Nasrudin Jangan Mudah Naik Angin
DALAM mana-mana parti politik Pemuda yang dianggap sebagai sayap kanan perlu agresif, peka dan sedia mempertahankan parti. Tetapi keperluan dan fungsi ini bukan bermakna boleh digunakan dengan rakus tanpa memikirkan hikmah di sebalik tindakan itu. Dalam kata lain bangkit tanpa usul periksa.
Sesuatu itu kena ditilik dan direnung secara mendalam sebelum bertindak dan membuat ulasan atau melakukan pembelasan dan tempelakan. Misalnya dalam mengulas kritikan atau teguran orang luar kepada parti hendaklah diteliti sejauh mana ia memberi kebaikan atau pun sebaliknya. Ada kalanya ia perlu diberi reaksi segera, ada kalanya tidak perlu langsung untuk tidak mengundang polimek yang boleh menjejaskan kredibiliti kita.
Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan memberi respons segera tanpa meneliti pandangan atau nasihat bekas Mufti Perli Asri Zainal Abidin, (foto) sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Tampak dalam kes ini Nasrudin membuat serangan balas secara membabi buta dan tidak pun melihat hikmah di sebalik nasihat Asri itu. Mungkin beliau terlebih aktif kerana menerima pancaran ajaib dari permata cincin hijaunya.
Sepatutnya Nasrudin memeriksa apakah yang dikatakan Asri sebenarnya. Apakah ia berunsur dengi khianat ataupun ada elemen keikhlasan untuk menambah baikkan sikap dan juga pembawaan pemuda di zaman Nasrudin.
Kalau Asri hanya memberi ingatan supaya Pemuda Pas tidak meniru aksi Taliban, apa salahnya. Meniru bukan bermakna menuduh. Itu nasihat dan Asri tidak pun membuat atau mencopkan Pemuda Pas sebagai Taliban. Kenapa harus dikelirukan perkataan itu yang akhirnya menyebabkan kita sebak. Sayang kerana .. mungkin ada sentimen lain nasihat Asri itu terus ditelan Nasrudin sebagai menganggap Asri menuduh Pemuda Pas Taliban. Kegaduhan inilah menimbulkan suasana tidak menyenangkan.
Bagi saya kedua pihak ada hak dan tanggungjawab masing-masing. Keduanya adalah ansurullah. Nasrudin dan Pemuda Pas berhak menegur atau menghalang konsert Elton John itu kerana alasan-alasan yang diberikan. Niatnya untuk mencegah kemungkaran. Tetapi Asri juga berhak memberi nasihat dari sudut pandangannya. Teguran itu saya kira bukan untuk memburukkan pemuda Pas sebaiknya meletakkan pemuda Pas sebagai barisan yang rasional dan tidak dianggap sebagai ekstrem dalam konteks siasah ala negara ini.
Dalam konteks hari ini pemuda Pas harus bersikap terbuka (berada di luar jendela masa) atau pun mengambil tindakan ke atas sesuatu kemungkaran itu secara bijaksana kerana pemuda Pas berada dalam sistem politik yang mana ianya diramui dengan pelbagai tafsiran dan persepsi. Apakah Nasrudin ingin membawa pemuda Pas keluar dari gelang sekular yang disarung Pas kini?
Diharap lain kali Nasrudin perlu mengamati apakah maksud dan mesej apa-apa kritikan atau nasihat yang dibuat oleh sesiapa saja untuk Pemuda bagi mengelakkan berlaku perlanggaran yang tidak memberi keuntungan kepada semua pihak dari segi moral berfikir. Jangan mudah bertindak balas tanpa membuat usul periksa kelak akan menampakkan kedangkalan dan kegaduhan kita dalam bertindak. Cara itu tidak fatanah - profesional.
Berlega kepala dalam media dalam hal-hal seperti itu rasanya tidak banyak memberi kebaikan. Orang tidak menganggap ianya sikap pemuda yang cekap dan komited. Orang tidak akan melihat Nasrudin kuat berpegang kepada agama, dan orang tidak akan melihat Asri seolah menyokong maksiat yang bakal dihasilkan oleh konsert Elton John. Sebaliknya orang akan lihat ia satu kenaifan politik orang Melayu dan Islam.
Seperkara perlu dihayati oleh kedua mereka dan juga orang Islam lain yang 'ada mulut', faham atau renung apakah tujuan dan matlamat sesuatu itu dibangkit. Kadang ia sengaja dibangkit untuk menampakkan keretakan yang kemudian diharapkan perpecahan sesama sendiri (Melayu dan Islam).
Kerajinan kita memberi kenyataan dan melayani pertanyaan-pertanyaan wartawan yang sudah ada agenda tertentu juga satu bahaya. Cara itu kita mendedahkan diri kita kepada pergaduhan sesama sendiri yang dinanti oleh musuh. Perkaraan ini nampaknya sudah jadi sindrom di mana kita bergaduh dan bertelagah kerana diacah oleh pihak kita. Janganlah mudah berlaga kepala dalam media dan janganlah murah mulut dengan wartawan yang kita tidak kenali latar belakang dan misinya. [wm.kl. 7:23 am 01/11/11]
9 comments:
tantawi patut lebih kreatif memikat golongan muda...
sepatutnya tantawi mengisytiharkan "harga tiket bola tidak akan naik sekiranya golongan muda mengundi PR"..
dalam situasi sekarang, tantawi sepatutnya bijak bermain dan menggunakan situasi....
pemikiran tantawi saya lihat seperti pemikiran veteran pasca 1983 yang terperangkap di dalam usia yang muda...
dalam usaha membentuk kerajaan, seharusnya usaha menjadikan Pemuda sebagai rakan anak2 muda dilakukan, bukannya poltik mencarik pasal...
usahlah menjauhkan , tapi dekatkan...
DK
Apa yg diketahui konsert elron john tidak mendapat publisiti yg meluas di mas.. Apabila pemuda mula bising ia sebenarnya telah membantu penjualan tiket utk konsert tersebut... Pihak penganjur senang senang kaut untung..elton john dtg dan pergi apa yg tinggal kpd kita atas perbalahan kecil biji kacang ini??
As salam...
sya setuju dengan MSO
kita maklum Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan ni sebagai kumpulan pendesak ...
tapi bertindak lah dengan bijak
supaya parti yg anda perjuangkan tidak di perlekeh kan orang
tujuan yang baik sudah di lihat buruk
Taliban sejuta kali lebih baik dr asri dn sape2 pun stakat hari ni insyaallah. Teruskan ustat Tantawie jgn pedulikn kemuncup2 ini, dua2 yg mgkritik dn dikritik x maksum. Mrk xde apa2 sndarn yg kukuh hanya merasa2 saje. Kita bkn skdr nk kmbali pd 83, bhkn 1400 thn dulu. Krn kita prcaya itulh yg trbaik. Amar ma'ruf nahi mungkrlah yg mnjdkn kita umat pilihan. Persepsi adalh relatif, dn x tetp,penonton pndai kritik, kita pemain sudh lama kita brmain, ini adlh kmatngn kita. Asri dn mrk yg diatas adlh 2 3 org penontn, mudh brkata2 duduk dlm zon slesa.
Dalam hal ini, saya bersetuju dgn pandangan Dr MAZA dan MSO. PAS mahupun sayap pemudanya jgn dilihat sebagai parti yng suka 'mengharamkan' tanpa menyediakan alternatif lain. Sebagai parti politik, mahu tidak mahu PAS memerlukan undi rakyat. Bohong jika dikatakan, PAS tidak kisah jika kalah pilihanraya.... Tantawi kena banyak bersabar, berhikmah... kritikan DR Maza adalah kritikan membina..... Politik Tantawi lebih byk mencipta 'musuh.' Walaupun, niatnya baik, tujuannya murni... tapi akan dilihat sebaliknya.
Ulasan yang cukup baik dari MSO.. Saya melihat cara kepimpinan Nasarudin sama dengan zaman Presiden PAS sewaktu muda2 dulu, beliau agak keras dan lantang dan agresif sekali. Saya pernah mengikuti Ceramah TGHH era 80an dulu, sama macam pembawakan yang dibawa oleh Kepimpinan Nasa ketika ini..
Assalamualaikum
Apa Khabar Abg Sayuti , harap sihat sokmo seperti biasa. Direct to point, rasanya saya ni tidak mudah untuk naik angin. kawan - kawan selalu mengusik, Ust Din ni jiwo tuo ! terperangkap dalam susuk mudo.... merujuk kepada sikap yg tdk cepat marah walau orang kata apa pun....
berkait dgn isu Dr Asri ni... pertamanya beliau pernah mengkritik saya di hadapan puluhan ribu penonton di Majlis Sambutan 60 tahun PAS di Penang dgn secara direct sebut Ketua Pemuda PAS ....bla bla bla...
Saya rileks sahaja. faham benar dgn sikap Dr Asri sementara beliau adalah sahabat rapat saya. Saya tidak menjawab dan mengulas kritikan beliau walaupun agak pedas dan mengaibkan airmuka saya dihadapan puluhan ribu penonton pada masa itu.
Berlalu beberapa ketika, Dr MAZA menulis lagi melalui twitternya pada 29 Oktober ..
"Hairan dgn Pemuda PAS. Sepatutnya x perlu larang
konsert, minta supaya org Islam tdk dibenarkan pergi
sudah cukup. Unsur Taliban masih kuat."
Pedih juga perasaan saya selaku manusia dilabel begitu sedang beliau sahabat baik saya. Tapi tidak mengapalah, sekali lagi saya memendam rasa.
Sehinggalah hari akhir Ijtima' , keluar lagi kenyataan beliau berkait perkara ini dan menjadi headline Malaysiakini... 3 kali berturut - turut beliau membidas saya tanpa saya menjawabnya. saya pun terfikir, apakah atas nama sabar dan sedia menerima kritikan, maka saya mesti diam selamanya walau dikritik sedemikian rupa, pula kritikan itu tiada asasnya utk mengaitkan pemuda dgn Taliban setelah pemuda membuat pelbagai pembaharuan dlm pendekatan dakwahnya.
Akhirnya, saya terpaksa jawab kerana saya kira kali ini bukan lagi kritikan tetapi melabel pemuda sebagai Taliban. saya bimbang akan mencetus persepsi yang salah jika saya biarkan ianya berlarutan. so, saya kira saya tidak mudah melatah atau naik angin dengan perkara ini.
Kemudian Dr Asri menghubungi saya dan kami berbincang lalu kami telah selesaikan secara adik beradik dan insyaallah, saya harap isu ini segera jernih.
Soal kritikan para komentar di sini, saya berlapang dada... cuma dlm kritik saudara semua terhadap saya tu, alangkah baiknya kalau dilampirkan cadangan untuk saya lakukan. kerana saya telah terlalu banyak menerima kritikan tetapi tiada cadangan, untuk kami lakukan atau bertindak positif.
Kini DPPM sedang mengorak langkah menerokai beberapa bidang baru untuk mendekati anak - anak muda dan hidup dalam dunia mereka sambil perlahan - lahan membimbing mereka. Nantikan perkembangan ini dengan sabar.
Kami juga berhalangan sbg sebuah parti politik pembangkang utk isytihar awal plan / perancangan kami utk tujuan itu kerana kelak kami akan dihalang dgn begitu mudah oleh pihak tertentu... ada yg boleh diisytihar dan ada yg terpaksa menunggu saat sesuai.
Pemuda PAS hari telah banyak perubahan dilakukan... kalau kami ni benar- benar taliban atau meniru taliban, rasanya tiada seorang pun seleberiti tv dan para artis mahu menyertai pemuda pas.
Saya telah berusaha gigih mendekati golongan ini dan alhamdulillah, ada perkembangan menarik. demikian juga mat - mat motor ... kami sedang giat menubuhkan kelab - kelab motor [ Alternatif Riding Club ] di seluruh negara dan
kini semakin pesat. Tebaru Zahid Juara AF turut menyertai Jambori ARC kami, baru - baru ini di Gunung Jerai.
Banyak lagilah perkara yang kami lakukan, tetapi rasa tak manis pula saya mencerita satu persatu seperti mahu menceritakan amalan sendiri... elok kalau semua follow pergerakan pemuda pas dari dekat, jgn hanya menilai melalui media, krn kami tdk popular di mata media.
Salam perjuangan dari saya buat anda semua. Terima kasih kerana menegur dan mengkritik, segalanya akan saya ambil sebagai pengajaran. Terima kasih juga kepada Abg Sayuti kerana sudi menyiarkan respon ini.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Assamualaikum... mulanya saya cadang untuk mengulas pandangan balas Nasrudin dalam satu intri khas, tetapi setelah dibaca beberapa kali untuk tidak disalah anggap, saya lepaskan komen Nasrudin seperti mana diharapkan.
Terima kasih kepada Nasrudin kerana memberi komen balas dan sedia menerima teguran. Saya rasa ada sedikit kekeliruan di sini atau pemahaman salah. Dalam intri berkenaan apa yang hendak saya tegaskan ialah meminta supaya Nasrudin jangan mudah memberi reaksi atau melayan kerenah wartawan yang ada agenda tersendiri. Saya cukup faham dengan perangai wartawan dan juga misi sesebuah media.
Beliau adalah pemimpin yang mana kedudukan, darjat dan pengaruhnya tak sama dengan orang yang tidak ada kedudukan rasmi seperti Asri. Saya bimbang beliau akan terperangkap dalam jerat musuh.
Mengenai penjelasan tentang Asri mengkritik beliau dihadapan ramai ia tak berbangkit dalam konteks intri itu sebab saya mengulas berdasarkan cerita yang dilapor. Nasrudin juga tak boleh mengambil hal itu sebagai subjek untuk membela.
Orang tidak tahu bahawa mereka mempunyai hubungan baik, begitu juga kritikan dalam twitter. Seharusnya beliau juga membalas dengan twitter.
Apapun sikap berani menerima teguran dan sanggup pula membuat penjelasan perlu disanjung tinggi.
Ingatlah sebagai pemimpin kita akan dinilai bagaimana kita melayan kerenah umum. Di situ kita duji dan dinilai. terima kaih kepada Nasrudin atas kiriman jaswaban dan penjelasan. Bagaimana pun saya tetap tersilau dengan cincin permata hijau itu. Wassalam.
Salam.
Saya berdoa gabungan KP dengan TKP sekarang akan menerajui PAS di masa hadapan.
InsyaAllah.
Post a Comment