Terima Kekalahan, Baiki Kelemahan!
TAHNIAH kepada kedua calon UBN di Merlimau dan Kerdau kerana berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti memuaskan. UBN boleh tersenyum lebar dengan kemenangan itu. Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan itu menandakan endorsement rakyat terhadap projek-projek dilaksanakan oleh kerajaan. Muhyiddin tidak pun menyebut kemenangan itu menandakan slogan 1 Malaysia diterima rakyat. Kenapa?
Kata Muhyiddin juga kemenangan itu menunjukkan Pas ditolak oleh rakyat. Betulkah?
Ulasan Muhyiddin itu hanya untuk menyedapkan hati saja. Ulasan makan pisang selepas kenyang! Kalau dilihat kepada jumlah undi dipunggut Pas, Pas tidak terjejas banyak di kedua pilihan raya berkenaan. Pas masih boleh mengekalkan undi yang diraih dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Kekalahn Pas itu kekalahan yang adil. Di Merlimau calon Pas Yuhaizat Abdullah memperolehi sebanyak 2,319 berbanding undi dengan dicapai Jasme Tompang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sebanyak 2,827. Di mana kalau diperhatikan Pas kehilangan hanya 508 undi saja.
Kehilangan undi Pas ini wajar kerana pilihan raya itu pilihan raya kecil di mana ianya berpihak kepada UBN. Penignkatan undi kepada UBN bukan menjadi petanda besar bahawa sudah ada momentum baru untuk parti berkenaan. Umum tahu bagaimana situasi dan kondisi pada sesuatu pilihan raya kecil, UBN selalu membolot dengan caranya.
Di Keradau undi Pas merosot hanya 184 undi saja. Calon Pas Hasanuddin Salim mendapat 2,336 berbanding dengan undi dicapai dalam tahun 2008, 2,520.
Pernah berlaku dalam pilihan raya kecil UBN menang besar, tetapi bila tiba pilihan raya umum mereka kalah. Kerusi Ijok di Selangor dan kerusi Pengkalan Pasir di Kelantan adalah bukti paling nyata. Dalam pilihan raya kecil kedua-dua kerusi berkenaan dimenangi UBN tetapi dalam pilihan raya umum ia dirampas semua oleh Pakatan Rakyat.
Sekiranya peratus keluar mengundi di Kerdau tidak meningkat mungkin angka itu boleh berubah. Mungkin majoriti calon UBN Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak sampai 2,724. Tetapi kerana jumlah pengundi meningkat menyebabkan majoriti juga meningkat.
Sedia maklum, UBN mempunyai segala-galanya, wang, agensi kerajaan dan sebagainya. Dalam pilihan raya itu UBN akan berusaha dengan apa saja untuk menambah majoritinya. Jadi ada kemungkinan UBN membawa balik seberapa ramai pengundi luar untuk mengundi.
Adnan Yaacob dan pemimpin UBN Pahang kena memastikan dengan apa cara sekalipun agar kerusi Kerdau dapat dikekalkan dengan majoriti besar. Kekalahan bermakna memberi malu besar kepada Njajib Razak. Kerana itu UBN akan berbuat apa saja di Kerdau termasuk hal-hal yang tidak pernah difikirkan oleh Pas. Selalunya tektik dan strategi UBN berubah pada setiap pilihan raya dan inilah kepandaian-jahat UBN.
Dalam pilihan raya di Merlimau dan Kerdau itu juga UBN mendapat 'sufaat' daripada SPR yang mana 'sufaat' sebegini tidak akan diperolehi oleh Pas sampai ke hari khiamat selagi SPR berada di bawah UBN. Mungkin Pas boleh mengajar SPR bersyahadat semula agar mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, saksama dan berdasarkan kepada prinsip dan konsep penubuhannya, sebagai suruhanjaya bebas.
Cuba soal kenapa pilihan raya itu diadakan hari Ahad, di mana hari cuti awam. Kalaulah pilihan raya itu berlaku di Kelantan, Kedah saya pasti SPR akan menganjak hari pilihan raya supaya jatuh ke hari bekerja. Kenapa? Kenapa? Jawabnya inilah keadilan yang ada kepada SPR. Inilah satu bukti jelas menunjukkan SPR bersubahat dalam memberi sokongan dan menjamin kemenangan kepada UBN. Maka elok kalau Pas dan seluruh rakyat berarak mengadakan Bersih sekali lagi untuk mengajar SPR.
Apapun pilihan raya sudah selesai. Pas harus menerima apa sahaja keputusan yang tertakdir. Post mortem atau bedah siasat saya rasa tidak perlu diadakan. Kerana hasil dan dapatannya sama. Apa dilakukan Pas dalam kedua pilihan raya itu sudah berpuluh kali dilakukan. Jadi tidak perlu kepada bedah siasat, apa lagi kalau ayat sama (kolektif) yang bakal keluar.
Sebaiknya bagi Pas, berfikir apakah dalam situsi seperti hari ini - pilihan raya berkenaan, perlu atau tidak Pas menyertainya. Benar, Pas akan jadikan pilihan raya sebagai medan dakwah, tetapi dalam politik soal strategi dan tektikal juga diperlukan. Dan kalau benar Pas mahu jadikan pilihan raya sebagai mimber dakwah, Pas perlu membuat analisa sejauh mana kebekesanannya dan sejauh mana keburukannya.
Yang pastinya kini Pas sudah mengalami kekalahan lima kali secara berturut-turut. Bermula di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Pas harus berusaha untuk menangkis psywar UBN kelak yang akan menjaja bahawa undi Melayu kepada Pas sudah semakin merosot dan terus merosot.
Kejatuhan undi Melayu walau atas sebab dan kerana apa tidak harus dipandang sunyi oleh Pas. Menyalahkan musuh biarlah dilakukan oleh penyokong fanatik dan bebal Pas tetapi yang penting pemimpin yang bijak pandai kena menyedari hakikat ini. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan Pas sebelum parlimen dibubarkan.
Tahniah kepada ahli dan penyokong Pas serta pertugas yang tetap menjalankan arahan pemimpin dengan setia, ikhlas dan jujur, syurga juga imbuhannya! Wassalam. [wm.kl. 9:20 pm 03/02/11]
5 comments:
Saya tertarik tulisan tuan diperenggan dua sebelum berakhir,kejatuhan undi Melayu dan penyokong fanatik lagi bebal Pas!!
Pas tak perlu ego dan berpura2 menafikan kenyataan.Pas memang semakin kehilangan undi Melayu.Undi2 yg pas perolehi dari prk di merlimau dan kerdau majoritinya adalah undi cina.
Buatlah kiraan sendiri drp 2 ribu lebih ndi yg memilih pas berapa peratus sangat undi Melayu?Adakah pas layak berbangga dengan perkembangan ini?Adakah pas semakin diterima oleh kafir berbanding dengan orang Islam?Tidak juga sebenarnya.
Cina memilih pas selagi pas wala' kepada kepimpinan DAP yg menguasai pakatan.Pas bukan apa2 pada cina.Bagi cina undi pas sebenarnya adala undi dap.Jadi pas patut sedar diri dan mula melihat kenyataan sebenar.
Adakah pas masih boleh berbangga dengan jumlah undi yg 'tak jatuh' sedangkan tanpa undi cina silap2 pas boleh hilang deposit.Mungkin tak seteruk itu tapi tanpa cina undi pas mungkin tak sampai pun seribu!
Dalam keadaan ini pas sepatutnya sudah tahu apa tindakan yg patut diambilnya sekarang atau pas boleh terus bermimpi memiliki kekuatan palsu dan menumpang kekuatan orang lain sampai dikejutkan pada PRU13 nanti!
senjata 2 U UMNO ke atas melayu.
1. Umpan dgn politik pembangunan
2. Ugut PR ( baca DAP ) akan menghakis ketuanan PR
Kalam...Kalam! MCA dan MIC tu, Melayu ke? Jangan terlalu rasis sangat, kerana pemimpin yang mengamalkan rasuah, korupsi, menipu, menindas dan membolot hasil negara hanya kepada famili dan kroni adalah dari bangsa Melayu juga. Jika rakyat sentiasa ditipu dan ditindas, tanpa diberi keadilan yang sewajarnya, mereka tidak akan mengira sesiapa pun pemimpin mereka, walaupun dari kalangan bangsa mereka sendiri. Kecuali lah ada golongan yang terlalu sukar untuk mengenal erti perjuangan, buta kepada kebenaran dan otak kemetut (pinjam istilah Tuan MSO), maka buatlah apa sahaja aduhai pemimpin, kami rela menjadi barua anda dulu, kini dan selamanya.
Salam Tn. MSO.
Saya agak bersetuju pandangan Kalam di atas. Walaupun sy org UMNO, sy agak rapat dgn PAS sebab boleh dikatakan seluruh keluarga saya adalah PAS, bahkan pernah juga beberapa kali sy mengundi PAS.
Pernah satu ketika saya begitu kagum dengan PR, tetapi sekarang ini tidak lagi, kenapa?. Mungkin perubahan dalam diri manusia ini berbeza-beza mengikut keadaan manusia itu sendiri.
Antara perkara yang menyebabkan saya khuatir dgn PAS dan PR sejak akhir2 ini ialah;
1. Masalah pekerja kilang arak di Selangor,
2. Kes jualan arak di 7e juga di Selangor, dan
3. Kuil Hindu yang juga di Selangor.
PAS selalu menyalahkan "mainan politik UMNO" bagi semua isu dia atas. Sentiasa menyalahkan orang lain selalunya akan dianggap "tidak jantan"
Masalah dalaman PKR (keyakinan hilang kepada seluruh pimpinan PKR kerana kemungkinan mereka membelot sangat tinggi) turut mengurangkan keyakinan kepada PAS kerana PAS bergabung dengannya.
Post a Comment