Monday, February 12, 2018

Gugur talak dalam bai’ah persediaan untuk berkerjasama dengan Umno?

ULASAN

Parti agama (Pas) membayangkan lafaz talak tiga dalam pembai’ah yang dilaksanakan oleh parti itu untuk menahan ahlinya keluar parti mungkin akan digugurkan. Perkara itu dibayangkan oleh Ketua Dewa Ulama, Mahfodz Mohamed.

Seperti mana dilaporkan oleh media massa, Mahfodz dipetik sebagai berkata, pengguguran lafaz berkenaan disebabkan kesetiaan ahli parti itu dalam tahap menyakinkan. Maksudnya lafaz baiah itu tidak diperlukan lagi kerana ahli sudah setia dan patuh dengan ahli.

Apakah jaminan dan makrifat Mahfodz untuk menganggap ahli parti itu setia dan tidak akan belut? Apakah dengan cadangan itu beliau ingin menjelaskan mereka yang keluar daripada parti itu selama ini adalah mereka yang derhaka dan tidak setia kepada parti. Bahawa yang tinggal dalam parti itu kini semuanya orang yang jujur, ikhalas dan setia?


Atau pun pengguguran lafaz talak itu sesudah Pas menyedari akan kesan buruk yang diterima parti tersebut kerana melaksanakan ikrar berkenaan? Atau pun ikrar itu gagal menyekat ahlinya bertindak keluar parti maka ia sia-sia kalau dikekalkan.

Bagi penulis langkah Pas itu mempunyai motif tertentu. Yang jelasnya ba’iah itu bukan sesuatu yang mutlak diajar oleh Islam. Sekiranya ia mutlak dan perkara qa’tie, kenapa hendak dipindah. Maka benarlah anggapan penulis sebelum ini bai’ah itu hanya stratehgi politik Pas sahaja untuk mengugut ahlinya, khasnya wakil rakyat daripada bertindak keluar parti.

Boleh jadi juga pengguguran itu sebagai persiapan untuk Pas mengadakan apa-apa kerjasama dengan Umno selepas pilihan raya kelak. Tanpa ada lafaz itu di kalangan bakal calonnya, ia boleh melepaskan calon yang menang kelak dengan mudah atau tanpa sekatan mengadakan kerjasama. Sekiranya bai’ah itu dibuat ia boleh menyebabkan ada ahli atau wakil rakyatnya nanti takut dilaknat Allah maka kerjasama dengan Umno tidak boleh diteruskan.

Pas kini khasnya di Kelantan terdesak untuk mempertahankan kerajaan negeri apabila sudah berasakan mereka akan kalah atau tidak mudah untuk mendapat majoriti mudah mempertahankan kerajaan peninggalan Tokguru Nik Aziz. Justeru persiapan untuk bersekongkol dengan Umno perlu dipersiapkan.

Boleh jadi cadangan dikemukakan itu sebagai mekanisme ke arah kerjasama Pas dengan Umno secaa zahir.

Dengan perubahan itu benarlah anggapan penulis bahawa bai’ah itu perkara yang sengaja diadakan-adakan. Tidak salah kalau sebelum ini penulis menyebut ia sebagai bai’ah bahalul. Apabila Majlis Syura Ulama Pas sendiri membuat kajian dan kemungkinan akan mengugurkan lafaz itu maka ia jelas untuk membuang sesuatu yang bida’ah.

Eloklah kalau parti agama itu mencampak unsur-unsur bida’ah dalam partinya ke laut kerana ia bukan sahaja mencacatkan parti itu tetapi menjadikan parti itu sebuah parti yang menggunakan agama sebagai dogmatik di mana ia sangat busuk dan jijik.

Dan mereka yang dihukum dengan kata-kata mendapat laknat daripada Allah kerana melanggar bai’ah itu kini berasa lega dan tindakan mereka suatu kebenaran.  [wm.kl. 5:45 12/02/18]

4 comments:

WAN MARZUKI said...

Sabtu lepas YIK mengadakan liqa' dgn seluruh warga guru yik di seluruh daerah. Guru2 diyakini akan dibela oleh kerajaan negeri jika menang pru 14.
Yik bimbang guru2 mereka akan memberontak dan tdk lagi memberi undi kpg parti suci yang memerintah.ini kerana bee end juga sudah menjanjikan bulan bintang kpd guru2 yik yang teraniaya sekian lama dlm urusan perjawatan mereka.

Pok Li said...

Katalah kedudukan kerusi antara PAS/UMNO/PH di Kelantan terikat sama banyak selepas PRU14 nanti. Manakala diperingkat federal pula PH menguasai Parlimen. Mahukan UMNO bekerjasama dengan PAS membentuk kerajaan di Kelantan? Mungkinkah YB2 UMNO akan menyeberang kepada PH? Atau bai'ah yang dilonggarkan itu akan memungkinkan YB2 PAS menyeberang ke PH? Wallahuaklam..

awang kualaberang said...


inilah kesesatan yang semakin terbongkar apabila hukum agama dijadikan alat untuk kepentingan politik kabilah dan kroni kroni yang ada secebis kuasa.

apakah kepentingan politik semasa boleh merubah hukum halal haram? sudah sudah lah menipu rakyat yang jahil, kembalilah kapada perjuangan daawah-politik islam yang sebenar seperti yang di tunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para ulama yang muktabar bukannya ulama juzuk amma(ulama mee segera) yang telah banyak merosakkan perjuangan islam.

ambil lah tauladan cara berpolitik yang di tinggalkan oleh almarhum TGNA.

WAN MARZUKI said...

Situasi yang menakjubkan tu