Tiga Peristiwa Yang Tidak Dapat Lupa Bersamanya
SEHINGGA lewat pagi puas saya mencari gambar terakhir saya bersama Allahyarham Ustaz Yahya Othman yang dirakam di atas tangga rumahnya di Labok, Machang awal tahun lalu. Semua folder dalam tiga komputer dibongkar tetapi hampa. Mungkin gambar itu tersimpan dalam laptop tua yang kini sudah pun menunggu masa untuk dicampak ke dalam tong sampah. Hampa sungguh.
Gambar itu dirakam ketika saya mengekori Anwar Ibrahim mengunjungi rumah Allahyarham. Ketika itu Anwar berkebetulan ada program politik di Kelantan menjelang dua hari sebelum mahkamah tinggi Kuala Lumpur memutuskan hukuman terhadap perbicaraan atas tuduhan liwat ke-2.
Allahyarham di muktamar Pas di Kota Bharu. |
Dua hari selepas kunjungan Anwar itu mahkamah memutuskan Anwar bebas dari pertuduhan lewat kedua. Tentunya berita itu disambut penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh Allahyarham.
Pertemuan mereka berdua hari itu penuh emotif. Saya masih ingat sapaan Ustaz Yahya kepada Anwar; "Anwar enta macam mana"? Tanyanya dengan nada rendah selepas mereka renggang dari berpelukan dan bergesek pipi kanan dan kiri dan kanan. Saya nampak ada air ata yang tergenang di lurah kelopak matanya. Ustaz Yahya seperti sungguh terkilan atas apa yang berlaku. Lebih terkilan lagi kerana beliau tidak dapat mengikuti perbicaraan/keputusan itu.
"Tak ada apa Ustaz, usah bimbang insyaAllah semuanya beres," balas Anwar menenangkan kedukaan hati Ustaz Yahya. Mereka sekali lagi berpelukan kemudian beriringan masuk ke dalam bilik. Dalam bilik itu hanya mereka berdua sahaja. Tentunya ada cerita penting yang mereka pertuturkan. Selang beberapa minit kemudian mereka keluar sambil berpegang tangan. Persis mereka tidak mahu melepas di antara satu sama lain.
Anwar berlalu untuk ke Darul Quran (kompleks masjid dan Madrasah) yang terletak kira-kira 100 meter dari kedimanan Allahyarham untuk menemui orang ramai dan sekumpulan pelajar yang sudah lama menanti. Allahyarham menghantar Anwar hingga ke tangga dan memerhati Anwar berjalan dalam kelibat malam. Saya sengaja melewatkan perjalanan kerana untuk berlamaan dengan Allahyarham. Di sinilah saya meminta seseorang merakam gambar saya dengan arwah. Sayang gambar terakhir itu tidak ditemui.
Banyak peristiwa dan kenangan manis dengan Allahyarham. Seperti mana saya kata dan janjikan daripada beberapa kisah dan kenangan bersamanya, saya akan bercerita mengenai tiga peristiwa saja dengannya dalam catatan ringkas ini.
Sebelum itu biarlah saya mengulas dan memberi pandangan hati terhadap Allahyarham mengikut pandangan 'ainun' saya. Ustaz Yahya seorang yang rendah diri dan tidak peloket. Mudah mesra dan mengingati seseorang yang dikenalinya. Dia menghormati semua orang dan mengambil kira semua pandangan tanpa darjat dan martabat ilmu. Dalam membuat keputusan beliau seorang yang adil saksama serta tidak sama sekali emosi dalam tindakan. Beliau bertindak dengan dalil dan bukti jelas.
Beliau juga seorang yang periang dan suka berjenaka. Ketawa kecilnya masih mengamit telinga saya, manakala senyuman manisnya menggambarkan dia seorang yang jujur, ikhlas dan suka memberi kesukaan kepada orang lain.
Saya mulai mengenai peribadi dan corak atau prinsip politiknya pada tahun 1982 kalau tidak silap. Ketika itu berlaku pilihan raya kecil Selising dimana beliau jadi pengarah. Pilihan raya itu diadakan berikutan petisyen kemenangan percuma calon Pas, Drs Abdul Rahman diterima mahkamah. Jadi pilihan raya semula terpaksa diadakan. Calon Umno ialah Muhammad Abdu Bakar (Allahyarham).
Dalam satu mesyurat mengatur dan menangkis serangan musuh, bilik gerakan Pas diberi tahu yang Umno telah cuba mempedayakan rakyat dengan mengedar borang untuk memohon tanah pinggir. Tektik Umno itu menarik perhatian rayat khasnya mereka tidak bertanah. Saya yang pada masa itu bertindak sebagai setiausaha kepada ketua Pemuda Pas Pasir Puteh berada sama dalam mesyurat itu. Melihat Pas agak kekok untuk mengatasi tektik jahat Umno itu saya lantas mencadangkan.
"Apa kata kalau kita (Pas) juga menyediakan borang sama dan beri kepada rakyat?" maksud saya Pas juga meniru tektik sama dengan mengedar borang menjanjikan tanah kepada rakyat. Apa kata Allahyarham; "tak boleh cara itu, Sayuti kita menipu rakyat. Menipu tidak boleh, haram!," katanya. Kata-kata itu memutuskan nafsu politik saya dan juga orang lain. Allahyarham ternyata begitu tegas dan tidak bertolak ansur dengan kemungkaran. Baginya tidak ada istilah matlamat menghalakan cara kandatipun dalam politik jahiliah. Allahyarham berpegang kemas kepada apa yang dikandung oleh Quran. Iya.. walaupun tindakan itu dianggap sebagai helah politik, tetapi kebenaran itu menjadi pegangan dan keyakinannya.
Jadi cadangan itu tertolak begitu sahaja. Saking kurang senangnya dengan tindakan itu menyebabkan saya tidak berminat untuk membantu pilihan raya kecil itu dan menganggap kerana Allahyarham ingin berlawan secara Islamik yang tidak akan menang.
Peristiwa kedua ialah mengenai tindakan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke atas sebuah buku tulisan saya berjudul; Hikayat Tok Guru dan Tiga Abdul. Di dalam buku ini saya mengkritik beberapa pemimpin tertinggi Pas Kelantan. Ia menjadi paduan kepada Tok Guru untuk mengambil tindakan. Ketika itu Allahyarham adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan orang bertanggungjawab membuat dasar ataupun memutuskan apa-apa perkara berkaitan dengan politik Pas Kelantan.
Petang itu kebetulan saya hendak balik ke Kota Bharu. Ustaz Yahya juga mengambil flight sama dengan saya. Sementara kapal tiba kami berbual. Dalam perbualan itu Allahyarham beranya saya mengenai buku berkenaan. "Sayuti... apakah tujuan dan matlamat enta menulis buku Tiga Abdul?" tanya beliau menyebabkan saya sedikit terkejut.
"Kenapa ustaz?" tanya saya balik.
"Begini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengambil tindakan ke atas orang yang enta cerita dalam buku itu. Apakah tujuan enta tulis itu, bermaksud enta suruh Tuan Guru pecat mereka itu?" tanya beliau sungguh-sungguh diluar dugaan saya. Saya jadi serba salah.
"Ustaz ... bukan sapai ke peringkat itu. Ana hanya menegur mereka dan sekali gus memberi tahu Tok Guru sesuatu yang mungkin Tok Guru tidak tahu. Ana tegur dalam buku selepas teguran secara lisan mereka tidak dengar....," jawab dan jelas saya.
"Enta tahu apa telah terjadi, Sayuti. Ana balik ini untuk menghadiri mesyuarat badan perhubungan Pas Kelanan khusus membincang apa yang enta perkata dalam buku itu... jadi enta tidak bermaksud agar mereka dipecat?" tanyanya lagi mahu kepastian.
"Bukan begitu Ustaz, jangan sampai dipecat!" seru dan pohon saya sambil sudah dapat menduga apa yang bakal berlaku kelak.
"Tetapi keputusan sudah dibuat, Sayuti....," katanya tidak meneruskan kata-kata. Tetapi saya mengetahui apa erti dan makna ayat yang tergantung itu; dua daripada tiga Abdul telah dipecat.
Peristiwa ini menceritakan akan keikhlasan dan ketulusan hati seorang Ustaz Yahya Othman. Dia juga seorang yang tidak membuat keputusan berdasarkan perasaan, jauh sekali menjadi pengadu domba demi kepentingan dirinya.
Satu lagi peritiwa saya dengannya yang tidak mungkin saya lupakan ialah maca mana Allahyarham memperkenalkan saya dengan menantu Tok Guru Nik Aziz yang bernama Ariffahmi Abdul Rahman. Peristiwa ini berlaku di Ipoh Perak sewaktu majlis rihat selepas presiden menyampaikan ucapan dasar pada muktamar Pas. Beliau berlegar-legar di lobi sambil bersalaman dengan orang ramai. Saya seperti biasa begitu melihatnya akan menghampiri dan bersalam dengannya.
"Sayuti enta apakah khabar, sihat?" sapanya dengan pertanyaan yang ghalib untuk saya dengan sedikit sland Arab. "Ini ana hendak memperkenalkan kepada enta...," katanya menyebabkan saya kehairanan sedikit. Saat itu ada seorang pemuda bertubuh sasa dengan wajah yang serius berdekatan dengannya. Saya sungguh tidak mengenali lelaki sasa berkulit manis buah seto' ini.
Cara beliau memperkenalkan itu beliau bangga dengan lelaki bernama Ariffahmi yang menjadi menantu Menteri Besar Kelantan. Bagi Ustaz Yahya seolah Ariff bakal menjadi pemimpin atau orang hebat dimasa depan. Saya tidak memberi reaksi lebih kepada Ariff cuma bersalam sahaja yang disambut dingin sedingin kopi basi.
Mengejutkan saya semasa saya hendak memotret gambar Ariffahmi, menantu Tok Guru itu melarang saya.. katanya... "tak sah ambil gambar saya, nak masuk blog lah itu..." Begitu mendengar larangan Ariffahmi saya memusing kamera ke wajah Ustaz Yahya sambil berkata; "saya tak nak ambil gambar awak, tetapi saya nak ambil gambar Tok Guru saya ini." Mungkin Ariffahmi yang belum mengenali watak dan diri saya terkejut dengan kata-kata itu menyebabkan dia terkising-kising sambil memerhati saya yang berbual dengan Ustaz Yahya.
Itulah cuplikan kenangan saya dengan Allahyraham. Moral dari ketiga peristiwa itu menunjukkan ketulusan dan keikhlasan Allahyarham di dalam kehidupan sehariannya dan ia terbawa ke dalam siasah perjuangannya. Kerana ketulusan dan keikhlasan itu beliau dikenali sebagai seorang yang baik, berhemah tinggi dan tidak merasakan dia seorang maha guru walaupun ilmu yang dikandungnya tinggi menggunung yang tidak akan terlawan dan terjangkau oleh sesiapa.
Moga ustazku yang ini selamat bersemadi di alam baqa. Segala budi, jasa dan kebaikan akan tetap tersimpan dalam memori hidupku hingga ke akhir hayat. Al Fatihah. [wm.kl.8:45 am 16/06/12]

Cuplikan catatan saya dalam blog mengenai Allahyarham. |
Sambil menarik tangan anak jantan itu beliau berkata; inilah orang yang disebut-sebut ketika ini. Orang yang menjadi perhatian ramai... ini dia menantu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan, inilah Abdul Ariffahmi Abdul Rahman," kata Ustaz Yahya memperkenalkan Ariff kepada saya penuh megah dan gah seakan meniru lagak DJ. Memang saya sedikit pun tidak mengenali Ariffahmi menantu Tok Guru itu. Saya hanya kena pada namanya saya. Hari itulah pertama kali mengenalinya.
Mengejutkan saya semasa saya hendak memotret gambar Ariffahmi, menantu Tok Guru itu melarang saya.. katanya... "tak sah ambil gambar saya, nak masuk blog lah itu..." Begitu mendengar larangan Ariffahmi saya memusing kamera ke wajah Ustaz Yahya sambil berkata; "saya tak nak ambil gambar awak, tetapi saya nak ambil gambar Tok Guru saya ini." Mungkin Ariffahmi yang belum mengenali watak dan diri saya terkejut dengan kata-kata itu menyebabkan dia terkising-kising sambil memerhati saya yang berbual dengan Ustaz Yahya.
Itulah cuplikan kenangan saya dengan Allahyraham. Moral dari ketiga peristiwa itu menunjukkan ketulusan dan keikhlasan Allahyarham di dalam kehidupan sehariannya dan ia terbawa ke dalam siasah perjuangannya. Kerana ketulusan dan keikhlasan itu beliau dikenali sebagai seorang yang baik, berhemah tinggi dan tidak merasakan dia seorang maha guru walaupun ilmu yang dikandungnya tinggi menggunung yang tidak akan terlawan dan terjangkau oleh sesiapa.
Moga ustazku yang ini selamat bersemadi di alam baqa. Segala budi, jasa dan kebaikan akan tetap tersimpan dalam memori hidupku hingga ke akhir hayat. Al Fatihah. [wm.kl.8:45 am 16/06/12]
No comments:
Post a Comment