Saturday, November 22, 2014

Noh perlu panggil Pas untuk kuatkan Umno Selangor

SUSUPAN SENJA                                                                                           

Noh Omar memberi tahu yang Mohd Najib Razak masih mahukan beliau terus memimpin Umno Selangor. Menurutnya, walaupun beliau tidak keberatan sekiranya digugur sebagai Pengerusi Umno Selangor, tetapi Najib tetap mahukan dia memimpin Umno Selangor. Ertinya Najib masih ada kepercayaan kepada bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

Noh Omar
Jaminan Najib itu sudah tentu menggembirakan Noh Omar yang sebelum ini dikirik oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga mencadangkan agar Umno Selangor dibubarkan. Kritikan Mahathir itu membikinkan Noh tidak lelap tidur. Mujur tidak ada sambutan hangat terhadap cadangan Mahathir itu. Kalau ia disambut sudah tentu kedudukan pengerusi Umno Selangor akan berubah dalam masa terdekat.

Jaminan daripada Najib itu diperolehi Noh ketika beliau bertemu dengan Najib empat biji mata Selasa lalu. Pertemuan empat biji mata itu dianggap sebagai penting dan eksklusif.

Bagaimana pun disamping diberi peluang memimpin Umno Selangor, Noh diminta agar melakukan pembaikipulihan dalam Umno Selangor ini bagi memastikan parti itu dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Apa yang dapat disimpulkan dengan jaminan Najib supaya Noh meneruskan pimpinan Selangor menunjukkan Umno ketandusan pemimpin di negeri terkaya di Malaysia itu. Dengan mengekalkan Noh itu menggambarkan Noh adalah pemimpin terbaik setakat ini. Sekiranya ada tokoh yang lebih baik daripada Noh sudah pasti Najib sedia membubarkan Umno dan mencari ketua baru.

Menarik juga apabila Noh diminta melakukan pembaikkan itu. Apakah agaknya idea Noh dalam hal ini. Noh sudah pasti diberi peluang terakhir untuk membawa kejayaan kepada Umno Selangor. Sekiranya Umno masih gagal ini bermakna nyawa dan nafas politik Noh akan berakhir.

Dalam hal ini suka saya mencadangkan kepada Noh untuk kelangsungan riwayatnya dalam politik di Selangor. Jalan lain untuk mengukuhkan kedudukan Umno Selangor dirasakan payah. Bukan senang juga untuk Noh menggerakan semangat Umno Selangor termasuk pemimpin peringkat bahagian agar bersamanya. Khabarnya bukan semua ketua-ketua bahagian senang dengan Noh, manakala anak-anak muda tidak melihat Noh sebagai ketua yang ada idea dan wawasan.

Hanya satu cara yang saya nampak bagi Noh memulihkan keadaan dan seterusnya mengatur jalan untuk merampas Selangor daripada PKR dan DAP. Caranya Noh mesti berusaha untuk membawa Pas bersama Umno. Itu sahaja caranya. Noh memerlukan bantuan Pas untuk merampas Selangor. Umum tahu sesetengah pemimpin Pas Selangior berminat untuk bergabung dengan Umno atas maslahat untuk kepentingan agama dan bangsa. Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.

Kenapa tidak Noh merapatkan diri dengan mereka ini. Bukankah sebelum ini sudah ada gagasan dan agenda untuk menyatukan Pas dengan Umno. Nah, Noh boleh mengambil kesempatan atas minat sesetengah pemimpin Pas ini. Keinginan sesetengah pemimpin Pas ini juga tidak dapat dibendung lagi. Penentangan terhadap Dr Wan Azizan Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan MB daripada Khalid Ibrahim memberi petunjuk yang mereka itu senang dengan Umno. Apakah gerak bawah ini tidak difahami Noh?

Bagi memudahkan usaha Noh berbaik dan berpakat dengan Umno ini Noh boleh merisik khabar dengan beberapa personaliti berwajah ustaz dan ulama dalam Pas. Mereka yang mempercayai kedudukan Islam dan bangsa Melayu terancam waktu ini pasti sedia membuka jabatan tangan dengan Noh.

Mungkin Noh boleh mencari dan bermuzakarah dengan beberapa pemimpin Dewan Pemuda Pas yang pernah menghadiri dialog cendekiwan pada dua tiga tahun lepas yang turut mencari formula bagaimana hendak menggabungkan Pas dengan Umno.

Dalam masa sama juga mungkin Noh boleh swastakan Umno kepada bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dikatakan disayangi oleh rakyat. Aset yang ada kepada Khalid itu sepatutnya dimanfaatkan oleh Noh. Noh dan Umno perlu menggunakan kehebatan Khalid. Ia tidak sukar kerana Khalid sendiri adalah bekas ahli parti Umno.

Sudah pasti kehadiran Khalid dan beberapa pemimpin Pas akan menguatkan dan membantu Umno untuk merampas kerajaan Selangor. Mereka juga akan menjadi penyelamat kepada Melayu dan Islam di Selangor yang digambar-gemburkan dalam keadaan terancam muasir ini.Perjuangan Khalid dan beberapa pemimpin Pas yang obses kepada agama dan Islam juga sejalur sejalan dengan Umno.

Saya rasa kalau Noh berjaya memancing Khalid dan beberapa pimpinan Pas Selangor dan juga beberapa pemuda Pas Malaysia itu sudah pasti Umno akan mendapat result yang baik dalam pilihan raya akan datang?

Untuk tujuan ini Noh juga boleh cuba merintis jalan dan merisik pendirian beberapa ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang kini sangat jelas kemiringan menara imannya, kemudian kemukakan cadangan atau pelan ini kepada Najib. Itulah cara bagi Noh untuk menguatkan Umno dan menjamin riwayat politiknya panjang. [wm.kl.6:48 pm 22/11/14]

3 comments:

Unknown said...

Setelah berulang kali cuba memahami isi pandangan ini saya sangat bersetuju dengan MSO ini adalah cadangan yang paling bernas yang pernah diberi kepada UMNO Selangor...saya rasa calon PAS yang paling sesiai afa lah Din Ayam kerana kebal dia lagi power dari yang lain

sizzly7761 said...

Untuk mudahkan urusan dengan PAS, Noh boleh lantik broker @ barua (ikut istilah Haji Hadi) kuasa seperti Nasha atau Hasan akidah atau Dr. UG Marzuki untuk merintis persenyawaan PAS dan UMNO.... Aduhai.. tajam sungguh sindiran MSO!

Unknown said...

Subhanallah.... Ustaz terompah kau bersalut najis mana yang mahu bergabung dengan umno?