SAYA rasa ramai orang bersetuju dengan kata-kata Dr Mahathir Mohamad kalau benar sokongan ke atas Najib Razak kini mencceah lebih 70 peratus elok kalau Najib bubar parlimen dan mengadakan pilihan raya. Kata Mahathir di masa beliau dulu sokongan terhadap BN hanya 62 peratus saja. Dengan sokongan itu BN berjaya menguasai 2/3 kerusi di Parlimen.
Takkan sokongan hingga 72 peratus UBN tak mampu nak raih 2/3 kerusi di parlimen?
Najib tidak payah tunggu lama untuk mencuri peluang sokongan ke atasnya kini. Kalau benar analisa dan kajian dibuat oleh Merdeka Centre itu menunjukkan sokongan ke Najib tinggi, Najib tidak payah berhitung panjang dan banyak menanyakan tukang tilek itu dan tukang tilek ini. Silap bagi Najib kalau beliau tidak ambil kesempatan atas sokongan itu.
Menurut kajian badan itu ke atas rasa puas hati kaum kepada Najib menunjukkan ia naik mendadak selepas dua pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu. Rasa puas hati orang Melayu kepada pentadbiran Najib 72%. Manakala orang Cina 52% dan India tertinggi sebanyak 80%. (Dengan seorang lagi Adun Perak menyertai Bebas /BN semalam menambahkan lagi peratus sokongan buat Najib!
Persoalannya apakah kajian Merdeka Centre itu boleh dipercayai? Ataupun ianya satu propaganda saja bertujuan untuk menyembunyikan kegementaran ke atas perubahan mood rakyat? Jika Najib membubarkan parlimen dalam masa terdekat sesuai dengan kehendak Mahathir ini menunjukkan kajian badan berkenaan boleh dipakai. Sebaliknya kalau Najib masih dingin ia pastilah satu gimik dan psywar saja dan kajian itu untuk memerangkap Najib saja.
Bagi saya secara peribadi keperluan untuk Najib mengadakan pilihan raya ialah kerana ingin melihat nasib beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat yang ghairah meninggal parti kini. Saya mahu tahu apakah mereka akan mendapat tempat ataupun tidak dalam pilihan raya akan datang. Apakah mereka akan bertanding atau diberikan laluan oleh BN?
Dakwa dakwi atas apa yang mereka buat itu kononnya bijak, kononnya profesional, kononnya mendapat sokongan pengundi akan terjawab. Saya berdoa supaya semua mereka akan bertanding semula dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Masa itu nanti akan menjawab apakah mereka popular atau tidak. Apakah tindakan mereka hari ini meninggalkan parti dan mencampak lambang yang memenangkan mereka sebagai tindakan bermaruah atau sebaliknya.
Masa itu nanti mereka akan tahu langit tinggi atau rendah.
Tidak mengapa kalau dalam pilihan raya itu tidak memberi peluang dan opportunity kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah! Tetapi saya rasa ramai mahu tengok bagaimana nasib mereka yang melompat parti itu. Rasanya kemuliaan baik Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri hari ini tercemar oleh perbuatan mereka. Mereka ini adalah pengotor kepada kemuliaan Parlimen dan DUN.
Hari ini ada 12 oraang wakil rakyat yang dianggap pengkhinat dan pengotor demokrasi.
Dewan tidak mengharapkan akan adanya wakil rakyat yang melacurkan diri atas apa alasan dan sebab sekali pun. Umpama pelacur yang menjual tubuh di lorong-lorong gelap, ia tidak dapat dimaafkan kalau pun pemelacuran itu untuk mencari sesuap nasi sama ada untuk si anak kecil atau ibu tua terlantar di rumah usang. Perbuatan yang tercela dan jijik tetap jijik dan perlu diperangi. Halal tetap halal dan haram tetap haram! Semanji!
Apabila pilihan raya diadakan semula, dan kalau takdir mereka bertanding semula maka akan dapat diketahuilah apakah mereka masih mendapat kepercayaan atau tidak. Apakah mereka masih ada moral ataupun tidak.
Jadi untuk saya pilihan raya diperlukan diadakan segera untuk melihat untung nasib manusia-manusia ini yang pada saya telah mengotorkan demokrasi. Saya akan puas hati kalau mereka bertanding semula semata-mata untuk melihat apakah hukum karma alam ke atas mereka. [wm.kl. 8:45 pm 15/06/10]
4 comments:
Assalamualaikum..
Tak perlulah sdr menjadi penghukum kepada mereka yang bergelar ahli yang berhormat bebas.
1.Sdr.mengatakan pelacuran kerja yang sangat hina,sangat menjijikkan, tapi kenapa itulah antara perkerjaan yang paling tua didunia ini?.
2.Kenapa pelacuran tak dapat dihapuskan di dunia ini?.
3.Kenapa pelacuran terjadi?.
4.Tak bolehkah pelacur yang insaf bertaubat dan balik kepangkal jalan?.
5.Siapakah saudara yang menjatuhkan hukuman mati?
bro azman..,
saudara nampaknya agak tegar mempertahankan pelacur w/pon ianya sekadar perumpamaan oleh saudara MSO, adakah saudara terlibat menyokong pelacur2 politik yg dimaksudkan ATAU saudara sebahagian daripada pelacur2 politik ini?
Nasihat saya, byk kan berfikir & berfikirlah sebelum menulis.., wassalam...
salam,
kepada sdr yg hantar komen di atas, jelas sdr tidak memahami mantik pak mso yg melabel pelacur kpd wakil bebas. sudah terang lagi bersuluh, wakil bebas ini bukan semberono keluar parti..mereka ini dibayar..semua org yg mengikuti perjuangan politik di negara ini tahu & x perlu dinafikan lagi. jgn sdr pula menjadi katak bawah tempurung yg mengharapkan segalanya indah belaka spt yg dituturkan oleh wakil2 bebas itu.
tapi ini bukan isu yg saya nak ulas. saya nak luahkan rasa geram saya kpd pak mso tentang bebalnya pkr perak. mcm yg pak mso sendiri dah tulis. akhirnya pkr perak memalukan PR seluruhnya. riuh senegara konon ada adun bn nak lompat, alih2 adun PR yg lompat. apa perlunya sidang media? adakah nak menunjuk2 kpd dsai yg pkr perak dah buat kerja?
kenapakah pkr perak xmau belajar dari kesilapan lalu, even dsai pun lakukan kesilapan terlalu mudah percaya org umno masa kes dato nasa. mereka bukan seperti apa yg mereka kata, di mata mereka semua ialah DUIT! ada duit baru lompat. mustahil lompat kerana prinsip. tapi malangnya semua sudah terlambat. mudahnya PR diperkotak-katikkan. pada saya imej PR perak sudah terjejas & tiada lagi rakyat yg akan percaya. zambry sudah betul2 pegang telur adun2 bn yg mengugut nak lompat parti tempoh hari. abis cerita.
moralnya lepas ni jgn lah layan lagi cerita2 lompat ini..sudah2 lah tu. bekerja dgn tenaga dan kuasa setakat yg ada dgn kita & x perlu harapkan pelacur2 politik ini utk menegakkan PR.
sekian.
nak salahkan sapa sebenarnya, pihak-pihak dalam PR sendiri jugalah yang bertanggungjawab melantik mereka secara serkap jarang
itulah kelemahan PR terlalu cair melihat kebaikan dan kejujuran seseorang
tak lama dulu tuan Ibrahim tuan man pernah mencadangkan supaya jangan adakan lagi PR kecil bagi mengelak pembaziran wang kerajaan@wang rakyat.. ya masih ingat lagi....
ekonomi global makin kalut mungkin sukan demokrasi patut ditangguh terlebih dahulu.. fokuskan kepada sukan bola sepak piala dunia rasanya lagi munasabah...
Post a Comment