Sunday, December 6, 2009

Ungkapan Ahad

Yang Aneh Disebalik Himpunan Sokong Tok Guru?

SEPERTI mana yang dilaporkan oleh media pro-Pas dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat himpunan di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu mendapat sambutan hangat. Mereka yang datang beratus kali ganda berbanding himpunan di depan pintu masuk ke Kota Darulnaim anjuran apa yang dinamakan Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) yang dimonopoli oleh pemimpin Tadika Umno.

Walaupun hari Jumaat lalu cuaca di Kota Bharu lembab dan hujan, namun jumlah yang hadir bolehlah tahan. Kehadiran itu menjadi lebih ramai dan bersemangat bercampur dengan mereka yang hadir setiap Jumaat untuk dengar kuliah di Dataran Ilmu itu yang sering disampaikan oleh Nik Aziz dan ustaz-ustaz Pas seperti Nasaruddin Daud, Mohamad Mustafa, Mohd Amar Abdullah dan lain-lain.

Kelompok yang agak menonjol hari itu ialah Cina dan India. Wajah mereka sengaja difokus dan ditonjolkan dalam blog dan media Pas bagi menyatakan rakyat berbilang kaum juga menyokong dan berdiri teguh di belakang Nik Aziz.

Cuma agak malang sedikit dalam banyak wajah-wajah itu tidak ternampak oleh saya wajah Orang Asli di Kuala Betis atau Post Brooke di Gua Musang. Mungkin mereka tidak mendapat maklumat ataupun land rover untuk angkut mereka tidak ada disebabkan terpaksa digunakan untuk uruskan mangsa banjir. Atau pun mungkin juga banner dan sepanduk untuk mereka angkat bagi menyatakan sokongan kepada Tok Guru itu belum sempat disiapkan, atau tidak ada orang yang tukang tulis dan siapkan untuk mereka.

Himpunan memuji dan menyokong Nik Aziz itu diadakan selepas Tok Guru mengajar. Himpunan itu lengkap dengan ucapan oleh beberapa pemimpin Pas dan ikrar oleh masyarakat berbilang kaum. Digambar ternampak dua tiga orang pemimpin Pas melilitkan kain berwarna merah di kepala bertulis "I love Tok Guru" Mana-mana pemimpin Pas yang selalu pakai kopiah semasa di Dataran Ilmu terpaksa pakai songkok kerana hendak melilitkan kain merah berkenaan. Biar nampak gah!

Apakah songkok yang dipakai itu songkok Pemuda Umno yang terjatuh semasa melarikan diri apabila hujan turun semasa berhimpun di depan Kota Darulnaim seminggu sebelum itu?

Melihat kepada cara lilit kepala dengan kain merah saya teringat kepada tok juara laga lembu dalam bon. Di Patani tok juara akan melilitkan kepala mereka dengan kain batik lepas berwarna merah. Mereka akan masuk dan acah-acahkan lembu supaya melawan regunya. Nampak sangat himpunan itu semacam dibuat-buat dan tidak serius atau lahir kerana semangat 'sengoti'.

Beberapa sepanduk, banner dan manila kad yang tertulis dengan pelbagai kata-kata pujian dan sanjungan kepada Nik Aziz juga diangkat dan dijulang. Tentu Tok Guru tersenyum dan tambah sihat apabila melihat banner dan sepanduk itu.

Pendeknya himpunan itu benar-benar memuaskan hati dan berjaya! Dan ianya berjaya mengalahkan provokasi yang dibuat oleh JPRK tempoh hari. Tok Guru pun mungkin merasa lega dengan sokongan puluhan ribu itu dan mungkin terpaksa memikir semula keputusan untuk berundur. Beliau pun akan dapat bersemayam dengan amannya atas singgahsana kerana beliau masih lagi disokong? Rakyat berbilang kaum masih memerlukannya.

Saya tidak mahu bertanya apakah himpunan menyatakan sokongan kepada Tok Guru itu ikhlas atau tidak. Atau apakah ianya mendapat sokongan padu rakyat Kelantan. Jangan tanya! Sebab keikhlasan ini ada dalam hati masing-masing. Cuma apa yang musykilnya kenapa sokongan itu lewat? Ia diadakan setelah Tok Guru lembek lotek dicincang oleh musuh. Kenapa sokongan itu tidak dibuat awal?

Selain itu apa yang nak ditimbulkan di sini juga dalam banyak-banyak sepanduk dan kain rentang itu kenapa tak ada satu pun yang kecam anak Quraisy yang dianggap telah memalu dan cuba menjatuhkan Nik Aziz. Ataupun saya tidak ternampak banner atau manila kad mengecam dan mengutuk anak Quraisy itu?

Sepatutnya dalam situasi begitu ada sepanduk atau kain rentang yang mengecam anak Qurairsy yang dimaksudkan itu. Bukan punca kemelut yang berlaku sekarang ini disebabkan anak Quraisy seorang itu. Di saat itulah anak Quraisy yang dikatakan menjadi musuh dan gunting dalam lipatan itu dikutuk habis-habisan. Ataupun sememangnya anak Quraisy itu dipelihara oleh orang tertentu untuk melakukan kerja-kerja yang telah dilaksanakan itu? Begitukah?

Keadaan ini agak kontras dan menghairankan dengan apa yang masuk ke dalam telefon saya sekejap tadi iaini mengenai sekeping gambar banner yang berbunyi "ARIFFAHMI SILA LETAK JAWATAN SEGERA, ABDUH KAMI BUKAN BODOH!". Katanya banner ini sepatutnya turut sama diedarkan pada himpunan berkenaan. Tetapi disebabkan silap teknik ia tidak dizahirkan.

Apa yang menjadi kemusykilannya siapakah yang menyediakan banner ini? Mustahil ia disediakan oleh orang Umno untuk mensabotaj atau memburukkan keadaan. Kerana banner itu dihulur sendiri oleh ahli Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Apakah Pemuda Pas itu juga seperti anak Quraisy yang bermuka-muka dalam cerah?

Katanya seorang anggota Unit Amal yang menerima banner dan perkakas yang hendak diangkat dan dipamerkan telah membuat semakan dulu. Ketika membuat semakan itulah banner berkenaan ditemui yang dimasukkan ke dalam beberapa banner lain. Anggota Unit Amal berkenaan tidak berani untuk mempamirkannya. Banner ini katanya terdapat lebih dari tiga keping.

Yang menjadi persoalannya siapakah yang menyediakan banner hantu itu? Kenapa harus ada banner seperti itu. Bukankah banner itu menempelak Tok Guru sendiri kerana Ariffahmi dan Abduh adalah anak dan menantunya? Wajarkah darah daging Nik Aziz dimalui dalam suasana beliau dipuja dan disanjung?

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat tujuan banner itu tidak lain dan tidak bukan untuk memalukan Nik Aziz di khalayak ramai. Dalam sorak sorai puji dan pujanya itu ada diselitkan kejian dan sindiran tajam kepadanya.

Apabila mengenangkan wujudnya banner seperti ini maka benarlah barang kali kesimpulan sesetengah orang bahawa himpunan menyokong dan menyatakan kesetiaan kepada Nik Aziz tempoh hari hanya wayangan atau sandiwara sahaja? Sokongan yang dilakukan oleh mereka yang desperate dan mahu mencari tali hayat demi survive politiknya dengan apa juga keadaan.

Apakah Tok Guru tahu mengenai pengedaran banner berkenaan? Walahualam. Mungkin sahaja selepas rahsia besar ini terdedah maka akan ada orang yang merayap ke pejabat Menteri Besar itu memberi tahu bahawa kononya ada musuh cuba hendak memalukan Tok Guru pada Jumaat lalu tetapi dapat dikesan oleh para petugas yang setia. Begitukah?

Dan cerita-cerita pandir begini sudah kerap berlaku dan sering berlegar di keliling Tok Guru. Kerana banyak sangat dongengan pandir inilah menyebabkan kadang-kadang Tok Guru juga jadi seperti pak pandir! Pasti sekali Tok Guru tidak akan percaya kalau dikatakan bahawa banner itu dihulur sendiri oleh tangan orang kuat Dewan Pemuda Pas? Apakah tujuannya, tanyalah pohon depu? [wm.kl. 4:50 pm 06/12/09]

8 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

saya sudah lama perasan wujudnya jenis amalan "enjit enjit semut sapa sakit naik atas" ini,pada mulanya saya ingatkan dia ingin rosakkan nama parti tapi sebenarnya tidak,malah dia tetap sayang serta iklas pada perjuangan islam pas cuma disebalik kelakuannya yang dianggap buruk itu hanya sekadar inginkan nama individu individu tertentu sahaja yang rosak dengan harapan pemimpin yang menjadi pilihannya pula yang akan naik keatas.

Maka kerana itu disini memerlukan kita supaya "tidak bodoh" untuk membuat penilaian diantara sayang pada perjuangan parti dengan sayang pada tubuh badan peribadi individu kerana tindak tandok kedua perbuatan ini sama tapi berbeza,jadi fikir fikirkan...!

Unknown said...

ayat macam sama jer ngan kes kat tranung..

Di Tranung : "KAMI NAK IDRIS, NATANG!! "

Di Kelate : "Abduh, Kami Tak Bodoh"..

Dari Lubang yang sama kot...

Unknown said...

Mengikut maklumat dalaman yang amat boleh dipercayai banner tersebut dibuat oleh adik tokey pohon depu.. dia amat marah dan benci pada AAF dan Abduh..puak dia yang menjatuhkan Abduh dalam pemilihan KP Negeri baru-baru ini..sekarang abangnya sedang bernafas dalam lumpur..

2kali5 said...

Ya Allah...

kalau suadara semua sayangkan PAS seperti saya sayangkan PAS(walau saya tidak akan menjadi ahli PAS selagi PAS bersama PKR & tidak sekali-kali menyokong DSAI), tolonglah hentikan politik kotor ini demi masa depan PAS sebagai pejuang politik Islam di Malaysia...

sembang haroki said...

aku menuntut HUSAM membuka mulut! bukankah kick dibawa masuk oleh beliau, bekerja untuk beliau, mempertahankan beliau, sentiasa memuji beliau dll. mengapa pimpinan pas kelantan tidak mendesak husam membuka mulut? bukankah dah ramai menjadi korban termasuk parti gara2 husam?. ataukah pas sesungguhnya bahawasanya pada hakikatnya bukan jamaah islamiyyah!!

supir said...

Salam. Sdr MSO,Saya hadiri program himpunan berkenaan dan duduk hampir dgn pentas tempat Tok Guru mengajar tu.

Bagi saya, perhimpunan pada hari itu seperti ingin tonjol individu tertentu didepan Tok Guru kononnya dia mempunyai pengaruh di Kelantan apatah lagi ucapannya (memang telah dirancang) mendapat sokongan dari mereka yng hadir. Diulaslah akan dirinya yang lebih mengetahui apa yg berlaku pada dirinya berbanding orang lain. Disebut juga rancangannya yg akan saman surat khabar tertentu dan pada waktu yang sama menasihati Tok Guru supaya 'tak payah saman' surat khabar dan memadailah dengan dia saja. Diucap juga bahawa semua EXCO saling bekerjasama untuk membantu Tok Guru. 'Geli gelamang' bila saya dengar ucapannya.

Seperti ulasan saya dalam blog ini sebelum ini, akan ada usaha secara senyap untuk menaikkan namanya sebagai pengganti Tok Guru, biar pun dia sokong TMB sebagai pengganti Tok Guru. Bercakap dengan penyokong kuatnya (dia menceritakan dengan lebih detail siapa yang menasihati Tok Guru supaya tidak pergi ke Mekah dgn duit tajaan RM65K itu), saya yakin usaha itu sedang berjalan sekarang. Yang sedihnya, penyokong ini merendahkan martabat Presiden PAS dan golongan yg berkelulusan agama dalam PAS. Sekian.

firdaus said...

begitu banyak komen-komen yang 'negatif' tuan mso paparkan dalam blog ini

saya tak tahu dengan pengaruh yang tuan ada dan tindakan tuan melancarkan perang bertalu-talu terhadap anak quraisy@husam itu akan membawa perkara tidak baik dalam PAS kelantan mahupun seluruh PAS peringkat negara

mungkin ada baiknya berbalah selepas menang dari berbalah sesudah kalah..

common guys nak menang ke idak ni !!!!

nik abduh tidak sepatutnya menggelarkan bodoh atau perkataan yang tak sepatutnya, bukankah molek kalau dia ni cuba menyumbangkan sesuatu yang amat-amat dan betul-betul berguna

syaikhan ubaid said...

salam bro mso
salam perjuangan

utk makluman bro mso
sy g ceramah tok guru
di taman melewar..

tok guru mengaku dlm ceramah
bahwa beliau xtahu menahu
pasal ade perhimpunan
selepas beliau berkuliah

ni bermakna
ade motif puak2 husam utk mencari
publisiti serta pengaruh..

bile sy tgk perhimpunan
secara live secara jelas
UST HUSAM la yg paling kehadapan
menyampah tol tgk..

kpd ust HUSAM jgn perbodohkan
pemuda2 PAS terutama pemuda PAS KL