Post Mortem Video Lucah 18 SX
MISTERIUS video lucah yang dibabitkan dengan Anwar Ibrahim dan siapa producernya sudah hampir terbongkar. Hari ini ada dua kenyataan akhabr mendedahkan berhubung video berkenaan. Pertama oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dan kedua oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay. Mulanya Shazryl Eskay inilah dikenali dengan nama Datuk T.
Sidang akhbar oleh Johari seperti mana kenyataan penuhnya yang dipostkan di bawah. Saya tidak mahu menghurai panjang mengenai pendedahan Johari itu. Cuma apa yang boleh dismpulkan beliau tidak mempercayai watak dalam video berkenaan adalah bosnya, Anwar.
Memahami apa yang diceritakan Johari, video itu telah digunakan untuk memerangkapnya agar meninggalkan PKR. Video itu dijadikan bukti kononya Anwar terlibat dengan skandal sex dan melakukan sex dengan pelacur. Tujuan video itu disondolkan kepadanya agar beliau benci dan meninggalkan Anwar dan menyertai Umno.
Kata Johari juga kalau dia sedia untuk mengkhianati Anwar serta membawa rakan-rakan (MP) lain segalanya ditanggung beres termasuk soal keselamatan dan juga kewangan. Dalam erti kata lain video berkenaan digunakan untuk membeli Johari. Manakala kegiatan membeli Johari dan MP PKR lain dalam strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan UBN.
Apabila Johari dan rakan-rakan lain tidak bersedia menjual dirinya, di sinilah menyebabkan video berkenaan didedahkan kepada umum. Ia boleh dianggap sebagai dendam dan kemarahan. Anwar khasnya dan PKR amanya harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Johari yang setia kepada Anwar dan PKR. Penolakan Johari atas tawaran itu satu pengorbanan yang besar. Kalau Johari tidak mempunyai keimanan yang tinggi dan hilang moral sebagai manusia Islam sudah tentu beliau akan tergelap mata dan menerima tawaran berkenaan.
Dengan mengambil kira apa yang didedahkan Johari itu boleh dianggap di sini bagi individu yang telah mengkhianati dan kencing Anwar adalah kerana tergelap mata dengan tawaran kebendaan itu. Mereka sanggup dan rela dicaci sepanjang hidupnya kerana sedikit wang bagi menyumbat poket seluar yang tembus. Tanpa mereka sedar selepas ini untuk mereka menjadi pencaci tahi pun belum tahun boleh.
Berbalik kepada isu tadi, pendedahan oleh Shazryl Eskay enjelaskan bahawa beliaulah penanggungjawabnya. Paling mengejutkan ia turt sama terlibat dan memikul tanggungjawab dalam pendedahan video itu ialah bekas KM Melaka, Rahim Tamby Chik. Kata Rahim Datuk T bukan seorang tetapi ia didhomankan kepada tiga orang Datuk. T adalah trio.
Seorang lagi Datuk ialah orang bernama Shuib Lazim (foto). Rahim tidak menjelaskan bahawa beliau termasuk dalam trio itu, namun penjelasan itu menunjukkan dialah seorang lagi Datuk itu.
Kenapa Shuib Lazim tidak hadir dalam sidang akhbar berkenaan? Shubib Lazim adalah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Pada satu majlis hari raya beliau pernah hadir ke rumah Anwar dan saya melihatnya sendiri.
Shazrly mengakui bahawa salah satu watak dalam video berkenaan seperti dijelaskan Johari adalah dirinya? Sekiranya video itu merakam adigen maksiat jelas bahawa beliau juga terbungkus sama dalam video berkenaan. Kalau watak dalam video itu Anwar, ini bermakna dia juga boleh dibabitkan sebagai terlibat dalam video berkenaan.
Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim turut sama bersuhabat dalam melaksanakan kerja yang keji itu.
Kenapa ia didedahkan? Inilah misteri yang belum terurai dan bukan payah untuk difahaminya. Anwar adalah musuh kepada perdana menteri dan juga isterinya, Rosmah Mansor. Rahim Tamby Chik pula pernah merasa teraniayaan oleh Anwar menyebabkan beliau terpecat dari jawatan ketua Pemuda Umno. Rahim mengira takdir itu adalah kerana Anwar. Ada orang bercerita beliau dikatakan bersumpah akan membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.
Kesimpulan mudah disini, kalau beliau terlibat dengan pendedahan video untuk memburukkan Anwar itu, jawabnya kerana dendam. Apa dilakukan itu untuk membalas dendam lamanya. Tetapi apa hal pula dengan Sharzly, dia seorang ahli perniagaan. Khabarnya dia sedang menghadapi masalah dan dijanjikan dengan mega projek. Mungkin kerana untuk mendapatkan projek maka beliau harus menawan ahli Parlimen PKR menyertai Umno dan dalam masa sama damegkan Anwar Ibrahim. Selepas itu baru dia mendapat upahnya.
Macam mana dengan Shuib Lazim? Apakah peranan dan tuntutan beliau dalam hal ini. Kenapa beliau terlibat dengan Trio T itu? Dan yang menjadi persoalan kenapa beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Kalau T itu adalah trio setelah Shuib maka ia tidak menjadi tiro lagi tetapi jadi dwi T.
Apakah beliau juga bersubahat kerana ingin mendapat imbuhan kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan? Kita akan cuba selidik mengapa dan atas sebab apa penglibatannya. Mudah-mudahan Shuib akan muncul dalam tempoh sehari dua ini menjelaskan sejauh mana penglibatannya dalam pembikinan wayang 18 SX itu.
Seperkara lagi yang hendak saya sebutkan di sini, mungkin juga versi video inilah yang pernah ditayangkan kepada beberapa orang pemimpin Pas dan juga kawan dan sahabat awal Anwar. Katanya para sahabat awal Anwar mulai goyah dan mempersoalkan syaksiah Anwar setelah mendengar cerita atau melihat tayangan promo video berkenaan.
Adalah baik bagi pemimpin Pas maupun sahabat awal Anwar yang mendengar kisah video ini atau pernah menyaksikan promonya membuat mahasabah balik. Jelas dari dua versi penjelasan sidang akhbar tadi video berkenaan adalah sebuah filam wayang yang diwujudkan dengan demikian rupa dengan bantuan makenisme dan peralatan IT yang moden.
Bagi saya pula, saya tidak mahu melihat kebejatan manusia yang menjadi pelakon dalam video berkenaan, tetapi yang saya kesal dan benci ialah mereka yang mendedahkannya. Kerja sebegitu yang mereka lakukan tidak ubah seperti menjolok buah rambutan dengan galah yang berlengeh dengan tahi. Memang buah itu manis tetapi ianya diapati dengan hasil yang buruk dan busuk. [wm.kl.6:17 pm 23/03/11]
6 comments:
al patut ler
ade yang sebok2 ngata
"sex tape" sngaja dibuat
PKR sndiri konon utk kredit
pda DSAI
rupa2 nye dorang dah tau sape nye kerja.....
penulis script dan orang2 kuat balik tabir pmbikinan nye ade muka lama dan ade muka baru
Tuan MSO
1. Pada pandangan saya pihak UMNO memang hendak sangat isu ini adalah isu balas dendam Rahim kpd Anwar agar tidak terpalit dgn UMNO.
2. Sebenarnya isu ini memang menyeret UMNO secara langsung. Alasan pertama, Rahim adalah office bearer UMNO kerana beliau adalah ahli MKT. Dia bukan ahli biasa cawangan UMNO Kg. Chubadak. Sebarang tindakan beliau yang melibatkan langsung kepentingan atau kerugian kepada parti is deemed dibuat atas nama parti. Lainlah jika hanya mendatangkan keuntugan/kerugian peribadi seorang sahaja dan tiada kaitan langsung dari apa segipun kepada parti.
Bat8
Salam MSO.....lama kite tak bertemu.
Datuk Shuib Lazim adalah bersaudara dengan Johari Abdul. Datuk Shuib Lazim adalah orang kepercayaan Tun Daim Zainuddin. Dan beliau ada seorang anak perempuan bernama "Yani" yg menjadi isteri kepada seorang Menteri dari Sabah.
Saya kenal akan siapa Datuk Shuib itu yg suatu ketika mendapat pelbagai projek serta menjadi proksi ketika Mahathir Al-Kazzab menjawat PM Malaysia.
4 Sekawan
raut muka 'shuib lazim' ni pun irap-irap anuar ibrahim kalau sekali imbas....
adakah datuk trio turut didakwa kerna memiliki secara terangan video lucah dan membuat tayangan?
Politik hanyir dan lendir ini diasaskan oleh Dr Mahathir sejak 13 tahun lalu dan kini, diteruskan oleh Najib Razak... Mahathir biarpun diambang usia, belum nampak tanda ingin betaubat, masih berdendangkan lagu seks, liwat, buntut, lendir dan hanyir. Jangan anggap rakyat bodoh, ini bukan tahun 60-an.
Post a Comment