PERUNDINGAN dengan Umno (muqabalah) dan usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat sepatutnya tidak dijadikan isu menjelang muktamar Pas akan datang. Isu ini tidak pantas untuk mencemarkan sesiapa. Isu ini juga tidak ‘berkelulu’ relevan untuk dijadikan isu bagi mengenepikan mana-mana individu atau kumpulan di dalam Pas.
Sayang isu ini tampaknya dijadikan modal utama oleh pihak tertentu. Sama ada Pas hendak berunding dengan Umno atau hendak mengukuhkan Pakatan Rakyat tidak berbangkit sebenarnya. Kedua perkara itu dipersetujui dan diterima oleh Pas, dan ianya baik. Tidak wajar kalau ada mana-mana pihak menjadi perkara ini satu perbezaan besar dalam minda Pas.
Tidak ada siapa yang menolak secara membabi buta mengenai kedua perkara ini. Isu perundingan juga diterima manakala isu mengukuhkan Pakatan Rakyat juga diakui. Bila Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ianya ditukar nama dari muzakarah kepada muqabalah, bukan bermakna Mursyidul Am itu menolak secara total.
Kenapa perkara ini timbul masalah ialah apabila pembetulan oleh Nik Aziz Nik Mat itu disalah ertikan atau sengaja diputarbelitkan untuk dijadikan isu murahan. Adalah memalukan kalau seorang bertaraf ulamak mujtahid seperti beliau menafikan perundingan atau perbincangan!
Tetapi ada kecenderongan orang tertentu memainkan isu ini, menjadikan modal dalam kempen menjelang muktamar untuk menaik dan menjatuhkan antara satu sama lain. Gambaran telah diberi dan sengaja diperpanjangkan idea rundingan itu sebagai tindakan memusnahkan Pas. Ada orang yang mengetahuinya namun membuat ralat kononnya dia tidak tahu menahu.
Mereka yang menggunakan isu perundingan atau strategi memperkuatkan Pakatan ini ternyata naif dan tidak dapat mencari isu besar untuk dijadikan modal. Mereka ini juga tidak boleh berfikir jauh selain daripada berputar di sekitar kehidupan mereka yang ruang lingkungannya sekitar 40 km sahaja.
Perundingan bukannya satu dosa! Perundingan bukan bermakna automatik bersetuju dengan apa yang dirundingkan. Perundingan adalah perbincangan. Berkira biacara kata orang Kelantan. Bermuzakarah, mencari akal dan kesimpulan. Selalunya mereka yang menganjurkan perundingan adalah mereka yang cerdik dan pintar di mana dalam perundingan itu pastilah ada motif yang baik dan menguntungkannya. Tidak ada sesiapa pun berunding bagi keuntungan sebelah pihak apa lagi merugikan diri sendiri.
Hairan juga bila ada mereka yang senak akal di dalam Pas, menganggap bila Pas bercadang hendak mengadakan perundingan dengan Umno ia dikira sebagai satu tindakan yang haram. Seolah-olah perundingan itu Pas menyerahkan leher untuk dikorbankan UBN. Mereka yang menerima pandangan ini adalah mereka menutup pintu itjihad. Mereka yang tutup pintu itjihad adalah mereka yang menutup pintu ilmu dan iman!
Begitu juga dengan usaha menguatkan Pakatan Rakyat bukan hak sesetengah orang atau kumpulan tertentu. Ia bukan hak Prolib atau kumpulan Ustaz Mat, ia adalah hak dan tanggungjawab kedua-duanya. Tidak ada siapa yang hendak merelaikan Pakatan Rakyat.
Bukankah keadaan hari ini wujud dengan pembangkang memperolehi kemenangan besar kerana kerjasama politik menerusi Pakatan Rakyat? Rasanya pemimpin yang beranggapan ada pemimpin yang tidak mahu menerima hakikat ini lebih bodoh dari pemimpin yang dituduh itu!
Jika hendak mencari titik bengit, mencari salah, Pakatan Rakyat juga boleh dipertikaikan. Pakatan yang Pas jalinkan hari ini adalah dengan sebahagian orang-orang yang dulunya berada dalam BN, yang diragu itu. Pemikiran, perangai dan budaya orang berkenaan masih juga belum berubah. Apakah apabila mereka berada dalam acuan baru mereka akan berubah, tidak hipokrasi?
Apakah kerana dalam Pakatan Rakyat itu ada DAP, menyebabkan sesetengah orang dalam Pas merasakan yakin dengan Pakatan Rakyat, di mana DAP boleh menjadi saksi dan orang tengah jika berlaku apa-apa perbalahan? Nilai dan darjah keimanan DAP dalam konteks Islam samalah juga dengan nilai dan darjah keimanan parti-parti dalam BN.
Tuduhan mengatakan ada golongan dalam Pas menolak Pakatan Rakyat dan satu lagi menolak rundingan bukan isu utama dan perlu diberikan prioriti. Adalah malang kalau Pas melihat dua perkara ini walhal kedua perkara itu adalah perkara yang perlu ditangani oleh Pas secara kolektif.
Kepada calon-calon atau kumpulan yang hendak bertanding dalam Pas cubalah mengemukakan isu atau gagasan lain lebih besar dan konprehensif. Tunjukkan idea dan juga kebolehan untuk membawa perubahan kepada Pas. Membawa kekuatan. Mungkin tidak menjadi masalah kalau Pas ada dua pihak, Prolib atau Ustaz Mat, kerana ia boleh dinilai oleh perwakilan.
Dua puak itu bolehlah diumpamakan wujud dua parti dalam satu parti yang niatnya untuk memperkasakan parti. Macam konservetif dengan demokrat saling berkerjasama untuk negara bukannya untuk kumpulan dan individu. Bila dua puak ini wujud maka syura boleh dilaksanakan. Pemimpin Prolib ambil setengah, kumpulan Ustaz Mat ambil setengah. Dengan cara ini baru Pas mantap dan versatil.
Sudah sampai cara berpolitik diubah menjadi lebih terbuka dan rasional. Isu perundingan (muqabalah) dan memperkuatkan Pakatan Rakyat yang cuba ditimbulkan itu tidak ada kelas langsung dan ianya tak ubah seperti isu 'aku tak suka ayam mu suka ikan' yang layak dimainkan dalam politik kanak-kanak Pasti saja. Demi kelainan carilah isu yang lebih global yang boleh menunjukkan Pas itu sebuah parti progresif dan ahlinya berkualiti tinggi. [wm.kl. 9:00 am 20/04/09]
10 comments:
Salam MSO,
Rasanya pejuangan Islam akan sentiasa dipenuhi dengan fitnah dan mehnah samada dikalangan pencinta Islam itu sendiri mahupun musuh Islam. Pencinta atau pendokong perjuangan Islam kebanyakannya sudah melebihi tahap kematangan dalam berpolitik jesteru itu boleh menilai buruk baiknya nilaian atas setiap isu yang dimainkan hasil kerja pentarbiyahan.
Keterbukaan setiap pejuang Islam samada dikalangan pemimpin atau yang dipimpin sehingga sanggup berkorban masa, tenaga dan keluarga amat dihormati. Bukan banyak dikalangan kita yang mampu melakukan kerja demikian. Rasanya ramai pecinta Islam dikalangan kita yang hanya pandai menyemai benih tetapi malas untuk mengembur tanah serta menabur baja dengan harapan hujan akan turun menghidupkan tanaman seterusnya cuma ingin memetik buah atau hasilnya sahaja. Dengan adanya hadiah kemenangan dalam perjuangan barulah disuntik tenaga dalam meneruskan perjuangan...
Walaupun berlakunya pertembungan, harapan kami pencinta Islam amat optimis ianya menyuburkan semangat memenangkan Islam serta memperkasa PAS seterusnya menjadi PAS sebagai 'Leader' dalam konteks politik Malaysia hari ini.
akm..pak mso..
Pas perlu menjelmakan apa yang sering mereka canang kan sebelum ini.Mereka perlu jelma kan konsep negara islam,akhlak islam,budi pekerti islam.
Pas perlu menerapakan nilai-nilai ini dalam pemerintahan nya,di negeri-negeri yang di tawan dam pru12.
Negeri yang pertama sekali perlu menjadi contoh adalah negeri Kelantan.
Nilai-nilai islam ini perlu bermula disini kerana inilah negeri kepimpinan ulamak,negeri lindungan wahyu,negeri serambi mekah.Nakhoda pernah berkata jika nabi muhammad saw hidup lagi pasti kelantan negeri yang dia akan lawati, walaupon kita ketahui nabi diturun kan kepada kaum jahiliah dan pergi berdakwah ditempat org yang sesat, supaya kembali kejalan yg di redai oleh Allah.
Kerajaan Pas perlu menerapkan nilai ini supaya rakyat kelantan dapat menjiwai,menghayati dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Moga dengan terlaksana nya penerapan nilai-nilai ini maka kekecohan yg berlaku di stadium tempohari dapatlah di elakan.
MSO,
Ustaz Nasharuddin lebih dikenal sebagai Ustaz Nasha. Panggilan Ustaz Mat agak tak dapat ditangkap oleh pada kebanyakan orang yang pernah berurusan dengan beliau.
Komen MSO memang selalu menarik.
cuba tuan cadang isu lain yang kelas tu ...
Khas kepada Executive Director,
Maksud caangan kelas itu bukan isu puak atau isu yang sudah selesai dan diada-adakan. Pas atau sesiapa yang hendak bertanding boleh menyediakan proposal mereka untuk bagaimana nak menyemarakkan lagi perjuangan Pas.
Misalnya menambah kualiti dan kefahaman Pas mengenai Islam dan politik. Tidak begitu emosi dan menjadi taksub kepada seseorang kerana orang itu dapat memberi kita wang, mempersembahkan retorik dan sebagainya.
Cadangan kelas itu apakah persiapan Pas untuk menghadapi pilihan raya akan datang dan menghadapi tribulasi perjuangan di era Najib yang mungkin lebih rakus daripada zaman Dollah dan Mahathir sebelum ini.
Atau menyediakan pelan atau idea menjadikan Pas parti politik yang bertanggungjawab kepada agama dan bangsa tidak menunggu kemenangan. Mislanya bagaimana Pas boleh mencari jalan memberi keyakinan kepada umat bukan Islam tentang kesyumulan Islam, adilnya undang-undang Islam itu.
Atau cuba bentangkan agenda untuk memberi manfaat lanbgsung kepada ahli baik dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. Sudah sampai masanya Pas setelah elbih 50 tahun berfikir sebagai sebauh badan membangunkan rakyat secara langsung dan bukannya mengajak ahli supaya meramikan ceramah, sorak dan tepuk tangan apabila ada penceramah yang bijak bertetorik.
Dan banyak lagi, bukannya menghererekan ahli supaya menjadi tegang dengan isu "aku suka ayam mu suka ikan" saja.
Salam.
Akum Pak MSO,
Saya memang bersetuju dengan tulisan Pak MSO. PAS tidak boleh bersikap tidak menerima perdamaian atas alasan pengalaman yang lepas. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Banyak pepatah petitih melayu yang menyentuh tentang ini sperti 'lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang' 'bumi mana tak ditimpa hujan' 'Sekali air bah sekali pasir berubah'
Berlainan ideologi dan parti tetapi masih satu akidah. Apa yang diharapkan oleh majoriti orang melayu islam terutama yang tidak berparti adalah perdamaian sesama islam. Jangan lupa dlm kontek malaysia melayu itu adalah islam . Oleh itu sesiapa sahaja yang membawa idea untuk perdamaian tak kira dari PAS atau UMNO sepatutnya dipuji bukan dikeji. Soal takut dipatuk ular dari lubang yang sama tidak timbul kerana pengalaman mengajar kita. Kita kena sama2 cerdik dalam berpolitik dan bersedia lah dengan penawar atau perlindungan sebelum dipatuk kali kedua.Satu pesanan kepada PAS mereka boleh baik dengan DAP takan tak boleh baik dengan UMNO. Bak kata MSO berunding bukan bermakna bersetuju tetapi bersetuju untuk berunding kearah perdamaian itu sudah ada pahalanya setidak2nya niat yang baik sudah ada. Ingat lah bermula segala perbuatan yang baik itu hasil dari niat yang baik dan membuahkan hasil yang baik
Wallahuallam,
Sikap dan sifat Melayu perlu ditanggalkan oleh orang-orang PAS dan penyokong PAS.Pakai saja pakaian atau sikap dan sifat Islam.Kerana disebut saja Melayu pastinya sikap dan sifat dengki,khianat,mudah lupa dan mencari keuntungan dunia dan pelbagai sikap dan sifat yang negatif yang membawa kehancuran dan keruntuhan tamadun.Jadilah seperti kaum Islam di zaman Rasulullah dan para sahabat,masing-masing berlumba mencari keuntungan ummah tidak mementingkan diri dan tidak berebut jawatan.Selagi seseorang itu tidak menyeleweng dari landasan Islam, biarkanlah dia meneruskan kesinambungan kepimpinan.Cuma kita bantu setiap kekurangan dan berikan kritik membina agar dia tidak tersasul dan berada diluar landasan.Kenapa perlu berebut,akhirnya PAS sama sahaja dengan UMNO.Janganlah disebabkan sekarang sudah meraih kemenangan makin ramai pula yang berebut jawatan,manalah tahu satu masa nanti tumbang UBN,Pakatan Rakyat memerintah.Sekurang-kurang dapat habuan atau jawatan tertentu dengan kedudukan dan pendapatan yang lumayan.Akhirnya nanti orang ramai akan berpaling kembali kepada UMNO sebab mereka telah hilang kepercayaan kepada PAS.Pada ketika ini nanti nasi sudah menjadi bubur,nak menarik kepercayaan rakyatkembali kepada PAS, jangan diharapkan lagi.Akhirnya PAS turut lenyap dan hancur kalau adapun,hidup segan mati tak mahu.Berkecai harapan dan musnah impian untuk melaksanakan hukum Allah dibumi Malaysia ini.Masa ini nanti orang Melayu sesat barat dalam kehidupan beragama.Bermujadalah memang dituntut dalam Islam tetapi hendaklan berdasarkan untuk mencari kebenaran bukan untuk mencari kemenangan.Kalau untuk mencari kemenangan siapa yang kuat,ramai dan petah serta pandai bercakap dialah yang menang.Tapi belum pasti dia benar.
bahasa politik yang digunakan oleh dato' seri presiden mengundang kebingungan oleh ahli bawahan .
Serahlah kepada yang memahaminya ,terlalu yang mahu menjadi jurucakap PAS sehingga ini menyerabutkan PAS sebagai bahtera menggantikan Umno . KAdang-kadang perjuangan ini memerlukan orang yang sedang-sedang !!
lihatlah kalau orang zaman Tok guru mursyidul am bahawa bahasanya agak kasar , menggunakan teori2 yang kadang-kadang sudah berat untuk "laptop DUO CORE " ,
Orang di zaman sekarang pula mempunyai jasad dan hasad yang begitu mendalam terhadap musuh-musuh mereka seolah-olah mereka saja yang betul .
Orang di zaman pertengahan yang kita mahu untuk memimpin parti .. bukan yang lain tidak penting tapi , mereka harus berhati-hati mengeluarkan ucapan yang kadang-kadang melebihi dato' presiden !!
diharap semasa muktamar nanti patutlah mereka membincangkan bagaimana nak mendapat majoriti 2/3 semasa PRU ke-13 nanti dan apa yg boleh dilakukan pas ketika ini...
adalah malang sekiranya mereka hanya berpuas hati kpd kemenangan majoriti mudah
ambil contoh dgn kejadian yg berlaku di perak 2 bulan lalu
kemenangan bukan semata-mata krn sudah menang kita puas
ia lebih kpd pelaburan dimasa hadapan dimana pulangan adalah gerenti....
ini komen kedua saya pada ruangan komentar bapak MSO..saya sekonyong-konyongnya mendokong puak Erdogan dalam PAS..saya rasa sudah sampai waktunya PAS dipacu oleh puak Erdogan (Prolib) sambil dibimbing oleh golongan Ustaz Mat..
sampai ke tahap ini, politik kita nggak perlu berlembut lagi..sudah sampe masa kita berstrategis..
saya pikir rame anak muda diluar sana yang lenih kagum atau senang dengan sosok-sosok Erdogan (Prolib)yang lebih terbuka berbanding dgn Ustaz Mat..sekian..
shalom aleichem!
Post a Comment