Wednesday, August 15, 2018

Dr Mahathir beri isyarat ada bau busuk mengenai Pakatan Harapan

ULASAN

Anwar dan Dr Mahathir kedua-duanya perlu ikhlas.
MALAM tadi bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan para menteri, timbalan menteri dan juga wakil rakyat PH. Pertemuan itu tertutup dan tidak ada laporan dari mana-mana media massa.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari kelmarin idak dapat diketahui apakah butiran taklimat di pertemuan itu.


Beberapa orang ahli parlimen yang ditanya juga keberatan untuk menceritakan tujuan dan hasil pertemuan itu. Hanya ada yang memberi tahu secara ringkas ia adalah pertemuan biasa tetapi memberi signifikan yang penting. Sementara yang lain pula memberi tahu Dr Mahathir mengingatkan yang PH adalah sebuah gabungan yang perlu diperkuatkan.

Dengan memetik dari berbagai maklumat lain, katanya dalam pertemuan itu Dr Mahathir memberi peringatan agar ahli gabungan senantiasa menjaga disiplin demi keutuhan kerajaan PH. Dalam keadaan PH berkedudukan sama rata, disiplin sangat perlu. Beliau juga diceritakan menegur ahli parlimen kerajaan supaya bersikap sebagai kerajaan bukan lagi seperti pembangkang.

Beliau juga memberi ingatan yang pihak pembangkang kini sedang menanti masa sahaja untuk menarik mana-mana ahli gabungan untuk bersama mereka. Jika ini berlaku nescaya gabungan PH dan kerajaan Harapan akan berkecai dan semua pihak akan terngangga dan terbeliak.

Ini adalah taklimat khas selepas terbentuknya kerajaan. Apabila Dr Mahathir mengadakan taklimat khas, ia boleh disifatkan ia penting. Boleh jadi beliau juga bercakap soal prestasi menteri dan timbalan menteri juga. Atau mungkin sudah ada desas desus sesuatu yang buruk akan berlaku kepada PH. Mungkin dia juga sudah terbau hamis dan hangitnya Pakatan Harapan?

Atau pun sebelum keadaan menjadi lebih buruk beliau mengambil tanggung jawab itu. Peringatan dan nasihat itu agak mengejutkan kerana dalam sibuk beliau boleh meluangkan masa untuk adakan perjumpaan itu. Jika ia tidak serius dan penting ia boleh ditangguhkan? Justeru pertemuan tersebut penting kalaupun tidak terdesak.

Memang diluar sana ada banyak tukang congak mengenai kedudukan kerajaan PH kini. Tukang-tukang congak itu lebih kepada berteori dengan kedudukan parti-parti dalam gabungan kini yang sama kuat dan seimbang. Mungkin juga sudah terdengar di telinga PM itu akan ada perancangan untuk memecah belahkan PH sehingga boleh mengancam kedudukannya?

Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang memberi bayangan kerajaan PH tidak akan sampai tiga tahun, sekali tilik ia semacam kelakar dan gimik sahaja, tetapi jika diperhalusi ia ada asas-asas kukuh berpandukan kepada komposisi parti pembangkang dan kerajaan kini. Dr Mahathir seorang yang mempunyai telinga lintah dan mata burung "malas" (night bird) yang dapat melihat waktu malam.

Apakah beliau telah juga membuat congakan mudah dengan mengambil kira pergolakan dan kemelut dalam PKR waktu ini kerana memilih pemimpin? Perkembangan dalam PKR ini mungkin menjadi kebimbangan kepadannya dan menghantar isyarat menakutkan.

Gerakan untuk menumbang Mohamed Azmin Ali mungkin sedang diperhati olehnya. Manakala tuduhan dan serangan melantun-lantun kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang dilihat ianya sebagai cetusan ke arah itu. Ia berketulan pula dengan ucapan kurang sopan daripada ahli parlimen Kampar, Abdullah Sani Abdul Hamid, yang mengaitkan dirinya bersama Daim Zainuddin sebagai dalang menghalang Anwar daripada menjadi PM? Konotasi ucapan Abdullah Sani meletakkan Azmin sebagai alat dirinya dan Daim sangat merbahaya.

Dr Mahathir mentafsir segala itu, dengan mengadunkan antara sepekulasi dengan realiti yang berlaku berpandukan kepada sejarah dan pengalaman. Pergolakan dalam PKR — perlawanan merebut jawatan yang menggunakan Anwar sebagai piala dan modal kempen baginya sesuatu yang tidak begitu kondusif. Walaupun ada penafian, kenyataan-kenyataan menyolok mata di sebalik kempen itu adalah pandangan peribadi, namun Dr Mahathir tidak mudah menerima sebagai seadanya.

Baginya dalam keadaan hari ini beliau tidak takut menghadapi apa sahaja risiko. Bagi beliau kejayaan menubangkan Najib Razak dan kerajaan kleptokrasi adalah klimek dalam politik, bukannya menjadi PM kedua. Tetapi beliau menyedari kandati pun seribu kali beliau memperkatakan beliau tidak bermaksud untuk berlama di kerusi PM tetapi orang tidak percaya, selagi beliau masih tercokol di situ dan Anwar terkulai dalam penantian?

Apa yang perlu difahami Dr Mahathir tidak menghadapi apa-apa kerugian kalau kerajaan PH hancur. Yang ruginya nanti ialah rakyat yang merindui sebuah kerajaan baharu. Paling menderita dan kompunan tentulah juga Anwar yang untuk kali kedua sesudah berada di anak tangga kedua terakhir untuk bersimpuh di atas jika apa yang berlaku kini tidak dikawal.

Dalam membendung segala kemungkinan buruk dan khianat ini daripada berlaku seharusnya Anwar memainkan peranan menjadi orang tua bersama dengan Dr Mahathir. Anwar lebih berautoriti untuk menjamin kestabilan kerajaan PH berbanding dengan Dr Mahathir.

Justeru, apa diseru dalam pertemuan semalam hendaklah dipegang sebaik mungkin. Kesemua orang dalam PH hendaklah menjaga disiplin, menjaga mulut dalam membuat kenyataan dan mengurangkan membuat congakan dan mengemukakan pelbagai teori percaturan yang boleh mengikis kepercayaan dan memusnahkan PH.

Catatan: Selepas kerajaan PH berusia lebih 100 hari saya akan mencatat pelbagai teori yang kini bergentayangan mengenai kerajaan PH. Teori dan desas desus inilah yang menyebabkan Dr Mahathir memanggil pertemuan semalam. Tunggu. [wm.kl.9:27 pm 14/08/18]

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum ada kebenaran ape yg Tuan MSO ulas,pemimpin PH Harus berhenti dari mentaliti PEMBANGKANG,Fokus kepada tawaran janji 100 Hari untuk Rakyat!Bukan terus-terusan mencungkil segala yg busuk dari kerajaan lama.Apa peranan kamu pula sebagai sebagai KERAJAAN?dari Isu Lgbt yg tak selesai,UEC,harga barang yang tak turun²,Restoran² berterusan menaikkan harga makanan tanpa takut diambil tindakan?Monopoli warga² asing di Pasar²Borong lembah kelang,Kenyataan tak beradap/sampah dari mulut MP PH dlm Parlimen!jadi ape bezanya PH dengan BN?5 teras Perlembagaan negara pun seringkali diperlekeh oleh MP PH(khususnya DAP),seolah² tiada penamat.Tiada kerugian buat Tun M,yang akan menanggung kerugian sepanjang hayat Rakyat MALAYSIA yg telah memilih PH!.Kurangkan Bercakap,banyakkan Kerja.Inshaallah selamat negara Malaysia.

Anonymous said...

Salam Tuan MSO, saya yakin dibawah Tun semua masalah itu akan dapat diselesaikan.

Cuma saya inginengingatkan Tuan MSO mengenai PH Kelantan yang dipimpin oleh golongan2 tidak bermutu. Baiklah Tuan mengingatkan mereka yang bermasalah meletakkan jawatan. Secara khususnya Tuan Haji Husam dan rakan rakan wajar meletakkan jawatan secara en bloc. Biarlah Kelantan dipimpin oleh Amanah pusat.

Saya tahu tuan membaca komen saya, jika cintakan PH satu referendum Amanah Kelantan wajar dibuat untuk menyahkan manusia2 politikus pengemis ini. Itupun jika tuan sayangkan PH. Jika tidak wajar sahaja Tuan MSO kembali kepada PAS. Paling kurang tidak menyusahkan Amanah Kelantan.

Tuan hentikanlah masuk campur dengan PH pusat atau negeri2 Pantai Barat. Jangan sampai orang kata, lantunan idea banyak terjadi tetapi negeri sendiri tunggang langgang

PS: Minta maaf bahasa kasar sikit tetapi inilah intipati orang gagal yang komen kepada orang yang berjaya

bima sakti said...

Minta semua dgr ckp tun m