PERHATIAN
Kulit depan dan belakang buku KMS. |
Menjadi kepuasan kepada seseorang penulis dan penukangannya selesai apabila manuskrip bukunya sudah masuk percetakan.
Setelah mengeram beberapa ketika, akhirnya ia menetas. Bila sudah masuk percetakan itu boleh dianggap ia sudah pasti akan tetas.
Penerbitan buku ini sebenarnya terlewat. Ia patut terbit paling lewat awal Disember lalu, tetapi kerana beberapa halangan ia tertangguh, inysa-Allah ia akan menemui pembaca akhir Januari ini. Namun buku ini tetap saya kreditkan sebagai penerbitan 2017.
Buku kali ini memberi tumpuan khusus kepada
politik negeri Kelantan. Melalui buku ini saya cuba menjawab persoalan politik Kelantan dan berkongsi ramalan dengan anda tentang apa yang berlaku di Kelantan selepas pilihan raya umum ke 14 kelak.
Politik Kelantan jadi kian menarik ekoran ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dengan penubuhan parti Amanah Negara (AMANAH) yang menjadi saingan kedua Pas selepas Umno.

Buku setebal 232 muka surat dengan harga RM30.00 di Semenanjung dan RM35 di Sabah dan Sarawak ini mengandungi sembilan bab-bab yang boleh menjawab atau pun melayani pertanyaan pemerhati dan peminat politik negeri Kelantan.
Bab pertama: Fargmen Politik Kelantan 1959 – 2017.
Bab ini mengangkat serba ringkas mengenai sejarah dan perjalanan politik di Kelantan dari tahun 1959 hingga 2017. Beberapa maklumat yang mungkin selama ini tertusuk dari pengetahuan umum didedahkan menerusi bab ini.
Bab kedua: Bulan Gerhana di Era Ahmad Yakob:
Bab ini menyorot perkembangan Pas Kelantan di bawah pimpinan Ahmad Yakob yang malap dan membawa berbagai masalah serta pertikaian kehebatan kepada Pas selama ini. Apa dan kenapakah berlaku kelesuan dalam Pas mutakhir ini.
Bab ketiga: Piraum 14 Ujian Buat Ahmad Yakob:
Bab ini menghuraikan beberapa masalah dihadapi oleh Ahmad Yakob sebagai MB dan ahli politik. Penulis menyifatkan pilihan raya ke - 14 adalah ujian penggal akhir kepada Ahmad dan juga Pas, jika ia dianggap sebagai peperiksaan dalam persekolahan. Lulus atau gagal beliau terjawab dalam Piraum ini. Apakah kemungkinan-kemungkinan akan berlaku kepadanya turut juga dilakar dalam bab ini.
Bab keempat: Kekuatan Pas - UMNO Sama di Kelantan, Bagaimana Amanah:
Bab ini menjelaskan akan kekuatan parti Umno, Pas dan Amanah sama gagah di Kelantan. Disertai fakta membuktikan hakikat ini. Dijelaskan macam mana Amanah parti baru tiba-tiba mempunyai kekuatan hampir sama. Apakah kelebihan atau loncatan tenaga yang dibawa oleh parti itu?
Bab kelima: Amanah Cabaran Baru Buat Pas.
Dalam bab ini dibincangkan Amanah menjadi cabaran kepada Pas. Pas mungkin sudah biasa berhadapan dengan tentangan Umno dan telah berjaya membuktikan kekuatannya, tetapi berbeza dengan Amanah. Amanah yang juga merupakan darah daging Pas mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri berbanding Umno dalam berhadapan dengan Pas. Apakah keistimewaan parti compingan Pas ini?
Bab keenam: Antara Mustapa, Ahmad Yakob & Husam Siapa Pilihan Rakyat?
Bab ini membentangkan kelebihan dan kekurangan ketiga-tiga tokoh ini yang diramalkan salah seorang akan memimpin Kelantan selepas Piruam nanti. Apakah hajat Mustapa untuk mengakhiri politiknya dengan menjadi MB Kelantan sebagai legasinya. Atau apakah Ahmad Yakob bakal menjadi MB yang membawa kejatuhan Pas Kelantan? Sejauh manakah harapan orang untuk melihat Husam muncul menjadi MB, semuanya dihurai dan dibahaskan dalam bab ini.
Bab ketujuh: Iktisar Kemampuan UMNO, PAS dan PH.
Mencerminkan sejauh mana kekuatan terkini yang ada kepada ketiga-tiga parti gabungan ini untuk memenangi pilihan raya ke 14. Tidak disangkal ketiga gabungan ini saling mendakwa merekalah terkuat dan mempunyai peluang cerah. Bab ini menyimpulkan tanggapan itu semua. Apakah hujah-hujah dan dalil menyokong dakwaan itu.
Bab kelapan: Melihat Kemampuan Pemimpin.
Menerusi bab ini disuluh seorang demi seorang akan kemampuan pemimpin dalam ketiga buah parti itu, khasnya kepada tiga orang tokoh utamanya. Kemampuan pemimpin ini dikira akan menjadi faktor utama atau boleh menarik rakyat untuk menyokong mana-mana parti. Dan paling mengejutkan kenapa dalam buku ini nama Mohd Amar Nik Abdullah tidak diangkat sebagai salah seorang tokoh penting?
Bab kesembilan: Resipi Untuk Rakyat Kelantan.
Bab ini membentangkan ciri-ciri atau kriteria pemimpin dan juga idealisme parti untuk dipilih sebagai parti atau kumpulan akan menerajui negeri Kelantan. Bab ini menyediakan garis panduan kepada pengundi dan juga ingatan supaya tidak tersalah membuat pilihan. Ada beberapa aspek yang dibentangkan untuk dijadikan panduan.
Penutup dan Kesimpulan: Menerusi catatan penutup ini penulis membuat beberapa kesimpulan perjalanan sejarah politik Kelantan akan berulang sekali lagi. Penulis menyakini kumpulan serpihan Pas yang membentuk parti Amanah akan bertaut semula dengan Pas suatu hari nanti. Apakah hujah penulis mengatakan demikian ada dijelaskan dalam bab akhir ini.
Tidak terlupa nasihat penting penulis kepada Pas Kelantan sekiranya ingin terus mengekalkan kerajaan peninggalan Tokguru Nik Aziz ia perlu bergabung dengan Umno. Sejauh mana kemungkinan atau bentuk penggabungan itu ada dibayangkan dalam bab akhir ini.
Selain sembilan bab menjadi teras kepada buku ini ia juga disertakan dengan lima lampiran sebagai mendokong dan menguatkan buku. Beberapa maklumat lain yang belum pernah diceritakan oleh penulis turut sama dirakamkan dalam buku ini sebagai bahan sejarah, misalnya mendedahkan peranan seorang bekas wakil rakyat Pas yang berunding dengan Umno.
Perhatian: Kepada penjengok yang ingin memiliki buku ini boleh Whatsaap kepada saya menerusi nombor berikut: 019 2336996 atau 013 2336776 untuk mendapat maklumat lanjut. Tawaran pra cetak dengan belanja pos percuma sedang berjalan. Jangan terlewat. [wm.kl.7:08 am 12/01/18]

3 comments:
Tahniah dan syabas, apakah buku ini ada hasrat dijadikan resolusi, panduan dan ramalan politik Kelantan menjelang PRU14.
assalamualaikum pak sayuti.
tahniah dan syabas
salam
sya saorng peminat tulisan buku politiik mso,insyallah sya akn beli satu..
keepit up brp mso.
wassalam.
Post a Comment