Wednesday, April 1, 2009

Silau Kelantan 1

Nama Mohd Amar Tiba-Tiba Disebut Ganti Tok Guru

SAYA tidak dengar tetapi orang lain yang dengar; kononnya Mohd Amar Nik Abdullah yang baru semalam menerima darjah kebesaran membawa gelaran Dato' sudah mula disebut-sebut bakal mengambil alih kerajaan Kelantan. Mohd Amar akan dilantik menjadi MB menggantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Betulkah dan bila?

Saya kebelakangan ini jarang balik Kelantan. Entahlah, semangat jadi hilang dan Kelantan semacam kosong saja. Tidak tahu kenapa. Mungkin musim berubah mengikut putaran cakerawala alam maka jiwa manusia juga turut berubah dan beralih rasa. Jadi tidak banyaklah maklumat semasa di Kelantan sampai ke pengetahuan saya.

Mohd Amar Nik Abdullah ganti Tok Guru, menarik juga? Ada logik dan munasabahnya kalau khabar ini menjadi kenyataan. Saya tidak mahu berspekulasi banyak dan membawa cerita tambahan di sini nanti ada orang yang tiba-tiba jadi senak perut. Cuma saya nak persoalkan kenapa Tok Guru Nik Aziz tidak turun-turun lagi dari kerusi MB. Apakah dia nak cukupkan sampai 20 tahun memerintah?

Cerita Tok Guru Nik Aziz nak turun dan tempatnya akan diganti sudah lama kedengaran. Sejak lima tahun lepas lagi. Yang nyatanya Nik Aziz masih juga berada di kerusi dan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai MB dengan baik.

Walaupun sudah keuzuran, jalan terpaksa pakai tongkat dan tidak menghadiri majlis-majlis parti yang daring, namun semangat MBnya masih kuat membara. Sebut tongkat saya teringat kepada kisah Nabi Sulaiman dengan tongkatnya.

Orang bawah juga tidak habis-habis memberi sokongan dan dokongan kepadanya. Berdoa agar beliau sihat dan senantiasa dipelihara Allah. Bekas seorang Exco mengharapkan Tok Guru jadi MB sampai ke akhir hayat.

Bercakap fasal ini timbul persoalan, kalaulah sudah lama nak berundur kenapa Tok Guru tidak berundur? Apakah Pas masih dalam keadaan tidak stabil seperti tahun 2004? Rasanya ilusi takut itu sudah berlalu. Jadi kenapa? Dulu saya sendiri juga ada bisikan kepada Tok Guru agar jangan berundur dulu kerana kalangan pemimpin tidak berlaga daut waktu itu.

Mungkin orang mengira Tok Guru tak lepas jawatan itu kerana dia sayangkan kedudukan itu. Anggapan itu tidak masuk akal. Ulama mana ada sayang kepada kedudukan dan kuasa. Setengah ulama takut kepada kuasa. Adapun kenapa Tok Guru masih pegang kerusi itu ialah kerana beliau lihat belum ada pengantinya yang mampu. Adalah bijak kalau Tok Guru bersikap begitu.

Ertinya orang yang disebut-sebut macam nak rak dan berusaha nakkan kerusi itu tidak mendapat kepercayaan Tok Gurulah jawabnya. Kerana kalau sudah mendapat kepercayaan untuk apa lagi Tok Guru bersusah payah dia boleh tumpukan ke madrasah dan surau saja untuk bersyarah dan mengajar agama.

Kesian juga kepada orang yang mengimpikan jawatan itu. Kalau dia ibarat anak dara kini dia sudah jadi anak dara tua. Kalau berkahwin pun payah nak dapat anak kerana peranakannya sudah disaluti lemak. Kenapalah Tok Guru biarkan begitu lama sekali!

Tok Guru ni orang cerdik, sebelum dia lepas dia kaji selidik, belek situ belek sini dan tenguk dulu latar belakang orang yang disebut-sebut menggantinya itu. Tok Guru buat bodoh saja, tetapi dia mempunyai pemerhati dan mata-mata gelap yang ramai yang memberi laporan kepadanya.

Dia bukan mendengar pendapat seorang dua saja, tetapi pendapat orang luar juga didengarnya. Tidak bermakna kalau rajin membawanya buah tamar, beri kambing atau kain pelikat dia akan jatuh hati kepada orang itu. Tok Guru tidak berapa makan pong sangat. Bersambung [wm.kl. 4:00 pm 01/04/09]

5 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Sebut pasal kelantan maka ramailah yang mengaitkan dengan isu kemiskinan dan kurangnya pembangunan sekaligus peluang kerja tidak banyak bolih dimenafaatkan,tangapan ini mungkin ada juga betulnya sebagai mana kita dapati kebanyakan penduduk negerinya yang ada hanyalah melakukan kerja kerja tradisi seperti menjadi petani dan nelayan,namun demikian segelintirnya pula lebih cenderong kepada kegiatan perniagaan, akan tetapi se gah mana pun perniagan itu ianya banyak berkait rapat dengan suasana ekonomi semasa negara, tempiasnya kemelesetan ekonomi global turut dirasakan, sebagai contoh ketika saya berkunjung balik kekelantan semasa cuti sekolah yang baru lepas,ramai dikalangan penoreh penoreh getah dan peraih pok (getah beku) yang mengeluh kerana katanya harga turun menjunam sedangkan barangan keperluan harian melambung naik.

Perubahan lain selain pembangunan nampaknya ialah penekanan yang begitu hebat dalam soal pentarbiyahan keagamaan,ini jelas setiap masjid masjid diimarahkan dengan kuliah kuliah yang mendapat kunjungan dan sambutan hebat dari penduduk tempatan,walau bagaimana pun bab kata pepatah dalam setandang kelapa pasti ada terdapat juga buah yang komen (tak berisi) ,olih itu kita dengar keselamatan harta benda tidak begitu terjamin,malam malam ada sahaja berlaku kecurian disana sini terutamanya motorsikal yang melibatkan ada anak anak muda sehinggakan ada motorsikal yang ditinggal sekejap sahaja untuk membeli belah dipasar malam tiba tiba tuanya terpaksa balik berjalan kaki kerana motor yang dibawa telah dicuri orang, pengalaman adik ipar saya sendiri telah diragut begnya yang berada didalam raga motorsikal ketika hendak mengisi minyak,alangkah dahsatnya kejadian jenayah yang tidak mengenal negerinya yang bergelar serambi mekah.

Berbalik kepada cerita tongkat, terdapat banyak jenis tongkat yang mempunyai pelbagai gelaran,jika didalam tentera ada dinamakan tongkat kuasa dan ada juga dinamakan tongkat penyukat, tongkat tongkat ini bukanlah hendak menongkat langgit cuma sebegai simbol kuasa yang dianugerahkan kepada seseorang, adapun tongkat bagi orang yang sudah berumur adalah sekadar untuk menyokong kekuatan badan yang uzur agar tidak mudah rebah ketika berjalan.

Manakala tongkat TGNA didapati begitu istimewa sehinggakan dapat dijadikan benteng pertahanan bagi mengekal kuasa sebuah negeri yang kelihatan pada suatu ketika seperti sudah berada dihujung tanduk.Kini nampaknya kesihatan negerinya telah semakin baik,jadi apa salahnya togkat tersebut disanggkut sahaja ditepi dinding atau serahkan sahaja kepada sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai sebagai sembolik untuk mengubati penyakit orang lain pula.


Dirasai masanya telah pun tiba kerana tongkat tersebut telah pun dapat menelan ular ular seperti kesah nabi Musa dizaman Mahafiraun dan zaman mahadhari....fikir fikirkan!

dino_nesta said...

Kelantan memerlukan pemimpin yg tak banyak cakap tp kuat bekerja untuk rakyat dan negeri..jika UMNO ada pepimpin seperti Dato Pa..Maka PAS jugak mempunyai seorang pemimpin iaitu Dato Amar...samada beliau akan mjadi MB Kelantan atau tidak terserah lah kpd keputusan yg dibuat TG Dato Nik Aziz dan sudah tentu dg izin yg Maha Esa..Apapun pilihan yg dibuat nanti diharap bakal MB kan memberikan khidmat yg terbaik untuk rakyat negeri kelate tanpa mengira parti!....

Wan Naza said...

MOlek tu.. sapa pun tak pe janji kelate kekal di bawah pas. saya rasa utk elakkan perpecahan diperingkat negeri kelantan, Husam moleknya diletakkan bertanding kerusi parlimen dlm PRU13. Nik Amar pula kekal di DUN...

Haikal Sulaiman said...

kami rakyat kelantan terus menanti sabar peralihan kuasa, biar pun memerlukan berpisahnya nyawa untuk peralihan itu.. Apa yang penting kelantan memerlukan bakal MB pengganti tok guru dikalangan orang yang memiliki bidang agama . Lihat saja bagaimana jika orang MB kelantan bukan dikalangan orang beragama , sejarah telah menunjukkan dan PAs telah menerima natijahnya..
Oleh itu , saya amat berharap agar tok guru mencari penggantinya dikalangan "orang berpendidikan agama" (ada dua orang yang berpendidikan agama dalam exco kej. neg. kelantan ).
Apapun kita mengharapkan kebijaksaan tok guru dalam memilih penggangtinya dan saya meminjam kata-kata tok guru yang selalu bergema " orang islam tidak akan dipatuk ular dua kali "..

dewa said...

Saya pernah sekali bertemu dengan Datuk Amar, dan saya amat bersetuju sekali jika beliau menjadi MB kelantan selepas Tok Guru bersara... beliau bukan hanya sekadar menumpang pengaruh arwah Pok Nik Loh tetapi beliau mempunyai imejnya yang tersendiri. dari segi tutur kata beliau melayan orang malah dari segi intektualnya juga amat tinggi kalu tak silap saya dia adalah bekas pensyarah.

Jika dibandingkan dengan beberapa nama yang hangat diperkatakan sebagai pengganti Tok Guru saya rasa Datuk Nik Amar adalah jauh lebih layak.