Tuesday, March 22, 2011

Singgung Petang

Polis Tidak Akan Menyiasat Laporan Anwar

[kemaskini] Polis DiRaja Malaysia menubuhkan unit khas untuk menyiasat video lucah yang membabitkan tokoh politik. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Polis Negara lewat petang ini. Wah nampaknya cekap polis kali ini. Adakah penyegeraraan ini mengasihkan apa yang saya bayangkan bahawa pendedahan video berkenaan ada agenda tertentu? Kita tunggu lagi.

Iya saya yakin berpandukan sejarah masa lampau polis tidak akan segera menyiasat laporan Anwar berhubung pendedahan vido lucah yang dikatakan membabitkan dirinya. Mungkin alasan seperti mana digunakan spekaer dewan rakyat, perkara itu bukan perkara perlu disegerakan.

Hari ini dengan ditemani kira-kira 100 orang penyokong termasuk pemimpin PKR dan Pas Anwar telah membuat laproan polis di Balai Polis Dang Wangi. Anwar menyifatkan pendedahan itu untuk melenyapkan kerier politiknya.

Kenapa saya berkata demikian kerana tidak mungkin untuk polis menyiasat sesutau perbuatan atau kegiatan yang dilakukan sendiri. Anwar membayangkan pendedahan itu tidak mungkin berlaku kalau bukan melibatkan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Seperti mana saya katakan sebelum ini, andaian itu tepat dan benar sekali. Kalau kerja busuk dan jijik itu tidak mendapat restui pihak berkuasa tidak mungkin ianya dilakukan di Carcosa Sri Negara?

Walhasil balik asal laporan Anwar itu akan tinggal laporan sahaja kecuali pihak konspirator sudah mengatur pelan agar mereka disiasat polis untuk membolehkan mereka mendedah apa yang masih menjadi misteri itu. Makanya kita tunggu dan lihat. [ttdi.5:06 pm 23/03/11]

5 comments:

anakzaman said...

Tuan MSO

Saya tak taulah kenapa Anwar menjadi manusia yang terus dimalangkan oleh orang politik.

Nasib Anwar terus dihitamkan oleh musuh yang sedia ada dan musuh yang dilahirkannya melalui politik.

Peralatan kerajaan yang diisytiharkan bebas turut bersekongkol.

Anwar merupakan orang pertama Malaysia yang paling hebat sejarah politiknya dan terpahat dalam sejarah melayu moden kerana rekaan skandal seks,rasuah dan pelbagai kejahatan sosial.

Kehebatan Anwar melawan serakah melayu patut di jadikan contoh di masa akan datang.

zul said...

Umno/BN memainkan politik lendir dan hanyir yg diasaskan oleh Tun Mahathir. Dan kini diteruskan oleh Najib Razak. Mereka masih menganggap rakyat masih di tahun 60an, boleh diperbodohkan sesuka hati. Cukuplah, sudahlah ... rakyat sudah muak politik lendir dan hanyir cara Mahathir.

akulah69 said...

Salam,

Saya musykil, DSAI menafikan penglibatannya dalam video seks terkini. Beliau membandingkan perutnya dengan perut sipelaku lelaki dalam video tu. DSAI dah tengok dulu ker video tu.

Bukan nak menuduh DSAI mmg salah tetapi cuma musykil krn dala berita menyatakan video tu hanya DT yang simpan.

Apapun sya doa bhawa semua tuduhan tu tidak benar...

bat8 said...

Akulah69,

1. Kita kena ingat DSAI adalah bekas DPM. Beliau masih mempunyai ramai kawan dipelbagai peringkat yang mempunyai pelbagai sebab untuk membantu secara nampak dan tidak. Bahkan dia masih mempunyai kawan2 dalam UMNO dan kerajaan.

2. Bukan semua dalam UMNO dan kerajaan itu menyokong PM atau UMNO.Kita ambil contoh BAGAIMANA Raja Petra Kamaruddin boleh menyiarkan dokumen rahsia kerajaan dalam blognya mengenai penyelewengan kerajaan?

3. Bukan semua yang menonton video hari tu geng UMNO. Wartawan Harakahdaily pun ada. Juga, tidakkah mungkin ada dari kalangan wakil2 media milek UMNO yang bersimpati dgn DSAI mungkin kerana tidak setuju sebagai seorg Islam melihat saudara seagama diaibkn sebegitu rupa? Serba mungkinkan.

Bat8

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Saya melihat situasi ini adalah suatu hikmah disebalik kejadian. Hikmah yang membolehkan secara rasional kita berfikir, menilai dan mengambil tindakan. Pertikaian yang mudah disini adalah mengenai pekara berikut.

1. Pertamanya, pihak berkuasa (merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri & PDRM) agar lebih peka mengambil inisiatif menyiasat dan tindakan terhadap penayang video terbabit (merujuk kepada Dato T) yang jelas lagi terang menayangkan video lucah dikhalayak ramai. (Ini adalah kesalahan yang sudah termaktub dan boleh didakwa). Segala persoalan akan terjawab bila penayang disiasat.

2. Keduanya, mengikut kenyataan penayang video terbabit pelaku (merujuk kepada orang kena tuduh) melakukan hubungan dengan pelacur warga cina disebuah hotel yang beroperasi menawarkan perkhidmatan SPA. Jadi pihak berkuasa (merujuk kepada Polis, PBT, Kementerian Dalam Negeri) perlu menyiasat hotel mana yang menawarkan perkhidmatan ini sekali gus membanteras aktiviti pelacuran dikalangan warga asing dan tempatan.

3. Ketiganya, setelah pihak penayang disoal siat dan diambil tindakan, barulah kita dapat mengetahui kesahihan pelaku terbabit. Maka setelah mempunyai bukti segalanya, bolehlah kita mengambil tindakan mendakwa dan menghukum si pelaku terbabit.

4. Jelas dan nyata, penayangan video ini adalah berlandaskan motif politik dan suatu konspirasi. Jadi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada penayang, mereka yang bersuhabat dan pelaku.

Wasalam.