Monday, December 27, 2010

Ulas Perlantikan

Perlantikan Isa Samad
Tambah Kroni Kaut Wang Felda


AKHIRNYA Mohd Isa Samad dilantik menjadi pengerusi Felda. Bekas MB Negeri Sembilan itu sudah lama berhajat dengan jawatan berkenaan. Sejak setahun lalu lagi beliau melobi untuk menjabat jawatan itu. Semasa menghadiri majlis bekas pelajar TAR Kolej yang berlangsung di sebuah hotel di Puchong, beliau ada menyebut hal berkenaan.

Tampaknya angan-angan Mat Isa itu menjadi kenyataan. Perlantikan beliau itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari . Perlantikan itu bukan sangat atas kebolehannya mengurus Felda tetapi kerana politik.

Bagi diri Mat Isa perlantikan menggembirakannya. Manakala kepada peneroka pula perlantikan itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bukan hendak merendahkan keupayaan Mat Isa, tetapi track record nya sebagai MB Negeri Sembilan sudah ketahui ramai. Selama 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, tahap kemajuan negeri itu boleh dilihat sejauh mana kehebatannya.

Kepada peneroka perlantikan Mat Isa itu tentu berbaur dengan kebimbangan dan cemas. Penglibatan beliau dalam kes rasuah sebelum ini akan menghantui peneroka. Felda adalah agensi kerajaan yang bergfungsi membantu rakyat yang mempunyai aset yang cukup besar.

Para peneroka pula terus dimanipulasikan oleh agensi itu di mana titik peluh mereka dicurah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Sebaiknya orang yang menguruskan agensi itu lebih kaya dan mewah berbanding dengan para peneroka.

Mat Isa berjanji akan bekerja dengan baik. Biasalah janji dan ikrar itu. Semua menteri membuat janji dan bai'ah itu. Tetapi apa jadi akhirnya, janji entah ke mana yang kaya raya dan senang adalah diri sang menteri atau penjawat jawatan itu saja.

Di sini saya melihat perlantikan Isa Samad itu akan menambah kroni baru yang akan mengaut wang Felda. Kalau Yusuf Noor sebelum ini melantik kroninya memberi kontrak kepada anak buahnya, maka kini giliran Isa Samad pula.

Mereka yang baik, ampu dan hidup dengan wangi ketiak Mat Isa akan berubah bulu sebelum ini. Seperti mana mereka yang mengelilingi Yusuf Noor berubah maka begitulah nanti pengeliling Isa Samad akan berubah.

Sebenarnya jawatan sebagai pengerusi agensi kerajaan tidak patut dijadikan tempat pesara politik mencari makan. Cukuplah dengan harta yang mereka kaut semasa menjadi menteri atau menteri besar. Lebih wajar kalau jawatan pengerusi itu diberikan kepada bekas pegawai kerajaan yang terdiri dari kalangan anak para peneroka. Biarlah anak peneroka merasai jawatan itu dan mereka memikirkan bagaimana hendak memaju dan memanfaatkan kekayaan Felda kepada kalangan mereka.

Janji Najib nak lakukan transformasi rasanya termasuk juga dalam soal-soal perlantikan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Mara dan berbagai-bagai lagi. Berhentilah atau cukuplah menjaga periuk nasi orang politik yang sememangnya sudah bumbung kalau dibandingkan dengan periuk nasi orang Felda, Felcra dan lain-lain. [wm.kl. 8: 55 pm 27/12/10]

7 comments:

edagang.maya said...

Sama lah dgn Projek MRT tu ,mcm lah kite tak tau...apa agenda disebalik $36billion tu...org kpg boleh lah nak gelembong...cuba fikir ..mcm mana Projek double traking IP ke KL..sape yg belasah duit,akhir-akhir nya rakyat kena belanja 2kali ganda nk ke IP...atau IP ke KL... pada hal kos tak sampai mana... train laju konon...

avz avanza said...

aku yg x terlibat pun dh rasa cemas dgn perkembangan ini. lantik makhluk ini yg x de keje, maknanya lepas ini suka sgt la kaut duit rakyat. gila memang gila kerajaan najib akhir2 ini.

Rillink said...

Assalam tuan,
Warga FELDA jangan-lah sampai seperti lembu kenyang...ingat lah pengorbanan anak-anak membantu meneroka tanah d-awal kemasukkan ke-tanah rancangan dahulu.Tanpa bantuan anak-anak tak mungkin peneroka generasi pertama boleh berjaya di-tanah felda.Suara anak felda amat penting untuk memujuk Najib Razak memberikan jawatan tersebut kepada anak peneroka kerana itu-lah yang paling afdal.Hendaknya Najib Razak memikirkan semula perlantikkan KETUA PENYAMUN ini untuk menjaga FELDA kerana ini lah makhluk yang sangat tidak layak menjadi pemimpin.

anakzaman said...

Tuan MSO

Nasib Felda terus dilanda malang dengan perlantikan "ayam pencen" politik.

Tidak menambah kebaikan dengan perlantikan Isa Samad.Ini terbukti dengan orang politik pengganti Raja Alias yang meneraju felda.Felda yang dulunya kaya dan tidak pernah heboh saman dan bengkrap kini dibenkrapkan lagi oleh orang yang bengkrap politik.

Kita yakin felda akan mengalami masalah yang lebih teruk disamping masalah yang ada selepas ini.
Kakitangan felda akan bekerja tidak tentu arah apabila orang politik di lantik jadi kepalanya .Orang politik akan terus menjaga hati orang kelilingnya dengan wang ringgit yang ada pada felda.
Kita tunggulah akan kehancuran felda selagi perlantikan pengerusinya tidak mengikut cara 50tahun yang lalu.
Felda 50 tahun yang lalu tenang dan gagah kini dah menjadi cacing kepanasan.Sila tanya mereka yang ikhlas dan terlibat dengan felda dan tidak ada kepentingan diri macam orang politik.

Nor Hasin said...

Menteri atau bekas menteri UMNO semuanya koruption.. Bertahun-tahun mereka hidup mewah dengan hasil rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat. Bila dah pencen terus makan duit rakyat lagi.. Masih tak cukup2 dengan rezeki yang Allah bagi, pencen sebagai bekas menteri besar Negeri sembilan dan Elaun wakil rakyat sudah memadai untuk beliau buat bekalan harian.. Tetapi sayangnya masih tak cukup-cukup untuk diratah dan dibedalnya...

Berbahagialah orang-orang Felcra nampaknya dengan pengerusi baru ni. Presiden ANAK & BAPAK boleh lah pantau-pantau Mat Isa ni apa yang beliau akan buat nanti..

emaswarisan said...

PRU13 dah hampir,mana2 sumber kewangan yg boleh dirembat untuk kemudahan jentera BN,dibalun sampai rata.Pasal tu di lantik Isa Samad sbg teraju kat Felda.
Apa dah jadi dgn Sime Darby dan MAS?
Diujudkan pula Amanah Hartanah.Jika semua ahli ASB keluarkan pelaburan serentak,cukupkah wang kat PNB nak bayar?Begitu juga KWSP?
Berapa imbuhan tahunan yang diperolehi pencarum?Dividen dan bonus ASB pun hanya dibayar tidak lebih dari harga nilai wang simpanan shj selama setahun.Kenaikan inflasi dan harga barangan jauh lebih tinggi.Ibarat lubang tiris semakin membesar,tapi lubang pili pula sedang mengecil.

karami said...

Kenapa Isa Samad? Tak ada calon lain ke? Pada buku 'Para Pemimpin Mustadh'afin' karangan Dr. Ali Syari'ati tertulis.. dalam serangkaian perjalanannya mengeliling dunia, Dr Ali Syariati ditakjubkan oleh karya2 besar umat manusia. Dari tembok Cina, Taj Mahal hingga Piramid di Mesir. Namun ketakjuban itu seketika berubah menjadi kebencian yang mendalam setelah ia mengetahui bahwa seluruh bangunan megah itu dibangun atas darah,keringat dan jasad orang2 tertindas sepanjang sejarah.

Lubuk duit seperti Felda menyebabkan orang lupa dan tak ambil peduli dengan darah dan keringat generasi pertama peneroka Felda.