Friday, September 21, 2012

Main-Main Tunjuk Perasaan

RENUNGAN SENJA

Selepas Jumaat tadi telah berlangsung dua tunjuk perasaaan oleh dua puak atau kumpulan berbeza secara serentak. Sekali pandang tujuan tunjuk perasaan itu mempunyai tujuan sama untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kedurjanaan rakyat Amerika yang menghina Nabi Muhammad s.s.w. menerusi sebuah filem yang berjudul "Innocence of Muslims"
Cuplikan tunjuk perasaan. Foto dari tv internet.

Penerbitan film ini mendapat bantahan dan kecaman di kalangan orang Muslim di seluruh dunia. Sejak minggu lepas lagi sampai ke hari ini tunjuk perasaan dan bantahan dilakukan dengan pelbagai cara, sehingga ada yang telah terkorban dalam ledakan amrah isu ini.

Kononnya kedua-dua puak itu juga marah dan kesal atas penghinaan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Satu kumpulan dipelopori Dewan Pemuda Pas yang diketua sendiri oleh ketuanya Nasharudin Hasan. Mereka menanakam tunjuk perasaan itu sebagai himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi"

Tunjuk perasaan oleh Pas diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di jalan Tun Razak. Ia berlangsung sebaik selepas solat Jumaat. Menurut laporan lebih 5,000 menggabung diri dimana dua pemimpin tertinggi mereka, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir sama.

Sementara tunjuk perasaan satu lagi dipelopori Pemuda Umno. Ia berlangsung di perkarangan masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia juga diketuai sendiri oleh ketuanya yang tidak diberikan kuasa oleh Najib, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut laporan 3,000 yang hadir. Bagaimana pun tidak ada pemimpin tertinggi Umno yang dilaporkan hadir sama.

Ikut sama bergabung dengan Pemuda Umno ialah beberapa Ngo termasuk Perkasa(m) dan Ngo senama dengan sejenis beras kampit. Sebenarnya jumlah kehadiran 3,000 itu tidak 'tanggung' berbanding dengan penglibatan berbagai Ngo dalam himpunan rasa itu. Sepatutnya jumlah kehadiran di lokasi pemuda Umno itu mencecah 40,000 ataupun 150,000 kerana ia melibatkan lebih 30 buah Ngo. Ngo itu juga sebelum ini obses memperjuangkan akidah umat Islam.

Apabila kehadirannya tidak sampai 4,000 ianya sama ramai dengan pengunjung pasar Chow Kit saja, ini menunjukkan jelas bahawa tunjuk perasaan itu kuat talun dari laung. Ia juga menjelaskan anggota Ngo berkenaan yang sesetengahnya mendakwa sampai mempunyai 100,000 ahli tidak peka dan prihatin terhadap agama dan Nabi mereka. Atau pun dakwaan itu sebagai dakwaan Lebai Kedaun saja.

Begitu juga melihat kepada lokasi diadakan tunjuk perasaan itu, ternyata tunjuk perasaan pemuda Pas lebih berani dan relevan berbanding dengan pemuda Umno. Kenapa pemuda Umno adakan di Kampung Baru? Bukankan tunjuk perasaan itu untuk dinyatakan kepada Amerika, bukannya penduduk kampung baru. Atau Khairy sememangnya untuk menarik perhatian penduduk kampung baru bagi menunjukkan pemuda Umno berani. Kalau hendak dikira pemuda Umnolah sepatutnya 'rukah' pagar dan 'baling batu' kepada keduataan Amerika bukannya melakak dari jarak 3 km.

Bukankah pemuda Umno dan juga pemuda Perkasa(m) berani. Sebelum ini mereka melontar cat merah kepada bas PKR dan juga menyerang orang sedang memberi tazkirah dalam masjid di Kedah. Apabila hanya menjerit dan berani menjadi beruk (pinjam istilah Khairy yang menyifatkan penunjuk perasaan sebagai beruk) di kampung Baru, ternyata pemuda Umno dan Ngo itu jenis bungkus telor dalam kain pelikat sahaja.

Bagaimana pun saya tidak hadir di kedua-dua lokasi hari ini. Saya rasa tunjuk perasaan itu tidak banyak memberi keuntungan. Saya setuju dengan apa ditulis oleh Ngeh Koo Ham dalam twitternya sehingga menimbulkan kemarahan Pemuda Umno itu dan menyebabkan beliau dilaporkan kepada polis, tunjuk perasaan itu membuang masa. Nampak sangat tunjuk perasaan itu bukan bertolak dari nawaitu unntuk membela maruah dan kedudukan Nabi s.a.w. tetapi lebih untuk menjual suara politik. Kali ini insiden berkenaan diambil untuk menggoreng rakyat.

Mengapa saya berkata begitu. Kalau baik Pas atau Umno benar-benar concern kepada apa yang berlaku mereka tidak perlu berada dalam keadaan terasing. Mereka tidak payah berpisah dan menunjukkan kekuatan masing-masing. Mereka seharusnya berpadu dan bergabung menjadi satu gerombolan menghayun langkah ke kedutaan Amerika. Apabila mereka masih berasingan, dalam soal ini Pemuda Umno... jelas bantahan itu bukan ikhlas untuk membela maruah Rasulullah tetapi hendak menunjuk gagah, menjual minyak angin dan menganggu di antara satu sama lain.

Apa yang dilakukan pemuda Umno lebih terserlah akan kemunafikannya. Kenapa di himpunan untuk membantah rakyat Amerika tetapi diambil kesempatan mengecam Pas. Seperti mana ucapan Khairy dipetik, beliau mempersoalkan Pas yang masih terus bergabung dengan Pakatan Rakyat. Baginya Pas gagal mempenagruhi DAP walaupun dalam perkara asas seperti itu. Kecerdikan Khairy untuk melaga-lagakan Pas dengan DAP terjeluah di masjid.

Khairu jenis bercakap tidak menggunakan mulut, dia lupa... yang Umno juga gagal mempengaruhi rakan-rakan MCA, MIC dan Gerakan untuk sama-sama berdemon membantah Amerika di atas isu yang dikatakan asas itu. Apakah Khairy merasakan anggota MIC dan MCA tidak perlu hadir sama? Kalau macam itu mengapa bersusah payah kalau Pas tidak berjaya menarik DAP agar sama-sama mengecam Amerika dan filem berkenaan.

Kerana saya tidak pergi maka saya hendak tanya Khairy berapa orang pemimpin dan ahli MCA, MIC atau komponen lain BN yang hadir. Apakah beliau mengambil kira kehadiran ahli Parkas(m) itu sudah mewakili komponen BN? Hohoho..

Kalau hendak diambil kira Pas lebih anggun dari Umno. Katanya Naib Presiden PKR Tiang Chua ikut sama menunjuk perasaan bersama Pas di depan Kedutaan Amerika. Molek kalau Khairyu lain kali sebelum bercakap dan membuat dakwaan pandang kiri dan kanan dulu.
Sebarnya dalam kes ini saya kurang bersetuju dengan kedua-dua pihak mengadakan tunjuk perasaan itu. Baik dipihak Pas maupun di pihak Umno serta Ngo terlibat. Malah kalau mereka bergabung pun saya tidak sokong. Kepada saya tunjuk perasaan tanpa memilih isu sebegitu membuang masa sahaja. Tunjuk perasaan hari ini lebih kepada 'main-main tunjuk' untuk tunjuk-tunjuk kejantanan politik saja.

Kenapa saya kata ia membuang masa dan tidak memberi kesan. Siapa yang hendak dengar bantahan yang dilakukan itu. Amerika tidak akan pedulikan apa yang dilakukan Pemuda Umno bersama Ngo itu, kerana ia awal-awal lagi tidak relevan bila mana ruang awam itu digunakan untuk mengkritik Pas.

Begitu juga tunjuk perasaan dan bantahan Pas itu. Amerika tidak pun mendenagrnya. Apabila Amerika menghantar pengawal pintu pagar, yang juga (mungkin) warga negara Malaysia, itu menunjukkan negara itu tidak merasa harian sedikit pun dengan aksi itu. Sebuah negera jahat dan berstatus tinggi begitu, Amerika tidak akan peduli. Mungkin bagi pegawai di kedutaan itu melihat '"hoha-hoha" di luar itu sebagai satu keributan yang tidak tentu hala sahaja.

Kita boleh mengadakan tunjuk perasaan dan membuat bantahan, bukan kepada pihak yang tidak ada kuasa atau tidak mendengar kuasa kita. Tunjuk perasaan boleh dilakukan kalau ia berkaitan isu-isu berkepentingan dengan kita secara bersama dan kuasa mendengar isu itu juga dari negara kita. Tunjuk perasaan dalam keadaan dan kondisi begini barulah tidak membuang masa, kerana apa yang kita bangkitkan itu didengar langsung.

Tetapi apa yang kita bantah itu tidak berkepentingan kepada kita secara bersama, ia tidak ada guna. Benar, isu Nabi itu adalah isu kita sebagai orang Islam, tetapi ia bukan isu sejagat untuk seluruh rakyat negara ini. Makanya untuk menghereknya menjadi isu nasional tidak berapa tepat dan kurang berimpak tinggi.

Sebab itu isu-isu sebegitu akan dilihat sebagai isu terpencil hanya untuk satu kaum saja. Mungkin ada yang menyoal bukankan isu agama itu penting dan ia merupakan isu hidup dan mati. Iya.. benar, tetapi kalau pun ia isu hidup dan mati tetapi kalau perbuatan itu sia-sia tidak ada gunanya, apa lagi kalau menyebabkan kita mati katak?

Isu penghinaan film itu tidak seperti isu dibawa oleh Bersih, Lynas ataupun isu-isu kenaikan harga barang, isu NFC, isu royalti petroleum dan sebagainya. Isu ini adalah isu langsung dengan rakyat dan negara kita. Pihak kerajaan atau berkuasa akan meneliti dan mengambil kira bantahan kita itu. Ia berbeza dengan isu soal penghinaan itu, di mana kerajaan tidak ada kuasa untuk mendengar dan bertindak. Apakah kita mahukan kerajaan kita memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika?

Kepada saya lebih kita tidak begitu bising dengan isu seumpama itu. Pertamanya ia bukan berlaku di negara kita. Ia bukan ditayang di negara kita.Makanya dalam kita rasa moden dalam tindakan politik menerusi aksi tunjuk perasaan kita perlu memilih isu yang tepat dan relevan dengan kita bagi memastikan tindakan kita bermutu. Apabila ia tidak tepat maka apa yang disuarakan oleh Nyeh Khoo Ham itu sebagai benar.

Sekiranya kita benar-benar kasih dan ingin memuliakan Rasulullah marilah kita bersalawat ke atasnya serta mempraktikan apa yang dibuat oleh baginda. Berbaik-baik sesama Islam adalah antara suruhan dan tuntutan baginda.  [wm.kl.8: 27 pm 21/09/12]

7 comments:

mahaza said...

selain filem hina Rasululullah, penerbit filem US juga ada mengeluarkan filem menghina Nabi Musa dan Yahudi juga menghina Nabi Isa dan Kristian. Filem arahan Mel Brooke antara contohnya. Saya setuju, demo dan bantahan terhadap negara dalam kes ini USA tidak memberi bekas kerana ianya bukan polisi negara terbabit atau terbitan negara itu sendiri. Demo CSL kata adun Johor gila takde pun?

Unknown said...

Mana pergi Hasan akidah???? Kenapa sunyi dan mana perginya pejuang islam nombor wahid zulkipli nordin????

Unknown said...

BACA Tukartiub.
Amerika sedang mengadakan ex-Keris di Ulu Tiram bersama tentera Amerika.
Macam mana nak kecam Amerika jika semua produk Amerika menjadi pujaan dan kebanggaan orang Melayu?
McDonald, KFC, Apple computer Exxon Mobil (dah jadi Petron kepunyaan anak Mahathir)
Gerakan kempen ini lebih hangat2 taik ayam...

Unknown said...

Terima kasih MSO,
banyakkan selawat dan kembali kepada Sunnah Rasulullah.
Hentikan merokok dan hentikan membeli barang produk Amerika dan eropah...

mahaza said...

Langsung tak nampak apa hasilnya dengan menjadikan orang x bersalah sebagai mangsa korban demo/tentangan - konsulat di Tunisia dan 15 orang awam di Pakistan. Apa kaitan mereka dengan penerbit? Pelakon wanita sendiri saman penerbit sebab filem diedit jadi lain. . . Apa yang nak diperjuangkan? Islam toleransi tapi tak toleransi hal hina ugama? bagus. . . tapi jadikan siapa saja mangsa?

SHAFF said...

Aku rasa mso silap....tunjuk perasaan tu penting....agak2 kalau tjk prsaan tu hanya berlaku di mesir dan disertai oleh beberapa ratus org.....apakah obama akan mintak maaf?....adakah si nakoula laknatullah akan menyorok kerana bimbang kselamtannya?....mungkinkah org bukan islam yg lain akan cuba memahami sensitiviti umat islam?...apa yg mso saran supaya kita mengamalkan sunnah rasulullah saw tu tepat dan betul...tetapi berapa org akan mengamalkan sunnah kerana berlaku penghinaan terhadap nabi saw?....pastinya tjk prsaan ini akan mwmberi tekanan kpd si pelaku....juga kpd US....seperti mana BERSIH dan HIMPUNAN HIJAU berjaya memberi tekanan kepada kerajaan umno....tak gitu..??

mohd sayuti omar said...

Shaff cuba memahami apa yang saya hendak sampaikan itu sebaik mungkin. Mungkin saya gagal untuk menyampaikan mesej saya. Apapun terima kasih.