KHABAR TAK SAHIH
Sudah hampir dua minggu Bank Negara tidak mempunyai Gebenur. Zati Aziz sudah bersara mulai 1 April lalu. Cerita siapa dia akan dilantik menjadi pengganti Zeti juga senyap sunyi. Secara amalannya Gebenur Negara dilantik oleh jawatankuasa tadbir urus. Ia tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri.
Tetapi bolehkah dalam situasi hari ini perdana menteri yang diserang oleh segenap penjuru dunia, beliau tidak akan masuk campur. Para penganalisa kewangan berharap Gebenur Bank Negara tidak akan dilantik di kalangan orang politik. Biarlah peneraju bank pusat itu diuruskan oleh mereka yang pakar dan tidak menunjukkan kecenderungan melampau kepada politik agar ia bergerak bebas sesuai dengan fungsi dan peranannya.
Seperti dikatakan tadi, dalam keadaan Najib terhimpit kini apakah beliau akan akur kepada permintaan itu? Tidakkah beliau akan merestui pelanbtikan itu dari kalangan individu yang sedia samina dan wathana kepadanya?
Salah seorang yang disebut-sebut akan dilantik menjadi gebenur bank negara ialah Awang Adek Hussein, yang kini merupakan duta khas Malaysia ke Amerika Syarikat. Awang Adek juga pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebagai timbalan gebenur. Beliau berhenti untuk menceburi diri dalam politik Umno sepenuh masa.
Pernah bertanding di parlimen Bachok, menang dan dilantik menjadi timbalan menteri kewangan.
Memang disegi kelayakan Awang Adek layak untuk menduduki gebenur bank negara. Soalnya dia telah mengotori dirinya dengan menjadi ahli politik.
Khabarnya Awang Adek kini berada di tanah air sejak sehari dua ini. Ada cerita dari kejauhan dia dipanggil pulang untuk mengahadap Najib selepas PM itu pulang dari persidangan Negara-Negara Islam (OIC) di Turki. Awang Adek dijangka menghadap Najib Isnin.
Apakah pemanggilan Awang Adek pulang itu ada kena mengena dengan pelantikan Ketua Umno Bahagian Bachok dan bekas ahli Parlimen Bachok itu sebagai Gebenur menggantikan Zeti. Kita tunggu. [wm.kl.3:53 pm 13/04/16]
No comments:
Post a Comment