Gema penubuhan parti baru
Tuan muktamar Pas
ke-61 lalu yang berjalan dalam keadaan kotor telah meninggalkan bekas
yang busuk kepada PAS hari ini. Mereka yang kalah seakan sudah berpatah
arang untuk tidak bersama PAS lagi. Apa yang saya bimbangkan sebelum ini
tampaknya akan menjadi kenyataan. Awal-awal lagi saya sudah mengatakan
kalau tidak kena lagu, pemilihan dalam PAS yang tanpa dikawal dengan tertib menyebabkan yang menang jadi
arang dan yang kalah jadi abu.
Saya menganalogikan pemilihan dalam PAS lalu seperti tindakan puak Serb di Bosnia cuba
melakukan ethnic cleansing, ke atas kaum Bosnia Muslim. Serb mahu hapuskan ethnic itu dan mahu hidup secara memonopoli bumi Bosnia - Hazegovina. Peristiwa yang berlaku di Eropah Timur 10 tahun lepas itu sungguh
mengerikan dan satu pembunuhan manusia yang paling dahsyat.
Saya melihat
usaha dilakukan setengah pihak dalam PAS itu tak ubah seperti apa yang
berlaku di Serb itu. Dan kekalahan hampir semua golongan progresif dalam pertandingan itu menjelaskan kesadisan tindakan satu puak lagi dalam PAS itu, puak ad-Din.
Hari ini sudah tampak keadaan itu.
Tuan tentu mengikuti dengan teliti perkembangan dan telatah mereka yang
kalah. Mereka sudah sepakat dan membentuk kumpulan yang mereka namakan
sebagai G18. Apakah maksud "G" itu saya sendiri tidak arif. Mungkin juga
"gila" atau pun "gempur" ataupun "ganas". Tetapi angka 18 sempena
dengan bilangan mereka yang kalah barang kali, seramai 18 orang. Tetapi
ada yang juga menang bersama mereka, dan ada juga yang tidak ikut
berhimpun di Bakri Muar tempoh hari. Kedua mereka berasal dari Kelantan.
Kewujudan G18
dipandang negatif oleh Tuan seolah-olah ia tidak akan ke mana. Menerusi
surat terbuka Tuan kepada ahli PAS, Tuan membayangkan kumpulan itu akan
tenggelam. Saya pun ada mengulas surat Tuan itu dalam blog ini dua tiga hari
lepas dan mungkin Tuan membacanya atau tidak.
Walaupun surat itu bersifat umum untuk semua ahli, tetapi maksud tersiratnya ditujukan khas kepada kumpulan itu. Ia
ditulis adalah kerana perkembangan yang berlaku dalam PAS ketika ini, pasca muktamar.
Surat itu walaupun ia bersifat pesimis kepada hasrat kumpulan G18 yang
sedang menyusun dan membina kekuatan untuk membina wadah baharu buat
mereka, tetapi ia bertolak daripada kebimbangan Tuan sendiri mengenai
perpecahan dalam PAS.
Hati kecil Tuan tidak boleh melindungi detik kebimbangan yang tersudut. Sebagai orang masih waras bohonglah kalau Tuan sebagai presiden tidak gerum dengan apa yang berlaku. Kecualilah Tuan sudah tidak waras lagi dan melihat sesuatu tanpa deria dan perasaan, atau lebih tepat melihat dengan mata dan hati Badwi.
Sangat ego sifat tuan apabila
mengatakan mereka akan tenggelam berdasarkan kepada sejarah masa lampau
penubuhan parti serpihan atau compingan baik dalam PAS dan juga
parti-parti lain yang semuanya tidak berdaya maju dan dapat survive. Betullah
sejarah melakar begitu. Tetapi berhubung dengan usaha G18 ini yang mendapat dokongan beberapa Ngo terkemuka serta kumpulan anak-anak muda, Tuan sepatutnya
tidak memandang dari sudut kegagalan dan kehancurannya, tetapi Tuan juga
perlu melihat kesan negatif kepada PAS. Tuan perlu memikirkan nasib PAS di
masa depan bermusibah daripada tindakan G18 ini.
Sebagai
presiden yang menjadi bapa, Tuan tidak sahaja boleh memberi pandangan
negatif atas penubuhan itu, sebaliknya seruan dan pandangan positif untuk memyelamatkan PAS.
Kebimbangan Tuan itu berasaskan sejarah, lampau, tetapi apa yang sedang
Tuan dan PAS hadapi ialah situasi dan kondisi kontemporari. Bahawa keadaan lama itu tidak terpakai dalam membuat penilaian terhadap gerakan G18 itu atau suasana semasa. Tuan haru mempunyai bacaan politik yang jauh dan mendalam bukan berlandasan ego dan keras kepala.
Ada
beberapa faktor kenapa saya berkata begitu. Pertamanya kalau wujud
wadah atau parti baharu yang diusahakan oleh G18, atau mana-mana pihak
yang kecewa dengan PAS dan yang bekerjasama dengan NGO, ia berbeza
dengan kewujudan serpihan atau parti comping PAS, laksana, Berjasa atau
Hamim. Hasrat atau aspirasi itu berbeza. Ia dibuat oleh satu kumpulan
dan gerakan. Ia bukan berlandaskan kepada perjuangan peribadi seperti mana tertubuhnya Berjasa dan Hamim itu.
Wadah
baru itu pula akan membawa aspirasi dan harapan baharu. Ia menjadi
pemangkin kepada kehendak rakyat, Pakatan Rakyat. Kalau ia wujud sudah
tentu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak ada lagi. Dalam
pengamatan saya DAP dan PKR akan berpihak kepada kumpulan baru ini.
Individu yang ada dalam kumpulan G18 ini lebih mudah dan serasi dengan
kedua-dua parti berkenaan. Jadi kemanakah PAS selepas ini. Bersama
Umno?
Perlu disebut layanan baik PKR kepada PAS khasnya di Selangor bersifat sementara sahaja. Ia bukan sesuatu yang kekal dan dibuat dengan suci hati seperti dahulu. PKR hanya ingin memastikan kerajaan yang diketua itu kekal sehingga habis penggal Dewan Undangan Negeri kini. Tuan harus tahu menilai dan melihat akan keserasian PKR bukan dengan PAS tetapi dengan DAP.
Faktor kedua ialah, kalau wadah baharu itu muncul ia menjadi
pengganti PAS. Kalau kedudukannya jelas dan nyata sebegitu tujuan
penubuhannya bermakna PAS akan hilang dan tiada dalam pakatan baru
kelak.Justeru bagi membendung keadaan ini Tuan dan para pimpinan PAS perlu bangkit segera dan terus menghijaukan PAS melestarikan dengan suasana ketika ini. Kelewatan dan "kebetakkan" Tuan bertindak ia memberi kedukaan panjang kepada PAS.
Kepada saya Tuan, baik Tuan berusaha
mengelakkan diwujudkan parti baharu itu yang bakal disertai oleh ahli
parti yang tidak senang dan muak dengan kepimpinan Tuan yang dikatakan
tidak konsisten tidak profesional, dan selalu membuat puisngan "U" dan "S" dalam sesuatu keputusan dan tindakan. Tuan juga perlu meralat kembali hasrat untuk berpisah dengan DAP itu. Walaupun hubungan PAS dengan DAP kini sudah terbelah, namun ia masih belum menjadi puing-puing lagi.
Untuk tujuan ini langkah berbaik-baik
perlu dibuat. Satu mekanimse perlu dicari bagaimana untuk perkemaskan semula ikatan Pakatan Rakyat. Semak kembali idea dan cadangan yang dilontar oleh orang-orang tertentu yang sudah termakan oleh Tuan itu. Masa masih ada.
Sementara parti baharu itu belum menjadi kenyataan, atau
masih dalam kandungan, jangan tunggu ia keluar dia sebagai bayi.
Kandungan itu harus di"salur"kan, digugurkan. Kerana apabila ia sudah
keluar menjadi jani dan bayi yang bakal menyusahkan PAS. Kalau ia tidak
mampu menyangi PAS setidak-tidaknya tangis dan renget bayi itu membosankan
telinga.
Saya minta Tuan buang perasaan ego,
sombong dan bongkok serta perasaan berasakan diri hebat demi masa depan
PAS sendiri. Tuan mempunyai hak dan kuasa untuk memastikan ke mana PAS
dalam keadaan sekaranng ini. Tuan berpeluang dengan kuasa yang
diamanahkan oleh ahli. Sekiranya Tuan ragu-ragu mungkin Tuan boleh
panggil mesyuarat khas untuk menentukan masa depan PAS.
Tuan
perlu menghening cipta sejenak untuk melihat kepada PAS. Kejayaan
dicapai sebelum ini (semasa berkoliasi dengan DAP dan PKR) harus dijadikan rangsangan kepada Tuan dan juga macam
mana PAS menjadi harapan rakyat. Percaya dan yakinlah dengan PAS yang
dipecah pecilkan kini, impian PAS untuk menjadi sebuah parti besar dan
alternatif kepada UMNO akan berakhir. Kecualilah Tuan ada hasrat ingin
membawa PAS untuk bergabung dengan Umno.
Dan kalau benar Tuan masih menyimpan angin lama untuk bersama Umno, sebagai taubat nasuha atas kesilapan Tuan mengkafikirkan Umno selama ini, Tuan tidak payah berdolak dalik, Tuan harus nyatakan dengan tegas dan berani. Seorang pemimpin perlu bersikap tegas, jujur dan konsisten dengan keputusannya. Secara peribadi sebagai pemerhati saya berasakan tidak salah kalau Tuan mengambil keputusan untuk bersama Umno, ia bukan merupakan dosa, tetapi keputusan dan hajat itu hendaklah dijelaskan dengan terang dan nyata.
Tidak baik menipu ahli dan penipuan itu sendiri merupakan sifat tercela dalam Islam. Ia dinamakan sebagai munafik.
Waktu sekarang ini untuk Tuan membawa PAS hidup bersama Umno adalah terbaik. Saat Tuan dan kepimpinan baru yang "seraga" dengan Tuan. Saya yakin kalau PAS mengadakan muktamar PAS untuk menentukan masa depannya dengan Umno, Tuan akan berjaya. Muktamar PAS akan bersetuju dengan apa jua rangka dan cadangan Jawatankuasa kerja PAS yang Tuan mengetuainya. Sikap wala' taat yang menebal di kalangan ahli kepada kepimpinan Tuan waktu ini, memudahkan segala niat yang Tuan rasakan suci itu.
Silakan... Bersambung.
No comments:
Post a Comment