Saturday, December 11, 2010

Ijab Kabul

Majlis Ijab Kabul Selamat

MALAM tadi telah berlangsung dengan selamatnya majlis Ijab Kabul anak lelaki saya, Mohd Elham dengan Sharifah Nor Atika Syed Hussein di rumah di Telok Penglima Garang, Banting Selangor. Hari ini majlis kenduri di rumah perempuan.

Nampaknya kehidupan sudah memasuki frasa yang seterusnya dengan mendapat status sebagai bapa mertua dan sudah ada anak menantu. Syukurlah akhirnya Tuhan menganugerahkan juga bunga dan kembang kehidupan yang diidamkan oleh setiap manusia.

Diucapkan selamat pengatin baru kepada kedua anakanda dengan doa berbahagia ke akhirnya dan menghasilkan zuirat yang soleh dan solehah. Kepada ibu, kakak, anak sadara serta sahabat handai yang menghadiri majlis malam tadi diucapkan terima kasih banyak.

Manakala kepada penjenguk blog Merah Tinta pula kalau tiada posting baru dalam blog harap maaflah. Dan tunggulah jemputan kenduri kesyukuran menyambut menantu saya. Salam MSO. [wm.kl. 9:05 am 11/12/10]

16 comments:

Unknown said...

Tahniah sdr MSO.. semoga mereka sentiasa di rahmati ALLAH swt n bahagia hingga ke anak cucu

asalbayu said...

Tahniah diucapkan dan didoakan semoga jodoh anak dan menantu tuan berkekalan kelak. Salam.

Manjungmari said...

Tahniah Tuan...

Dah dapat menantu...

Anok Klate Bersuara said...

tahniah MSO dah dpt menantu,,,,selamat pengantin baru jg kpd kedua pengantin smg kekal ke akhir hayat,,,,,amin...

Unknown said...

Assalamualaikum..wbt..
Tahniah Tuan MSO

Unknown said...

Assalamualaikum..wbt
Tahniah tuan MSO..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Tahniah.

zuraimi said...

taniah.. tuan...

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan MSO,
Mampaknya warna BIRU PUTEH juga pilihan kain alas anak kasa perkahwinan anaknda tuan yea, ia nampak cantik sekali hehehehhee.....Maaf saya hanya bergurau. Apa2 pun alhamdulillah dan TAHNIAH di atas majlis yg berlangsung. Iklhlas.

Kabutar Diesel said...

thaniah..semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat

Unknown said...

Sdr. Sayuti,

Tahniah jua daripada saya; mudah-mudahan jalinan ukhuwwah dapat diperluas dengan bertemunya dua hati daripada dua buah keluarga.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Mso,

Tahniah kerana mendapat menantu dan keluarga baru.

Saya doakan semoga pasangan diberkathi Allah. Amin.

pdutama said...

tahniah.tuan mso dapat menantu...insahalllah doa kan bersama pas nie mso akan dpat pangkat dato..hehehe insahallah..

Penduga Arus said...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada Tuan MSO.

Unknown said...

tahniah... semoga bahagia sehingga ke anak cucu... AMEEN..

Abu said...

Salam.

Tahniah kerana dapat menantu. Satu lagi anugerah yang tidak semua orang dapat.

Semoga kekal sejahtera hingga ke akhir hayat.