PERGERAKAN Pemuda Umno yang merupakan sayap kepada Umno melalui sejarah panjang dan menjadi organ penting dalam parti itu. Selama tujuh dekad setengah ia bernafas di bumi ini. Pergerakan itu ditubuhkan tahun 1949 dengan dipimpinan 15 orang ketua dari pelbagai latar belakang pendidikan dan iktisad.
Setiap ketua pemuda Umno itu masing-masing membawa gagasan dan wawasan berbeza, tetapi mesejnya tetap sama, untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam. Gagasan dan wawasan itu bolehlah dianggap sebagai tagline mereka. Kewujudnnya menjadi penimbal utama kepada induk bernama Umno.
Hampir setiap era kepimpinan membawa slogan ataupun tema tersendiri. Ada objektif masing-masing yang hendak dicapai. Di zaman ketua pertamanya Hussein Onn dan diikuti Razak Hussein (1949 - 1951) pemuda menjadikan Hidup Melayu dan Merdeka sebagai slogan dan matlamat perjuangan. Ia tepat kerana saat itu orang Melayu sedang bergelombang dengan semangat untuk menghalau kolonial bagi memperolehi kemerdekaan.
Selepas Malaysia Merdeka (1957) pergerakan itu dipimpin oleh Sardon Jubir (1951 - 1964) kemudian Senu Abdul Rahman, (1964 - 1971), dimana kedua-dua tokoh ini cuba memperkasakan pemuda dengan kekuatan mental dan pemikiran. Mereka mahu pasakkan minda Melayu dengan minda Merdeka, agar pemuda mempunyai persepktif baru sesuai negara baru bebas.
Mental yang sebelum ini diasak dengan semangat ingin bebas, perlu dipasak dengan azam untuk memajukan negara. Senu Abdul Rahman lantas melancarkan Revolusi Mental, serta menubuhkan pasukan Pemuda Tahan Lasak, dengan maksud pemuda, adalah pasukan menjadi benteng, bukan mempertahankan perjuangan semata, tetapi beraksi menyerang. Pemuda harus berada dibarisan hadapan memegang dan mengangkat panji-panji bangsa.
Apabila pergerakan pemuda dipimpin Harun Idris (1971 - 1976) beliau berjaya merealisasikan membela Melayu dan menaikan taraf ekonomi Melayu setanding dengan kaum Cina. Azam dan iltizam Harun sungguh tinggi. Dengan jawatan eksekutif selaku MB Selangor disandangnya, beliau mengajak orang-orang di luar bandar, dari negeri-negeri Kelantan, Kedah dan lain untuk berhijrah ke ibu kota. Misi Harun ialah bagi menambahkan bilangan Melayu di Kuala Lumpur disamping membaiki kedudukan ekonomi mereka.
Apabila pergerakan pemuda dipimpin Harun Idris (1971 - 1976) beliau berjaya merealisasikan membela Melayu dan menaikan taraf ekonomi Melayu setanding dengan kaum Cina. Azam dan iltizam Harun sungguh tinggi. Dengan jawatan eksekutif selaku MB Selangor disandangnya, beliau mengajak orang-orang di luar bandar, dari negeri-negeri Kelantan, Kedah dan lain untuk berhijrah ke ibu kota. Misi Harun ialah bagi menambahkan bilangan Melayu di Kuala Lumpur disamping membaiki kedudukan ekonomi mereka.
Untuk tujuan itu beliau memberi peluang kepada orang Melayu membuka kampung setinggan di Kuala Lumpur dan Selangor di samping membina penempatan baru untuk orang Melayu dengan mewujudkan taman-taman perumahan.
Atas daya usaha dan perancangan tersusun itulah, taburan penduduk (populasi) Melayu di Kuala Lumpur mengekori populasi kaum Cina yang sudah lama menguasai ibu kota Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan mereka.
Pemuda Umno terus gah dibawah kepimpinan Suhaimi Kamaruddin (1975 - 1982) yang menyambung misi Harun Idris dengan tegas mahukan orang Melayu memiliki ekuiti 53 peratus bukan 30 peratus seperti mana ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Memakai slogan Era Bertindak Suhaimi menjadikan Pemuda sebagai pemantau kepada pelaksaan DEB agar benar-benar sukses. Pemuda juga bertindak menjadi pasukan pemantau, penegur (kritik) terhadap mana-mana kepincangan DEB. Untuk memperkasakan Melayu beliau menubuhkan syarikat antaranya Talasco dan sebagainya, yang diuruskan tokoh-tokoh muda.
Pergerakan Pemuda Umno menjadi lebih hebat lagi apabila dipimpinan oleh Anwar Ibrahim (1982 - 1987). Anwar menyuntik semangat baru kepada pergerakan itu dan juga mengilmukan pemuda Umno. Anwar sebagai bekas pimpinan Abim yang merupakan organisasi dakwah dan pendidikan, mempraktiskan hal itu dalam Pemuda Umno.
Dengan slogan Gerakan Generasi Baru, Anwar menjadikan pemuda generasi pembangun negara, melengkapkan ahli pemuda Umno dengan pengetahuan dan maklumat serta membentuk jatidiri bernuansakan adat resam bangsa dan agama. Amalan dan budaya hedonisme dalam Umno selama ini dihapuskan. Nilai-nilai Islam mula diseratkan ke dalam pemuda Umno.
Bukan itu sahaja Anwar telah mengantarabangsakan pemikiran Pemuda Umno. Beliau membuka langit dan membawa pemuda Umno ke serata cakerawala, sebagai persiapan untuk menghadapi tatangan globalisasi dunia. Makanya ketika beliau menjadi ketua pemuda Umnolah, hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam dan negara-negara membangun lain dibentuk. Semangat Islamism juga terhembur ketika beliau memimpin pemuda.
Acuan yang dibentuk Anwar itu sepatutnya disambung oleh Najib Razak (1987 - 1993). Tetapi lantaran perbedaan latar belakang dan pendidikan, Najib gagal untuk meneruskan misi Anwar itu. Anjakan untuk mengIslamisasikan pemuda sepenuhnya tergencat. Begitu pun pemuda Umno tetap merupakan sayap kanan parti yang gah dan berpengaruh dan digeruni.
Selepas Najib berundur, pemuda Umno dipimpinan oleh Ahmad Zahid Hamidi (1987 - 1982) terdahulunya dipimpin Rahim Tamby Chik seketika. Zahid boleh dianggap seorang Ketua Pemuda berjaya memenuhi impian bekas ketua pemuda sebelum ini, Anwar Ibrahim, dengan gerakan dan tekad mahu menghapuskan budaya langka dalam Umno.
Jasa besar dilakukan Zahid menerusi pemuda Umno ialah menentang amalan kroni, klusi dan nepotisme dalam kerajaan. Gara-gara keberaniannya inilah menyebabkan Zahid diminta paksa, berundur dari jawatan itu. Jasa lain yang dibina Zahid dalam Umno ialah menubuhkan sebuah yayasan untuk kepentingan dan menjaga hal ehwal kebajikan pemuda Umno, bernama Yayasan Gerak Bakti.
Sayap Umno tersebut kemudian dipimpin oleh Hishammuddin Hussein (1982 -1988) dalam suasana parti itu berkecamukan ekoran tindakan pemecatan Anwar dari Umno oleh Mahathir. Ia kemudian dipimpin oleh Khairy Jamluddin Abu Bakar (2008 - 2018). Kehadiran kedua-dua mereka ini tidak memberi apa-apa impak dan pembaharuan, sebaliknya graf kehebatan Umno sebelum ini seakan terhenti. Ini kerana pemuda dibawah mereka, (Hishammudin dan Khairy) lebih kepada menjadi sayap untuk membodek, berlagak daripada mengemukakan apa-apa misi dan wawasan. Kebanyakan ketua pemuda negeri semasa era Khairy Jamaluddin bergelar jutawan.
Sehinggalah Pemuda dipimpin oleh Asyraf Wajdi Dusuki sepenggal (2018 - 2020), pemuda Umno cuba hendak diperbetulkan agar kembali ke landasan asalnya seperti diingini Anwar, tetapi gagal. Tiada apa yang diperlakukan Asyraf, impiannya hendak menjadikan pemuda golongan bersaksiah dengan membentuk halaqat, perkumpulan pemikir, gagal.
Kelesuan pemuda Umno bermula era Hishammudin terus terbawa sampai kini. Semacam kehebatan pemuda Umno berdekad lalu khalaf. Ketua Pemuda kini Muhammad Akmal Salleh masih tidak dapat mewajahkan Pemuda selaku sayap parti hebat seperti dahulu, terutamanya untuk membina semula kekuatan parti itu setelah kehilangan kerajaan 2018. Akmal tampak ketiadaan idea untuk memancu gerakan itu.
Misi dan wawasannya juga kabur berbaur. Apa yang kelihatan kini Akmal seakan memancu pergerakan itu secara bersendirian, maksudnya menggunakan idea peribadinya tanpa dirumuskan oleh sayap parti itu. Sebab itu tindakan-tindakan diambil tidak dapat menyumbangkan kemajuan kepada pergerakan pemuda Umno. Beliau lebih mencari populis dengan isu-isu diluar kebertanggungjawaban pergerakan itu seperti mana terserlah selama ini.
Seperti isu mengutip sampah, mengelidah tong sampah, menyiasat siapa yang membuang resit klinik dan juga terbaru anjur memboikot KK Mart, lebih bersifat isu peribadi bukan isu global yang tanggung diperjuangkan oleh sebuah pergerak bernama Pemuda Umno. Pergerakan itu seperti mahu diheret ke belakang oleh Akmal bukan ke hadapan menjadi sebuah pergerakan, pressure group atau generasi penggerak seperti mana dibentuk ketua-ketua sebelum ini. [wm.kl. 8:14 am 23/03/2024]
4 comments:
BETUL SANGAT2...cina kk mart tu teramat kaya....881 kedai bukan gerai tepi jalan.....ada pernigaan lain lagi....takde masaalah pun....dia tetap kaya....yg kebulur selepas ini pekerja2 kk mart.... pemandu lori kk mart....dan lain2 pekerja...
Orang-orang ini makan wang Kuil dan wang masyarakat, mereka akan menderita selama-lamanya dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang tetapi mereka tidak pernah malu kepada Tuhan dan orang lain.
Datuk Yip Kum Fook dan adik iparnya(Simon Low Kok Meng) menghina AGAMA BUDDHA, kami harap orang ramai (penganut) akan boikot segera, kemudian mereka akan berpindah dari kawasan Kepong
From Mr. Pang, taman daya, kepong, kuala lumpur
Pemuda UMNO main isu picisan atas restu pemimpin utama,seharusnya pemimpin utama membimbing pemuda agar tidak tergelincir dan terus menjuarai isu isu yang penting seperti ekonomi dan pendidikan bangsa melayu yang semakun pudar.
Correct me if i am wrong. Bagi saya yang kurang ilmu ini .Allah jadikan orang2 kafir atau non muslim ialah untuk mdngangkat darjat kita org org islam dgn cara DAKWAH atau sampsikan keindahan dan kehebatan islam kepada mereka,ahar mereka ini juga boleh merasai hebatnya islam.
Post a Comment