ULASAN
DALAM status terdahulu (dalam Facebook) saya meramalkan calon PKR boleh menang besar dalam Pirake Sungai Kandis, kalau peratus keluar mengundi sama dengan peratus keluar mengundi Piraum ke 14. Sebaliknya saya membayangkan kalau peratus rendah, calon PKR akan menang dengan majoriti sekitar 5,000 hingga 7,000 sahaja.
Ramalan itu hampir tepat apabila calon PKR Zawawi Mughni menang dengan majoriti 5,842 undi dengan mengutip 15,427 undi berbanding calon BN, Lokman Noor Adam sebanyak 9,585 undi. Peratus mengundi rendah hanya 49.4% sahaja berbanding Piraum ke 14, 81%.
Sasaran SPR kali ini tidak tercapai, begitu juga kajian IDE juga ke laut apabila meramalkan peratus keluar mengundi akan cecah 81%. Ilmu apa yang IDE pakai? Tidak sepatutnya sebagai sebuah badan kajian tersasar begitu jauh. Sudah banyak kajian dan dapatan dibuat IDE meleset.
Ada beberapa perkara menarik yang berlaku dalam pilihan raya ini yang dapat dijadikan iktibar atau kesimpulan, antaranya;
1. Kenapa peratus keluar mengundi rendah? Ini berlaku kerana tidak ada keghairahan di kalangan pengundi untuk keluar mengundi khasnya dari pihak PKR kerana mereka yakin kemenangan besar wakil rakyat sebelum ini pasti calon PKR akan menang.
Jadi ada pengundi yang tidak mengambil berat dan tidak rasa perlu keluar kerana ia tidak penting. Sikap pengundi yang kurang rasional ini menyumbangkan keadaan yang berlaku.
2. Kerjasama Pas - Umno. Dengan jumlah undi diraih calon BN kurang beberapa peratus sahaja berbanding dengan sebelum ini, menjelaskan kerjasama Umno Pas tidak menjadi. Saya mengira tidak sampai 5% orang Pas mengundi BN, dan lebih 70% mereka tidak keluar mengundi, ini menjadi faktor kenapa peratus keluar mengundi rendah.
Kesimpulannya gagasan kerjasama itu ditolak oleh ahli peringkat bawahan, gagasan itu hanya pemimpin Pas atasan yang beriya untuk bergabung dengan Umno. Indikator itu sangat penting untuk Pas merencanakan semula perancangan politiknya.
Sementara itu sokongan di kalangan pengundi tegar Umno tidak berubah.
3. Kemerosotan undi dan majoriti diraih calon PKR juga sedikit sebanyak disebabkan faktor perebutan kepimpinan yang berlaku dalam PKR sekarang ini. Keadaan panas dalam PKR kini, perebutan jawatan dan pembentukan kem mempengaruhi mood pengundi di Sungai Kandis itu khususnya di kalangan ahli dan penyokong PKR.
4. Walaupun BN tidak menang, tetapi ia memberi petunjuk bahawa kehilangan kerajaan yang dikuasainya 61 tahun tidak memberi kesan besar kepada Umno. Semangat orang Umno bawahan masih kental. Situasi ini tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan PH sekarang ini.
Mugkin kalau Najib Razak dan Rosmah Mansor yang busuk tidak ikut sama berkempen lebih banyak orang atas pagar bersimpati dengan calon BN. Kehadiran Najib yang tujuannya hendak menunjukkan beliau tidak bersalah, menjadi liabiliti kepada BN. Najib sudah tidak relevan lagi.
Nota: Keputusan Pirake di Sg Kandis itu sangat baik untuk dikaji oleh PKR (PH) dalam melayan Umno dan Pas. Dan bagi BN pula sangat baik untuk mereka menghalusi sikap para penyokong bawahan Pas yang fanatik yang tidak mudah untuk menerima mereka.
Mungkin kedua parti itu dapat menemui jawaban dan membuat konklusi yang rasional apabila Pirake Dun Seri Setia nanti bila mana BN berikan laluan kepada Pas pula menjadi calon dan menyatakan sokongan. Trims. *Perkongsian dari Fb. [wm.kl.11:09 am 05/08/18]
Zawawi berpelukan dengan isterinya selepas diumum menang. |

No comments:
Post a Comment