Sultan Selangor pula bertindak bijaksana bila mana tidak mencampuri urusan politik walaupun baginda boleh berbuat demikian. Sekiranya Sultan Selangor tidak perkenankan kepada Elizabeth, sesiapa pun tidak boleh membantah. Dan tindakan Sultan Selangor itu juga betul dan akan diakur. Namun bukan begitu sikap dan pendirian Sultan Selangor dalam hal ini. Beliau benar-benar berada digaris tengah dan menjadi pelindung dan payung sejati kepada rakyat.
Apa yang berlaku itu hendaklah dibuang jauh-jauh dalam telaga kenangan. Jadikan ia sebagai iktibar dan panduan yang sangat berguna. Hendaknya jangan hal-hal menjolok mata itu berulang kembali. Seandianya beliau merasakan perlu ada seorang teman check dan lihatlah dulu kolam mata dan cara dia berjalan!
Kenapa Elizabeth perlu kekal kerana rakyat di Bukit Lanjan juga tidak sedikit pun hilang kepercayaan dan terhakis kasih sayang kepada Elizabeth kerana kejadian itu. Track rekcord perkhidmatannya menjadi azimat kenapa rakyat sayang dan kasihkannya. Malahan banyak rakyat yang bersimpati atas apa yang berlaku. Cara gambar Elizabeth dieksploitasi itu menyebabkan rakyat Bukit Lanjan yang mula terkejut akhirnya kembali memberi sokongan dan semangat kepada Elizabath.
Sejak awal lagi isu gambar bogel itu bukan satu isu yang memerlukan beliau meletak jawatan. Seperti mana yang diakuinya sendiri beliau telah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. Pihak Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP dan Pas juga tidak begitu terkejut dan menerima itu sebagai dosa sehingga Elizabeth perlu meletak jawatan. Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab sama-sama memikul musibah itu.
Dalam pada itu kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo yang mengatakan keputusan kerajaan Selangor itu menguntungkan BN adalah satu kenyataan tidak cerdik dan menggambarkan kerendahan minda politik Khir sediri. Patutlah beliau kalah dalam pertandingan pemuda baru-baru ini. Telaga otak Khir tidak begitu dalam.
Kata Khir BN akan eksplotasikan isu Elizabeth itu untuk dijadikan modal politik berpanjangan. Niat dan hasrat Khir itu juga menunjukkan bahawa bekas MB Selangor itu ketiadaan modal lagi untuk menyerang kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim. Khir menerima apa saja sebagai peluru lastiknya walaupun ianya batu yang digentel dengan tahi anjing.
Kalaupun beliau ingin eksploit isu gambar bogel Elizabeth itu, Khir sepatutnya tidak mendedahkan kepada umum. Diamkan saja dan buat diam-diam. Bila beliau dedahkan kepada umum kejahatan yang beliau nak lakukan perbuatan Khir itu samalah orang yang berak tengah jalan kemudian dengan megah menjaja ke seluruh kampung memberi tahu dia berak tengah jalan.
Dengan telatah dan sikap begitu di manakah soal moral dan nilai-nilia murni Khir sebagai pemimpin. Khir kononnya mengaku dia pemimpin berjiwa Islam. Kalau beliau boleh mengatakan PKR tidak konsisten dengan nilai-nilai pegangan mereka, Bila Khir juga mengeluarkan kenyataan dan menerima politik eksploitasi itu, beliau juga tidak menghormati nilai-nilai baik yang beliau percayai itu.
Kepada Elizabeth Wong kembalilah ke pejabat seperti sedia kala dan jangan peduli apa yang Khir dan BN hendak tabuhkan ke atas anda. Ianya tidak akan berhasil kerana rakyat sudah faham mengenai isu ini siapa yang benar-benar bersalah dan siapa yang cuba dipersalahkan. [wm.kl. 3:15 pm 16/04/09]
KENYATAAN MEDIA
APRIL 15, 2009
KEPUTUSAN STATUS YB ELIZABETH WONG
SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.
Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.
Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.
DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.
Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
2 comments:
Eli menangis dan ikhlas mahu meletakkan jawatan, padahal orang lain yang salah.
Ada orang pula, kesalahan-kesalahannya jauh lebih besar, tetapi tidak pula menyesal, apatah lagi hendak menangis dan meletakkan jawatan.
tq ya sdr
tahniah kerana membantu, meneguh, memantapkan serta menyokong dengan suara hati yang jitu terhadap cik eli wong.
sdr memang hebat kerana skongan ini memberikan bahan untuk dikupas dan di analisis.
sememangnya sokong pada sdr terhadap kepimpinan ts khalid dan yb eli wong sukar digugat. tahniah kerana setia dan tidak berbelah bagi.
harap yb eli akan membaca tulisan sdr dan menganugerahkan sesuatu yang bernilai paling tidak akan melanggan buku tulisan sdr yang pernah mengutip pengalaman berharga semasa menjadi wartawan di akhbar harian nasional.
masih ingat lagi?
Post a Comment