Perdana Menteri, Mohd Najib Razak menyarankan agar kod etika kepada blogger diwujudkan. Katanya kod ini perlu diwujudkan untuk menjamin bahan yang disiarkan dalam blog bermutu dan bagi menjaga wibawa ruang atau media baru yang semakin digilai dewasa ini.
Beliau sendiri mengakui blog merupakan ruang baru yang semakin diminati dan menjadi bahan rujukan para pemerhati politik khasnya dari kalangan yang celik IT.
Sehubungan itu beliau melihat kepada beberapa keperluan berikut perlu dijadikan paduan kepada penulis blog untuk menjamin media baru ini sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Antaranya:
Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat.
Penulis blog jangan sesekali menciplak dari blog lain apa lagi bahan yang disajikan itu tidak boleh dipertanggungjawab.
Penulis blog harus mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
Penulis blog jangan sesekali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.
Penulis blog juga perlu tahu antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta. Bukan menulis sembarangan ikut suka hati saja.Penulis blog juga kena sedia mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera untuk mengelakkan catatan atau bahan yang didedah menimbulkan masalah.
Penulis blog perlu perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi kerana mengharap kepada hit yang tinggi.
Penulis blog hendaklah jelas setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.
Penulis blog juga diharap memathui piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.Secara umumnya pandangan dan saranan Najib itu baik demi menjaga wibawa media baru ini dan juga bagi memastikan ia membawa impak baik.
Tetapi persoalannya perlukan kod etika ini? Sekiranya ia digubal sejauh manakah kod etika ini akan dihormati. Apakah kita dapat menjamin bloger akan memathuinya kerana blog ini tidak ada sesiapa yang bertindak sebagai pemantau dan hak peribadi pemiliknya.
Kita tahu dunia blog dunia bebas, tanpa pintu dan jendela. Sesiapa saja dapat menulis dan mengisi menerusi blog yang tidak memerlukan bayaran ataupun lesen. Kebebasan ini kita tuntut dan hormati. Cuma dalam bebas itu biarlah ia beretika untuk menjamin mutu dan kualiti blog itu sendiri.
Dalam kebebasan ini kita lihat pendedahan sesetengah blog langsung tidak beretika. Ia bukan saja bersifat fitnah tidak berasas tetapi kadang-kadang nampak jelas ianya sengaja diadakan. Hal ini bukan saja terbatas kepada catatan tetapi gambar (superimpose) juga kadang-kadang menjijikkan.
Disebabkan tidak waspada ini menyebabkan ada sesetengah blog yang menjadi penyokong kepada parti politik telah menimbulkan masalah disebabkan kurang cermat. Dalam keadaan kita tidak faham apakah tujuan penulisan atau bloger berkenaan?
Jelas penulisan dan catatan seperti ini dibuat oleh bloger yang tidak faham mengenai kod etika penyiaran dan mengetahui sedikit sebanyak ilmu kewartawanan. Kalau mereka faham dan ada sedikit pengalaman perkara-perkara yang buruk ini dapat dielakkan.
Adalah sangat baik kalau saranan yang dikemukakan Najib itu dihayati oleh semua pemerhati IT khasnya para bloger. Marilah kita bersikap bebas yang beretika dan bukannya secara sambrono sehingga akhirnya orang tidak akan mempercayai lagi kepada apa yang diblogkan. [wm.kl.7:50 pm 12/12/09]
5 comments:
salam hormat!
Mungkin ada yang masih ingat didalam beberapa siri pilihan raya kecil termasuk pilihanraya ke 12 yang lampau ada dikalangan pimpinan politik mengakui penulisan dari para bloggerlah yang membantu memberi kemenangan parti plotik tertentu malah terdapat kenyataan dari TGHA sendiri pernah mengiktiraf dan berterima kasih kepada pemberi maklumat melalui blog ini.
Pada hari ini keadaannya terdapat sedikit perubahan apabila ada segelintir para blogers telah mula beralih arah menentang arus menghentam dan mengkritik balik dari dalam mana mana pimpinan dengan pelbagai alasan tersendiri.
Jesteru itu apabila suasana ini telah berubah maka mulalah ada pula suara suara sumbang yang cuba mengatakan kononnya apa yang dipaparkan didalam blog tidak bolih dipercayai sehingga ada yang membawa kemimbar jumaat dibaca dihadapan para makmum.Inilah nasib penulis blog rupanya,dipuja jika mengampu dikeji apabila paparan tidak dipersetuju...
Pengisian penulisan yang membawa pelampung untuk roh roh politik berpaut amat digemari malah ayat adu domba juga adakalanya bolih diterima pula,pelikk bukan, biarlah isinya bagaikan sedang mengkelar kelar dan merobik hati orang untuk dibakar hangus pun ada yang tertipu dijadikan sandaran dan rujukan,itulah yang sukar di fahami ke'gilaan' orang gila politik....
Berbicara soal kod etika blog sememangnya telah pun diwujudkan olih portal,kelulusan untuk penyiaran terutama gambar gambar berbau lucah ada yang memerlukan 'agree privacy' (persetujuan syarat) terlebih dahulu,cuma yang timbul permasallahannya ialah perlanggaran peraturan olih para blogger itu sahaja.kesimpulanya terpulanglah pada keadaannya... fikir fikirkan!
tahniah saya ucapkan pada saudara yang menyokong kebebasan beretika.tetapi rasanya saudara tidak mendukung apa yang saudara katakan.saya terbaca komen yang saudara tulis mengatakan saudara terpaksa menolak komen yang tidak memahami isu yang diutarakan.ini sangat tidak menepati kebebasan beretika.setiap orang punya pemikiran berbeza mentafsir sesuatu maklumat.kita tidak sentiasa betul.sebagai seorang yang mengaku memahami etika kewartawanan,sudah pasti saudara sedar kita hidup dalam dunia realiti yang penuh dengan kritikan.saya akui terdapat komen yang saudara kelaskan sebagai kelas bawahan,seperti caci carut maki.tapi bagaimana pula dengan ritikan yang berasas? jika kritikan itu benar,bukankah saudara juga yang dapat manfaatnya?janagn mudah menutup minda.usah mudah melenting dengan kritikan,dan usah memandang enteng pada kritikan.hormatilah buah fikiran orang lain andai kita juga mahu dihormati.jika saudara tidak dapat menerima kritikan,rasanya saudara bukan pendukung kebebasan beretika yang sebenar.
Kalau ikutkan banyak sangat cadangan yang dikemukan oleh najib untuk memastikan Bloger dihormati.
Adakah media kerajaan telah memenuhi Kod etika yang diinginkan oleh Najib? Kalau media kerajaan berlaku adil dan tidak berat sebelah, saya pasti tidak akan tumbuh bloger yang banyak seperti sekarang.
Walau apa pun saya setuju dengan saranan najib agar para bloger haruslah beretika dalam menyiarkan berita2.
* NH Shah Alam *
Kepada Archienos, saya rasa saya bukan naif sangat untuk tidak menyiarkan komen yang berkualiti kalaupun ia tidak menempat isu. Tapi kalau komen lari jauh dari apa yang hendak dibahaskan, saya rasa elok tidak dilayan kerana ia memakan ruang. Mengenai perbezaan pendapat kalau boleh sdr buktikan apa komen yang saya tidak siarkan. Saya akan bertegas dan tidak tergamak nak siarkan komen yang kelas budak-budak vandalisme dalam blog saya. Selagi komen itu berkualiti dan ada mesej saya akan lepaskan. Begitu juga komen dari golongan pentaksub kelas satu yang penuh emosi juga saya tidak akan siarkan. Harap maklum.
soalnya sekarang blog ini ada beribu mungkin berpuluh ribu atau sebenarnya sudah lebih dari ribu dan puluh ribu..
blog itu cuma medium yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, cuma secara kebetulan blog ini berkait dengan politik..
tak perlu apa kod atau sebenarnya tak perlu pun mengikuti apa-apa kursus kewartawanan pun kalau kita nak buat blog..
mengapa masih tak faham-faham lagi, dalam dunia yang terus-menerus merahsiakan banyak hal akam makin ramailah wisel blower tumbuh bagaikan cendawan..
blog sememangnya boleh dijadikan ruang gosip yang sensasi atau tempat kita nak jual ikan masin secara online..
kata orang future is in your hand..
lupakan sahaja 'panduan' 'perlu' dan 'gubal' kerana orang sudah loya..
semuanya bukan hanya berlandaskan kepada fakta semata-mata, sebenarnya antara kita hanya akan percaya sesuatu perkara itu apabila kita menghendakinya sahaja.....
Post a Comment