Tuesday, December 22, 2009

Keruh Di Kota Bharu

Tindakan Rosli Allani Kurang Bijak

KHABAR besar dari Kota Bharu tengah hari ini ialah mengenai perletakan semua jawatan dalam parti oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri Kelantan yang bernama Dr Rosli Allani Abdul Kader.

Rosli mengambil tindakan itu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang meminta beliau tinggal berasingan (mufarakah) dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30 kerana perlahwinan mereka pada Disember tahun lepas diragui kesahihannya. (Oh... rupanya ahli Dewan Pemuda Pas ini juga beristeri dua!).

Menurut kenyataannya dia berbuat begitu kerana mengambil tanggungjawab untuk menjaga imej parti. Jaga imej parti! Kenapa jaga imej parti selepas berkahwin satu lagi dan tidak terfikir sebelum melangsung perkahwinan. Apa yang boleh disimpulkan perkahwinan kedua itu tentu menghadapi masalah.

Kerana itu saya tidak nampak kenapa beliau sampai perlu mengambil keputusan demikian? Apakah keputusan mahkamah itu menjejaskan nama baik partinya, parti Pas?

Atau beliau berbuat demikian kerana ingin memperli menantu Menteri Besar, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar berbuat demikian. Umum sudah mengetahui dua tiga hari ini Rosli begitu beriya mendesak mahukan Ariffahmi melepaskan jawatan sebagai CEO untuk menjaga imej parti.

Apa yang saya tidak faham dan mengerti dengan tindakan Rosli ini, apakah keputusan mahkamah itu benar-benar boleh menjejaskan nama baik parti sedangkan beliau katanya yakin berada di pihak benar. Peliknya ada pemimpin lain yang berkedudukan terlibat dengan maksiat dan didakwa di mahkamah tidak pun mengambil keputusan melepaskan jawatannya?

Jadi apabila Rosli sedia mengambil tanggungjawab itu ini menyebabkan orang boleh menuduh beliau benar-benar bersalah – melakukan maksiat dan jenayah agama?

Bagi saya tidak perlu beliau meletak jawatan. Ini kerana apa yang saya rasa keputusan mahkamah itu dibuat atas teknikal sahaja. Saya tidak fikir beliau terjerumus dengan maksiat. Kalau ia dibuat kerana keputusan teknikal bukan terjerumus dalam dosa besar kenapa harus melepas jawatan?

Rasanya ahli Pas tidak dapat membezakan mana dosa agama dan mana kesalahan melanggar undang-undang ciptaan manusia.

Kalaulah beliau mengambil tanggungjawab itu untuk memperli Ariffahmi rasanya ia tidak mencapai maksdunya. Saya yakin Ariffahmi tidak akan terpanggil dengan ajakkan itu. Kerana itu tindakan Rosli itu silap dan ia telah mendedahkan dirinya dengan persepsi umum sebagai telah melakukan dosa besar.

Begitu juga kalau Rosli mengharap pujian disebalik tindakan itu ia juga satu kesilapan besar.

Begitu juga kalau beliau mengharap ada orang menghalangnya ia juga silap. Kondisinya sangat berbeza dengan Ariffahmi. Ariffahmi adalah menantu yang disayangi dan dilindungi. Tengoklah bagaimana Nik Aziz Niki Mat bersilat menepias dan membela Ariffahmi sampai sudah. Bukan saja mertua, ipar, isteri juga turut sama membela. Cuma yang belum kedengaran hanya ibu mertua yang membela Ariffahmi secara terbuka.

Manakala kesan politik dengan tindakan itu tidak akan ke mana. Bila mengenang tindakan Rosli ini maka saya teringatlah apa yang pernah berlaku sekitar 10 tahun lalu di mana seorang ahli jawatan kuasa Dewan Pemuda Pas negeri mengambil langkah memulangkan pingat SK yang dianugerah Sultan Kelantan kepadanya.

Tujuan beliau berbuat begitu sebagai protes atas tindakan Sultan menarik balik darjah kebesaran yang dilakukan ke atas ketuanya semasa itu. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar khas di pejabat Pas Kota Bharu. Malangnya tanggungjawab dibuat ahli jawatankuasa Dewan Pemuda itu tidak memberi apa-apa bekas.

Sultan sedikit pun tidak peduli dengan apa yang dilakukan. Tindakannya seperti cuba menambah kemasinan air laut dengan secupak garam sahaja. Sultan seidikit pun tidak mendengar ataupun merasa teruja dengan langkah pemuda berkenaan. Sebaliknya akhirnya yang kehilangan pingat dan hubungan baik dengan Sultan ialah diri ahli jawatankuasa pemuda berkenaan.

Nah begitu jugalah dengan apa yang dilakukan Rosli itu. Saya tidak fikir esok atau lusa Ariffahmi akan membuat pengumuman akan melepaskan jawatan CEO PMBK atas matlamat dan tujuan sama dengan Rosli untuk menjaga nama baik parti. Sebaliknya perletakan jawatan Rosli itu akan diperdagangkan oleh Ariffahmi sebagai modal untuk menunjukkan dia dipihak yang benar kerana sehari dua ini Rosli beriya mahukan Ariffahmi berundur. [wm.kl. 4:55 pm 22/12/09]

6 comments:

mat din said...

slm..
hmm..maaf sy mencelah dsini...
mgkn sy tersangatan kurang ilmu agama,,

jus untuk nasihat.. artikal saudara nmpak mcm mengumpat je.. dah dia nak letak jwtan biarkan la.. pandai2 plak tuan beranggapan sedemikian....mgkn klu dr rosli tu org umno sy bleh trima sbb kita tau tntg kefasikan n kezaliman diorag.

sribu kemaafan jika sy silap dgn kejahilan sy ni wslm

Abu Faruq Al-Iskandari said...

disebabkan tuan MSO tidak memegang sebarang jawatan dalam politik, maka MSO bebas mengkritik PAS untuk menjaga dan memelihara jamaah PAS suapaya tidak menjadi lebih rosak dan teruk.

Harapnya MSO terus menulis berdasarkan kesahihan dan bukannya "hearsay".

MSO, dedahkan juga andaikata akhirnya mahkamah mengisytiharkan perkahwinan Dr Rosli adalah sah.

Excel Bindery said...

salam..bukanah dr rosli dituduh menikahi isteri keduanya tanpa kerelaan(tak sedar)?saya rasa isu ini memang boleh mencemarkan imej PAS dan langkah dr rosli adalah tepat.. perjuangan PAS bukan kerana jawatan..amat menghairankan menantu nik aziz ni..bagi saya, jika ada orang lain yang lebih layak atau sekurangnya setaraf,(masakan tiada?)apalah sangat jawatan ceo jika lebih memburukkan imej parti..wallahualam..

che mad said...

berbini dua tak salah tapi pak cik kena ingat Rosli tak dapat izin dari ayah si gadis itu..

ayah si gadis itu adalah wali yang sah..ini boleh di samakan dengan bawak lari anak dara orang..

kalau tak kantoi takpa ini sebab kantoi..har3 jadi kena letak jawatan..

kerana apa?? sebab dari segi akhlak Islamiah sudah tercemar sedikit..imej atau laungan keislaman yang dibawa sudah tidak seiring dengan perbuatan jadi memang elok kalau letak jawatan.

Bagi saya kalu letak jawatan memang bagus..Ini membuktikan sedara Rosli tidak jelar sangat dengan jawatan tetapi sayangkan parti..

semoga sedara rosli dan semua yang terlibat tabah..

Ku ingat Taqwa said...

salam. pandangan mso adalah dari segi politik bukannya pandangan dari segenap penjuru. Dari sudut politik, memang tindakan dr. rosli tidak bijak tetapi dari segi lain (akhlak sebagai ahli parti islam) saya amat menyokong perletakan jawatan tersebut. Husam pun patut letak jawatan jugak.

ANAFAKIR said...

Sepatutnya macam tu lah.Bila ada tercalar dari segi perilaku yang boleh dikatakan membawa imej buruk kepada parti yang memang jelas memperjuangkan Islam maka tindakan Dr Rosli dialu-alukan.Sepatutnyanya begitu la.Cuma jarang manusia yang bergelar pemimpin hari ini, usahkan yang belum jelas kesalahan di mahkamah [ walapun diri sendiri dah tau memang salah ], yang dah terbukti bersalah pun memang liat lagi degil untuk melepaskan jawatan.Semua kejar pangkat dan nama.Itulah sifat manusia akhir zaman, terlalu 'hubbudunniya'.

Ariffahmi pun sepatutnya perlu letak jawatan, kerana isu berkaitan dirinya telah memporakperandakan ukhwah dalam parti [ Pemuda PAS negeri terutamanya ] dan kekeluargaan, khususnya TGNA sendiri.Beliau begitu tertekan dan tersepit.

Begitulah..seadanya.