Thursday, March 21, 2013

Anwar Tidak Perlu Layan Nyamuk Fitnah

ULASAN SORE                                                                                                                

Hak mendapat keadilan undang-undang adalah hak semua warganegara di sesebuah negara merdeka yang termaktub dalam di dalam Perlemnbagaan negara. Dalam negara sekular seperti Malaysia mahkamah sivil merupakan tempat paling tinggi untuk mendapat keadilan bagi seseorang. Apabila Anwar Ibrahim membawa beberapa kes untuk mendapat keadilan dan pembelaan itu adalah prosuder biasa baginya yang masih belum terlucut kerakyatan negara ini. Beliau boleh lakukan.

Tetapi apabila pihak yang mengeji dan memfitnahnya tidak pernah berhenti dari melakukan fitnah demi fitnah walaupun mahkamah telah memutuskan pihak penabur fitnah itu bersalah (dalam kes-kes tertentu berkaitan dengannya), namun mereka masih ligat memburuk dan memfitnahkan Anwar. Seolah-olah keputusan mahkamah yang mengenakan denda atau hukuman ke atas mereka tidak memberi bekas sedikit pun.

Jadi tindakan Anwar itu hanya sia-sia sahaja. Kemenangan dari segi undang-undang dan moral tiak pernah mengajar mereka insaf dan berhenti dari membuat kesalahan seterusnya. Penerusan fitnah ke atas Anwar dan juga fitnah-fitnah lain seperti melanggar keputusan mahkamah berterusan tanpa ada sempadan kesedaran.


Denda atau perintah bayaran bernilai jutaan ringgit dikenakan tidak juga memberi kesan. Bahkan hukuman tertinggi dalam kes-kes melibatkan defamation begitu hanya seseorang pemfitnah itu boleh diistyharkan muflis sekiranya mereka tidak membayar perintah mahkmah. Dan kalau pun mereka tidak membayar mereka sedia menjadi muflis yang mana muflis tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Dalam kata mudah menjadi muflis atau dijatuhi hukuman bankrup tidak memalu dan menghinakan mereka.

Mereka hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam sesuatu perkara sebebas orang tidak muflis. Namun kalau mereka memohon pengecualian dari kerajaan, mereka juga melakukan apa-apa atau memiliki apa-apa seprerti orang bukan muflis juga. Muflis di zaman ini tidak seteruk dan sebusuk muflis di zaman Jepun.

Terbaru Anwar Ibrahim hendak mengambil tindakan ke atas bloger yang pro Umno bernama Papagomo, yang dikatakan telah menyiarkan gambar lucah yang memfitnahnya. Khabarnya bloger ini sudah banyak kali melakukan perbuatan keji dan fitnah. Bukan saja Anwar tetapi politician lain juga berdepan dengan masalah sama dengan si bloger ini.

Kepada saya berasaskan senario yang saya jelaskan di atas tadi, tidak perlu Anwar mengambil tindakan ke atas bloger atau orang-orang seperti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada orangnya dan apa-apa tindakan undang-undang hanya membuat masa dan menganggu agenda perjuangan. Itu pun yang mereka hajati. Ia akan menjadi seperti akhbar Utusan Malaysia, yang tidak tahu rasa malu dan rasa berslaah di atas apa-apa kesalahan yang dialaminya. Bagi akhbar itu fitnah seperti air minum dan nasi makannya saja.

Utusan Malaysia telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah kerana melakukan fitnah dan kerja keji. Adakah akhbar berkenaan insaf dan sedar? Tidak. Bertaubat jauh sekali. Apabila akhbar berkenaan dikendalikan oleh mereka yang tidak ada iman, tidak ada air muka, mereka yang tidak tahu dosa dan pahala lakukan apa saja ke atas mereka ia tidak memberi apa-apa bekas. Seperti kita membaca Hadith dan Quran di hadapan orang yang tidak yakin dengan Quran, ayat-ayat dan firman itu sedikitpun tidak menggetarkan jiwa dan sukmanya.

Nah begitu juga dengan bloger pro Umno berkenaan. Ia malahan suka, gembira dan bahagia kerana diberi saman oleh orang-orang sehebat Anwar. Baginya sudah tidak ada cara lain untuk megah dan bangga melainkan mendapat saman dari tokoh-tokoh hebat seperti Anwar.

Sebaiknya Anwar tidak mempedulikan orang seperti itu. Mengenai fitnah yang dilemparkan, kalaupun Anwar tidak menafikan rakyat semua sudah menafikannya. Bukan setelah melihat gambar atau video lucah itu tetapi sebelum ianya dipamirkan rakyat sudah menolaknnya. Bahkan rakyat sudah menyusunkan pemikiran (mindset) di dalam kepala mengenai apa-apa keburukan yang akan dilempar dan dicampakkan ke atas Anwar si "Ulul Azmin".

Waktu terbaik bagi Anwar kini ialah menghadapi pilihan raya. Tumpukan sepenuh tenaga dan usaha anda untuk memacak panji-panji rakyat. Perkara-perkara kelucahan dan kejijikan begitu biarlah ianya ditelan angin lalu saja dan menjadi pemainan orang-orang seperti bloger berkenaan dan Utusan Malaysia. Jangan pedulikan kepada nyamuk-nyamuk fitnah yang beterbangan untuk menghisap darah sesiapa saja.

Seperkara lagi saya hendak sebut, kalau pun ia diambil tindakan misalnya laproan polis, polis tidak akan cergas untuk membuat siasatan sebaliknya kalau menimpa Anwar barulah polis rajin. [wm.kl.4:25 pm 21/03/13]

 

11 comments:

minat buku said...

Mat Sayuti awak tahu tak makna FITNAH apa? cuba awak jawab mat sayuti woi...

Kebebasan bersuara mesti diberi peluang pada bloggger ini untuk disampaikan pada rakyat jangan ditutup telinga mata mereka hanya terhad pada pihak anda saja.

Kepada Anwar teruskan saman anda tu jangan takut pada FITNAH dan kebenaran jika itu berada dipihak anda. Ini bukan penilaian muktamad utk hari ini saja bahkan puluhan hingga ratusan tahun akan datang.

ps: walaupun tokey blog ni dh gol sekalipun

mohd sayuti omar said...

Saya sengaja lepaskan komen kemetot ini untuk dinilai oleh penjenguk lain. Agaknya apakah yang beliau hendak sampaikan? Dia menamakan dirinya MINAT BUKU, sepatut berilmu dan tahu adat dan peraturan agama. Puas saya cuba memahaminya tetapi saya tak faham, dia suruh berikan kebebasan kepada bloger berkenaan walaupun membicara perihal najis, dan dia juga suruh Anwar saman. Kalau nak komen, komen dalam konteks apa yang saya kemukakan dan cadangkan.
Malunya menamakan diri Minat Buku tetapi tak dapat capai apa yang hendak disampaikan.
Saya tidak akan melayan lagi komen2 seperti ini dan salah satu sebab kenapa saya tak lepas komen ialah komen yang sejenis dengan ini. Tetapi kerana saya menghormati pengomen saya baca dan cuba layan juga. Hanya untuk INIKALILAH. Tanpa pesan dan salam. Maaflah saya sangat jahil mengenai fitnah, jelaslah kemudia anda baca sendiri.

Unknown said...

Salam saudara MSO, sy bukanlh sebijak saudara menghujah bicara..namun tulisan saudara turut telah lama sy ikuti..apa yg pasti tulisan saudara sekadar dn tidak lbh hnya persepsi semata, tiada langsung nilai ilmiahny...sekadar menjadi asam dn garam dlm dunia pencoretan blogger...cuba2 lh menjdi pencoret yg hny pandai menambah dimana yg kurang...jdk lh pencoret yg menzahirkn hasil tulisan yg menjadi cerminan kpd usia anda sendiri...mungkin sy jahil tp sy tidak buta tentang gaya saudara menulis...penuh dgn maksud tapi hampar tanpa fakta yg tepat...

Rillink said...

Assalam Tuan,
Saya bukan-lah penyokong mana mana pati politik..tetapi dalam mengundi pru13 nanti saya akan pangkah pati yang kuat menegakkan ajaran islam.Saya tahu tuan mso condong pada pas dan minatbuku condong pada umno..di-sini saya rasa semua pembaca blog ini dapat menilai mentaliti antara orang pas dan umno dan yang saya nampak orang pas memang bijaksana tetapi orang umno bodoh macam lembu kerana makna fitnah pun tak faham!,saya rasa minatbuku ni hanya minat baca majalah mangga dan baca buku-buku lucah .

sempoi said...

biasalah minatbuku... mungkin dia mati pucuk hahaha

EnChe Guevara said...

" Utusan Malaysia telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah kerana melakukan fitnah dan kerja keji. "

- Syabas Tuan, ini baru satu shj contoh depan mata jika FAKTA yg tepat menjadi kriteria kemuliaan tulisan di mata seseorg.

Atau mungkin jika dahagakan fakta yg teramat paling tepat, boleh lah ke blog blog ahli sufis lagi sucis ('s' plural) di bawah naungan umno. Di sana mungkin akan ketemu segala kecerdikan se alam semesta.

Unknown said...

Jamal Bahri

Setuju sangat dgn komen anda.

Unknown said...

Setuju dgn MSO,tak payah siarkan komen2 yg tak ilmiah dan emosional,kita boleh terima kritikan tapi biarlah dgn minda yg tenang,bukan kritikan amarah.Ada pro kontranya tindakan sdr anwar menyaman blogger tersebut,yg bersetuju mungkin mengatakan tindakan tersebut dpt membersihkan nama anwar jika didapati anwar tidak bersalah,mendiamkan diri seolah2 anwar membiarkan org ramai mengiyakan tuduhan tersebut,masih ramai diluar sana golongan yg berada atas pagar,sangsi dgn apa yg berlaku.
Bg setgh org,tindakan anwar membuang masa dan tenaga,kenapa perlu dilayan isu2 picisan seperti ini,bukankah mahkamah sudah membuktikan yg beliau tidak bersalah sebelum ini.Secara peribadi saya setuju dgn tindakan menyaman tersebut cuma berharap saudara anwar terus tumpukan perhatian pd perjuangan PR,serahkan sepenuhnya tuduhan tersebut kepd peguam beliau,teruskan agenda utk rakyat,usah diungkitkan lagi isu ini,sekrg kita sudah memasuki masa tambahan,kita kena terus menyerang,pasukan yg lalai akan ditewaskan.

Asrul Sani said...

Saudara Minat Buku,

Selalunya bila sesuatu perkara terjadi ke atas orang lain, kita hanya melihat dari perspektif yang berbeza berbanding dengan perkara yang terjadi ke atas diri kita sendiri. Dalam bahasa mudah untuk orang yang cuma tamat sekolah rendah ialah....apabila PAPAGOMO mengeluarkan video seks mengaitkan Anwar Ibrahim di dalam blognya dan mencerca peribadi pemimpin itu, orang-orang yang membenci Anwar Ibrahim akan menjastifikasikan bahawa itu adalah kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat yang harus dibenarkan.

bagaimana pula jika suatu hari PAPAGOMO menerbitkan video yang serupa memaparkan wajah mirip isteri saudara atau ibu saudara yang sedang mengentot dengan Mamat Bangla lalu mencerca moral isteri/ibu saudara. Adakah di ketika itu saudara tetap akan berpegang kepada pendirian... biarkanlah...ianya adalah kebebasan menyuarakan pendapat. janganlah jadi hipokret semasa hidup yang singkat ini.

eeyet said...

Kupasan saudara mso menggagumkan kerana bagi saya ia satu peringatan. Mengapa perlu membuang masa kepada perkara yg sedemikian. DSAI adalah nama yg jauh lebih besar berbanding Papagomo. Benar ianya umpama nyamuk berdesir ditelinga ketika kita tidur. Tapi jika kita berjaya menepuknya dgn sekali tepuk. Dunia terasa aman.

abu aizad said...

Kepada minat buku, elok rasanya kalau sedara sendiri pergi join papagomo atau sesapa yang nak rakam aksi org yg bernama Anwar masa beliau nak 'beraksi' lucah kat mana2 tempat rahsia. Kalau confirm betul, panggillah polis atau penguatkuasa jabatan agama, tangkap dan hebah kat TV. Baru gempak...ini setakat rakam lepas tu hebah kat internet, sapa nak percaya?