Sunday, October 25, 2009

Eksklusif Kota Darulnaim

Nik Aziz Ke Makkah
Husam Akan Pangku Tugas MB?

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat diberitakan akan menunaikan fardu Haji pada pertengahan November depan. Kalau tidak silap inilah Haji, Nik Aziz yang ketiga dalam tempoh beliau menjadi Menteri Besar. Tahun 2007 adalah Haji paling akhir dilakukan. Dalam tempoh itu hingga kini beliau sering mengerjakan umrah, hampir setiap tahun.

Sepninggalannya mengerjakan haji dua tahun lepas tugasnya selaku MB diserahkan kepada timbalannya, Ahmad Yaacob. Ahmad diberikan kuasa untuk menjalankan tugas-tugas sebagai menteri besar dan menjalankan urusan pentadbiran.

Dalam perlembagaan tubuh negeri Kelantan tidak ada peruntukan jawatan pemangku MB Kelantan. Perlembagaan memperuntukkan selama MB tidak berada dalam negeri ia boleh menyerahkan tugasnya kepada sesiapa di kalangan Exco yang dipercayai.

Semasa Abdul Halim Abdul Rahman menjadi TMB selama lebih 10 tahun dulu, beliau pernah diberikan tugas dan tanggungjawab menjalakna tugas-tugas menteri besar. Dalam sepanjang tempoh itu Abdul Halim hanya sempat merasai sekali saja sebagai 'pemangku' MB.

Walaupun dua atau tiga tahun lepas tugas-tugas MB dilepaskan kepada Ahmad Yaacob semasa Nik Aziz di Makkah malangnya, Ahmad tidak dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab berkenaan. Tidak semena-mena TMB itu diserang sakit dan terpaksa berihat di hospital. Jadi Ahmad Yaaob tidak sempat menunjukkan kebolehan dan kemampuannya sebagai bakal MB.

Ekoran itu, Husam Musa telah secara tidak langsung dianggap menjadi pengganti kepada Ahmad Yaacob. Bagaimana pun kerana tidak ada penurunan kuasa dan tanggungjawab kepada Husam secara mutlak menyebabkan Exco itu hanya jadi pengganti sahaja tanpa dapat membuat apa-apa keputusan atau memainkan peranan sebagai MB.

Jadi ketika itu orang Pas dan rakyat Kelantan tidak dapat melihat sejauh mana kemampuan Husam. Tempoh itu tidak menjadi satu percubaan untuk melihat kemampaun beliau sebagai bakal MB.

Kini ada makluman dalaman mengatakan Nik Aziz akan menyerahkan tugasnya sebagai MB kepada Husam Musa selama dia berada di Makkah pada pertengahan bulan depan. Selama itu nanti Husam akan bertindak menjadi MB. Surat kuasa atau penyerahan tugas ‘memangku’ MB akan diserakan tidak lama lagi.

Kepercayaan Nik Aziz kepada Husam yang meminta Husam membentangkan bajet tahun depan di sidang DUN yang sedang berlangsung kini dikatakan sebagai isyarat jelas atas perubahan drastik mengenai keyakinan Nik Aziz kepada bekas Setiausaha Politiknya itu.

Mudah-mudahan sahaja dengan peluang keemasan yang bakal diberikan Nik Aziz ini, Husam dapat membuktikan kemampuannya sebagai bakal pengganti Nik Aziz. Hendaknya Husam tidak akan mengecewakan rakyat. Buktikanlah yang anda mampu memikul tanggungjawab yang anda cita-citakan itu.

Semua pihak diminta memberi kerjasama kepada Husam. Rakyat Kelantan terutama mereka yang kurang senang dengan Husam hendaknya bersikap tawakuf dan menerima takdir ini dengan hati terbuka. Kepada Husam pula ambilah peluang ini untuk memperbetulkan apa-apa yang cacat mengenai diri anda. Perkara paling penting ialah cuba menyatukan semula keretakan yang berlaku dalam Pas.

Insya-Allah kalau selama ketiadaan Tok Guru itu beliau berjaya menunjukkan peribadi sebagai pemimpin rakyat dan berjaya menyatukan parti, mungkin menjelang Januari depan Husam bakal dinobatkan sebagai MB sebagai mewarisi kepimpinan Tok Guru di Kelantan.

Selamat berkhidmat kepada si baju petak-petak merah! [wm.kl. 11:45 am 25/10/09]

6 comments:

MANSOR JUNUS said...

Husam adalah seorang yang pragmatik dan berfikiran kontemporari. Beliau juga adalah seorang pemimpin yang boleh bekerja dengan semua kaum. wajarlah TGNA memberi kepercayaan kepadanya. Ternyata ini adalah kesempatan yang terbaik untuk membuka dimensi yang lebih luas dalam memperlihatkan kebolehan dirinya.

batunisan said...

ayahanda mso

pernah adinda dengar tak lama dulu nasihat TGNA, Nabi mengerjakan haji hanya sekali sepanjang hidupnya..dan TGNA menyarankan sapa2 yang ada kemampuan mengerjakan haji banyak kali tu lebih baik gunakan peruntukan tu untuk membantu fakir miskin, bagilah peluang pada yangbelum berkesempatan untuk mengerjakan haji..tapi TGNA campur tahun ni dah 3 kali kerjakan haji..sekadar pandangan..
apa apa pun semogamendapat haji yang mabrur untuk TGNA dan semua jemaah sekalian..

admin said...

betul tu,
ana sendiri pun pernah dengar masa tok guru bagi tazkirah d kg ana, tok guru cakap kalu berkemampuan untuk pg haji untuk kali kedua dan seterusnya, x semestinya kite pg haji untuk kali seterusnya, elok duit tu digunakan untuk yang lebih memerlukan. tp x salah untuk kita pergi kali kedua dan seterusnya.

tok guru mampu untuk pg haji tiap2 tahun, umrah tiap2 tahun, tp tok guru x buat macam tu, banyak harta peribadi beliau dihabiskan untuk orang yang lebih memerlukan..

ANAFAKIR said...

Semoga Tok Guru diberkati selama menjadi tetamu Allah. Doanya dimakbul, mendapat haji yang mabrur.Belaiu telah banyak berkorban tenaga, wang ringgit, fikiran dan masa peribadinya untuk rakyat Kelantan. Hampir separuh dari gajinya disedekahkan untuk kebajikan rakyat, justeru apalah salahnya beliau mengunjungi tanah suci lebih dari sekali walaupun rukun ke-5 itu sekalipun cukuplah..Mudah-mudahan Tok Guru mendoakan kesejahateraan untuk PAS, kemakmuran Kelantan khasnya, Malaysia amnya.

Buat Datuk Husam pula, andai benar ditakdirkan memangku tugas yang bakal ditinggalkan Tok Guru,peganglah amanah itu sebaik mungkin.Jangan lebih sudu dari kuah.Kiranya benar Datuk berpegang yang benar tetap benar maka buktikan kebenaran itu seupaya dilihat dan diyakini semua.Prasangka dan tuduhan orang perlu diabaikan andai Datuk benar dengan Tuhan.Yang jauh itu masa yang lalu, yang dekat itu masa mati, yang berat itu adalah amanah, yang mudah itu adalah fitnah dan yang jijik itu adalah berpura-pura...fikir-fikirkanlah.

john said...

"PERHATIAN: Penjenguk yang ingin memberi pandangan dalam blog saya, tak usahlah provok saya dengan kata-kata misalnya; kalau berani siarkan komen saya, saya penakut, saya berat sebelah dan sebagainya. Provokasi itu tidak akan membuka pintu hati saya melayan komen seperti itu.

Sesuai dengan blog saya yang telus dan bertanggungjawab saya hanya akan menyiarkan komen yang sihat, waras dan juga bertanggungjawab."

-ambo raso meli kapak jangak lagi berani dari pak mso! benda2 yang tak belago angin/yang raso boleh menggugat kredibiliti pak mso terus tak dilayan kononnya tak bertanggungjawab. adakah mencetuskan sesuatu berita tanpa memberikan bukti sebaliknya menyerahkan kepada orang lain untuk memberi bukti adalah sesuatu yang bertanggungjawab? sememangnya pak mso hanya syok pada realiti ciptaan sendiri.

mohd sayuti omar said...

Sdr John ... selamat pagi sdr gagal memahami apa yang saya jelas dan ingatkan di atas. Bukan bermakna saya tidak menyiarkan komen yang tidak belaga angin dengan saya, apa yg saya kata jangan provo saya untuk harapkan disiarkan komen. Saya akan siarkan komen yang jilah dan sihat tanpa mengira ia belaga angin atau tidak. Tak provok pun saya lepaskan, asalkan komen itu benar, ada asas dan tidak bermotif jahat mengentam peribadi melampau. Saya rasa sudah banyak saya lepaskan komen sdr walaupun ada yang kurang belaga angin dengan saya.
Ingat Muhammad suruh kita membaca supaya kita cerdik dan cekap memahami sesutau dan bukan berada ditakah mana. Dan kalau sdr Meli kapak jangak bebas, sdr boleh jenguk bloignya tanpa pedulikan blog saya.
Tk.