Apakah Sultan Muhammad Ke V Tahu?
Kelantan Larang Azhar Berkuliyyah Di Masjid
Kematian Shafri Shamsuddin menenggalakan sedikit penulisan saya mengenai Ustaz Azhar Idrus. Kini saya akan cuba meneruskan menyambung catatan khas II setelah terpaksa berhenti untuk bergegas ke HKL. Alhamdulilah kira-kira jam 11:00 tadi jenazah Shafri sudah selamat dikebumikan di perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Semasa menyembahyangi jenazah ramai kawan-kawan sekerjanya terutama dari pejabat Harakah datang memberi penghormatan terakhir. Ini termasuklah Pengerusi Harakah, Mustafa Ali.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga datang untuk memberi penghormatan terakhir. Selain Tian saya tidak nampak wakil rakyat lain baik dari Pas, DAP dan PKR. Apakah Tian Chua sudah dilantik untuk menjadi wakil khas menziarahi jenazah? Kalau begitu moleklah. Cara itu mengejapkan lagi ikatan Pakatan Rakyat?
Kembali kepada mauduk yang hendak saya sambungkan mengenai Ustaz Azhar sebagai fenomena baru merubah minda dan gaya hidup anak muda kini; apa yang tidak sempat saya catatkan dalam Catatan Khas II tadi mengenai kemusykilan menampangi minda yang saya kira anih, pelik dan ganjil sedikit. Ianya adalah mengenai sikap Majlis Agama Islam di beberapa buah negeri yang tidak membenarkan Azhar berkuliyyah dan bermesra dengan anak-anak muda di dalam masjid.
Sekarang ini sudah ada pihak berkuasa masjid melarang Azhar dari memberi kuliyyah dalam masjid. Saya tidak tahu dari sudut mana larangan itu. Apakah kerana masalah ketiadaan tauliah? Atau pun kerana beliau dianggap sebagai penyokong parti politik? Kalau elemen politik, saya tidak nampak apa-apa yang disentuh secara pintas lalu di dalam kuliyyahnya menjadi kesalahan besar.
Setakat ini yang sampai ke telinga saya ada dua negeri yang telah melarang Azhar dari berceramah atau menyampaikan kuliyyah Maghrib. Pertama negeri Hang Tuah yang dikatakan tidak wujud itu, Melaka, dan kedua negeri ulamak bernama Tok Kenali, negeri Kelantan.
Itu Melaka negeri dibawah pemerintah Umno sejak zaman sebelum merdeka yang selamanya tidak begitu senang dengan majlis-majlis pengajian Islam berbaur dengan politik. Atas sifat dan budayanya begitu layak kalau Melaka tidak membenarkan Azhar ia tidak pelik. Sesetengah orang Umno ada berpandangan jika pengajian Islam diberikan kepada rakyat menyebabkan akhirnya rakyat akan sokong Islam (Pas).lantaran itu Umno elergik untuk mengambil pendekatan Islam.
Mungkin kalau Azhar tidak membawa Islam, mendidik anak muda mendekati Nabi dan Allah, kalau hanya menyanyi dan bermain gitar, kerajaan Melaka atau Majlis Agama Islam Melaka (Maim) tidak menjadi masalah dengan Azhar. Mungkin akan dibenarkan. Semisalnya Azhar seorang rocker atau selebriti, Melaka akan membuka pintu negeri itu seluas-luasnya kepada Azhar seperti mana dibukakan pintu untuk Jom Heboh. Malangnya Azhar seorang pendakwah.
Katanya di Melaka program kuliyyah Azhar yang dirancangkan untuk diadakan di masjid ngeri Al Azmin dibatalkan pada saat-saat akhir menyebabkan majlis itu dipinda ke tempat jauh dari bandar Melaka. Pembatalan ini menunjukkan Melaka belum mesra dengan majlis keagamaan dan tidak peka kepada fenomena dicetuskan Azhar.
Saya tidak hairan dengan apa berlaku di Melaka itu. Tetapi saya musykil terhadap apa berlaku di negeri di mana saya dilahirkan, Kelantan. Sebenarnya sebulan lepas lagi saya sudah mendapat maklumat ada tiga buah masjid yang melarang Azhar menyampaikan kuliyyahnya. Sebelum ini Azhar sudah beberapa kali mengadakan kuliyyah di salah sebuah masjid di negeri itu, tetapi tiba-tiba dihalang. Majlis kuliyyah yang sepatutnya berlangsung dalam masjid terpaksa di pindah ke padang Futsal.
Kejadian ini menyentuh hati saya walaupun ketika itu saya belum pernah melihat wajahnya dari dekat dan mendengar kuliyyah Azhar. Sepatut apa yang patut dilarang ialah majlis keramaian seperti Jom Heboh ataupun acara hiburan lainnya. Pertunjukkan-pertunjukkan itu sepatutnya diarah diadakan di dalam bukit atau di gua Hulu Kelantan. Tetapi sebaliknya. Ini menyebabkan saya sedikit tertanya-tanya kenapa.
Mulanya saya tidak percaya dan ingat ia hanya satu gimik saja. Selepas mendapat tahu dan bertanya beberapa sumber mengesahkan perkara itu - Azhar tidak dibenarkan berceramah di seluruh masjid di Kelantan. Alasannya ialah kerana beliau tidak ada tauliah. Ah tauliah lagi?
Rupanya soal tauliah juga menjadi syarat di Kelantan. Malang sekali kalau larangan itu kerana tauliah. Apakah di negeri Tok Kenali juga memerlukan tauliah? Untuk apa tauliah? Apa yang ada kepada tauliah? Bukankah tauliah itu menyusahkan dan secara tidak langsung menghalang kerja-kerja keagamaan? Pihak berkuasa ke atas masjid - Majlis Islam Kelantan (Maik) sepatutnya tidak mempersulitkan dengan mengenakan red tag untuk kerja-kerja Allah.
Memalukan sekali dengan apa yang berlaku. Saya cuba mendapat pekeliling larangan kepada Azhar itu tetapi tidak ada, arah secara rasmi dan dimaklumkan secara bertampal di papan kenyataan. Larangan itu dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa masjid berkenaan secara lisan, begitu khabarnya.
Tentu orang ramai ingin kepastian mengenai larangan itu. Apakah ianya dibuat secara lisan atau rasmi. Apa yang memalukan saya lagi ialah tindakan Maik itu seakan kontras dengan asprasi dan iltizam Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Apakah Sultan Muhammad Ke V tahu akan halangan ini dan apakah baginda diberikan penjelasan sejelas-jelasnya kenapa Azhar perlu dihalang menaiki masjid? Atau pun tindakan ini adalah atas inisiatif dan kebimbangan beberapa orang ahli Maik saja?
Perkara ini hendaklah jelas. Maik perlu memantau dan membuat laporan mengenai di mana salah dan silap atau bahaya kepada ummah tentang kuliyyah Azhar. Laporan terperinci tanpa prejudis itu hendaklah dikemukakan ke pengtetahuan Sultan. Kalau setakat ilusi saja dan kebimbangan tidak berpangkal hujung ia satu tindakan tidak mengikut peraturan dan boleh dianggap sebagai anti agama.
Saya bimbang halangan yang tidak jelas begini akan mencemarkan nama baik batang tubuh Sultan Kelantan. Maik adalah institusi yang terletak secara mutlak ditangan Tuanku. Tentu kita tidak mahu kalau ada orang bersunggut nanti Kelantan yang rajanya kuat beragama turut sama tidak membenarkan kuliyyah agama di atas masjid. Mendukacitakan lagi tindakan Maik itu akan menjadi ikutan negeri-negeri lain pula.
Sangat malang sekali kalau nama Tuanku digunakan untuk menghalang Azhar berceramah. Di sini bukan bermakna Azhar perlu diberikan keistimewaan. Tetapi Maik seharusnya melihat akan keuntungan kepada umat Islam dengan apa dibuat Azhar. Apakah kuliyyah dan cara beliau mendekati anak-anak muda itu memudaratkan akidah atau sebaliknya? Orang-orang dalam Maik hendaklah terang hati dan suci hati melihat perkara ini dan jangan ada unsur-unsur dengki kerana hendak mempertahankan mana-mana pihak. Ah terus terang.... jangan larangan itu kerana beranggapan kuliyyah Azhar itu menyebabkan anak-anak muda membenci Umno?
Kebijaksanaan perlu diambil oleh Maik dalam hal ini. Setelah Maik dapat melihat sendiri bagaimana Azhar boleh membawa aura dan menjinak anak-anak muda ke masjid sepatutnya Ustaz itu diberikan keistimewaan dengan mengecualikan dia memiliki tauliah untuk membolehkan beliau naik ke masjid, kandati tauliah itu perlu. Apakah surat kebenaran seperti tauliah itu kena memohon dan tidak boleh diberi kepada mereka yang layak. Tidak patut kalau institusi seperti Maik juga ada kerenah birokrasi tertentu.
Sepatutnya dalam hal mengeluarkan tauliah ini Maik bertindak seperti memberi zakat. Maik bukan saja mengumpul zakat tetapi memberi kepada mereka yang termasuk dalam asnaf layak menerimanya. Begitu juga bila dilihat Azhar layak dan kerja-kerjanya menguntungkan, membangunkan Islam sepatutnya ia dianugerahkan tauliah tanpa dipohon. Itulah bijaksana yang dimaksudkan.
Yang menghairankan saya juga kenapa pihak kerajaan negeri (kuasa politik) tidak campur tangan di dalam hal ini? Seharusnya pihak kerajaan negeri memberi cadangan kepada Maik agar tidak mempersulitkan mana-mana orang untuk menggunakan masjid bagi berdakwah. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan selalu mengatakan agama dan politik tidak boleh dicampur dan masjid adalah medan berpolitik. Rasulullah juga berpolitik di masjid. Apakah kata-kata ini tidak berlaku kepada Azhar ataupun kerajaan sudah menjadi syaitan bisu untuk mengemukakan permasalahan itu kepada Maik?
Saya sangat berharap posting ini dibaca oleh pihak Maik dan sampai pula kepada Tunku Sultan. Pihak Maik juga hendaklah membuat penjelasan di atas tindakan Maik yang dibawah kuasa sultan itu apakah justifikasinya melarang Azhar. Kita tidak mahu tanpa penjelasan tuntas menyebabkan orang beranggapan bahawa Kelantan yang mana sultannya begitu mengambil berat kepada agama dengan turun sendiri ke majlis-majlis agama siap berjubah dan berkopiah tetapi turut sama melarang program agama dikendalikan Azhar?
Kalau penjelasan itu memuaskan hati dan ada keadilan serta kewajarannya disitu kita boleh menerima larangan ke atas Azhar itu. Kalau tidak ada penjelasan selamanya Kelantan akan dianggap sebagai negeri yang juga lebih kurang Melaka sahaja yang setakat ini turut mengharamkan Azhar naik berkuliyyah di dalam masjid. Setakat ini Kelantan perlu malu kepada negeri Selangor Darul Ehsan yang belum bertindak ke atas Azhar dan masih bersangka baik. [wm.kl.7:41 am 01/02/12]
18 comments:
Agaknya ceramah Azhar Idrus membawa fitnah baru dalam pengajian apabila dia suka membuat jenaka. Akhirnya tidak ada beda antara program Raja Lawak dengan Ceramah Ustaz Azhar. Kan agama suruh kurangkan ketawa, ini ceramah agama jadi banyakkan ketawa pula.
Dulu orang2 yg membawa faham hamzah fansuri dipancung dan di bunuh dan dikebumikan disekitar masjid acheh. apakah orang-orang yang menghukum itu bukan orang alim?
apa2 prog yg membawa org ramai ke masjid spt ceramah agama perlu d giatkan lagi.. saya pn xpaham nama MAIK xkasi Ust azhar ceramah d kelantan. untungla negeri2 yg bg kebenaran , itu la zaman nabi dulu mana ada pakai2 tauliah ni, tauliah ni org guna xbg masjid d meriahkan. ni la maslaah jbtn agama , kalo xboleh nk buat prog meramaikan masjid, jgn la kacau org lain yg nk menarik porg p masjid. bila dpt tau MAIK xbg utz azhar bt prog d kelantan, kwn2 rasa tawar ati nk byr online zakat p MAIK, bgs p byr kat pusat zakat tmpt lain.
Banyak sangatkah ketawa dalam setiap majlis kuliah Ustaz Azhar? berbanding dengan sesi pencerahan ilmu dan soal-jawab berkaitan hukum-hakam? Program Raja Lawak bukan bandingan...
Kalau ceramah agama serius sahaja, anak muda tidak akan hadir. Ustaz Azhar tidak membuat lawak, kata-kata spontannya yang membuatkan anak muda ketawa. Tidak boleh salahkan beliau.
maik dikuasai oleh orang2 yang dikatakan kelompok tradisionalis.. jadi banyak hukum2 agama yg dibawa oleh USt Azhar agak terbuka....
rasanya isu maik nie memang sudah lama kurang serasi dengan pentadbiran TGNA..
Mungkin kerajaan kelantan sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab menegur pegawai2nya...
اللهم لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالميين
Yang berasa ceramah UAI sebagai fitnah kerana ada jenaka dalam bahasa dan dialeknya sambil membandingnya dengan program Raja Lawak itu...adalah melampau.
Amat zalim membandingkan begitu.Kita jangan mudah terpengaruh dengan org2 sakit di seberang sana...Ulam2 dari semak Melayumno yang mahukan pengajaran secara serius dari UAI misalnya, TIDAK PERNAH pun bersetuju dengan keseriusan Tuan Guru Nik Abd Aziz MB kElantan, Mursyidul'Am PAS itu.Jelasnya ulam2 dari semak Melayumno itu sememangnya ada penyakit. Mereka sakit hati, cemburu dan semacam dendam dengan UAI; dan tidak pula IKRAM dengan TGNA!.....hijabnya ialah dindang berwarna biru itu....cap keris dan cap dacing itu saja.Maaf cakap berhikmah dalam berdakwah, bukan saja bermakna BERLEMAH LEMBUT.Berdakwah melalui tulisan misalnya, cara Sunan Murio Wali9 misalnya, cara nasyid Maher Zain misalnya atau AbdulRahman Muhammad..lau kana bainana misalnya...Jadi jangan dok pikiaq yang pesimis dan negatif bila tidak sejalan dengan / kerana politik biru dsbnya.
Nurul Mubin Siraj ni ambik pandangan berapa orang ulamak dalam bab ni? Pernah dengar tak cara Ustaz Ismail Kamus berkuliah? Pernah dengar tak cara Ustaz Kazim Alias berkuliah? Kenal tak dengar Ustaz Don yang selalu berkuliah di TV9 tu? Kenapa begitu jahil nak disamakan kuliah agama dengan program Raja Lawak? Ada ker kat program Raja Lawak membicarakan tentang halal haram dan hukum hakam agama kita? Ada tak cerita bagaimana bersuci dan berhadas yang mengikut syarak? Kalau basuh berak pun tak bersih, usahlah nak bercakap soal-soal yang lebih besar. Kalau diri tak suci dari hadas dan najis, semua amal ibadat khusus tak sah dan tak diterima Allah SWT.
Sejujurnya saya juga amat terkejut dengan kejadian Ustaz Azhar Idrus yang terpaksa menyampaikah kuliah beliau di gelanggang futsal di negeri serambi Mekah baru-baru ni. Semoga 'posting' Tuan MSO akan sampai sehingga ke pengetahuan dan pendengaran Tuanku Sultan.
Biar ketawa dalam kuliah agama tetapi tahu apa yang diketawakan daripada tidur dalam kuliah tanpa tahu apa-apa selain mimpi dan air liur basi sahaja.
TAQBIR!
Saya rasa Pak MSO pun tahu.. MAIK memang sejak sekian lama masih ditadbir oleh individu yang mesra UMNO-BN.. Ustaz-ustaz yang aktif dalam politik memang dah lama tak boleh bagi kuliyah di masjid walaupun diorang tak pernah sentuh hal politik dalam kuliah mereka. Even ustaz2 yang dah lama dok bagi kuliah pun terus kena banned bila involve ngan politik. Secara peribadi saya rasa tauliah ini tetap perlu untuk melayakkan seseorang itu 'mengajar di masjid atau surau' bagi mengelakkan penyebaran fahaman berbeza yang ekstrim atau lebih buruk lagi ajaran songsang yang boleh memecah belahkan umat Islam. Cuma janganlah sampai soal tauliah ini disalah gunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Saya doakan Tuanku Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota selaku YDP MAIK dapat bertindak segera menyelsaikan kemelut ini. Daulat Tuanku!
Salaam
Dengar kaba Ust Nik Amar dah mintak UAI apply sahaja dan pasti akan lulus, ini kerja pentadbiran agama sahaja.
Wallahuaklam
assalamualaikum..ana sbgai rakyat kelantan sgt terkejut bila baca post terbaru tuan, krn pelik dengan tindakan pihak yang dikatakan berkait, di kelantan xbenarkan ustaz azhar bgi kuliah, sgt kontra dengan sebelum2 ni. sedangkan sblm2 ni, kerajaan kelantan sdah 'slaghih' jemput UAI untuk bgi kuliah di PUTIK, malah diadakan secara rutin pula..rupanya, ana baru dpt info terbaru: UAI xdibenarkan bgi kuliah di qlate dan slangor kerana majlis agama kedua-dua negeri ni ditadbir oleh puak-puak UMNO, mereka takut pd UAI yang bawa fikrah Pas (membangun bersama islam). manakala negeri-negeri lain seperti Melaka dll, dh confirm2 xbgi. mohon tuan untuk menyiasat lebih lanjut siapakah dalang yang menghalang UAI mara ke Kelantan dan Selangor serta menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pengunjung2 blog..harap mendapat perhatian
sekian.
Tn MSO,
Ada beberapa tempat yg UAI dah beri kuliah di negeri Melaka, setakat ni blom ada sekatan dr pihak Kerajaan negeri mahupun JAIM.. Tentang ceramah di Masjid Al-Azim tu sy kurang pasti, xpenah tdengar pulak cerita dr kalangan JK masjid negeri tentang pembatalan ceramah beliau... Kalu ada cerita lain disebaliknya xtau la pulak... Wallahua'lam..
Dalam berjenaka, Ustaz Azhar telah berjaya mengajak ribuan anak muda dan yang tak berapa muda ke masjid, yang malas ke kuliah atau mendengar kuliah mula rajin ke kuliah atau sekurang-kurangnya mendengar di youtube. Yang lalai, mula insaf dan belajar agama. Ustaz Azhar banyak mengajak kita utk tidak takutkan makhluk selain Allah dan yakin rezeki hanya dari Allah dan bukannya pemerintah. Itu yang geng biru takut sebab selama ni mereka menerapkan nilai percaya hanya BN yang mampu memberi dan menjaga rezeki.
salam tuan,
saya menanti ulasan dalam blog tuan berkenaan TGHH nk undur
dari aku fengor azhar idrus membebel baik aku gi tengok konsert rock...lagi baik
Salam Sdr MSO,
kawe raso apo yg berlaku sebenarnya tiado yg lain melainkan tauliah. Tok imam kg kawe pun dok royat/peringat sokmo suruh anak mukimnya yang mengajar di surau/masjid supaya dapatkan permit dulu, baru boleh ngajar. Ini undang2 MAIK. Wassalam
amalina
dari awak bergelumang di lembah neraka, baik bersama-sama ke taman syurga.. hehe
Post a Comment