TERKINI HANGAT
AHLI Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas, Mustapa Mohamed telah mengumumkan keluar daripada parti tersebut yang dianggotainya sejak 40 tahun lepas.
Mustapa mengeluarkan kenyataan media malam ini mengumumkan tindakan mengejutkan itu.
Antara alasan diberikan Mustapa, kenapa beliau keluar Umno kerana melihat defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar dan tidak ada tanda-tanda bahawa rakyat berbilang bangsa dan agama untuk kembali menyakini perjuangan Umno.
Di sertakan kenyataan penuh beliau di bawah ini.
Tindakan Mustapa ini tentu mengejutkan khasnya di kalangan Umno kerana jarang beliau membuat hal-hal boleh menimbulkan kontroversi. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, bersih dan kuat bekerja tanpa mengira masa. Apabila beliau mengambil tindakan itu menunjukkan Umno tidak mudah lagi untuk diselamatkan.
Sebagai seorang meletakkan kepentingan rakyat di hadapan Mustapa membaca bahawa Umno bukan lagi parti relevan untuk membantu dan berkebajikan kepada rakyat, khasnya di Kelantan.
Semasa saya dan beliau minum pagi beberapa hari lepas, beliau tidak pun membayangkan apa yang akan dilakukan tetapi saya sudah dapat mengagak apabila beliau agak terbuka dan berani menceritakan mengenai isu 1MDB dan juga perlunya rakyat Kelantan dibantu.
Selepas perjumpaan pagi itu, beliau ada menghubungi saya beberapa kali sambil berkata, kita perlu berbuat sesuatu untuk kebaikan Kelantan. Beliau juga banyak bertanya perihal Husam Musa dan menyokong usaha Naib Presiden Amanah itu untuk membina Kelantan.
“Insya-Allah kita pakat-pakat bantu Kelantan,” katanya serius.
Keputusan dibuat Mustapa itu tentu sesuatu keputusan yang amat berat.
Kenyataan penuh Mustapa:
[wm,kl.9:23 pm 18/09/18]
Status FB saya selepas minum pagi bersamanya. |

KENYATAAN MEDIA: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO
1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.
2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.
3. Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.
4. Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk.
5. Namun pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.
6. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.
7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi. Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang.
8. Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa. Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah.
Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli
18 September 2018
[wm,kl.9:23 pm 18/09/18]
No comments:
Post a Comment