[kemaskini] PAGI ini saya menerima berita sedih pengembalian ke Rahmatullah isteri seorang sahabat Rushdan Mustafa, Puan Mashitah, 30 (foto). Sejak malam tadi lagi saya resah dan gelisah apabila menerima SMS dari seorang kawan Dr Wan Suhaimi dari Kelantan yang bertanyakan (memaklumkan) benarkah isteri Rushdan meninggal dunia?
Saya terus menghubungi Rushdan untuk mengesahkan perkhabaran itu. Malangnya telefon beliau tidak boleh dihubungi. Selepas itu perasaan saya terus digodan keresahan. Jauh di hati berdoa dan berharap semoga apa yang dikhabarkan itu tidak menjadi kenyataan.
Sehinggalah pagi ini panggilan yang diharap tetapi amat tidak diingini daripada Rushdan masuk ke telefon saya memaklumkan isterinya telah meninggal dunia petang semalam di hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan.
Menurut Rushdan, Mashitah dimasukkan ke hospital berkenaan untuk bersalin tetapi Allahyarham menghadapi masalah untuk bersalin dan gagal diselamatkan. Katanya air ketubannya pecah dan melimpah ke paru-paru. Anak dalam kandungan juga turut meninggal. Menurut Rushdan isterinya itu sepatutnya melahir pada minggu depan. Jenazahnya selamat di kebumi semalam juga di Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Rushdan, Mashitah dimasukkan ke hospital berkenaan untuk bersalin tetapi Allahyarham menghadapi masalah untuk bersalin dan gagal diselamatkan. Katanya air ketubannya pecah dan melimpah ke paru-paru. Anak dalam kandungan juga turut meninggal. Menurut Rushdan isterinya itu sepatutnya melahir pada minggu depan. Jenazahnya selamat di kebumi semalam juga di Pasir Mas, Kelantan.
Mashitah meninggalkan tiga orang anak dua perempuan seorang lelaki berusia antara lima hingga sembilan tahun; Iffah Bussaina, 9, Amalin Saffwina 7, dan Muhammad Adam, 5
Pemergian ini sungguh mengilankan saya sekeluarganya. Mashitah bagaikan adik sendiri. Allahyarham seorang isteri dan ibu yang lemah lembut, peramah, perihatin dan jujur.
Pemergian Allayarham ini bagaikan terpadam satu lampu rumah saya dan kehidupan saya sekeluarga. Kenapa tidak, kini tiada lagi kunjungan Mashitah bersama anak-anak dan suami. Setiap kali saya mengadakan mini kenduri Mahsitah dan anak-anak tidak ketinggalan hadir dan rumah jadi ceria dengan kerenah anak-anak yang 'keletah' dan kecil molek.
Isteri saya dianggap sebagai kakaknya sendiri. Mashitah tidak segan nuntuk meminta isteri saya masakan masakan Kelantan dan nasi dagang yang menjadi kegemarannya. Kali terakhir saya dan isteri berjumpa dengan Allayarham sebulan lepas. Kami sama-sama bersarapan pagi di Lembah Keramat.
Isteri saya dianggap sebagai kakaknya sendiri. Mashitah tidak segan nuntuk meminta isteri saya masakan masakan Kelantan dan nasi dagang yang menjadi kegemarannya. Kali terakhir saya dan isteri berjumpa dengan Allayarham sebulan lepas. Kami sama-sama bersarapan pagi di Lembah Keramat.
Selalu begitulah selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah Allahyarham dan suaminya akan menelefon untuk sama-sama bersarapan pagi.
Kepada sdr Rushdan dan keluarga diucapkan tahziah sedalam-dalamnya. Bersabarlah atas takdir yang berlaku dan terimalah ianya satu ketentuan yang penuh hikmah yang mungkin sukar untuk kita memahami maknawi Allah s.a.w. Kepada pejenguk blog Merah Tinta saya mohon untuk mensedekahkan Al Fatihah untuk adikku, Mashitah! Catatan: Pengisian blog ini tidak akan dilakukan hari ini sebagai menghormati pemergian Mashitah.
Perhatian: [1: 20 am 25/03/10] Saya terharu atas ucapan tahkziah dan perkongsian rasa dukacita penjenguk sekalian atas pemergian Mashitah. Sementara itu di sini diturunkan nombor sdr Rusdhan untuk sesiapa berhajat berbicara dengannya. Nonya: 013 9015757.
[wm.kl. 9:15 am 24/03/10]
8 comments:
moga rohnya ditempatkan ke dalam taman orang-orang yang beriman.amin.
May ALLAH SWT reward her with Jannah and may her children grow up to be hero and heroines if Islam, insyaALLAH...
Takziah...moga rohnya bersama orang2 yg beriman..
DariNYa kita datang..kepadaNya kita kembali..
Al Fatihah
Hanya ucapan takziah dapat diberi.Moga Allah menempatkan nya di Syurga Allah.Cuma ingin kepastian,adakah dalam semuda usia 13 tahun ia telah menjadi isteri.
takziah... to awat: umor dia time kawen tu kan 23....35-12=23
Takziah dari saya sekeluarga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan dilerakkan bersama para-para Anbia dan Syuhada.
Amin...
Al- fatihah, Moga nya diletakkan tempat orang2 solihah..Amin
takziah buat saudara rashdan dan keluarga...semoga saudara tabah...dr Allah kita dtg dan kepadaNya juga kita kembali..
semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yg soleh...
AL - Fatihah...
Post a Comment