Sebahagian hadirin di pelancaran PH Johor. |
Kedua-dua acara itu membawa signifikan tersendiri. Di Teluk Jembal, Terengganu Pas mahu menunjukkan kekuatannya serta semangat menjelang Piraum ke-14 tidak lama lagi. Parti itu mahu menzahirkan kekuatan fizikal, kesepaduan ahli dan menggerak semangat istiqamah para ahlinya.
Sebahagian hadirin di Fastaqim 2:0. |
Pencapaian sasaran itu juga membuktikan bahawa kepimpinan Pas kini diwajahi ulama konsevertif diterima umum. Sebaliknya jika ia gagal acara itu memberi kesan "masam" kepada parti gemulah chek ambo itu.
Apakah sasaran itu akan dicapai? Ia sedikit meragukan kerana sehingga semalam tidak sampai 50,000 yang hadir dilaporkan. Tidak banyak juga gambar yang dipasang di facebook atau pun dalam media sosial lain.
Apa yang ralatnya juga majlis malam pertama semalam katanya terhalang dengan angin ribut dan hujan bahkan ketika salah seorang pemimpin berucap, melantun guruh yang memeranjatkan. Bagaimana pun tiada kecederaan yang dilaporkan. Semoga sahaja majlis itu dilindungi Allah s.w.t. Kejadian petik dan guruh itu akan dijadikan bahan pemikiran.
Nawaitu yang sama.
Pemimpin PH membuka banner pelacaran PH Johor. |
Dengan pelancaran semalam rasminya PH Johor meletakkan kerjanya untuk menganyang UBN dan menjadikan PH sebagai wadah baharu kepada rakyat Johor. Harapan lebih besar diterbitkan dari acara semalam ialah mahu mencatat sejarah baru dalam arena politik negara ini yang diharap bermula di Johior. PH mahu tawan Johor menjadikan Johor sebagai negeri perintis kepada penawanan Malaysia. Ehwah...
Sebenarnya PH Johor sudah bergerak beberapa bulan sebelum ini. Pelancaran semalam yang dihadiri ribuan rakyat menunjukkan PH yang terdiri gabungan empat buah parti, PKR, DAP, AMANAH dan PPBB mulai diterima oleh rakyat Johor. Kesuksesan acara semalam memberi petanda baik yang tidak boleh dilihat sebelah mata oleh UBN Johor.
Seperti mana kata Presiden PBBM Muhyiddin Yassin yang diangkat menjadi kapten utama PH Johor bergandingan dengan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub bersama pemimpin-pemimpin lain, selepas pelancaran itu, PH selepas ini akan bergerak disegenap pelusuk negeri Johor memasuki bukan sahaja kawasan ubran (bandar yang telah lama dimasuki) tetapi kawasan luar bandar juga.
Tumpuan khusus diberikan kepada kawasan Felda yang menjadi kawasan kuat Umno selama ini. Sekiranya PH dapat menguasai setengah kawasan luar bandar yang dominan Melayu, tidak mustahil satu sejarah baharu yang diimpikan itu akan tercatat di Johor apabila kekuadaan UBN sejak tahun 1955 akan ternafi. Di kawasan bandar gabungan itu tidak begitu bimbang kerana kerabatnya DAP memberi jaminan akan menguasai kawasan bandar.
Muhyiddin malam tadi menzahirkan harapan besar rakyat Johor akan mencatat sejarah dalam pilihan raya akan datang, dan mahu menjadikan Johor sebagai barisan hadapan untuk menguasai Malaysia. Dalam katanya, dengan track record yang ada kepada rakyat Johor beliau mahu menjadikan Johor sebagai negeri perintis menakluki Malaysia.
Apa disuarakan itu tidak mustahil kerana rakyat Johor telah membuktikan keupayaan mereka dan merekodkan sejarah politik tersendiri. Di Johorlah Umno ditubuhkan kemudian dengan Umno berjaya menghalau penjajah dari negara ini. Atas sejarah itulah Muhyiddin mengajak rakyat Johor bangkit sekali lagi melakukan tindakan berani untuk membersihkan negara yang dikotorikan oleh Najib Razak.
Dr Mahathir berucap melancarkan PH Johor. |
Harapan Muhyiddin itu selari dengan apa disuarakan oleh Saifuddin Nasutiion Ismail yang menyifatkan bumi Johor subur dengan Pakatan Harapan. Sementara Salauddin pula yakin Johor akan jatuh kepada PH dan ianya akan dilakukan dengan cara politik Johor yang penuh tata susila dan santun.
"Gelombang di Johor (kejatuhan UBN) akan berlaku dengan kesantunan orang Johor," kata Salahuddin yang begitu optimis semangat dan sikap sopan satun orang Johor, politik matang akan menarik hati rakyat seterusnya memberi peluang kepada PH.
Ternampak sekali pada majlis semalam wujud kesepakatan dan kesepaduan di kalangan pemimpin PH. Parti itu juga mencapai konsesus untuk saling bantu membantu dalam pilihan raya akan datang. Pasti kalau ini dapat direalisasikan, apa yang diimpikan itu akan berjaya.
Dan bagaimana dengan Fastaqim 2:0 di Tok Jembal Kuala Nerus itu pula. Untuk menuntaskan acara itu di sini tidak adil kerana ia akan berakhir malam ini. Apakah sasaran tercapai dan apakah solusi dari himpunan itu dan sejauh mana kesannya dapat dilihat selepas ini. Paling ditunggu kejutan dijanjikan di acara itu sama ada berlaku atau pun tidak. Apa yang jelas acara di Johor semalam lebih bersemangat dengan acara di Terengganu itu. [wm.kl.7:15 pm 30/09/17]
20 comments:
Harap sgt lah PH menumpaskan BN kali ni..kami ingin lihat Malaysia di pacu oleh PH..harap PH mantapkan saf kepimpinan di seluruh negara
Saya bersetuju dengan pandangan Saudara Azrul Adzhar. Betul tu, tuan.
Insya-Allah PH menguasai Malaysia pada PRU 14.
kenapalah pakcik sayuti ni sakit hati dgn PAS....pakcik dah tua
Pekung didada penulis masih berbau hanyir
Saya sengaja lepaskan komen dua terakhir, sahaja nak tunjuk ini perangai pendukung parti agama.
Bukan sakit hati , dia kan penulis politik mesti la komen politik , pas pun menyakitkan hati saya, dulu saya pun undi pas dah masuk 2 kali pasal pas nak jatuhkan UMNO .sekarang pas nak jatuhkan DAP , walhal musuh kita UMNO
Kapada 2 walaun2 di atas..
Kalau baca ulasan2 politik.. Baca artikal2 penulis veteren. Dan penulis2 politik akdemik. Dia org ni dah lama terlibat dlm susur galur dan asam garam politik.. Pandangan dia org jauh, kedepn dan utk jangka masa panjang... Kalau walaun2 membaca artikal dia org... Dia org leh agak keputusan yg di raih dan apa kesudahan parti ulamak ni.. Kalau baca harakah...memang kentut ulamak wangi... Walaun2 percaya...perhimpunan pas kebelakangan ini jawapan pada parti ulamak....
dulu PAS ramai ulamak..sekarang ni pndapat saya mungkin hanya TGHA sahaja ulama dalam PAS walaupun dari segi keputusan politiknya banyak saya tak bersetuju.Beliau dibayangi kehebatan ATGNA waktu kehebatan PAS dahulu.yang lain hnya bertaraf ustaz.dari segi ilmu politik saya percaya tuan MSO lebih cakna dari TGHA
Betul komen sdr unknown too.
Saya pun pernah kempen pas pada kwn2.
Skrang, hidup mati semula, x mau saya percaya pas lagi.
Lidah mereka lagi bercabang dari golongan kafir.
Pembohongan pas pada rakyat boleh buat buku, erlalu banyak klik kloknya. Perjuangan pashadi tidak menjurus kpd keharmonian rakyat, Pas lebih rela bersedododon dgn parti kleptokrat parti penyamun. Ini lah sebabnya mengapa kita wajib menolak dn menguburkan pashadi di pru14.
Sepatutnya komen politik balasla balik dgn komen politik dn nyatakan apa yg tuan mso hujahkan tu tersasar, so betulkan balik dgn hujah yg konkrit. Ini tidak yg mereka tau hanya mengutuk. Lobai apa ini. Itu sebabnya kita wajib tolak pashadi dn kuburkan di pru14 nnti..
Kalau kepala pening, ekor mesti pening sekali. begitu la PAS. orang lain minum arak PAS yang mabuk.
Semoga ph dpt memerintah malaysia
Semoga PH berjaya kali ini
ala mso suka kritik orang tapi tak boleh terima di kritik.sentiasa merasakan hujahnya betul
perangai parti pas mso ambil berat.perangai pendokong PH mso pejam mata.baca komen pendokong PH.
Tuan2 semua percaya dengan keikhlasan Tun M?..
beraga-jagalah...Tun M belum diuji lagi dalam apa segi sekalipun!
Kerat rotan 10 pun aku x kan percaya dengan Tun M ni! Dia akan melompat ke UMNO bila sampai masanya! Tunggu...
Saya setuju dgn En. Musa Sufyan, Tun M tak boleh dipercaya 100% ... kerosakan bermula drpd beliau. jaga2 lerr
satu tulisan yang adil dan bernas, terimakasih Pak
Post a Comment