Monday, February 5, 2018

Malaysia bakal terbahagi dua di bawah Hadi?

REAKSI 

CADANGAN  dilontarkan Abdul Hadi Awang untuk membentuk dua set kabinet negara sekiranya parti beliau memenangi pilihan raya ke 14 dilihat satu lagi retorik presiden Pas itu. Cadangan itu bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan tetapi ia sukar untuk dilaksanakan. Mungkin kalau ia dilaksanakan juga, boleh berlaku huhura dalam negara ini.

Cadangan itu juga secara tidak langsung menunjukkan sikap eskstremisme yang cuba dipamerkan oleh Pas di bawah kepimpinan "regimnya".

Dalam suatu majlis dialog di Pulau Pinang Abdul Hadi dilaporkan berkata Pas akan bentuk dua kabinet, satu kabinet dianggotai oleh orang Islam dan satu lagi kabinet disertai oleh bukan Islam.
Kabinet dianggotai oleh Islam akan bertanggungjawab menggubal dasar dan polisi negara, manakala kabinet dianggotai bukan Islam bertanggungjawab melaksanakan segala dasar-dasar itu.

Kita tahu, tujuan kabinet itu dibentuk bagi menjamin Malaysia bergerak ke arah negara Islam syumul yang difaham dan diperjuangkan oleh parti agama itu. Hadi sangat yakin keIslaman dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini bergantung kepada anggota kabinetnya, pembuat dasar. Sekira kabinet itu digabung tidak mungkin elemen Islam dikehendakinya itu tercapai seratus peratus.

Sekali pandang cadangan itu agak praktikal dan adil. Apabila bukan Islam juga dimasukkan dalam kabinet menunjukkan Pas menghormati bukan Islam. Orang bukan Islam dilayan sama adil dengan orang beragama lain, buktinya mereka juga diberi ruang memainkan peranan dalam membina negara melalui tugas dan kuasa yang dibenarkan menurut kepakaran masing-masing.

Tetapi dari sudut semangat pembinaan Malaysia yang telah dipersetujui selama ini, cara pembentukan dua set kabinet itu menunjukkan layanan double standard Hadi (Pas) kepada warga negara ini. Beliau juga meletakkan soal halal haram itu dalam keadaan semua tempat tanpa mengambil kira kerencaman masyarakat negara ini. Maslahat dan keadaan darurat tampaknya tidak dipedulikan. Cadangan itu juga menggambarkan akan keredikalismenya.

Jika boleh diumpamakan apa yang dikehendaki Hadi itu, kabinet Islam itu adalah tukang menyediakan makanan, memasak, mengulai dan tentunya menyembelih haiwan yang hendak digulai itu. Manakala yang bukan Islam hanya juru angkat, atur, susun hias hidangan dan makan sahaja. Manakala semasa lembu hendak disembelih orang bukan Islam hanya juru pegang kaki atau tali sahaja.

Jelas pegangan itu walaupun menepati kehendak Islam tetapi ia bertentangan dengan semangat negara ini yang telah dipersetujui. Ia juga merampas jaminan keadilan dan kebebasan dibenarkan Islam. Ia juga membunuh kebijaksanaan yang dianjurkan Islam sendiri.

Suatu yang perlu diingatkan, sekiranya ia hendak dilaksanakan juga, sistem sedia ada, perlu dirombak dan ini akan mengorbankan banyak keadaan serta memberi berbagai implikasi lain. Tidak mustahil pelaksanaan cadangan itu akan membawa negara ke kancah perang saudara. Orang bukan Islam yang hak dan kedudukan mereka dijamin oleh kitab negara (perlembagaan) akan memprotes sekeras-kerasnya.

Sekiranya cadangan itu dibuat hanya untuk menarik perhatian orang bukan Islam dengan Pas, yang kini sudah kian berundur dari parti itu, ternyata ia gagal untuk mendapat manfaatnya. Orang bukan Islam yang sudah kesekian lama diberi jaminan hak dan kesamarataan tidak boleh menerima cadangan itu sama sekali. Layanan terhadap mereka secara double standard tentu akan ditolak.

Sudah 60 tahun negara ini dibentuk atas semangat satu negara yang didokong berbagai bangsa dan etnik. Bukan mudah untuk ia diperbaiki dan diperbetulkan menurut apa yang kita kehendaki itu. Usaha untuk membaikinya tidak ubah seperti ingin membaiki rumah buruk yang mana bila diusik ia akan jadi bertambah rosak. Ia juga seperti hendak membaiki istana pasir di tepi pantai ketika ombak sedang menderu laju.

Justeru bagi saya, cadangan Hadi itu bukan sesuatu yang praktikal dalam kontkes negara ini. Ia tidak lebih daripada ilusi yang penuh retorik semata-mata daripada seorang pemimpin yang sudah kehilangan kompas dalam masa kudratnya sudah mengecil. Mungkin ia hanya dapat dilaksanakan dalam mimpi tidur Hadi  dan mereka yang bersekutu dengannya sahaja. Dan apa yang dipamerkan itu menyerlahkan siapa Hadi sebenarnya.

Kalau tertakdir ia berlaku, Malaysia akan menjadi negara contoh di dunia ini, dimana dalam sebuah negara ada dua kabinet, Islam dan bukan Islam, yang kemudian kalau Pas terus berkuasa menyebabkan akhirnya Malaysia ini akan dipisah menjadi dua buah negara, satu bahagian mungkin di Pantai Timur menjadi negara Malaysia Islam manakala di bahagian barat menjadi negara Malaysia bukan Islam. [wm.kl.8: 50 pm 05/02/18]

11 comments:

Annoy said...

Utk buat kuliah boleh la...
Utk tadbir negara.... suruh dia ngaji dulu dgn amat maslan... atau malek....
Dh khatam bru lah crita klau aku jadi pm.....
Luncai lunyai terjun dgn labu2 nya....

awang kualaberang said...


nak buat cadangan tu biarlah ada kajian dulu, jangan main tersembur keluar macam orang cirit birit ja.

dah ada ke contoh/model kerajaan seperti itu sejak zaman pemerintahan khalifa islam yang terdahulu???kalau ada bagi lah contoh dan buat lah kajian dulu apakah sesuai dengan raliti dan suasana komposisi masyarakat Malaysia dalam abad ini.

jangan jadi macam ruu355, bentang-tangguh, bentang-tangguh beberapa kali, sekarang apa dah jadi dengan ruu355?

Mali Bin Muyung said...

Cdgn cdgn begini yg dtg dari mereka yg boleh d kira faham ugama ada lah catalyst untuk menjauhkan lagi non Muslim dari org Islam sendiri.
Pndgn Hadi menunjukan Islam mengamal kasta dan kelas.

Lelakidicermin said...

Ucapan tuang presiden tu.. ucapan ngok.. bukan ke kata2 itu akan lagi menjauhkan parti pas dr bukan islam.. kata2 jenis di tak di fikir kesannya..

Anonymous said...

Lepas dia buat cadangan macam tu ada ke orang bukan Islam akan berbondong bondong nak sokong Pas?? Orang Islam sendiri pun ramai yang tak setuju. Ini bukan politik matang ini politik panjat pokok tak ada buah.

Unknown said...

Jangan dilayan orang gila nanti kita jadi gila juga.

Unknown said...

Saya kira temuramah oleh malaysiakini dipejabat abdul hadi kelmarin dan maksud serta penjelasan balas yg diberi oleh abdul hadi berkenaan dwi kabinet yg diwar warkan laporannya oleh malaysia insight dikira berpatutan dan mematikan kritikan dan persepsi separuh masak yg timbul sebelum itu...syabas malaysiakini yg kadang2 proaktif mencari pencerahan...golongan muda lebih 90% celik it dan pandai berfikir...sy rasa PH patut memikirkan untung nasib mereka sendiri menjelang pru14 kerana jgn dibiarkan masalah dalaman berbahagi kerusi kekal semacam puncak iceberg...nampak kecil diatas tapi besar dibawah hingga dilanggar kapal PH dan menerima nasib seperti titanic...sekadar peringatan...anak muda memerhati dan gerakan #undirosak sedang berkempen dialam maya...mengkritik abdul hadi tidak akan membawa laba kepada PH dari segi undi melayu malah mungkin melahirkan atas pagar yg simpatisan...wasalam...

Unknown said...

Bagus betul idea tuang presideng ni, nak diadakan 2 kabinet. Satu kabinet halal satu kabinet haram. Maka dalam perliment nanti akan berterbanganlah periok-belanga dari mula bersidang sampai tak ada kesudahannya.
Nafsu ular lidi nak telan gajah gamaknye..

Unknown said...

Kalau 2 cabinet berapa org plak PM...

Fairuz said...

Hj hadi terkenal dgn politik cacamarba. Dia kata dia x ckp, sdgkn rakaman berlegar d YouTube. Dah banyak Kali dah

SCE said...

Buat percubaan dulu di Terengganu. Jika berjaya, boleh pula dijadikan model di Malaysia dan negara lain di dunia.