SELEPAS ASAR
Tiada maklumat perkembangan semasa keadaan di Lahad Datu, Semporna dan juga daerah-daerah berdekatan lokasi pencerobohan di Sabah. Tidak seperti mana lazim bila berlaku tragedi tanah runtuh atau kemusnahan lain, media akan membuat lintas langsung dan laporan dari masa ke semasa sekerap mungkin.
Apa yang berlaku di Sabah gelap dari pengetahuan kita. Bagaimana perkambangan di Lahad Datu kita tidak tahu. Polis pula tidak membuat penjelasan dan kenyataan semasa. Mungkin bila berada dalam suasana perang begitulah keadaanya. Maklumat menjadi sulit ini menyebabkan orang ramai menjadi kelam kabut dan keliru.
Tentunya mereka yang ada waris atau saudara di daerah-daerah terlibat dalam kecemasa. Apa lagi sanak saudara anggota keselamatan yang dihantar bertugas di sana lagi diamuk bimbang dan rasa takut.
Apakah ada usaha hendak melindungi apa yang sedang berlaku di sana? Berbagai maklumat liar atau pun SMS dari kekawan di lokasi berkenaan atau di Sabah cukup mencemas dan merisaukan kita. Mereka memberi gambaran yang Sabah dalam kritikal.
Seorang rakan dari Tuaran yang menerima SMS dari saudaranya di Lahad Datu, memaklumkan keadaan di Lahad Datu sudah seperti dalam medan perang. Semua rumah ditutup dan penduduk melarikan diri. Keadaan kucar kacir dan berlaku kesadisan dahsyat.
Polis berkawal di mana-mana saja. Semua jalan masuk ke Lahad Datu dan Semporna dikawal.
Seorang rakan dari Kudat pula memberi tahu dia di dalam keadaan siap sedia, menanti arahan saja untuk menyelamatkan diri. Kudat masih belum terjejas tetapi penduduk sudah alert, katanya.
Dalam pada itu rakyat Sabah yang bimbang dengan kejadian itu mengharap semua umat Islam berdoa agar Allah melindungi mereka. "Berdoalah untuk kami di sini, kami dalam ambang peperangan," kata salah seorang yang lain. "Kami takut...," tambahnya lagi menghiris perasaan kita di sini.
Sehubungan itu PAS Kelantan mungkin boleh menganjurkan solat hajat besar-besar untuk mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Sabah dan juga anggota pasukan yang dikerah untuk mempertahankan tanah air. Solat hajat itu boleh diadakan di stadium seperti selalunya. Panggil sama pemimpin Umno untuk sama-sama bersolat hajat. Jemput dan undang Sultan Mohamad ke IV sama agar menjadi imam kepada solat berkenaan.
PAS atau kerajaan Kelantan memang pakar di dalam hal ini. Lupakan agenda politik dan insaflah dengan apa yang sedang berlaku. [wm.kl.5:36 pm 03/03/13]
1 comment:
Cadangan yang cukup baik. Hendaknya PAS setiap negeri juga menganjurkan perkara yang sama. Biarlah PAS mendahului hal-hal sebegini. Tak perlu rasanya untuk menanti keadaan bertambah buruk lagi. Buktikan kepada orang-orang di sana yang kita tidak pernah melupai mereka. Untuk rakyat Palestine kita boleh anjur, kenapa tidak dengan rakan senegara sendiri. Ayuh, PAS!
Post a Comment