NAJIB Razak sudah membuat ketegasan dia tidak akan menemui bekas Setiausaha PKM, Chin Peng seperti mana yang diharapkan oleh Chin Peng. Chin Peng sangat bercadang untuk berjumpa Najib sewaktu Najib melawat Selatan Thai. Penegasan Najib itu bermakna tertutuplah harapan Chin Peng untuk kembali ke tanah air dan berkubur di hujung kuburan nenek moyangnya di negara ini.
Chin Peng sangat berharap untuk pulang ke Malaysia yang juga tanah airnya sendiri. Hasrat itu telah lama terpendam dalam diri dan diceritakan kepada umum. Ada pula pihak yang bersimpati dengannya tolong membantu 'kempen' untuk kepulangannya. Kononnya atas dasar kemanusiaan dan memandangkan usia Chin Peng sudah tua, 86 tahun wajarlah kalau beliau dibenarkan pulang.
Sepanjang menjadi PM inilah keputusan pertama Najib yang saya lihat keras dan tegas. Keputusan ini agak berlainan dengan gaya dan pembawaan Najib yang lembut dan kelihatan banyak berdiplomasi. Sebelum ini Najib begitu terbuka dan liberal terutamanya berhubung dengan polisi pentadbirannya. Dia juga kelihatan terikut-ikut permainan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Beberapa idea yang dicetuskan Anwar untuk menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat diikuti oleh Najib satu persatu. Misalnya mengenai penilaian semula ke atas DEB, Anwar suruh mansuh tetapi Najib memberi beberapa kelonggaran kepada kaum lain yang sebelum ini dilihat ketat. Tawaran jawatan kepada tokoh politik di Sabah dan Sarawak dibuat Anwar, juga turut diikuti dan dilaksanakan oleh Najib.
Tetapi dalam soal Chin Peng nampaknya Najib tidak terikut dengan rentak dan tarian Anwar. Najib nampaknya substantif dalam soal ini.
Apakah tindakan Najib itu betul? Mungkin Najib sudah mendapat maklumat dan juga pandangan balas dari semua pihak di sebalik ura-ura Chin Peng nak pulang itu. Mungkin beliau telah mengkaji kesan dan akibat daripada keputusan yang dibuat itu. Tentunya dalam hal ini Najib mengira ia tidak menjejaskan wibawannya sebagai perdana menteri dan tindakan itu tidak merugikan UBN.Saya secara peribadi tidak merasa dukacita kalau Najib tidak mahu memenuhi hasrat Chin Peng dan membenarkan bekas Setiausaha Agung PKM itu kembali ke negara ini. Apa yang ditanggung Chin Peng kini adalah hasil apa yang beliau lakukan sejak lebih 40 tahun lalu. Walaupun ada sejarah baru 'pro kontra' berhubung jenayah dilakukan Chin Peng, namun sebahagiannya telah diterima sebagai bahan dan catatan sejarah yang diakui umum.
Sudah tentu UBN yang memerintah negara ini ia berpegang kepada sejarah yang menguntungkannya. Kalau sejarah perjuangan Chin Peng hendak dibetulkan semula tunggulah bila kerajaan baru yang menyetujui dan bersimpati dengan Chin Peng. Buat masa ini saya tidak fikir sejarah itu kandatipun betul ia akan diterima sebagai sejarah benar dan tepat.
Bagaimana pun dalam melihat ketegasan Najib ini saya tidak harap ia akan bersikap begitu ke atas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hendaknya Najib tidak akan mengambil sikap tegas begitu dalam melayan Nik Aziz berhubung tuntutan royalti petroleum oleh Kelantan.
Umum tahu semalam kerajaan negeri menerusi seorang Exco telah menulis surat untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan isu royalti petroleum untuk Kelantan. Surat itu dihantar selepas Najib menyatakan isu royalti itu boleh dirundingkan. Kenyataan Najib itu telah diambil kesempatan cepat oleh Exco berkenaan untuk berjumpa dan berbincang dengan Najib. Saya melihat tawaran untuk berunding itu sebagai cabaran kepada Najib.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana sebelum ini beberapa pihak di Kelantan tidak mahu berunding dan berkeras tidak mahu pemberian wang royalti itu sebagai wang ehsan dan mahu menuntutnya menerusi mahkamah, termasuk mahkamah antarabangsa. Menurut pihak tertentu Kerajaan negeri sudah pun membentuk panel peguamnya untuk memulakan tindakan.
Tetapi bila Najib menyatakan ia boleh dirundingkan, alih-alih kerajaan Kelantan mengubah sikap, dari keras dan tegas menjadi lembut. Baguslah kalau begitu. Saya sendiri sudah lama percaya kepada perundingan. Kalaulah isu hasil petroleum ini dirunding sejak awal-awal dulu mungkin perkara ini sudah hampir selesai.
Jadi cadangan Kelantan untuk berunding dengan Najib itu harus didoa oleh semua penduduk Kelantan. Biarlah ia berjaya dan membawa hasil untuk kebaikan rakyat Kelantan. Cuma apa yang saya bimbang apakah Najib sedia menerimanya setelah pihak tertentu dan Nik Aziz sendiri mengecam hebat Najib sebelum ini?
Demi untuk rakyat dan keadilan, harapnya Najib tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku. Sebagai perdana menteri Najib harus berfikir lebih tenang dan tersusun berbanding dengan orang lain. Segala kecaman dan cacian ke atasnya itu boleh dilupakan. Kalau Najib boleh melakukannya beliau akan lebih dihormati oleh rakyat Kelantan.
Andainya Najib juga mengambil keputusan terhadap Nik Aziz seperti mana dilakukan ke atas Chin Peng alangkah sedih dan tersinggungnya saya sebagai rakyat Kelantan yang tidak ada apa-apa kepentingan untuk melihat Kelantan menerima hasil yang dikeluarkan oleh muka buminya itu. Pun begitu kita tidak boleh salahkan Najib kalau beliau 'menghumum' Nik Aziz sebab beliau juga manusia yang ada perasaan untuk membalas dendam.
Apapun saya tidak mahu mendoakan Najib dan kerajaannya jahanam, tetapi mahu mendoakan agar Najib sedia menerima surat hasrat kerajaan Kelantan itu kemudian berunding dengan Nik Aziz. Lagipun Nik Aziz sudah ubah versi doanya dari keras kepada lembut. Kalau ini Najib dapat lakukan saya percaya martabat dan kedudukan Najib makin dihormati di mata umum. [wm.kl. 8: 55 pm 02/12/09]
5 comments:
setuju dgn tuan.amin..saya anak kelantan juga.
mari kita sama2 doakan semoga allah buka hati najib untuk menerima pertemuan untuk berunding dengan nik aziz...tapi kalau perkara ini dirancang dari awal ...lagilah bagusnya...
dan saya yakin najib akan terima...mengikut perasaan saya lah tuh......walaupun tetap duit tuh dinamakan wang ehsan....
zaman dahulu..zaman khalifah makmun dan sebagainya...ulamak kalau dia nak tegur pemimpin dia akan pimpin tangan pemimpin dibawa bincang dalam keadaan tertutup...ulamak nak menyampaikan kebenaran..dan nak menjaga maruah pemimpin jugak...tapi sekarang nih....tuan mso agak camne.....
Apa yang saya rasa....Najib akan tetap hina di mata pembangkang jika royalti ditunaikan...tapi baguslah kalau itu yang terjadi.
salam tuan,
saya tidak ingin mengungkit lagi soal chinpeng. cuma satu saya nak tanya kepada tuan, diri saya dan suluruh rakyat Malaysia :
ADAKAH KITA PERLU UNTUK MENJAGA HATI SEORANG MANUSIA YANG BERNAMA CHIN PENG ATAU KITA MENGHORMATI HATI DAN PERASAAN KELUARGA-KELURGA POLIS DAN TENTERA YANG BERJUANG MENENTANG KOMUNIS???
tidak kira lah apa fakta sejarah yang timbul fahaman menolak kewujudan tuhan (komunisme) tetap TIDAK BOLEH DITERIMA sampai bila2.
DISINILAH KETEGASAN NAJIB...tolonglah hormati penderian PM kita walau bukan pemimpin parti kita.
..soal komunis Chin Peng tu sepatutnya sudah tutup buku..sebelum ini semua orang takut untuk menunjukkan sokongan atau simpati secara terbuka kepada fahaman komunis dan jauh sekali untuk membela ketua komunis..
..sekarang ini ada pula pihak tertentu merasa begitu bangga dan seolah-olah ingin menjadi wira untuk membela kepulangan ketua komunis bernama Chin Peng..mereka sedikit pun tidak sensitif dengan bantahan keras oleh sebilangan besar pejuang dan wira negara yang menjadi mangsa kekejaman komunis sebelum ini..
..siapakah mereka ini sebenarnya???..apakah hubungan mereka dengan gerakan komunis ini ???..adakah fahaman komunis akan diaktifkan semula di Malaysia???..
..tentang isu ada pihak dari kerajaan Kelantan nak jumpa DS Najib untuk runding wang royalti minyak tu rasa ada pelik dan lucu juga..kita tahu yang kita ni inginkan sesuatu daripada orang lain tetapi dalam masa yang sama kita punya mulut lazer dok kutuk orang macam2 seolah-olah orang lain tidak ada hati dan perasaan..tidak cukup dengan kutuk, sumpah seranah, mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan kita, kita ugut pula dengan doa bala..pertama kali dalam dunia ana dengar ada orang bertaraf ulamak mengunakan doa bala untuk minta wang..mengapa sampai begitu sekali..ada beberapa orang kawan ana berbangsa Cina dan India memberi komen mengatakan bahawa hebat benar tok guru orang melayu boleh guna doa bala untuk tuntut wang royalti minyak..
..tapi ana rasa sebagai seorang pemimpin dan negarawan sejati, DS Najib akan tolak ketepi semua kata nista yang dilemparkan terhadapnya dan keatas UMNO demi kesejahteraan rakyat Kelantan..pemimpin akan datang dan pergi tetapi rakyat Kelantan akan terus ada dan berkembang..
..orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..budi yang baik akan tetap rakyat Kelantan kenang walau pun ada pemimpin PAS yang mengajar supaya tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Pusat...
Post a Comment