BURUNG Kakak Tua bukan main lagi memuji kabinet Merak Kayangan yang dibentuk semalam. Kata Kakak Tua kabinet itu positif dan bukti pembersihan dalam parti Umno sedang berlaku. Kata Kakak Tua juga sebelum ini kerajaan dan Umno rusak disebabkan Bangau yang tidak tahu mentadbir negara.
Kata Kakak Tua masalah dihadapi parti Melayu itu ialah kerana si Bangau itu. Mudah sekali Kakak Tua meninding jari dan meludah kata-kata kepada orang lain. Dia barang kali terlupa yang Bangau memerintah hanya lima tahun sedangkan beliau memerintah selama 22 tahun. Apakah di sepanjang masa 22 tahun lalu Kakak Tua jamin dia tidak pernah melakukan kesalahan. Kerjanya perfect semuanya?
Politik wang dan rasuah yang menjadi barah busuk sekarang ini pun bermula pada zaman Kakak Tua. Tetapi kerana ia memberi keuntungan dan dapat mengukuhkan kuasanya Kakak Tua tidak berbuat apa-apa pun. Malahan dibiarkan saja. Buktinya masa Kakak Tua jadi Perdana Menteri apakah tindakan dan langkah yang beliau ambil untuk membenteraskan rasuah?
Akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR) (pindaan) tahun 1987 dilakukan oleh burung Helang bukan Kakak Tua. Masa pindaan itu Kakak Tua berada di luar negara dan Helang yang menjadi pemangku perdana menteri ketika itu. Bangau juga turut memindah akta berkenaan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mana akta yang dibuat oleh Kakak Tua untuk membasi rasuah?
Tenyata Kakak Tua hanya tahu mengata tetapi tidak mahu berbuat?
Mengenai pujian Kakak Tua terhadap Merak Kayangan itu terlalu awal dan cepat sangat. Murai rasa Kakak Tua patut memberi masa sebulan dua untuk melihat apakah ianya positif atau sebaliknya. Janganlah kerana anak kita turut main dalam sesuatu pasukan itu kita puji pasukan itu baik walaupun ternyata pasukan itu adalah peninggalan pasukan lepas yang dikecam oleh kita sendiri.
Di sini Murai nak tanya Kakak Tua, macam mana kalau Merbah Jambul tidak dibawa masuk dalam kabinet? Apakah Kakak Tua tetap melihat kabinet itu baik? Murai malas untuk berandaian, cuma Murai yakin kalau Merebah Jambu tidak diletak atas dahan tinggi, tentu Kakak Tua akan marah dan terus berkokok di dalam kedai, pergi serata tempat kritik dan mencemuh Merak Kayangan. Mungkin kabinet yang dibentuk semalam dituduh rasuah dan kotor semuanya.
Begitulah sifat manusia yang tahu melihat dulang yang serpih tetapi tidak nampak kecacatan yang berlaku kepada paku!
Murai: Suka berkawan dengan kucing-kucingan.
3 comments:
tak sesuai gunakan merbah jambul...pasal kepala empunya diri takder jambul... rasanya gunakan tiong emas lagi sesuai,pasal tiong emas pun pandai ajuk apa kata tuannya..dan ada juga tiong yang botak kepala...
Afsio bagi 2 bolan je ke Merak Kayangan yob? Si Merak pon bagi 6 bolan ngan KPI, Obama pon org ukor seratuih ari pertama (kira 3 bolan lebih sket yob).. Sian die bagi ler die 6 bolan gak...usah dilayan si Kakak toa tuh..udah meraban , bebanyak benor yg deme cakap tuh kira lodah kelanget bedebok jatuh ke moka deme muakakakaka
Sdr MSO: Cantik satira ini.
Marsli N.O
Post a Comment