[diperkemaskan] MALAM ini adalah malam paling bererti bagi saya sepanjang mengikuti ceramah PKR di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Bagi saya kalau PKR kalah pun ia tidak mengilankan. Apa yang berlaku malam ini satu hadiah atau cenderamata paling bermakna buat saya sendiri. Saya percaya kepada orang lain juga terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dan setiap mereka yang ingin melihat perubahan yang dijanjikan Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku malam ini adalah satu bingkasan yang menakjubkan.
Malam ini bertempat di Sungai Buaya, ceramah PKR yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencatat rekod sebagai majlis paling berjaya, berkesan dan penuh dengan semangat. Keyakinan semua orang juga bertambah bahawa PKR akan menang. Kejayaan malam ini juga sebagai membayar kelemahan dan kesuraman yang meredahkan beberapa puluh jam lalu!
Kehadiran malam ini dianggarkan lebih 10,000. Padang seluas pandang bola di dalam sebuah taman perumahan di situ penuh sedak. Di kiri jalan, belakang dan hadapan padang berkenaan juga penuh sesak.
Di jalan besar untuk masuk ke taman itu juga berbondong-bodong dengan orang ramai, kecil besar, tua muda, lelaki dan perempuan. Pemandangan tidak ubah seperti di masjidi Haram di Makkah selepas usai solat waktu.
Kereta memenuhi kiri jalan sepanjang lebih satu km.
Keadaan itu seolah-olah majlis meraikan pra kemenangan!
Kalau majlis berkenaan adalah majlis BN sudah tentu akhabr dan tv akan merekodkan kehadirannya melebih 20,000. Tetapi saya tidak suka menambahkan angka. Saya lebih suka memberi gambaran angka sebenarnya walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dan merasa kurang senang dengan sikap ini.
Sekiranya laporan dalam blog atau media pro pembangkang menyimpulkan orang yang hadir pada majlis malam ini 15,000 saya bersetuju dan angka itu bukan palsu. Tetapi untuk adil saya tidak mahu mencatat demikian.
Sekiranya laporan dalam blog atau media pro pembangkang menyimpulkan orang yang hadir pada majlis malam ini 15,000 saya bersetuju dan angka itu bukan palsu. Tetapi untuk adil saya tidak mahu mencatat demikian.
Kenapa? Kerana mungkin 3/4 daripada jumlah itu adalah pemerhati luar, namun apa yang jelasnya bahawa semangat rakyat untuk melihat kerajaan BN runtuh berkobar-kobar di jiwa orang ramai. Tepukan dan sorakan bergemuruh apabila ucapan penceramah mengusik hati dan perasaan hadirin.
Mungkin tidak salah kalau dikatakan berdasarkan perkembangan malam ini bahawa pintu untuk Zaid Ibrahim melangkah masuk ke parlimen kini sudah mulai terbuka perlahan demi perlahan dan akan membuka luas pada keesokkannya sekira suasana malam ini berterusan sehingga ke hari mengundi.
Suasana malam ini merubah sama sekali senario beberapa malam lalu yang boleh dianggap sebagai redup dan kabur. Semangat orang ramai dan para petugas jentera PKR juga naik dengan tiba-tiba. Ada yang sudah bersiap membungkus tikar bantal untuk pulang esok, membatalkan semula niat apabila merasai dan melihat perubahan mendadak malam ini.
Kenapa malam ini saya mengatakan malam yang cukup melegakan, (saya percaya bukan saja saya tetapi pemerhati lain juga) kerana kesemua pemimpin tertinggi PKR turut sama berada di pentas dan mendampingi Zaid Ibrahim. Keempat-empat pemimpin PKR yang sebelum ini saya tandai di dalam kepala dan tercari-cari wajah mereka semuanya ada kecuali seorang, Mustapa Kamil Ayub. Bagaimana pun Mustafa dilaporkan pada masa sama beliau berada di Hulu Berenam.
Saifuddin Nasution Ismail, Mohd Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md Akin turut berada di pentas dan masing-masing menyampaikan ceramah. Barisan ini diperkuatkan dengan kedatangan Ketua Pemuda DAP, Pengerusinya Lim Kit Siang. Mengejutkan juga pada majlis itu diumumkan kemasukan bekas ahli parlimen MCA ke dalam PKR dan beberapa orang anak muda dari Negeri Sembilan.
Bukan itu saja majlis malam ini juga bertambah bererti lagi apabila anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghabar Baba, Tamrin Ghafar turut sama berada di pentas. Selain Tamrin beberapa rakan seangkatannya dalam Umno turut sama hadir memberi sokongan moral kepada Zaid Ibrahim. Mereka berada dalam kelompok orang ramai.
Meskipun Tamrin tidak bercakap tetapi penampilannya sudah cukup memberi mesej kepada rakyat. Sebaik Anwar menyedari kehadiran Tamrin dan mengumumkannya, orang ramai bertepuk tangan mengalu-alukan kedatangan Tamrin. Walaupun Tun Ghabar sudah meninggal tetapi dengan kehadiran warisnya itu menunjukkan bahawa semangat Tun Ghafar bersama Pakatan Rakyat.
Dengan kehadiran hampir semua pemimpin tertinggi dan semangat yang ditunjukkan orang ramai malam ini seolah ceramah PKR sudah berada di kemuncak. Dan malam ini seperti malam penutup sebelum para penyokong menanti untuk merayakan kemenangan pada Ahad ini.
Pada mulanya Tok Guru Nik Aziz dijangka akan bersama dalam majlis berkenaan. Tetapi kerana beliau keletihan kehadirannya dibatalkan. Seperti mana dijanjikan MB Kelantan itu telah memasuki Hulu Selangor petang tadi. Mulanya beliau dijangka menyampaikan kuliah Maghrib di masjid al Rahimiah, Kuala Kubu Baru tetapi dibatalkan kerana ada larangan keras agar masjid tidak digunakan untuk berpolitik. Apa yang Tok Guru boleh lakukan dalam masjid itu hanya bersujud saja.
Selepas mendirikan solat jemaah Maghrib beliau ke sidang akhbar bersama Zaid Ibrahim kemudian menyampaikan ceramah di Kampung Rasa.
Disebabkan keletihan beliau minta menuzurkan diri dari hadir di Sungai Buaya. Kemalangan itu sedikit mengecewakan hadirin. Bagaimana pun petang esok Tok Guru akan ke Felda Sungai Tengi dan malamnya akan berceramah di stadium Kuala Kubu Baru. Apakah ceramah beliau bakal mengegarkan stadium? Sama-samalah saksi sendiri dan sama-samalah mengaminkan doa Tok Guru untuk kemenangan rakyat.
Kesimpulannya dari pengamatan malam ini, semangat dan prestasi PKR juga meningkat mandadak. Saya berani mengatakan graf PKR naik mencanak malam ini. Sekiranya semangat dan momentum malam ini dapat dipertahankan dan tidak ada kejahatan-kejahatan lain dari BN yang luar biasa, sudah pasti keputusan pilihan raya Hulu Selangor yang tidak sampai 48 jam itu akan mengejutkan ramai pihak. [wm.kl. 1:15 am 24/04/10]
5 comments:
salam..
ambe bukan gapo..kot2 yg ramai2 dtg tu dr org luar..bkn dr para pengundi nnt. papepun, moga telahan tuan menjadi kenyataan.
saya mmg nk PR menang kali ini. Jijik & meluat sgt dah tgk BN kempen smpi ke TV. asal berita ttg PR je mesti yg negatif. Hampeh punya TV 3 suku.
Tapi dalam soal jawab dgn calon BN kat tv mlm tu, kata2 dan hujah dr calon BN agak merapu. Sampaikan pandai ckp melayu pun nk kecoh 1 malaya. Zaman skrg org dh tak heran kalau cina atau india fasih ckp melayu. Tapi itu yg di banggakan oleh puok2 BN ni.
Assalamu alaikum tuan. Tahniah buat Pakatan Rakyat amnya dan PKR khasnya atas apa yang berlaku itu. Insya Allah kita akan menang dengan kemenangan hakiki Biar pun mungkin (moga dijauhkan
Allah) akan kecundang kerana penipuan dan pengkhianatan UMNO-BN dan SPR.
Nampaknya Tok Guru dan Dr Hassan Ali di fitnah lagi hari ini. Mereka tak dengar cakap sultan dan mempertikaikan titah sultan sebagaimana yang ditulis di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm ini. Dalam tuan menjelaskan apa yang berlaku pada Tok Guru waktu yang sama juga Tok Guru digambarkan sebegitu rupa oleh Surat khabar "besar". Moga fitnah ini akan menewaskan BN esok.
Tuan MSO.
Saya percaya berakaitan bilangan orang ramai yang datang sebagaimana yang tuan laporkan kerana ceramah tersebut diadakan oleh pembangkang yang kedatangan mereka tanpa dipaksa.
Ini berlainan dengan kehadiran manusia dalam ceramah UBN kerana kedatangan mereka dikerah supaya kakitangan dari agensi-agensi kerajaan mesti hadir meraikan nya.
Allahuakbar
anzam2009
Berita terkini saya dptkan dari kawan lama saya yg tinggal di Sungai Buaya..setahu saya dia ni mmg pro-UMNO.Kebetulan jumpa, saya sekadar merisik.."apa cerita di Hulu Selangor", tanya saya.Dia terseyum.Dlm hati..mengharapkan dia jawab PKR boleh menang la..saya tanya dia "kenapa senyum"n, dia kemudia menjawab " PKR menang kot?".Saya tanya lagi "kenapa cakap camtu?"..dia cakap "..entahlah..tgk kepada org sekitar Sg. Buaya, nampak cam sokong pembangkang..sambutan mereka kepada pakatan cukup kuat", katanya. Saya lega dgn ucapannya tu.."calon UMNO tak berceramah pun", katanya."Dia lebih kepada berjumpa dgn warga emas je..",sambungnya lagi.
Dari apa yg diucapkan itu,saya mendapat gambaran, PKR [ DZI ] dan Pakatan masih berpeluang besar utk menang...saya mendoakan begitu la.Semoga apa yg diharapkan kita sama dgn ketentuan yg Allah nak takdirkan..
Manjjadda wajada..
InsyaAllah kaum Melayu Cina India akan bersatu hati menyokong dan mengundi Zaid Ibrahim sebagai suara mereka di Parlimen.
Ameen.
Post a Comment