Friday, December 17, 2010

Catatan Iseng

Dunia Korporat Yang Canggih

KADANG KADANG dalam sebuah negara merdeka kita belum merdeka dalam erti kata sebenarnya. Dalam dunia moden, ledakan alat perhubungan (IT) yang canggih manggih, tidak semestinya kita akan mendapat nilai atau kualiti setaraf dengan kecanggihannya. Ada kalanya kita ditipu secara tidak langsung.

Ironisnya kita sendiri menyedari penipuan itu ataupun betapa palsunya segala kecanggihan itu. Apa nak dikato Jang?

Misalnya begini, kita berhubung dengan sesebuah stesen atau pejabat sesebuah syarikat. Kecanggihan IT menyebabkan sistem manual, tenaga manusia sudah tidak diguna pakai lagi. Semuanya guna mesen atau robot. Berurusan secara eletronik. E-Komunikasi katakan.

Maka kita diarah mengikut mesen berkenaan yang diprogramkan selalunya meminjam suara wanita yang lemak merdu. Di suruh buat itu, tekan ini dan pulas itu dan go ahead ke sini ke sana. Kita pun buat.. tok tit tok tit...yeekkkkkkmm.... tekan nombor yang disuruhkan. Lepas itu akan ada arahan buat itu dan buat ini. Yang tak disuruh buat ialah kopi dan tolong basuh baju dalam bini saja.

Selepas melalui beberapa halangan (sebenarnya) membayar dengan nilai bukan sedikit baru kita dilepaskan bercakap dengan manusia sebenarnya. Selalunya yang bernama pegawai Perhubungan Pelangan (PP). Nasib baik juga bukan pegawai perhubungan awam (GRO) kalau tidak naaslah Mat Jusoh kampung Kubangbila.

Sebelum bercakap, kononnya untuk melambangkan kecanggihan, (sebenarnya nak ugut kita dan dalam satu masa untuk menguji sejauh mana kecekapan kakitangannya, pegawai berkenaan), akan diperdengarkan bunyi berikut; untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami, percakapan ini dirakam." Dia nak rakam dia bagi tahu. Yang dia hendak rakam bukan suara kita, tetapi suara di sebelah orang dia (pegawai pelanggan) itu apakah penuh diplomasi atau ada ilmu untuk goda orang supaya kawal kemarahan demi menjaga hubungan baik pelanggan dengan syarikatnya. Juga untuk menakutkan kita agar jangan kata huduh kepada kakitangannya.

Lepas itu kita baru boleh bercakap. Mulanya baik...comel lote... "boleh saya tologn encik?" Aduh bergetar iman didada tatkala mendengar suaranya, mengalahkan suara seribu pondan di Chow Kit dedat Ibu Pajabat Pas. Kalah juga suara lemak merdu Sanisah Huri atau Allahyarham Radeah Buang.

Maka kita pun berceritalah bla.. bla... akan masalah kita, dia dengar dengan baik memasang telinga sebesar telinga kerbau balau. Dia pakai itu, apa dia orang panggil, earphone. Oh standard. Telinga tak panas, tak pedih kalau pun disumpah sekuat suara pelakar.

Kita pun mengaduhlah masalah kita: cik semalam kerbau datuk saya putus, hilang entah ke mana hingga kini belum berjumpa?" PP dengar sahaja. Mungkin matanya terbelalak dalam hati kata, pemanggil ini gila ke.

"Encik ini tidak ada kena mengena dengan kami," PP akan balas begitu tenang saja sambil mengawal nafsu marahnya.

"Oh, sorry gurau saja, bukan apa lama sangat kena tunggu sebelum boleh bercakap, kena lalu berbagai tol..."

"Tak megapa encik," balas PP tenaang menang saja.

Lalu bercakaplah kita menyampaikan masalah yang sebenarnya. PP itu dengar dengan penuh hormatnya. Lepas kita cakap dia pun menjawab dan memberi penerangan. "Encik boleh tak encik hubungi nombor ini..."

Belum habis dia mengeluarkan cakapnya, kita dah potong, "apa pulak? hubungi sapa pulak. Semalam saya call, dia suruh call nombor ini, ini you pula suruh call nombor lain pulak. Apa dia ni, korporat kepala hotak apa ni?

Ha.. kang kang dah kena marah. Sabar pun dah hilang macam kerbau putus tali. Mengapa tidaknya, semalam bila konteks dan dapat bercakap dengan PP jantan di suruh konteks nombor ini. Kata PP jantan masalah itu bukan dia yang handle, katanya kita tersalah tekan. Walhal nombor PP jantan itu disuruh oleh PP bertina. Hari ini PP bertina ini pula suruh konteks nombor lain. Ala badigul sungguh.

Yang kita pening, bingung dan merasa bodoh, kenapa tak leh diselaraskan. Perkara ini kecil pun bukan soal nak beli senjata. Soal yang boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai dua minit. Semua dokumen dan fakta boleh di chek menerusi internet atau dalam sistem yang tersedia. Semua pejabat menggunakan komputer yang dihubungi secara centeral.

Masalah yang berlaku itu adalah satu contoh yang menimpa diri saya sendiri. Ceritanya ialah mengenai line telefon rumah yang hendak dihentikan perkhidmatan kerana sudah tidak perlu lagi kerana dah masuk Unifi. Itu saja.Yang sakit kepala ialah bila mana semasa isi borang pemotong di kounter, kerani kata bila settle dalam masa 14 hari. "Encik tunggu dalam masa 14 hari beres," katanya. Kita pun senang dan melanggang balik.

Kini sudah masuk hari ke 20 line masih aktif juga, pemotongan belum dibuat. Sudah empat kali aduan dibuat tetapi belum juga ada apa-apa tindakan. Sapa tak pening, kalau Mahathir pun boleh jadi sawan? Lebih dua atau tiga PP kena maki dan kena herdik. Tak fasal-fasal..

Syarikat Telekom ini satu hal, kalau kena belah dia oi... macam hantu .... lewat bayar bil akan dicall beri tahu dan beri peringatan. Tetapi kalau kita bayar advance dua bulan, sepatah haram call mengucapkan terima kasih tak ada. Inilah perangai dan sikap agensi atau syarikat kemudahan awam di negara. Bercakap sampai berair mulut kononnya kita canggih ada E itu dan E ini ada ISO hingga 3000 dah ada tetapi habuk pun tak. Ah cukuplah.....

Yang jadi mangsanya ialah PP seperti yang dua tiga orang dikisahkan di atas tadi. Masalah itu bukan kerana mereka, kerana masalah company tempat mereka berkerja, tetapi risiko dan kena makin hamun mereka. Nasib, gaji tak seberapa menghadapi sumpah berbakul-bakul. Duhai syarikat lembu, jenis lembu tenggalah hargai nilai orang dan hayatilah perasaan orang. Samjee. [ttdi.kl 4:00 pm 16/12/10]

5 comments:

ahmadyani said...

Sebenarnya sistem ini hanya untuk menghabiskan duit telefon kita sahaja.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Marah sungguh Tuan MSO nampaknya. Sebagai operator salah sebuah bank terkemuka, inilah komplain yang selalu saya hadapi dari pelanggan. Hakikatnya masalah ini adalah masalah yang merupakan suasana terancang untuk menguntungkan pihak tertentu dan kebanyakan pusat panggilan tidak langsung menyelesaikan masalah malah kadang-kadang menyakitkan hati kita.

Saya punya pengalaman dengan streamyx. Ketika komputer saya rosak dan tidak merancang untuk memperbaikinya untuk masa itu. Saya menghubungi pusat panggilan TMNET untuk memotong sementara streamyx saya dan kecewa sekali kerana mereka tiada perkhidmatan itu. Nak potong terus kena pergi kaunter tak boleh secara online sedang masa saya memohon perkhidmatan tersebut ianya dibuat secara online.

Akibatnya saya tak ada pilihan melainkan pergi kaunter. Akhirnya saya terfikir satu cara iaitu jangan bayar bil untuk tempoh tertentu. Mesti dia potong. Betul, lepas 4 atau 5 bulan tak bayar bil perkhidmatan streamyx saya dipotong kerana tak bayar bill.

Lepas tu kena kacau pula dengan pengutip hutang. Dia telefon tiap-tiap bulan suruh saya jelaskan baki tertunggak sebanyak lebih kurang 300 lebih. Apa yang saya lakukan saya bayar seringgit lima sen setiap nbulan melalui perbankan internet.

Selanjutnya pengutip hutang call saya dan minta bayar segera. "Tak kan seringgit sebulan, sampai bila nak habis?" Saya kata pada dia "sukahati sayalah". Saya hutang dengan telekom bukan dengan awak. Kalau saya tak bayar dalam 7 tahun hutang saya akan jadi hutang lapok." Akhirnya di bosan untuk menelefon saya dan tak telefon sehingga saya jelaskan sepenuhnya hutang itu. Itu pun kerana saya nak pakai streamyx kembali.

Jadi, kalau rasa susah sangat nak tamatkan perkhidmatan boleh tiru macam saya jika difikirkan baik.

YUSRI said...

nasib yang menimpa tuan sama seperti saya dengan Astro. Bila kita lambat bayar dia potong line kita. Bila dia lambat buat servis atas kerosakan decoder sampai 2 minggu tak datang2. Last saya call lagi baru nak datang. Apa hal punya servis cmgini?..nasib saya cuba cntrol perasaan..walaupn marah membuak buak kerana baru di potong siaran walaupn baru smlmnya saya byr(terlewat sikit).

mentiga said...

Salam Tuan MSO,

Pengalaman saya pula dengan TNB.

TNB ni kalau dengan pengguna biasa iaitu untuk rumah wah bukan main garang, lewat dua hari dah datang potong bekalan letrik.

Sebaliknya dengan pengguna syarikat boleh pula berlengah-lengah sampai sepuluh bulan pun tak potong lagi.

Sebelah rumah saya ada sebuah premis syarikat yang telah gulung tikar sejak sekian lama. Bil letrik bersepah-sepah terbiar tiada siapa yang kutip. Nak jadi cerita saya terkutip satu bill yang menunjukkan lebih sepuluh bulan tidak berbayar. Saya pun simpan untuk buat "modal".

Saya lihat fius sambungan pada jangkameter premis tersebut masih belum diputuskan oleh TNB.

Kebetulan pula bayaran bill rumah saya untuk bulan berikutnya saya bayar di pejabat pos tiga hari sebelum tamat tempuh.

Kebetulan lagi pada hari kelima dan keenam jatuh pada cuti umum. Hari ketujuhnya datanglah malaun TNB bawa surat merah bertujuan nak potong bekalan letrik rumah saya.

Saya buat selamba minta tangguh dua jam kononnya saya nak pergi bayar. Lepas dua jam kalau saya belum bayar lagi datanglah potong!!!

Saya bawa salinan bill yang dah saya bayar minggu lepas dan saya bawa juga bill syarikat yang tertunggak itu.

Saya jumpa kerani kat kaunter minta dia semak bill saya dah bayar ke belum sebab saya dah dapat notis pemotongan. Dia pun tik tok, tik tok ketuk komputer dan bagitahu saya belum buat bayaran lagi.

Saya mintak dia semak lagi kerana saya tak puas hati. Dia bertegas kata saya belum bayar lagi. Dan dia pun mula berkhutbah!!!!

Geram saya dah tak boleh nak kawal lagi...saya pun keluarkan salinan bill yang telah saya jelaskan di pejabat pos sambil saya tanya ni bill apa ni?

Dia pun terkedu juga tapi cepat-cepat cuba nak cover kata pejabat pos lewat.....saya kata saya tak peduli pejabat pos ka TNB ka punya hal. Saya dah bayar sebelum lagi tarikh akhir kenapa gatal sangat nak potong?

Kenapa bila kena kepada syraikat tertentu liat pula nak potong? Ada apa-apa ke?

Semua staff yang ada dok menafikan TNB pilih bulu...saya dah tak tahan lagi lalu saya keluarkan bill syarikat tadi dan hempas atas kaunter suruh tengok sendiri, baru masing-masing terdiam...

Sekali sekala kena ajar juga...

firdaus said...

pernah sekali syarikat rangkaian keluarkan surat saman sebab tak bayar bil terunggak yang cuma seinggit dua sahaja

kalau tak silap sampai 4-5 kali telefon dalam minggu tu, kali kelima mula tunjuk radang kerana tak tahan dengan sikap mereka yang sebegini rupa

lepas dari tu terus tak call tapi tiba-tiba 2 minggu kemudian datang surat saman hanya disebabkan seringgit dua tu...

h*r*m j**** punya m****

sokong mentiga sekali sekala kena ajar juga...