BICARA SABTU
Langkah yang diambil oleh MB Kedah yang baru Mukhriz Mahathir untuk menilai pencapaian atau prestasi Exconya setiap setahun sekali boleh ditiru oleh MB Kelantan, Ahmad Yaakob. Mukhriz berkata dia akan membuat penilaian ke atas Exconya menerusi Indeks Prestasi Utama (KPI) setahun sekali.
Menerusi tindakan ini kesemua exco di Kedah akan dinilai dan sekiranya mereka tidak mencapai indeks yang ditetapkan mereka akan digugurkan. Langkah Mukhriz itu adalah untuk memberi kesan dan memastikan Exco dilantik berkebolehan dan mampu melaksanakan tanggungjawab.
Tidak menjadi kesalahan bagi MB Kelantan kalau meniru sesuatu yang baik dari sesiapa saja. Apa dilakukan Mukhriz itu baik bagi memastikan perlaksanaan segala pembangunan dan kebajikan untuk rakyat menerusi portfolio masing-masing berjalan lancar. Maka wajar kalau Ahmad juga berbuat benda yang sama.
Tanpa ada penilaian preatasi berkenaan dan Exco dilepas bagaikan haiwan ternakan di padang ragut menyebabkan Exco melakukan atau berbuat sesuka hati mereka saja. Mereka akan menggunakan porfolio mereka tanpa berlandaskan kepada dasar dan konsep kerajaan. Dengan ada KPI itu para Exco akan berhati-hati dan masing-masing akan mejaga keupayaan diri seperti mana diharapkan. Dengan cara itu juga kewajiban mereka kepada negeri dan rakyat juga terjamin.
Sikap menjadikan porfolio sebagai syarikat sendirian berhad tanpa boleh dikongsi dan ditegur oleh rakan Exco lain rasanya tidak begitu kondusif lagi. Bekerja secara berpasukan lebih penting kerana ada sesetengah Exco tidak mempunyai keupayaan selayaknya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Malang lagi exco yang tidak berdaya maju dan kreatif tidak boleh ditegur atau diberi pandangan atau sukar untuk menerima kritikan sesama sendiri.
Pemilihan Exco itu sendiri bukan berdasarkan kepada track record dan pengalaman masa lampau tetapi lebih kepada soal senioriti dan kedudukan dalam parti. Cara pemilihan demikian juga sudah usang dan perlu dirombak kerana ia tidak membawa kesan besar kepada kerajaan. Seseorang yang hendak dilantik menjadi Exco bukan dilihat kepada ketuaannya tetapi kepada kebolehannya, justeru sebelum Exco dilantik resumenya perlu dilihat.
Apabila KPI dikenakan kepada Exco, MB akan dapat mengetahui sejauh mana kebolehan seseorang Exco itu., Dan mana-mana Exco yang tidak dapat mencapai tahap yang dikehendaki mereka hendaklah diberhentikan atau pun lebih gentlemen mereka berhenti sendiri secara sukarela. Tidak ada guna 'sikit abuk' kalau menjadi Exco hanya setakat makan gaji buta ataupun kemajuannya dilihat dengan mengadakan lawatan ke luar negara tanpa memberi banyak faedah. Setiap orang Exco juga harus malu kepada keempukan kusyen keretanya yang dibawa oleh driver.
Dalam soal ini Sultan juga yang menjadi prestui kepada perlantikan Exco perlu tegas dan turut membuat penilaian sendiri dalam soal ini. Sekiranya didapati mana-mana Exco relatif tidak mampu melaksanakan tugas Sultan perlulah menarik balik perkenannya pada bila-bila masa tanpa menunggu Exco berkenaan kalah dalam pilihan raya baru hendak digugurkan.
Sehubungan dengan itu MB hendaklah mengarahkan kepada semua Exco agar mengadakan satu projek blue print untuk menguji sejauh mana kebolehan dan kesungguhan seseorang Exco itu. Projek blue print yang dikemukakan oleh Exco itu kemudian dedahkan kepada rakyat untuk dinilai dari segi kemunasabahan dan sejauh mana daya kreativiti Exco berkenaan. Dari sini juga rakyat akan tahu nilai dan kemampuan Exco.
Seperkara lagi yang perlu ditekankan oleh MB Kelantan yang baru ialah, mengenai lawatan ke luar negara yang mana sebelum ini didapati tidak ada laporan disediakan. Setiap lawatan ke luar negeri baik oleh Exco, wakil rakyat, PBT atau mana-mana agensi kerajaan hendaklah menyediakan laporan lawatan kerja bertulis. Laporan secara lisan menerusi mesyuarat atau kedai-kedia kopi rasanya sudah tidak sesuai lagi. MB kena memastikan pentadbirannya profesional dan cekap.
Kegagalan MB untuk melaksanakan dan menguatkuasakan cadangan ini juga akan disuluh dan ditilik kepada kemampuan beliau sebagai MB. Justeru Ahmad kena tegas, prihatin dan tidak perlu banyak bertolak ansur mengenai pentadbiran dan pengurusan. Beliau juga perlahan-lahan kena melakukan perubahan dan menambahkan keyakinan ke atas dirinya dari sebagai pembantu MB kepada seorang MB ini Ketua Eksekutif Negeri Kelantan.
Dalam tempoh 100 hari sesuatu yang lebih tegas dan signifiken perlu dilakukan. [wm.kl.9:59 am 18/05/13]
3 comments:
Buat pemimpin kerajaan Kelantan,rakyat memerhatikan anda.Masa utk berpolitik telah tamat,sekarang adalah masa utk melaksanakan amanah rakyat.Kami mahu lihat sesuatu yg signifikan dari anda. Anda akan dihukum sekiranya gagal.
saya sangat setuju ngan tuan, cara MB selangar penggal dulu juga blh diambil sebagai pengguat sokongan dan kepercayaan orang2 kg kepada keraajaan negeri. Kerajaan selangor sebelum ini mengadakan pertemuaan antara exco dan rakyat setiap jeruk kg. mendengar, meneliti masalah yang di rasai mereka.Jika ada masalah yang blh diselesaikan dgn cepat dalam masa dua minggu bantuan akan sampai. Insyaallah, rakyat akan merasai MB Kelantan dan exco mereka yang baru ini bersama rakyat. sekadar cadangan. terima kasih.
Masih ramai rakyat di Kelantan yg tidak memp tempat tinggal yg sewajarnya sesuai zaman millenium ...parlimen bachok esp..kerajaan mesti ikhlas tanpa mengira fahaman politik layanan mesti sama rata..mereka akan menilai Allah akan beri ganjaran...Jgn berpolitiking ketika mnjlnkan tnggngjwb..semua rakyat berhak lynan yg adil...para adun, mp, xco akan disoal di SANA nnt...
Post a Comment