SELEPAS 24 jam penamaan calon perang poster sudah bermula di Hulu Selangor. Di simpang-simpang jalan utama sudah mula tumbuh dengan berbagai jenis papan tanda atau bilboard. Manakala di tiang lampu dan di tepi jalan mula dicacak dengan poster simbol dacing dan mata.
Dari Rawang ke Kelumpang, melewati Batang Kali, Serendah, Kuala Kubu Baru, di sepanjang jalan itu sudah kelihatan poster BN dan PKR. Bagaimana pun belum kelihatan simbol parti dua calon bebas. Ini menjadikan kehadiran dua calon bebas itu masih belum terasa.
Seperti biasa gambar pemimpin tertinggi kedua-dua parti BN dan PKR juga sudah kelihatan. Gambar Najib Razak sudah mula digantung di tiang-tiang lampu atau pun pokok. Bagaimana poster wajah calon masih belum kelihatan.
Yang ada hanya papan tanda yang mempamirkan gambar Zaid Ibrahim yang tertulis dengan bahasa Melayu, Cina dan India. Bilboard tanda ini juga kelihatan hanya di tempat-tempat strategik saja.
Pos-pos dan bilik gerakan juga sudah dibangunkan di tepi-tepi jalan. Suasana pilihan raya juga sudah mula terasa apabila orang luar yang akan bertugas sebagai petugas parti politik sudah mula masuk dan menginap di rumah-rumah yang disewa khas oleh parti.
Bagaimana pun dalam beberapa papan gergasi yang dipasang hari ini, saya merasa kurang seronok dengan sebuah bilboard gergasi yang dipasang oleh BN. Papan tanda gergasi ini mula didirikan menjelang tengah hari tadi dan akan bertambah rancak lewat malam ini.
Bilboard itu ialah yang menghentam Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. Saya rasa bilboard gergasi ini tidak relevan dan agak melampau.
Pada saya BN kurang bijak membangunkan bilboard ini kerana ia tidak banyak menguntungkan BN tetapi boleh menimbulkan simpati orang ramai. Apakah relevannya? Yang bertanding bukan Anwar untuk diattack peribadinya tetapi Zaid Ibrahim. Walaupun Zaid bertanding mewakili PKR di mana Anwar adalah Ketua Umumnya, tetapi tidak sewajarnya kalau Anwar dicerca demikian rupa.
BN boleh membangunkan seberapa banyak papan tanda gergasi tapi bukan yang mengecam peribadi atau mana-mana tokoh. Tindakan itu akan dilihat sebagai BN tidak mempunyai slogan yang menarik untuk ditawarkan melainkan dengan mengutuk pemimpin PKR.
Rasanya elok kalau pihak berkuasa terutamanya SPR mengambil tindakan meminta pihak BN menurunkan bilboard gergasi ini. Saya bimbang kalau ianya dibiarkan menyebabkan pihak PKR akan membalas balik dengan memasang papan tanda yang mengutuk peribadi Najib Razak.
Apakah kata kalau pihak PKR memasang bilboard yang mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya? Tentu keadaan jadi panas dan sudah tentu papan tanda sebegitu akan diminta diturunkan. Kalau pihak berkuasa meminta PKR menurunkan papan tanda dan membiarkan BN melakukan apa saja, ini menyebabkan soal keadilan dan salah laku kuasa oleh pihak berkuasa akan dipertikaikan.
Saya tidak fikir kalau PKR mendirikan bilboard mengecam Najib pihak polis dan SPR akan membiarkan begitu saja?
Jadi sebelum suasana pilihan raya itu menjadi lebih panas dan menimbulkan masalah molek kalau SPR meminta agar bilboard itu diturunkan segera. Bilboard gergasi ini dipasang tengah hari tadi di persimpangan jalan utama. Dalam perjalanan pulang tadi saya sempat merakam papan tanda ini dari atas kereta yang dipasang dipersimpangan lampu isyarat menuju ke bandar Rawang.
Dalam pada itu semasa di Hulu Selangor tadi saya juga sempat meninjau ke beberapa buah kampung yang dilawati oleh calon PKR, Zaid Ibrahim. Ulasan akan menyusul esok. [wm.kl.10:45 pm 18/04/10]
5 comments:
Tuan MSO
Sebaiknya Pakatan-PKR membiarkan saja poster yang melabel Anwar seperti dalam paparan.Sedikit sebanyak (seperti catatan tuan)ia akan menarik simpati pada PKR dan secara tidak langsong menelanjangkan keburokan pehak yang memasangnya.
Lagi banyak dipasang lagi baik.Tuan tentu paham perangai dan perasaan orang Melayu.
Salam.
Papan tanda besar seperti itu sepatutnya memaparkan kelebihan calun atau parti yg bertanding.
Seolahnya BN memang ketandusan idea dan tiada rasa tanggungjawab untuk membela rakyat.
BN mungkin kalah tapi MIC tetap menang. Hanya dapat tersenyum sambil menggelengkan kepala bila mengenangkan kebijaksanaan Samy.
Abu Iqmal
Melihat kepada cara UBN menyerang DSAI dan pakatan pembangkang.,saya dpti sikap tersebut seolah2 seperti dlm cerita hindi.Bila ada mana2 pihak yg cuba utk menegakkan kebenaran, maka pihak kerajaan yg korup dan byk melakukan penyelewengan akan melakukan apa sahaja utk menidakkan hasrat yg cuba ditegakkan oleh pejuang kebenaran.Mereka sanggup membunuh segala saksi, mengupah saksi2 palsu dgn mereka pelbagai cerita utk menunjukkan penegak kebenaran itu sebenarnya seorg yg jahat dan perlu dihapuskan.Pelbagai cara dan helah akan diguna utk mengaburkan mata rakyat,pelbagai kontroversi akan dicipta dan dicetuskan utk menampakkan bahawa pejuang kebenaran itu sebenarnya seorg yg berada di pihak yg salah..
Apa yg dilakukan UMNO-BN seolah2 menepati kisah dlm filem2 hindi..DSAI adalah pejuang kebenaran, UMNO-BN adalah pihak yg cuba dibongkar segala penyelewengan dan cuba didedahkan segala kemungkaran dan keburukan yg dilakukan selama ini.Maka DSAI cuba digambar seorg penjenayah, penderhaka, peliwat dan segala macam perbuatan jahat cuba ditonjolkan utk menampakkan bahawa DSAI adalah sebenarnya pihak yg perlu dihapuskan.
Selalunya bila ada pihak yg menegakkan kebenaran, pasti pihak yg cuba dibongkar keburukan yg dilakukan itu akan sehabis mungkin berusaha utk melakukan perang psikologi utk memenangi hati rakyat dgn lakonan dan tipu daya terhadap rakyat supaya rakyat tidak mempercayai segala dakwaan yg cuba ditegakkan oleh pejuang kebenaran itu.
Nampaknya UMNO adalah pelaku kesalahan, DSAI adalah penegak kebenaran..maka seboleh mungkin DSAI perlu dihapuskan.Itulah tindakan yg cuba dilakukan oleh UMNO-BN terhadap pakatan pembangkang.Bila da pilihanraya..macam2 program dan projek dijanjikan..yg akhirnya UMNO sekadar berjanji sahaja,utk menepatinya teramat jauh dari kenyataan.Rujuk Bagan Pinang..apa yg terjadi?semuanya janji palsu..
Akhirnya cerita Hindustan menjadi kisah yg nyata antara DSAI dgn Kerajaan UMNO..
salam tuan mso
terima kasih atas gambaran suasana yang saya juga dapat gambarkan suasana akan menjadi lebih gamat dalam sehari dua nanti.
saya berharap tuan dapat memberi pendapat tuan tentang sokongan rakyat terhadap parti yang bertanding
saya tidak berapa enak mendengar ulasan dari tv dan akhbar kerana tidak menggambarkan suasana sebenar prk ini
ulasan mendalam, akan memberi panduan kepada pengundi.
Post a Comment