..... walau jauh aku cuba utk balik utk mengundi...dan yang pasti PAS bukan lagi pilihan ku .

Lelakidicermin said...

aminsehat...itu kesahnya.. kalau itu cerita.. kenapa parti pak lebai terpaksa guna rm 700 ribu utk beli wisma tu.. canangkan satu kelantan dan sertakam dgn bukti2 yg husam guna harta parti pak lebai.. cara husam mengulas kesah wisma tu.. tertubuh amanah dulu baru dato rosli meninggal.. takut lepas tu ada perjanjian lain.. tulah.. ramai penganalisa politik ckp.. parti tok lebai fikirannya pendek.. buang husam.. tanpa fikir kesannya.. skg sampai cari rm 700 ribu utk selesaikan masaalah itu.. padahal duit sebyk tu..kalau dirikan rumah mangsa banjir tak tahu berapa ratus rumah yg kerajaan kelantan..( nik amar resmi rumah rm 5 ribu ).. aminsehat..rakyat malaysia byk yg dengar kata2 husam.. berekar2 tanah di dunia.. yg di rebutkan wisma tok guru yg di kejarnya..bijak ke parti tok lebai.. kalau husam guna harta haram.. biarlah dia jawab.. dlm kubur nanti..rm 700 ribu duit utk rakyat lah bai...

Lone ranger pomen said...

Assalamualaikum, bagi saya la, Takpe la kalau Dato Hussam mengalah. Mengalah Bukan maknanya tewas selamanya. Tgk plak faedah Yg Dia kan dpt jika dia menggalah. Akan ramai lagi Atas pagar akan bersimpati. Silap 2 Yg dlm pas pun akan nampak isi hati pemimpin mereka. Guna mana2 tempat dulu. Saya bermula Dari Bawah Pokok. Lepas 3 tahun baru dpt tiang dgn bumbung. Mcm tu juga Amanah. Masih baru. Takpe kita beralah. Pru tak lama lagi. Kalau Allah Dah tetapkan rezeki kita, yakinlah Yg tak akan Sape pun dpt rampas. Even Yg mengaku ulamak sekali pun. Cuma pandangan.

aminsihat said...

Penjelasan tambahan untuk Lelaki Dicermin

Tidak dapat dinafikan terbinanya Wisma TOk Guru adalah atas inisiatif dan usaha Dato Husan Musa tetapi perlu dingat tanpa dokongan penyokong-penyokong PAS pada ketika itu usaha Dato' Husam tidak akan kemana.

Katakan Dato' Husam tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS dan Kerajaan Kelantan pada ketika itu, adakah penyokong PAS dan orang ramai akan bagi sumbangan apabila Dato' Husam lancar tabung derma untuk membina bangunan tersebut? Itu pertama.

Kedua. Sekiranya Dato' Husam istihar awal-awal lagi kepada orang ramai dan penyokong PAS bahawa beliau melancarkan derma untuk membina Pejabat PAS Salor diatas tanah yang bukan lagi menjadi milik PAS, adakah mereka akan menghulurkan derma tanpa merasa apa-apa curiga?

Oleh itu PAS terpaksa mengeluarkan wang RM700,000 untuk menjaga menjaga harta yang telah di wakafkan oleh orang ramai yang terletak diatas tanah tersebut. Penyokong-penyokong PAS akan sukar untuk memeberi sumbangan selepas ini, sekiranya harta-harta yang telah disumbangkan sebelum ini tidak terjaga atau terlepas ketangan orang lain terutamanya pihak musuh.

Keadaan ini memberi hikmah kepada semua pihak supaya pastikan mendapatkan hak milik sempurna terlebihi dahulu sebelum mendirikan bangunan diatas tanah yang diwakafkan.

Dato' Husam juga boleh mengukur semula pengaruhnya dalam masyarakat dengan melancarkan semula tabung derma untuk membina bangunan lain yang lebih besar sebagai ganti bangunan yang di "RAMPAS" oleh PAS.
Tapi ingat, jangan ulang kesilapan yang sama, pastikan tanah menjadi milik AMANAH dahulu sebelum membina bangunan.

Unknown said...

saya puji,dato' Husam,beliau beritahu anak2 buahnya,jangan lawan dgn pemuda2 pas,jika mereka datang. Dan beliau beritahu pada kita semua,beliau akan ikut undang2,jika tewas di mahkamah beliau terima,jika menang alhamdulillah.
Masyarakat memerhatikan kita,tiada apa yg nak dikejar di dunia ini,saya tak nampak maruah apa yg PAS nak ,ADAKAH NAMANYA WISMA TOKGURU,Rasanya Husam berhak,sebab dia adalah orang kepercayaan tokguru.

wallah'ualam.

Unknown said...

Ambo tak reti nak nulis apatah lg nak beroyak. Tp ambo sekeluarga mengundi pah sejak 1990. Masa tu ambo kesiae ko pah. Pah parti sesok. Pah parti miskin. Umno dok teke pah ... wak nyanyo ko ore pah. Law ni pah nampok menta. Pah nampok agah . Sejak dio kaya sejak ada modal. saling tak tumpah mace ore umno.pengikut pah pon nampok samseng supo pemuda umno dulu. Law ni ambo dimpati bena ko amanah. Rama pengundi kg ambo sokong amanah dlm senyak. Tak apa laaa tunggu la mu Pah.ambo sekeluarga tambah anak menqtu baru ( baru boleh mengundi kali ini ) ake undi amanah. Insyaallah parti pah kalah doh kali ni. Tentunya di dun ambo.

Fairuz said...

Sedara, negara kita ada undang2. Pertikaian & selisih faham akan wujud. Persoalannya kenapa gopoh, tak sabar tunggu perbicaraan?