Tuesday, September 1, 2009

Berita Senja

Tiada Pilihan Raya Kecil Di DUN Kota Seputih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan kerusi DUN Kota Seputih, Kedah tidak kosong dan Adunya Abu Hassan Sarif masih kekal menduduki kerusi berkenaan. Keputusan SPR ini sudah dijangkan.

Keputusan itu mencabar undang-undang negeri Kedah yang memperuntukkan mana-mana Adun yang tidak hadir sidang Dewan akan gugur sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.

Keputusan SPR ini sama dengan apa yang berlaku di Perak tidak lama dulu bila mana surat Speaker DUN Perak memaklumkan dua kerusi kosong tidak dilayan oleh SPR.

Keputusan SPR itu sudah tentu akan mengudang polemik perundangan. Apakah speaker akan membawa kes itu ke mahkamah atau menerimanya keputusan SPR itu masih menjadi tanda tanya.

Yang pastinya keputusan SPR itu menyebabkan tanggapan SPR berpihak kepada UBN selama ini akan menjadi lebih sahih lagi. Kerusi DUN berkenaan adalah dari UBN. [wm.kl. 5:40 pm 01/09/09]

5 comments:

Hakeem Zahardi said...

Tuan MSO

Tindakan SPR tu memang sudah dijangka. Tak mungkin SPR akan bertindak dengan tindakan yang melawan kepentingan UMNO(Baru).

Sebenarnya tindakan SPR itu menguntungkan pembangkang untuk jangkamasa yang panjang iaitu PRU 13 nanti.

Apa yabg tersirat dari tindakan tersebut dasn tindakan-tindakan desperado agensi-agensi kerajaan mutahir ini membayangkan betapa tenatnya keadaan UMNO(Baru) sekarang.

Tindakan orang yang desperado semakin hari semakin mengila.Itu adalah tindakan dan lumrah sesiapapun dalam keadaan tenat. Jadi kita tidak perlu heran. Kita duduk sedap-sedap sambil makan kuaci melihat sendiwara-sendiwara desperado yang akan dimainkan oleh UMNO(Baru).

Percayalah akhiran UMNO(baru) semakin hampir dari yang kita jangkakan.


ice

john said...

betul la tu pak mso...PR jangan dok harap nak PRK le kalau adun tu hidup lagi walaupun melanggar peraturan negeri..spr yang menentukan....

Ajeem said...

salam MSO,

saya bukanlah pakar undang-undang tetapi kenyataan SPR bahawa ketidakhadiran ADUN Kota Seputeh boleh diterima dan tidak menyalahi undang-undang kerana beliau bukannya tidak hadir dua kali berturut-turut pada penggal yang sama seolah-olah benar kali ini.mungkin ramai yang puas hati dan tidak puas hati namun inilah hakikat yang rakyat khususnya penyokong pakatan rakyat terima bahawa betapa badan-badan dinegara kita ibarat singa yang kuat mengaum tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana dirantai oleh seseorang.

saya menunggu apa yang akan dikatakan oleh prof dr aziz bari dalam hal ini.mungkinkah PRK akan sentiasa ada menjelang PRU13?sama-sama kita nantikan.

Naim said...

cuba lah kata, kalau ADUN itu dari parti dlm Pakatan, sudah tentu akan ada pilihan raya.

- senyum shj lah baca keputusan itu.

Unknown said...

salam tuan MSO,

Pengumuman SPR dalam media(berita malam tadi) berkenaan keputusan tiada PRK di DUN Kota Seputeh ibaratkan hanyalah "siaran ulangan" saja, sbb keputusannya telah dapat dijangka walaupun SPR belum mesyuarat lagi tentang hal tersebut. Jelas sangat dah nampaknya UBN sangat2 bergantung kepada agensi2 kawalan untuk terus mengekalkan kuasa.
Saya teringat kata2 bekas seorang pemimpin tinggi pas dalam ceramah politik yang saya hadiri disebuah negeri di utara beberapa tahun lepas, bahawa "orang yang sedang lemas akan berpaut kepada apa sahaja, hatta atas belakang buaya sekalipun".
harapnya BN tidak termasuk dalam golongan yang sedang lemas!?!?